Tuesday, December 28, 2004

Terima Kasih (from Abg Faizal)

Assalamualaikum w.b.t

Bagi pihak keluarga Allahyarham Nor 'Ashiqin Mohd Ali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas ingatan,kehadiran,ucapan,sedeqah,pertolongan dan juga Doa yang dikirimkan kepada allahyarham dan keluarga. Moga moga dengan segala "sokongan" tersebut Insya Allah akan menambahkan lagi keselesaan dan ketenangan beliau di alam sana.

Kepada yang sempat/pernah mengenali allahyarham, mohon maaf bagi pihak beliau kiranya ada salah silap dari segi tutur kata dan perbuatan, bagitu juga sekiranya ada sebarang hutang yang perlu diselesaikan/dihalalkan harap dapat dihalalkan atau diselesaikan seberapa segera dengan saya selaku waris beliau.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menetapkan kita di atas jalanNya.

Wassalam..

Faizal

Berita Kak Iqin di Harakahdaily today

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - Penggerak Nisa’ wal Banat Pusat, Nor Ashiqin bt Mohd Ali, 25 tahun, telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya Puchong-Kajang (berhampiran IOI) pada 16 Disember 2004. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Bangi pada malam kejadian.

Beliau meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki Amiir Husaini bt Ahmad Faizal yang baru berusia 7 bulan.

Bekas Pengarah Nisa’ wal Banat Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata, jasa Nor Ashiqin kepada Amal Nisa’ adalah amat besar.

Allahyarhamah banyak memberikan sumbangan tenaga dan idea di dalam membantu perkembangan serta perlaksanaan aktiviti Nisa’ wal Banat Pusat. Antaranya pernah terlibat di dalam penganjuran Jambori Nisa’ di Templer Park dan Pertandingan Sayembara Nasyid An-Nisa’ wal Banat pada tahun 2003.

Allahyarhamah juga gigih di dalam membantu aktiviti-aktiviti Nisa’ wal Banat yang memerlukan tenaga beliau secara langsung dan tidak langsung.

Pihak waris Allahyarhamah memohon agar mana-mana pihak yang mengenali beliau agar dapat memaafkan segala kesalahan Allahyarhamah yang mungkin terbit daripada tutur kata mahupun tingkah laku.

Seterusnya sekiranya ada sebarang hutang yang belum sempat diperjelaskan harap dapat menuntutnya secara terus kepada pihak waris beliau. - zs
************************************************************************************
Alhamdulillah, syukran kpd Kak Aza atas bantuan yang diberikan di dalam menyiapkan artikel ini semalam. Tak sangka begitu cepat editor Harakah meng'post' artikel kami since only this morning saya menghantar e mail kepada beliau mohon diuploadkan berita ini. Nak mengarang artikel bukannya mudah, ditambah dengan faktor-faktor lain yang menyebabkan kelambatan namun alhamdulillah Allah hantar Kak Aza pada saya untuk beri bantuan memperelokkan bahasa.
Semoga semuanya selamat, di sini dan dunia sana.
Assalamualaikum wbt.
P/S: Nak view artikel boleh refer di sini:

Monday, December 27, 2004

Coming back to KL with fever :)

Assalamualaikum wbt and hi to all,
Alhamdulillah, i'm here again eventho do not feeling very well, i still have fever with me actually :)
Being in Penang with so many things to do really made me stressful that i believed had cracked down my nervous system all the way while i was in Penang until today.
Believe me or not, i was crying alone in my hotel room when i really couldn't take the heat of the fever. I cried and SMSed my father telling him that i was not fine. And my father called me back and asked whether do i wanted him to pick me up there in Penang or not! Aiyaa...my beloved father, bestnya ada ayah camnih. Sanggup nak pick anak sakit walaupun jauh nun di utara hehe. Actually i did feel ashamed of myself for crying over fever, tapi tgk catatan Aini yang menangis time rindu kat hubby sampai tulis surat berkajang2, kira ok lagilah kan me kan,kan? At least i was crying becoz i was sick, she cried sbb rindu kat husband. Valid lagi ler my reason utk menangis tu rasanya hehe :D
Despite of my ill-heath condition, i did find myself enjoy every single program that we had conducted down there. Instead of giving presentation, me dgn selambanya informed the audience that i want to sit down while i was giving the presentation due to my fever, and i conducted the session more to like a discussion. The audience were very great! They were very participative, and i was accompanied by MBS and CMG representatives that did help me a lot through out the session. Goshh!! It was nice then to see your customers understood whatever you want to deliver, and help each other to find the key issues of our discussion. Seriously nice! The most satisfied presentation that i ever felt in life in the moment actually. Feel so accomplished! Yeay!!! Happy for that! :D
Nothing interesting in Penang because this was not the first time i ever conducted my session with customers, but i would say that i'm proud of myself for being so cool in delivering presentation on Legal, which commonly it was my managers' responsibility to conduct the presentation. Study sket buku Law, definition of fraud and bla bla, and its' done! Alhamdulillah.
Not an easy task actually especially when people assume that you are the expert in Law pertaining to the fraud issues, and luckily when we met Dato' Othman, Ketua Polis Penang, i managed to answer his question on Communication and Multimedia Act. Fuh, if not straight away Tn Hj will kick me out of his division i guess, hehe.
And the best part was when we were having dinners with Ketua Polis Penang and someone from Kedah, i was lavishly eat here and there with our investigators di PTT. Nice nice!! :)
Today i was having nearly 3 hours session of post mortem with GM, and he claimed that my session is the longest that he ever had. Hehe. I just tried to be honest as much as i can, responds to whatever he wanted me to, and Kak Imah said that Tn Hj and me were laughing like nobody business in GM's room. What should i do if the thing that we discussed were really funny, of course you cannot expect me to just keep silent and act like a zombie where we supposedly laugh at the funny matters,lahkan? Kenalah become a normal person where you need to laugh at certain matters that required you to do so (dgn bersopanlah kalau boleh, in my case, Kak Imah said that i burst into laughter without any control hehe). What can i do? Just let go with the flowlah i think. Everything i think ok kot. My GM indirectly persuade me not to transfer to other division, asking me to consider about the grade that insya-Allah we will get next year. Apa pun, i'm happy regardless where am i rite now, it's just sometimes i do really crave to do Accounting jobs rather than doing Legal :)
Tu jerlah kot, later insya-Allah.
Assalamualaikum wbt :)

Sunday, December 19, 2004

Pressure

Assalamualaikum wbt,
Forgive me for my negative title over up there, but i couldn't help myself to stop feeling depressed, serious i'm in deep depression rite now.
Since last week actually i did feel pressure a lil bit before i went to Perak as i have to settle everything before i went there, alhamdulillah my presentation was rescheduled to be on today (19/12) instead of last week on 12/12.
Today i have passed my presentation and report, and 1 more individual project to go to be submitted on this becoming Wednesday. Yang pressurenya, due to i have to go to Penang for Customer Awareness Program for abt one whole week, therefore i must complete my report by tomorrow! Sheesh, at this point of time i think i would like to commit suicide sebenarnya. Pressurenya! And to make things worse, i have to present on Legal in Penang which i never do before, and i also have to present for customer awareness program for CMG and MBS customers on this becoming Tuesday.
Aiyaa...i dun have enough time to review the presentation, plus i'm really scared to present on Legal since i dun have any experience before. Usually my manager will present the Legal part, and i'll be presenting the customer part. And yeah, this time i have been assigned to be the MC on the Seminar itself some more!!
Mungkin nak minta tolong Ika or Kak Imah printkan my assignment on Tuesday and pass it to Kak Liana nanti kot kalau tak sempat siap assignment malam ni. Nasib baik Siha ada kat Penang, senang sket nak pinjam pc dia utk send e mail.
Tn Hj pulak dah set apointment nak buat post mortem with me di Penang. Ya Allah, awat ler byk sgt bende nak kena buat dlm 2 3 minggu ni. Ahad ni nak exam Econs pulak...serius rasa nak menangis skang ni. I'll be in Penang from Monday to Thursday, bilernya nak study?
Uwaaaaa....help me!!
Tadi Abg Faizal telefon bertanyakan ttg artikel Kak Iqin, malam ni kot nak buat artikel ttg arwah. Kalau tak sempat pun i'll pass to Ika, as skang ni dia ler jadi my assistant dalam segala hal pun (teringat waktu kat MMu dulu dia jadi Secretary kepada Secretary yg maleh nak buat minit meeting sorang nih hehe). Takpe ek Ika, anggap ni sumbangan kita pada Abg Faizal lepas pemergian Kak Iqin :)
Ok guys, do miss me for one whole week, as i'll be in Penang starting from tomorrow (Monday_ till Thursday, and then i'll be 'beruzlah' di mana-mana yg membolehkan me to study Econs pulak.
Alrite guys, assalamualaikum wbt.
Rabbi Yassir wa la tu 'assir. (O our Lord, make easy and do not make difficult).
Syukran Afiz krn mengingatkan. Barakallahu fiik :)


Friday, December 17, 2004

In the memory of Allahyarhamah Kak Shiqin (Kak Nuun)

Assalamualaikum wbt,
Yesterday, di dalam kesibukan menguruskan makanan VIP di TTC untuk Seminar Pegawai Penyiasat, Ika menelefon dan kemudian dituruti Zainal memberitahu supaya ke Hospital Putrajaya kerana Kak Shiqin accident, dan mungkin sudah tiada.
Di dalam kekabutan mengejar masa utk makanan VIP, agak samar-samar messagenya, tapi yg jelas, aku kena ke Hospital Putrajaya. Dan kemudian bateri telefonku habis sejurus sahaja bercakap dengan Najibah mengenai perkara yang sama. Berlari untuk charge bateri di dalam dewan, dan kemudian Aida menelefon memberitahu. Sehabis sahaja urusan VIP, aku mohon balik awal untuk ke Putrajaya, dengan hati yang terasa seperti kosong tidak tahu hendak menunjukkan reaksi apa. Terkejut, rasa tidak percaya, rasa tidak yakin semuanya bercampur dalam satu. Dan En. Budi memahami dan membenarkan aku pulang awal, walaupun sedikit terasa bersalah kerana kelmarinnya juga aku pulang awal dari seminar untuk berkejar ke UIA untuk kelas Marketing.
Mengikut Kak Izan dari CMU MSC, aku bergegas hendak ke Hospital Putrajaya, dan dalam perjalanan Hany menelefon jenazah sudah dibawa ke Bangi. Aku turuti Kak Umamah di sana kembali di rumah sambil menunggu Kak Lin, Kak Asiah dan Kak Wiyah dari Shah Alam untuk pergi sekali melawat jenazah. Lama menunggu sehingga Maghrib, sempat berbual-bual dengan mak Kak Umamah, and dia menenangkan kami di sana. Ada pengganti ibu Amiir nanti insya-Allah, Shiqin tu baik, Allah sayangkan dia, bawak bersabar banyak-banyak. Aku hanya sekadar mengangguk dan mendoakan.
Aku masih tidak menangis lagi ketika itu, sehingga saat aku menelefon Ustazah Nora untuk memberitahu ttg pemergian Kak Iqin. Tersekat kerongkongku untuk menyatakan pesan Kak Iqin pada beliau bahawa arwah pernah berpesan sampaikan salamnya pada Ustazah Nora dan menyatakan kerinduan yang amat padanya. Tak mampu nak kukeluarkan kata kecuali air mata. Tersekat-sekat dan akhirnya aku hanya SMSkan sahaja pesanan arwah kepadanya.
Kami bertolak ke Bangi selepas solat Maghrib, dan sampai di sana kami temui ramai org di perkarangan rumah arwah. Ketika sampai aku berjumpa dgn Aini dan husband, berbual sedikit ttg peristiwa, dan kemudian aku ternampak kumpulan juniors dan Ika. Sambil memeluk seorang demi seorang junior aku sudah tidak dapat menahan air mata, dan dgn Laili pelukan aku lama dan kejap. Tersedu aku di situ kesedihan. Ika was there with me, nasib baik dia kurang menangis, kalau tidak mungkin aku akan lebih sedih. We were close to Kak Iqin, apa sahaja event, pasti kami di kalangan adik-adik yang tak dilupakan untuk dijemput bersama.
Ramai MMUrians dan muslimat PAS di sana yang kami temui. Aku sempat SMS Dr Lo' Lo' ttg pemergian Kak Iqin, tapi she was in the middle of something, begitu jga dgn Ustazah Nora. Terkilan sedikit kerana tak sempat nak lihat jenazah kali terakhir, tapi Ika sempat cium jenazah. Cukuplah dia sekadar wakil. Jenazah dikebumikan selepas Isya'. Tak sempat nak berjumpa dgn Abg Faizal pun. Aku harap dia tabah. This my big bro, i could not imagine of what did he feel over pemergian Kak Iqin. I really hope dia tabah.
Kembali dr rumah jenazah, aku menumpang Laili, Momay dan Ina kembali ke rumah Ika. Berbual lama dgn Eza housemate baru Ika mengenai Mardhiyah Lim krn mereka sama-sama UTP. Ketika Ika bersolat, aku pula menadah tangan pada Allah mohon roh Kak Shiqin sentiasa dilindungiNya, ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beruntung kerana arwah adalah seorang yg sangat baik, contoh muslimat di kalangan kami sebenarnya.
Sebelum tidur, sempat menghantar SMS pada Abg Faizal supaya dia bersabar, dan kemudian merenung kembali saat-saat aku bersama Kak Iqin. Terputar kembali kenangan kami bersama di sekolah pondok dahulu selama seminggu terutama ketika aku jatuh demam yang teruk menyebabkan mereka yang bersama bersusah payah menjagaku saat itu, saat-saat aku menceritakan peristiwa sedihku kepadanya kerana dia turut mengalaminya sebelum aku, saat-saat dia membawa masuk aku ke dalam Nisa', saat-saat kami bergembira bersama di jambori Nisa', saat-saat kami bersama-sama berpergian ke muktamar bersama Abg Faizal, menjaga gerai dan sebagainya. Kami turut bersama-sama bertukar fikiran untuk memperbaiki Nisa', dan kehilangannya merupakan kehilangan yang besar bagi kami.
Sebenarnya, penglibatanku di dalam banyak aktiviti adalah hasil dorongan arwah. Keputusanku untuk belajar bahasa Arab di UIA, penglibatanku di dalam jemaah dan Nisa' sedikit sebanyak adalah kerana usahanya membawa aku untuk mengenali dan memberikan sumbangan kepada Islam. Moga-moga apa sahaja yang kebaikan yang kulakukan selepas ini, arwah juga akan mendapat ganjaran kerana beliau turut memainkan peranan menunjukkan jalan. Sumbangannya kepada diriku bukan sedikit, yang berjaya men'transform'kan diriku menjadi seperti diriku pada hari ini. Menjadi Zurina yang dulunya pernah mengimpikan peluang untuk menyumbang di dalam Islam, dan terpenuh hajat itu dgn hadirnya Kak Iqin dalam kehidupan yang sering mengajak kepada sebarang peluang untuk kami berbuat demikian.
Pasti aku akan merindui beliau dan catatannya selepas ini. Catatannya terakhir adalah mengenai majlis Aidilfitri di Taman Melewar, tergambar keseronokan dan kebahagiaan arwah bersama husband dan anak. Antum boleh lawati blog arwah, just click over Kak Nuun-Ummu Amiir's Point of View di senarai blog sahabat-sahabat ana.
Al Fatihah untuk Kak Iqin, seorang kakak yang amat memahami dan amat baik. Beliau pergi dengan restu suami, seorang sis yang solehah, berilmu tinggi dan penuh berakhlak. Moga berjumpa kita di akhirat nanti, moga-moga kita semua ditempatkan yang di kalangan mereka yang dikurniakan rahmat di Yaumil Mahsyar nanti.
Selamat kembali menemui Kekasih yang Abadi Kak Iqin, saya sentiasa doakan akak berbahagia di dunia sana. Semoga pusara Kak Iqin menjadi salah satu taman-taman syurga, dan semoga sumbangan Kak Iqin di dalam dunia Islam sentiasa mewangi insya Allah.
Ameen.

Tuesday, December 14, 2004

Dugaan datang lagi

Ya Allah,

Dalam kesibukan aku berlawan dengan masa yang bakal datang ini, rupanya aku masih berlawan dengan masa silam, yang aku kira sudah lama tamat.
Dengan rahmatMu kami dipertemukan dahulu, terpisah kemudian, dan kemudian bertemu lagi di dalam suasana yang tidak pernah tersangkakan, dan kali ini rasanya kami akan berpisah lagi, mungkin untuk selama-lamanya hingga ke akhirat.
Kau hanya pinjamkan dia untuk 7 tahun ini, bersyukurku ya Allah Kau kurniakan rahmat sebesar ini. Dan kiranya nikmat ini Kau tarik ya Allah, aku sudah lama redha kerana sedar aku bukan hambaMu yang baik dan taat seperti hamba2Mu yang lain.
Aku doakan dia sentiasa berbahagia dunia dan akhirat bersama dengan orang-orang yang dicintainya.
Baru kufaham erti maksud Ika, sekiranya kita mencintai seseorang, kita mahukan kebahagiaan buat dirinya, walaupun dia bukan milik diri kita. Moga aku menyayanginya hanya keranaMu ya Allah, dan bukan kerana sebab yang lain.

La tahzan wahai hati, perlu jadi kuat kalau nak jadi mujahidah.

Laisa hazha kazalik ya qalbi?

La'alla na'am, la'alla na'am.

Wassalam.


Ya Allah, forgive me when I whine.

Ya Allah
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, a smile.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.
I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.
Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.
With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I've been blessed indeed, the world is mine.
Excerpt taken from xsttj9697 yahoogroups.

Monday, December 13, 2004

Teambuilding best

Assalamualaikum wbt,
Bersua lagi kita :)
Alhamdulillah teambuilding di Perak was ok, cumanya kami tak sempat nak mandi sungai walaupun sungai tu betul betul di sebelah tempat kami menginap. Staff lelaki jer sempat terjun sungai sbb bilik derang mmg depan sungai. Pompuan jauh ke dalam sket. Hanya sempat meranduk sungai tu ketika jungle trekking, kena seberang sungai sebelum sampai ke checkpoint terakhir.
Kami bertolak pagi Rabu, sampai di sana pukul 2 petang. Kami pergi dengan 2 bas. Nasib baik sempat bawa novel, so dlm bas membaca. Seperti biasa Midun dan Zaki dgn perangai nakal derang kenakan Kak Fida, Kak Imah and me. Midun sat next to me sambil kacau Kak Fida and Kak Imah. Sempat tunjuk kad kahwin dia ngan Fara to me, saying that was his passport to sit next to me. Kalau belum kahwin dia tak berani nak duduk sebelah (mcm yer yer jer, padahal waktu kat Sabah Sarawak utk Program Customer Awareness dlm plane selamba jek duduk sebelah). Ada ker hujah mcm tu? Pastu time dia nak lelapkan mata, siap boleh bagi warning to me not to seduce him while he's sleeping!! Giler betul mamat nih. Tu tak campur lagi kalau geng-geng investigators lain ada (Zaki, Suhaini and Zulhabri), lagi saiko dibuatnya. Awat ler Tn Hj boleh tersuka kat derang sampai absorb derang dlm FMD ni. *Sigh*
Honestly in my life, tak pernah jumpa insan-insan nakal senakal derang 2 org nih. Dah kahwin pun perangai mcm tak rupa dah kahwin, dah jadi ayah org pun tapi perangai cam bebudak tahap naga. Pernah sekali i pukul Midun waktu kami naik flight sama ketika menuju ke KL dari Sarawak dek kerana geram sgt2 ngan dia, nakal sgt. Cuba bayangkan dia boleh buat assessment on stewardess2 dlm plane tu. Malu rasanya mendengar lelaki menilai tubuh wanita di depan mata sendiri. And kalau nak hitung dah baper kali terasa kaki ni rasa ringan jer nak kick bebudak dua org ni kat ofis sbb asyik kena usik, mmg dah tak terhitung dah, pk derang ni lelaki jek, kalau pompuan lama dah kena side kick atau front kick. Nakal gilos.
Tapi apa pun, they are my favourite buddies in the office. Nakal2 mereka pun, they are brilliant. Concern and always take care abt us. Always share their knowledge with us, always gamatkan office dgn hilai ketawa yang actually kalau nilai betul2 mmg ada rupa suara langsuir hehe. Bestlaa dgn derang, mmg tak kering gusi. Midun and Zaki ni mmg jenis nakal, tapi kalau time serius, mmg kagum dgn the way of their thinking. For me Midun is a wise man, he knows what he needs and wants to do in his life. Suka berbual dgn dia sbb byk dpt kutip idea yg kekadang tak pernah terpk. Waktu dalam bas sebelum dia tidur, we discussed abt Rich Dad, Poor Dad written by Kiyosaki on how to become rich in smart ways. Midun taught me how to make money without having even a single cent for capital. Mmg boleh jalan, tapi kena pandai convince org dan kena ramai network :)
Kat teambuilding, one of the faci was budak MMU junior Zahan. Ntah mcm mana dia tau yg i ni budak MMU, another faci yg tolong tanyakan. Terkejut jugak dpt tau dia budak MMU sbb tak pernah kenal walaupun muka cam familiar. Dapat tau dia tu junior pada malam terakhir kami kat sana. Haiyaa, kalau tau lama dah org buli budak tuh suh bagi my markah kumpulan tinggi sket hehe.
En. Budi jadi koordinator makanan, mmg dia chef berjaya walaupun dengan kaki bertongkat sbb jatuh 2 hari sebelum bertolak ke Perak. Tok Penghulu kami pilih dr kalangan Non-Executive, dan semua ketua kumpulan pun dr golongan Non-Executive. Nak bagi mereka peluang memimpin pulak. Tetiap pagi dan petang ada kawad kaki, mcm haper2 jek dah besar2 camni kena berkawad gak. Pastu kena jerit kuat2 lak tuh, kiri kanan kiri kanan. Yang ajar kitorang tu mmg bebetul askar, garang jugaklaaa. I brought my own sleeping bag, terasa mcm org Eskimo tidur dlm ais, mcm tu ler gamaknyakot kalau ambik photo time tido kat sana hehe. Sejuk!! Mmg tak tahan kalau tido tak berlapik kat atas lantai kayu tu. Nasib baik yang tak bawa sleeping bag ada bawa tikar, kalau tak mmg tak dpt bayangkan camner derang nak tidur.
Pengisian program best juga, kena buat bridge dan permainan mematuhi arahan. At first kitorang kena buat bendera kumpulan, motto dan lagu sendiri. Kena nyanyi pulak tuh. Nasib baik in my group ada 2 org yg mmg terer buat lagu dan seni kata, giler ah me and En. Mahmud gelak tahap naga biler En. Karim suh kitorang sumer buat bunyi metahorn (bunyi dia camnih, bom bom bom bom bom sampai habis lagu), biar dia jek yang nyanyi lagu tu sorang-sorang. Kelakar jek. So biler buat persembahan tu, me tak nyanyi pun, bantai gelak kat depan tu. Tak leh aaa, cam kelakar giler. Tapi mmg tak leh tahan aa gelak memula tu, especially tgk En. Mahmud gelak yg sebelum ni tak pernah tgk pun dia gelak camtuh punyer besar kat ofis. Mungkin sbb kami agak formal sket orgnya, so biler org suh buat bebende yg mcm terasa tak masuk akal tu, terus jek tergelak. Takpe aa, pengalaman. Tapi lagu kitorang tu mmg popular sepanjang program, sbb ada bunyi metahorn kitorang tu aaa hehe.
Ada sukanika tapi me tak pergi sbb sakit kepala dek kerana kepekatan kopi yg Zaki buat ptg tuh. Actually setiap kumpulan ada schedule sendiri kena masak untuk semua. So my group was assigned utk minum petang. Zaki nak buat kopi, kalau you guys tgk dia buat kopi, mmg mengucap. Pekat giler. Hitam sgt-sgt. Agaknya sbb tu kot kepala pening, tak pun sbb kena gerimis hujan waktu main IQ Game. Game ni kita kena pk mcm mana nak masukkan segala jenis bola dlm bakul menggunakan tali and tak boleh bercakap kecuali leader, and kemudian angkat bakul tu keluar dr petak permainan menggunakan tali. Nak tau bola apa yg kitorang kena angkat guna tali tu? 1 bola sepak, 1 bola jaring, 1 bola tenis, 2 bola kecil sket dr tenis, 3 bola ping pong. Bayangkan susah giler nak angkat bola guna tali, Khairul sampai dah naik marah2 dah time main tu. Dia panas hati giler sbb susah sgt nak masukkan bola.
Kami ada qiamullail jugak, Tn Hj yg lead. Best dia bawak Surah Al Waqiah and ada lagi satu surah tak tau apa. Boleh tahan jugak my GM nih rupanya. Nasib baik dia tak suh buat solat Tasbih, kalau yer mmg ada ler yg sujud tak bangun2 (including me ler tuh hehe). Ye ler, kitorang buat qiam pada malam hari kami pegi jungle trekking. Dahlaa mencabar giler trekkingnya. Mestilah penat giler. Dah ler qiamnya start kol 3 pagi. Me and semua ketua biro buat meeting post mortem ringkas sebelum tidur, habis meeting jek dah kol 12. Berapa jam jer tidur, huish mencabar sungguh.
Sebut pasal jungle trekking ni, kitorang kena cari several items dgn clue yg dah dibekalkan. Serius terasa jadi aktress Hindustan sbbnya biler nak turun bukit yg curam hampir 88 darjah tu, disebabkan brek kaki tak jalan, so biler turun laju tu mmg kena pandai tangkap pokok2 utk tahan diri dari jatuh. And me pulak setiap kali tangkap pokok terpaksa berpusing 360 darjah mcm citer Hindustan time tgh nyanyi lagu cinta kat pokok ekekeke, bergayut-gayut kitorang dibuatnya. Dahlaa i was the only pompuan in my group, paper derang mmg bagi attention lebih aa sket. Tapi tak jugak sebenarnya, sebab me kena bawa durian sepanjang jalan tu, kalaulah ditakdirkan tergolek, dengan durian2 tu sekalilah tergolek. Maunya luka. Waktu randuk sungai, batu-batu licin giler, nak tak nak kena pegang En. Mahmud. Maaf ler En. Mahmud, dah kira darurat dah tu, tu pun ok lagi dr Kak Norizah and Dz yang hampir hanyut, nasib baik teammates lain tahan, kalau idak tak tau ler apa citernya. Maunya bergolek2 kat sungai tu sbb arus deras.
Lastly waktu nak balik, salah satu bas rosak. Terpaksa sumbat 30 org bersama dgn segala beg dan hampers sekali dalam satu bas. Kalaulah apa2 berlaku time perjalanan menuju ke Tapah sebab bas gantian menunggu kat situ, mau gamaknya FMD tutup division sbb sumer staff have gone to the heaven! Hehe. Tapi alhamdulillah semua selamat. Apa lagi, bebudak nakallaa yg kena berdiri sebelum sampai ke Tapah tu, bising giler derang buat jokes and gelak. Balik kami singgah beli buah mangga and jambu di Tapah, before kami split up naik 2 bas. Khairul, Zahan and I naik bas yg sama. Bas MMU dulu. Zaki and Midun tak nak naik bas MMU sbb derang kata derang mana layak naik bas tu, derang bebudak UPM jek. Rasa nak sekeh pun ada bebudak nih.
Sepanjang perjalanan Khairul ajak me and En. Zul berbincang ttg persoalan iman, mcm mana nak hafal Quran, ttg konsep usaha dlm Islam etc. Bagus jugaklaa perbincangan tu, takdelah sia sia jek. Sampai ke KL kami dok discuss sampai me dah ternangis2 dah sbb ngantuk, tapi tak nak tidur sbb discussion best.
Sampai di ofis pukul 9.30. Kak Imah hantar balik ke LRT and terus balik umah. Sebab dah jamak Isya'k di ofis, makanya sampai terus mencari bantal utk tidur. The next day bangun alhamdulillah badan tak sakit-sakit. Mungkin sbb tak seteruk camping taekwondo dulu kot. Waktu my taekwondo camping tu, every morning and evening buat latihan, pastu ada latihan lasak dan permainan kombat etc. Tu yg balik 5 hari jadi robot atas katil. Sakit badan dibuatnya. Apa taknya, latihan lasak kena buat latihan mcm askar, panjat wall 5 and 10 metres, pastu bergayut sana sini, mmg mcm latihan askar betul. Waktu malam main kombat2 and trekking waktu malam. Giler tak trekking dlm hutan waktu malam? Tapi hutan tak curamlah,htan jenis landai, and lastly sebelum sampai checkpoint akhir kena randuk paya yang ada lintah!! Uwaaa, nasib baik tak kena. Azwan one of our group yang kena, taubat dia tak nak masuk paya lagi pas insiden tu hehe.
Semalam call Abg minta maaf sbb tak dpt hadir ke wedding ceremony dia. Bunyi dia mcm hampir merajuk. Mungkin sbb mak dia beriyer2 suh dia ajak my younger sis tidur rumah dia (i know Abg since he was my schoolmate, and my younger sis kenal kakak kpd Abg ketika di USM), ended up kami dedua tak pergi pun sbb di majlis belah pengantin pompuan serentak dgn majlis Ija, and waktu kenduri Abg i have to be at UIA for discussion sbb dah 3 hari di Perak. Takpelah, semuanya dah selamat, alhamdulillah :)
Tu jerlah kot, panjang sgt dah ni. Tapi takpe, sbbnya esok sampai Khamis ni i will not be in the office krn handle seminar di TTC, kemudian Isnin depan akan terus ke Penang sampai Khamis, dan akan terus ambil cuti sbb ada exam Econs Ahad tu. Kemudian mungkin akan ke JB pulak.
Banyaknya keje, banyaknya project to be submitted, and yet i'm still here! Hehe.
Ok guys, assalamualaikum wbt :)

Tuesday, December 07, 2004

Ulu Kernas, here i come!!

Assalamualaikum wbt,

(1)

Guys, i'll be spending my early predicted horrible days in Ulu Kernas for 3 days starting from Wednesday until Friday, yet i'm so excited about it!!
Hehe, dah lama tak masuk hutan. Paling akhir pada tahun 2003 kot rasanya ketika Jambori Nisa' di Templer Park bersama Kak Iqin, kami siap sembang-sembang dlm hutan menunggu kumpulan2 peserta dtg kepada kami sebagai check point terakhir. Time tu Kak Iqin belum kahwin lagi hehe, bercerita ttg perbelanjaan kahwin dan sebagainya. Dan time tu jugak aku sibuk ber'yahoo'2 an di handphone walaupun kami di tgh hutan sbb ada coverage hehe. Technology really helps!! :D
Ok guys, do miss me k. I'll be back on next Monday insya-Allah. Doakan perjalanan kami ini sebagai perjalanan merentas ilmu kehidupan :)
***********************************************************************
(2)
Al-Mu'allim

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
O Mu'allim...
Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim
[one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..
Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim
[one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Lyrics and Composition: Sami Yusuf
Producer: Sami Yusuf
© 2003 Awakening
Syukran Afiz for your help on this lyric, may Allah bless you always :)
Wassalam.

La Tahzan III

لا تـــحــــزن
لأن الحزن يزعجك من الماضي
ويخوفك من المستقبل ويذهب عليك يومك
لا تـــحــــزن
لان الحزن يقبض له القلب
ويعبس له الوجه وتنطفي منه الروح
ويتلاشى معه الأمل
لا تـــحــــزن
لان الحزن يسرُّ العدو
ويغيظ الصديق ويُشمت بك الحاسد
ويغيِّر عليك الحقائق
لا تـــحــــزن
لأن الحزن مخاصمة للقضاء
وخروج على الأنس ونقمة على النعمة
لا تـــحــــزن
لأن الحزن لا يردُّ مفقوداً
ولا يبعث ميتاً ، ولا يردُّ قدراً ، ولا يجلب نفعاً
لا تـــحــــزن
فالحزن من الشيطان ، والحزن يأس جاثم وفقر حاضر
وقنوط دائم وإحباط محقق وفشل ذريع
لا تـــحــــزن
إن كنت فقيراً فغيرك محبوس في دَيْن
وإن كنت لا تملك وسيلة نقل فسواك مبتور القدمين
وإن كنت تشكو من آلام فالآخرون مرقدون على الأسرة البيضاء
وإن فقدت ولداً فسواك فقد عدداً من الأولاد في حادث واحد
لا تـــحــــزن
إن اذنبت فتب
وإن اسأت فاستغفر
وإن أخطأت فأصلح
فالرحمة واسعة
والباب مفتوح ، والتوبة مقبولة
لا تـــحــــزن
لانك تُقلق أعصابك
وتهزُّ كيانك وتتعب قلبك وتُسهر ليلكولربَّ نازلةٍ يضيقُ بها الفتى ***
ذرعاً وعندالله منها المخرَجُ ضاقت فلما استحكمت حلقاتها ***
فٌرِجَت وكان يظنُّها لا تُفرجُ
لا تـــحــــزن
لان القضاء مفروغ منه ، والمقدور واقع والاقلام جفت
والصحف طويت ، فحزنك لا يقدم في الواقع شيئاً ولا يؤخر
لا تـــحــــزن
على ما فاتك ، فإنه عندك نعماً كثيره
فكِّر في نعم الله الجليلة ، وفي أياديه الجزيلة
وأشكره على هذه النعم
قال تعالى " وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها "
لا تـــحــــزن
من كتابة أهل الباطل والعلمانية
في الصحف والمجلات والجرائد
فذاك غثاء كغثاء السيل
ولكن قل " موتوا بغيظكم "
لا تـــحــــزن
من نقد أهل الباطل والحساد
فإنك مأجور من نقدهم وحسدهم على صبرك
ثم إن نقدهم يساوي قيمتك ، ثم إن الناس لا ترفسُ كلباً ميتاً
لا تـــحــــزن
وأكثر من الاستغفار
فإن ربك غفّار
" فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفاراً يرسل السماء عليكم مدراراً ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهاراً "
لا تـــحــــزنفإن المرض يزول
والمصاب يحول ، والذنب يُغفر
والدَّيْن يُقضى ، والمحبوس يُفك
والغائب يَقدم ، والعاصي يتوب والفقير يَغتني
لا تـــحــــزن
ولا تراقب تصرفات الناس فإنهم لا يملكون ضراً ولا نفعاً
ولا موتاً ولا حياةً ولا نشوراً ولا ثواباً ولا عقاباً
وقديماً قيل : من راقب الناس مات همَّاً
لا تـــحــــزن
ما دمت تُحسن إلى الناس
فإنَّ الإحسان إلى الناس طريق السعادة
لا تـــحــــزن
فإن الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة
والسيئة بمثِلها
لا تـــحــــزن
فإنت من روَّاد التوحيد ، وحملة الله ، وأهل القبلة
وعندك أصل حب الله وحب رسوله صلى الله عليه وسلم
فعندك خير وأنت لا تدري
لا تـــحــــزن
فأنت على خير في ضرائك وسرائك
وغناك وفقرك وشدتك ورخائك
" عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله له خير وليس ذلك إلا للمؤمن ، إن أصابته سرَّاء فشكر كان خيراً له وإن اصابته ضرَّاء فصبر كان خيراً له "
لا تـــحــــزن
فإن هناك أسباباً تُسهِّل المصائب على المُصاب من ذلك :
1- إنتظار الأجر والمثوبة من عند الله " إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب " .
2- رؤية المصابين من حولك .
3- إن المصيبة أسهل من غيرها .
4- أنها ليست في دين العبد .
5- إن الخيره لله رب العالمين " وعسى أن تكرهوا شيئاً وهو خير لكم .... "
لا تـــحــــزن
وعندك القرآن والذكر والدعاء والصلاة
والصدقة وفعل المعروف والعمل النافع المثمر
لا تـــحــــزن
ولا تستسلم للحزن عن طريق الفراغ والعطاله
ولكن صَل وسبِّح وأقرأ وأكتب وأعمل وأستقبل وتأمَّل
لا تـــحــــزن
أما ترى السحاب الأسود كيف ينقشع
والليل البهيم كيف ينجلي
والعاصفة كيف تهدأ ؟
إذاً فشدائدك إلى رخـاء وعيشك إلى صفاء
ومستقبلك إلى نعماء ، إن شاء الله
لا تـــحــــزن
ولكن إذا بارت بك الحيل وضاقت عليك السُّبل
وأنتهت الآمال وتقطعت بك الحبال
فنادي وقل : يا الله ..إذا ضاقت عليك الأرض بما رحبت وضاقت عليك نفسك بما حملت فأهتف
وقل : يــا الله إذا وقعت المصيبة وحلت النكبة وجثمت الكارثة فنادي
وقل :يــا الله ..إذا ضاق صدرك واستعسرت أمورك فنادي
وقل : يــا الله ..إذا اوصدت الأبــواب أمـامــك فـنـادي
وقل : يــا الله ..ولقد ذكرتك والخطوبُ كوالحُ
*** سودً ووجه الدهر أغبرُ وقاتمُ فهتفت في الأسحار باسمك صارخاً ***
فإذا محيَّا كلُ فجرٍ باسمُإليه تَمدُ الأكفُ في الأسحار
والأيادي في الحاجات ، والأعين في الملمات
والأسئلة في الحوادث باسمه تشدوا الألسن وتستغيث وتلهج وتنادي
وبذكره تطمئن القلوب وتسكن الأرواح وتهدأ المشاعر وتبرد الأعصاب
ويستقر اليقين " الله لطيف بعباده " اللهأحسن الأسماء وأجمل الحروف وأصدق العبارات وأثمن الكلمات
" هل تعلم له سميَّا "الله
فإذا الغنى والبقاء والقوة والنصر والعز والقدرةُ والتمكين الله
فإذا اللطف والعناية والغوثُ والمدد والودُ والإحسان " وما بكم من نعمة فمن الله "الله
الجلال والعظمة والهيبة والجبروتمهما رسمنا في جلالك أحرفاً
*** قدسيةً تشدو بها الأرواحُ فلأنت أعظمُ والمعاني كُلها ***
يـا ربُّ عند جلالكم تنداحُال
لهم فأجعل مكان اللوعة سلوة ، وجزاء الحزن سروراً وعند الخوف أمناً ..
اللهم آمين
يـــــــــــارب الق على العيون الساهرة نعاساً أمنةً منك وعلى النفوس المضطربة سكينة
وأثبها فتحاً قريباًيـــــــــــارب
إهدى حيارى البصائر إلى نورك
وضُلاَّل المناهج إلى صراطك والزائغين عن السبيل إلى هداك
اللهم أذهب عنّا الحزن
وأزل عنّا الهم وأطرد من نفوسنا القلق نعوذ بك من الخوف إلا منك
ومن الركون إلا إليك والتوكل إلا عليك والسؤال إلا منك ولأستعانة إلا بك أنت ولينا نعم المولى ونعم النصير
Ehsan dari kasutt_tterbang. Syukran lahu.

Monday, December 06, 2004

Mubassyirun (Gembira)

Assalamualaikum wbt,

Tika ini masih di ofis, niatku untuk menyiapkan assignment dan tugasan, dan entah bagaimana ter'browse' blog Faisal Tehrani, membaca cerpen-cerpen beliau.

Lagu Al Mu'allim yang kujumpai di blog kasutt_tterbang menjadi halwa telingaku sejak dari pagi tadi tanpa henti-henti, sungguh aku amat menyukai lagu ini. Sekali aku dah tersuka, tak henti-henti aku akan mainkan, sama nasibnya seperti lagu Al Mu'tamm yang kujumpa di blog Faiz, untuk beberapa bulan ofismate sebelah tempat duduk terpaksa bersabar mendengar lagu yang tak henti-henti aku putarkan :)

Masya Allah, kukagumi seorang yang bernama Faisal Tehrani ini. Bukunya Kombat1115 telah lama kukhatami, dan aku amat puas dgn buku itu. Buku yang tinggi nilainya, teramat tinggi bagi aku yang buta akan sastera, tapi mesejnya yang mendalam di situ membuat aku tidak akan tega membenarkan sesiapa mengambil buku itu tanpa izin.

'Penjelajahan' hasil-hasil tulisannya di blog beliau membuat aku tidak kering air mata, apatah lagi diselangi dgn lagu sayu Al Mu'allim ini. Bacalah kisah 'Kucing Montel di Masjid Biru' dan 'Nenek Negro di Kota Mekah', antum pasti terkesan hati.

Ahh, aku sudah semakin sensitif pabila membaca cerita, dan mungkin aku sememangnya seorang yang sensitif. Tapi bukankah setiap rasa itu anugerah Tuhan?

Syukurku dikurniakan rasa tersentuh yang kuat, dariku dijadikan wanita berhati batu, keras, pejal yang sukar ditebak hatinya, entah kerana karat dosa, atau mmg sekeras bata dr awalnya.

Seorang sister yang pernah menjadi tutor di UIA yang kukenali dan kemudian sekarang berada di UK untuk Phdnya memajukan satu site Nasyeeds yang ada Mp3 Al Mua'llim, kukira hari ini rezekiku amat murah, teramat murah.

Alhamdulillah. Seribu syukurku panjatkan pada Yang Esa.

Membuka Quran petang tadi sejurus solat Asar, dan aku terjumpa kalimah Tasneem dan 'Illiyin di dalam Surah Al Muthaffifin (Orang-orang yang Curang) dan Suratul Insyiqaq (Yang Terbelah).

Tasneem ialah mata air di syurga untuk al muqarrabun (org-org yang dekat dengan Allah) dan 'Illiyin adalah kitab catatan kebaikan. Abg Nazrol namakan anak perempuannya dgn Ainul Tasneem, dan aku pernah terjumpa seseorang yang bernama Nur' Illiyin. Sedapkan nama mereka?

Amat gembira hari ini, amat gembira. Terasa pada tika ini, sudah memadai dgn segala nikmat yang diberi, sekiranya ditambah aku lebih gembira, dan jika tidak, aku sudah puas hati. Moga aku sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Terima kasih sahabat-sahabatku, kalian menjadikan hidupku bercorak warna pelangi di dalam pengembaraan insan menuju Tuhan. Barakallahu fiikum pada adik-adik tersayang, pada kakak-kakak dan abg-abg tercinta yang banyak beri sokongan. Kiranya satu hari aku tak sempat menitipkan rasa terima kasihku pada kalian, anggap saja ini sebagai 'advance' . Maaf sekiranya ada yg pernah menjeruk rasa dengan karenahku selama ini :)

Alhamdulillah, alhamdulillah wa alhamdulillah.

:)

Rindu

Assalamualaikum wbt,

Sekarang sedang menikmati lagu yang terpasang di site kasutt_tterbang (tak kenal siapa ownernya tapi afiz yang forwardkan url, jazakallahu khairan fiz :)

Suka sgt dengan lagu ini, lagu yg kadang-kadang aku dgr di radio IKIM tapi tak tahu siapa penyanyinya, aku assumekan Kumpulan Debu, but not so sure. Browse net tadi baru tau siapa penyanyinya, Sami Yusuf (never heard his name before this). But very nice to listen to this song, tenang jer hati rasanya. Teringat kenangan ketika di Masjid Nabawi, pusara baginda telah kulawati, tapi benarkah kucintai baginda sepenuh jiwa dan hati? Melihat perangaiku yang tak serupa orang ini terasa seperti malu sendiri. Banyak sunnah baginda yang tidak aku praktikkan dlm kehidupan, layakkah aku mengaku aku mencintai baginda? Aku harap aku dibangkitkan di dalam golongan yang akan berdiri di belakang baginda di Yaumul Akhir nanti (praying hard for that, please pray for me too ya).

Dan sekarang ini aku rindu hendak ke kelas Arab, rindu yang menggunung kerana di kelas itu aku byk mempelajari banyak perkara, sepanjang perjalanan ke kelas Arab biasanya ketika itulah aku akan merenung diri, menikmati puas-puas zikir keseorangan walaupun ditemani oleh Mak Teh dan Kak Rin yang biasanya akan bercakap berdua di tempat duduk hadapan meninggalkan aku 'terbang' keseorangan meneroka dan menjelajah ruang bersendiri, berfikir sendiri, dan merenung diri.

Kiranya aku tidak ikuti kelas Arab lagi, pasti kurindu masjid UIA PJ yang sering kami singgah utk solat, pasti rindukan karenah ustaz-ustaz yang pelbagai, dan yang pasti aku akan rindukan classmatesku yang sungguh baik. Kak Zuraidah dgn keberaniannya, Kak Nadia dgn manis dan ketenangah wajahnya, Kak Maria yang sgt rajin dan pandai, Dato' Sujak yang sering buat aku ketawa dengan soalan-soalan yang aku rasakan funny kepada ustaz, Uncle Bahrin accountant berjaya, Uncle X (luper lak nama dia time nih) yang sgt2 pandai dan berani tanya dlm kelas, in a way bantu kami yang malas nak tanya soalan ni, dan Dr Y (pun dah lupa nama) yang sering travel dan sering ketawa apabila menjawab soalan kalau tak confident. They are my best buddies. Eventhough i'm the youngest in the class, they treat me very well and nice, always listen to my opinions and stories. Love them very much!

Semalam Ija kahwin, kacak dan tinggi zawwijnya, nampak baik jer (ye ler, dah student Mesir, mesti ler baik), tak sempat nak cakap apa2 dgn Ija. Kak Nuun, iena hanya sempat kirimkan salam dan doa akak pada adiknya krn tak dpt bertemu pengantin semalam :)

Selepas balik dari rumah pengantin, singgah di rumah sedara ibu yang rumahnya mmg berhampiran dgn rumah Ija, dan kemudian terus ke rumah Induk (my makcik). Dari pukul 5.30 ptg dijamu dgn nasi tomato dan nasi impit, boleh pulak disambung dgn sesi 'mengeteh'. Memula tak faham istilah ni, rupanya istilah untuk sesi minum teh. Hehe,memacam istilah :D

Tak boleh lama di sini, perlu menyiapkan kerja dan assignments before bertolak ke Perak Rabu ni. I have 1 assignment Econs, 1 presentation and report for the same subject, 1 assignment for Marketing, and lastly assignment Systemic Thinking sbb Fazrul dah minta Sabtu lepas. Tak campur lagi assignment dr Abg Is suruh review buku Fathi Yakan. Hmm...banyaknya urusan yang perlu dibuat.

******************************************************************************
Ya Habibi Ya Muhammad, Ya Shafi'e Ya Muhammad
Ya Mustafa Ya Imam al mursaleen
Ya Mustafa Ya Shafi'e al 'alameen
* di antara bait-bait lagu Al Mua'llim yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf :)

Berkunjung ke laman site kumpulan Debu tadi, dan aku cemburu membaca lirik lagu mereka. Lirik lagu mereka menggambarkan tahap kecintaan penulis yang tinggi pada Allah, terasa rendah diri yang teramat.Teramat!

Friday, December 03, 2004

Pergantungan Hanya Kepada Allah

Assalamualaikum wbt,

Ni sajak that i've created in 2001. Bunyi dia sedih sket, sbb mmg tgh sedih sgt time tu. Sajer post kat sini sbb takut kertas catatan sajak ni hilang. So before dia hilang, mari kita abadikan di dalam web blogku ini, ihiks :D


**********************************************************
Pergantungan hanya kepada Allah

Di kala hati sedang dirundung pilu
Aku teringat satu barisan kata
'pergantungan hanya kepada Allah'.

Allah Yang Maha Mengetahui
atas apa yang terjadi
Allah Yang Maha Mendalami
atas apa yang telah
disuratkan ke atas diri

Entah tangisan ini untukMu
Kadang kadang hati
sendiri menjawab tidak tahu

Entah redhakah aku
Hanya hati
yang bisa menjawab!


Iena
2001
Cyberjaya.

*********************************************************

Dun ask me what had happened that led me became so sad during that time. But it was the most tragic experience for me until now in life. Apa pun now i've become stronger and become more mature, insya- Allah :)

Seperti acuan cawan, dalam hendak membentuk cawan yang cantik, cawan tersebut perlu dibakar dan sebagainya, sakit bukan? Tapi hasilnya adalah sebentuk cawan yang cantik. Begitu juga dengan manusia, dalam hendak membentuk peribadi yang unggul, perlu banyak cubaan dan dugaan agar kita terbentuk menjadi manusia kuat dan berdaya tahan. Seperti Rasulullah, baginda juga diuji dengan pelbagai mehnah sebelum diberikan kemenangan. Semuanya tarbiyyah dr Allah :)

Besides, bukankah hidup ini hanya sekejap cuma? Live life to the fullest, according to Islam :D

Wassalam



Teambuilding, class and marriage

Assalamualaikum wbt,

Waa...i think i need to re-energise myself, selama 3 bulan ni kerja tak berapa banyak menyebabkan myself agak addicted utk buat kerja sambil lewa...hmm.

Next week dah ada teambuilding ke Perak, pastu mungkin ke JB atau N.Sembilan utk jumpa customers, kemudian kursus pegawai penyiasat, and lastly program Customer Awareness di Kedah/Perlis dan Penang. Banyaknya agenda bulan ni.

Tak sabar nak ke program teambuilding. Today i have to send an e mail to my Marketing lecturer for not being able to attend her class on Wednesday next week as i'll be departing to Perak on that day itself in the morning. Tak sabarnya nak pergi, jungle trekking, sports, i hope i can practice taekwondo with Kak Fida, unfortunately she's pregnant 1 and half month pulak skang ni. Takkan nak suh org pregnant bertaekwondo kot hehe.

This morning before pergi kerja, i went to my almari buku searching for 2 books that Gorgom (Fahmee) requested on last Wednesday utk dia pinjam. Betapa banyaknya buku-buku yang tak tersentuh lagi sekarang ni. Ntah biler ler nak baca, kena put effort jugak ni. Biler yer? :)

Just wanna inform pada saper2 yg kenal Ija Mazlan, she's getting married on this becoming Sunday with an Azharian (Mesir). Me myself tak kenal bakal husband dia sbb waktu dia bertunang, tak pergi ke majlisnya sbb ada kelas. Untuk saper2 yg tak tahu, Ija Mazlan is my anak buah sbb her father is a cousin to me. Her wedding ceremony will be done in Gombak, insya-Allah.

Guys, later sambung k, i need to continue my works.

Jumpa lagi insya-Allah, assalamualaikum wbt :)

Thursday, December 02, 2004

La tahzan II

Assalamualaikum wbt,

Catatan terakhir mengajak semua not to be sad (La tahzan), ana sebenarnya sdg memujuk diri sendiri supaya tidak bersedih.

Maaf, ana kurang berkongsi sebab dan cerita yang ana rasakan terlalu peribadi, it's too personal.

Bulan Ramadhan yang lepas banyak menemukan ana kembali dengan insan-insan yang ana tidak fikir akan bertemu kembali. Tapi rahmat Allah melebihi segalanya.

Dan dengan pertemuan itu, satu kenangan lampau bangkit. Dan mempelajari hakikat sebenar yang tidak pernah diketahui setelah 4 tahun peristiwa itu berlalu, terasa hati mahu runtuh sebenarnya. Seminggu terasa hati dan akal kurang tenteram, dan seminggu itu munajatku panjang, mohon kesabaran dan ketabahan dari Yang Esa untuk melalui liku-liku hidup ini.

Malunya aku, kerana dugaan sekecil ini aku tersungkur. Hampir saja aku menanyakan Allah mengapa perkara itu terjadi sedemikian. Tidak pandai menjadi hamba bersyukurkah aku?

Tabahlah hati, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Aku percaya dan pegang kuat kata-kata itu.

Sekali lagi, la tahzan wahai hati.

La tahzan.

Tuesday, November 30, 2004

La Tahzan (Jangan bersedih)

Assalamualaikum wbt,

La Tahzan

La tahzan,

Sekiranya dunia ini seperti
tidak memihak kepadamu

La tahzan,

Sekiranya kamu rasakan
dirimu sering sakit
dihenyak dugaan

La tahzan

Sekiranya segala
yang kamu terima
terasa seperti tidak berpadanan
dengan apa yang kamu usahakan

Demi Tuhan yang
menciptakan alam ini

Sesungguhnya kita adalah umat dan insan terpilih

Terpilih di dalam rahmat iman dan Islam
Terpilih mendukung amanat Yang Mencipta
Terpilih menjadi umat Rasul pilihan

La tahzan

Kiranya bersedih itu
membuatkan kau lemah
Maka bangkitlah
Kita insan kuat
Yang menjunjung anutan mulia
bergembiralah seadanya

La tahzan
ya ikhwan wa akhawat
Kegembiraan kita
di hari akhir sana
pabila bertemu
Kekasih Agung

Kegembiraan yang abadi

lantaran itu...

La tahzan.


Zurina
30 Nov 04
K. Lumpur.


*Coretan untuk my special bestfriends Ika dan Rusiha, dan to all of you as my brothers and sisters in Islam. Moga berbahagia selalu :)




Monday, November 29, 2004

Dominasi Tebrau

Assalamualaikum wbt,

Sedih :(

Sebabnya tak sempat nak join conference di UIA yesterday, padahal mmg dah set hati nak pergi. Patutnya register dah hari tu, tapi groupmate had decided to have a group discussion on Saturday, so i cancelled the plan to register sbb ingat mmg bebetul nak discuss, tapi Azwan pulak blom siap assignment Econs. Discussnya sket jek. Hish, terkilan pulak.

So semalam lepas kelas and went to one of my classmate's open house, balik ke UIA balik for Zuhr prayer, tup tup pulak hujan lebat. Ok, eventho i'm UIA student, but seriously tak tau sgt faculty2 yang ada kat UIA tu, and even routes nak pergi certain2 places pun kami kebanyakannya tak tau. Kak Ika and I went to search the venue for the conference, tapi tak jumpa sbb tak tau faculty IRK (Islamic Revealed Knowledge)) kat mana, and where the conference is held actually. Dah lah tu, kami sesat lepas kuar masjid merayap ntah ke mana-mana. Yg bestnya, each student yg kami pergi tanya direction, asyik tersalah anggap derang ni Malaysian, derang ni muka cam Melayu tapi rupanya foreign students. Haiyaa, adalah 2 3 org pelajar foreign kami ingat bebetul Melayu, sekali derang jawab in English biler kami tanya in Malay, sah dahlaaa derang ni foreign, so for the next 2 3 students that we asked for direction, we spoke in English pulak, takut nanti tersalah lagi. Me and Kak Ika asyik gelak jek sbb asyik mistakenly assume yg pelajar2 yg kami tanya tu Malaysians. Hehe.

Ni ler masalahnya kalau kampus besar sgt and punya diversified range of students identities, confuse. Hehe. Jenuh mencari kat mana ler kami park keta before pergi solat Zuhur. Pasni rasanya kena buat special tour kat kampus UIA ni, tension sbb asyik sesat jek :)

Semalam lepak Kino KLCC sbb dah lama tak pegi sana, baca buku marketing strategy written by Jack Trout and National Geographic, search for novels and bought 2 of them. Dominasi Tebrau by Aminah Mokhtar dan another one tak ingat title dan authornya.

I think Aminah Mokhtar ni penulis muda, sbb lenggok dan gaya bahasanya mudah. Sudah biasa dgn gaya bahasa dewasa seperti Faisal Tehrani dan yang lainnya, menyebabkan mudah dpt membezakan samada penulis ini penulis baru menulis atau sebaliknya. Tapi contentnya, hmm..perlu diberi pujian kerana berjaya menggarapkan terjahan akal dlm perkara isu-isu global spt sains, perang, humanity, culture dan Islam. Semangat juang yang ditonjolkan terasa bahangnya, semangat org muda yang berkobar-kobar ingin melihat dunia ini aman, menguatkan lagi assumption lagi bahawa penulis ini masih muda belia :)

Apa pun, bravo to the author. Terkesan di hati apabila penulis membayangkan situasi perang di Palestine, tersentuh hati dibuatnya. I bought the book so that i can asked my 3 little sisters di rumah fikir apa yg perlu mereka kejar dlm hidup. My youngest sis commented "Angah ni suka beli buku yang bahasanya susah mcm ni..". Ler, nilah bahananya kalau dr kecil dah disogokkan dgn bahan bacaan yang banyak bertemakan cinta dan topik yang tidak berat. Bukannya tak boleh baca, boleh, tapi jgn terlebih sgt sampai otak di'partition' utk tdk dpt menerima bentuk gaya bahasa berbeza dr apa yg biasa dibaca di dalam2 novel2 cinta dan remaja. Biler tgk gaya bahasa yang agak2 mcm susah, langsung tak nak baca. Susah juga nak didik adik2 ni, kena banyak bersabar and berhemah. Kalau terlalu berkeras, mereka berpatah arang, kalau terlalu lembut, buat habis air mulut jer menegur tapi tak jugak ikut apa yg dinasihatkan. Kena bersederhana :)

Buku Dominasi Tebrau ni belum habis baca lagi, so tak boleh nak beri sinopsis yang tepat di sini. Wait till i finish reading the book k :)

Next week, akan ke Ulu Kernas, Perak for FMD teambuilding. The next 2 weeks after that, i'll be going for Customer Awareness Program di Kedah/Perlis and Penang. Hmm...outstation lagi. I'll be burning my Marketing class for twice nanti. Nasib baik our class assignment need to be submitted and discussed on Week 6, a week before the program. Banyaknya yang perlu difikirkan dan dikerjakan.

Wassalam :)


Thursday, November 25, 2004

Tired eyes

Assalamualaikum wbt,

Sorry guys for i couldn't fulfill my promise to explain abt the Systemic Thinking as promised before. I had one class presentation last nite for Marketing and an assignment for Economics to be submitted on this becoming Sunday, and both of the subjects requires me to sit and concentrate on my books pondering on their technical terms, definitions and graphs :)

You guys should know how i felt so horrible in Marketing class last nite, as my groupmates and i did not expect that the class presentation and discussion will be conducted so rigourously as what we had last nite. Our lecturer mmg charismatic and good. Mmg terasa otak panas while comprehending the new concepts and terminologies commonly used in Marketing field. The syllabus is more advance than i used to learn in degree level. Mencabar sungguh actually :)

Ok guys, later k. Mata dah penat menghadap Economic terms, nasib baik Cikgu Ika ajar camner nak tackle soalan assignment this evening :D

Tq Ika. Pasni leh tanya lagi ek, hehe.

Wassalam.

Wednesday, November 24, 2004

Beautiful you

Beautiful you

The decent heart of a translucent man,
Will only go to his pride
Peeling each of his memories
Encroaching his dignity
Impinging his well kept secrets
In the chamber of mystery and unknown…


Men are well prepared
To the things he feared most
And his guard is down
When things are calm as a silence sea…


That's the reason why most people die in his complacent
Then oust things he feared.
For the things we fear, we conquer.
But the things we adore, it slips easily.


Never say others are right when they are wrong
For worms could never be a fiery dragon
Lie not at all times, at any cause,
Except when truth will only mean your life is on a strand.


We are all beautiful inside.
Shining and glowing deep,
What we do
Reflects what we feel.
What we feel
Reflects what we are.


Make peace with God,
For whatever things he does to you
Is meant to teach you and others


No man is an island
Even though we all are living in one.


Find the beauty in you
You will find the world is a beautiful place to be
For we don't have anywhere to go
Or others to see
Except you and me...


Abu Raudhah
24 Nov 04

Monday, November 22, 2004

Kenangan Tanjung Karang

Assalamualaikum wbt,

Bersua kembali kita selepas abt one week bercuti. How's ur holidays and Raya? Mine was superb, alhamdulillah :)

Raya kali ni alhamdulillah, sempat menjenguk kedua-dua nenek dan datuk di kampung, berjumpa dengan sedara-mara yang sebelum ni tak berapa and tak kenal langsung, and yang paling penting is the excitement to be close to your own family members. Subhanallah, nikmatnya Aidilfitri :)

Thursday nite went back to KL after abt one week di Pedas dan Batu Kikir, on Friday Uwan (panggilan nenek di kampung) dtg KL sbb nak hantar my cousin to Uitm Sarawak on the next day. On Saturday, i went to UIA for a goup discussion as we will have class presentation on this becoming Wednesday.

And Sunday...

The most memorable day as i get to see one of my long lost frens get married. Remember i did write about my Chinese fren who get reverted to Islam before? Mardhiyyah Lim Siow Ling..eventho i have Econs class on Sunday morning, instead going for the class, i opted for going to her wedding ceremony at Tanjung Karang, Selangor. I would like to see her with my own eyes, so that i won't regret for letting go a chance to meet her personally if ditakdirkan after this i dun have any opportunity to see her again. My usu...:)

After 7 years tak jumpa, biler jumpa dah terus jadi isteri org, tak puas hati sungguh hehehe. I met Kath and her sister Kak Su, Shaman, our very skillful driver dlm hal2 mereverse kereta Bro Afiz (hehe, jgn marah ek Fiz, gurau jek :D, and Leen yang sdg pregnant anak kedua and her husband. Hmm..nak pergi ke rumah pengantinnya punyer ler jauh, tapi bab nak jumpa pengantinnya, sekejap sgt sbbnya mereka dah terlewat nak ke rumah pengantin lelaki. Tapi takpe, yang penting dah berjumpa, that's more important to me.

Keluarga pengantin lelaki pun nampak baik2, bertudung labuh semua, insya-Allah Mar will be in good hands of people, i won't worry about her. And yeah, one of her housemates is someone that i know from Nisa' program before where we did talked to each other and asked her whether she's belong to someone or not sbb berkenan dgn dia, so ingat nak kenalkan to my younger bro, tapi to no avail sbbnya dia kata dia akan bertunang after grad insya-Allah. Hehe, takde rezeki nak jadi my sister in law :) This sister ni muka dia mcm Asey, serius :)

Sepanjang perjalanan tu borak2 ttg geng2 lama, ttg keje2 constructions ni since Kath and Afiz adalah bakal2 contractor berjaya :D, Shaman yg baru nak keje ngan government and Kak Su yg juga bekerja dgn one construction company. Tapi best sgt sbbnya banyak belajar ttg cara2 nak extend rumah, patut beli bahan sendiri ker tidak, mcm mana nak dapatkan business especially if you are a woman (hehe, ni bukan bermaksud jahat yer, women senang nak dpt kontrak kalau deal dgn typical men ler, kalau yg jenis strict tak jadi juga :) Bestlah, serius best.

Lepas tu lepak umah Leen dan main dgn Zafri, anak dia. Comel sgt. Sebiji rupa ayah dia Zadil. Sebelum ni mcm tak pernah perasan Zadil yg mana satu kat sekolah sebelum ni, rupanya senior yg sorang ni. Cantik rumah Leen, ye ler, dah husband pun contractor, ni yg nak kahwen ngan contactor gak nih, leh dpt umah cantik hehehe. Happy for them jugak :)

Apa pun, i'll pray for Mar and Leen's happiness always. Not to be forgotten you guys yg selalu visit here. And Ika, i know you a lil bit pressure last nite, tapi bersabar, byk2 bersabar. Al sobru minal eeman, kan? :)

Dugaan kita masing-masing tak sama, tapi kena percaya dan gembira. Kenapa perlu rasa gembira?

Sebabnya...dgn adanya dugaan itu kita tahu Allah masih melihat kita, masih ingin menguji kita yang akan dibalasi dgn kebaikan dan ganjaran yang byk sekiranya bersabar. Tak gembira Allah lihat kita? Masih menjaga dan berada di pandangan mataNya?

Sabar, walaupun payah, walaupun terpaksa memendam rasa seperit hempedu. Kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Wassalam



Tuesday, November 09, 2004

Oh Eid! (Ya Eid)


Oh Eid! (Ya Eid)
Oh Eid! you are a gift from our creator God
You excite in us the joy of eager
You bring us together with our relatives and friends
You overwhelm us with mercy like a streaming well
It’s our habit to visit people so kindly
No hatred, no bitter feeling, no arrogance at all
Getting up by your greatening the generous and every disobedient
And the couple may return hugging
The disputers may reconcile
And the children joy, many fly into the horizon!
Overwhelmed by happiness at home and the markets
The children and the adult are in such a race
Joyful with what is like the kohl in the eyes
Seizing a tasty opportunity
May Allah maintain their happiness
And make us always meet
Do not separate us as separation is bitter
Dalam kegembiraan menyambut Syawal, terasa kesedihan Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi.
Ya Allah, temukanlah lagi kami dengan tetamu mulia ini tahun hadapan. Sehingga saat itu, Kau ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang. Ameen.

Monday, November 08, 2004

Pengembaraan ilmu

Assalamualaikum wbt,

(1)

Sudah hari ke 25 Ramadhan menjelang hari ke 26 esok. Sudah hampir 'graduate' kah kita drpd madrasah Ramadhan ini?

La'ala na'am (Moga-moga ya). Kerana apa? Kerana telah disebut dalam satu hadith mafhumnya adalah celaka bagi orang yang tidak mengambil peluang untuk berbuat kebaikan di dalam bulan Ramadhan.

Bukankah rugi namanya? Tidak menimba sebanyak pahala yang mungkin di dalam bulan penuh barakah ini?

Mahu tunggu tahun hadapan? Moga-moga kita masih hidup menghirup nafas untuk menyambut tetamu mulia ini sekali lagi.

(2)

Alhamdulillah, pada malam Khamis yang lepas Ika and I had managed to arrive at Kersani Training Centre, Segamat. Dengan penuh ketidaktentuan hati sama ada hendak pergi atau tidak dan juga ketidakpastian arah perjalanan, Allah tetapkan hati dan permudahkan 'pengembaraan' kami yang pertama ke daerah ini.

'Pengembaraan ilmu'. Sedap,kan bunyinya?

Dan sesedap dan selazat itulah juga dapat kami menikmati kemanisan ukhuwah yang terjalin di sana dengan adik-adik dari UIA, KUIM dan USM, serta kakak-kakak yang baik, yang mencatatkan seribu kenangan walaupun kami hanya sempat berada di sana selama 1 setengah hari. Sudah cukup untuk melahirkan titisan air mata ketika ingin berpisah dengan 2 akhawat yang pulang awal ke Pahang. Manisnya ukhuwah yang terjalin, subhanallah :)

Ika and I were given 'extra-ordinary' accommodation since not enough space for us to stay with the rest yang telah tiba hampir 5 hari awal. Maka kami ditempatkan di Log House. Cantik juga binaannya, agak kagum dengan persekitaran training centre yang satu ini.

Pengisian program?

Hmm..program ini dikhaskan untuk Systemic Thinking Core Group. Akh Fazrul menerangkan konsep penting yang beliau tuliskan di dalam bukunya 'Pemikiran Sistemik'. Buku ini telah kami dapatkan pada bulan November 2003, tetapi pada November 2004 (biler join this program) baru betul-betul kami kuasai isinya. Hehe.

Alhamdulillah, dapat ilmu dan jalinan ukhuwah baru. Tak rugi rasanya untuk membuat 'pengembaraan ilmu' yang lain selepas ini, mungkin akan ada pengalaman yang lebih menarik, insya-Allah. Baru faham mengapa ikhwah wa akhawah di US sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah menjalani perjalanan jauh yang kadang-kadang hampir mengambil masa satu hari untuk sampai. Kerana apa mereka sanggup? Kerana kemanisan ilmu dan ukhuwah yang mereka kejar, yang kebanyakan kita di sini kurang merasai, dek kerana tidak berkesempatan hendak berbuat, atau memang tidak mahu mengambil peluang sedemikian.

Apa pun, setinggi syukur dirafakkan kepada Allah atas rahmat kemudahan yang diberikan kepada kami.

Jika berkesempatan, insya-Allah me or Ika akan kongsi bersama apa yang dapat kami timba sedikit sebanyak di program tersebut.

Alhamdulillah..... :)

Wassalam.



Thursday, November 04, 2004

Komen ttg Bush, Kerry and Clinton

Assalamualaikum wbt,

Komen from one bro abt my posting earlier. Have a look :)
(Copy terus dr YM krn tak cukup masa nak rephrase balik)

Abg Is: komen
Abg Is: The only advantage if we have Kerry being elected, is his international policy that are not favour much on invasion on other countries.
Abg Is: ye ke

Abg Is: in one interview dgn cnn kot dia kata dia akan make sure amerika akan menang di amerika quickly
Abg Is: dan possibility dia akan serang iran dan syiria is high
iena_panadol : ye ker?
iena_panadol : ic
iena_panadol : so my assumption is wrong ler kot
iena_panadol : ala malasnya nak edit
Abg Is: sebab tu between two evil
Abg Is: bush is lesser
iena_panadol : oo really?
iena_panadol : i thought kerry is much kind hearted sket
Abg Is: nope
Abg Is: remember bush v clinton
Abg Is: semua org ingat bush better
Abg Is: tapi he's even greater devil
iena_panadol : clinton tu baik sket
iena_panadol : takde pun establish perang2 nih
Abg Is: heheh
Abg Is: tak jugak
Abg Is: dia ye polisi lebih kurang jer
iena_panadol : ye ker?
Abg Is: yup
Abg Is: kalau baca buku2 pasal nie tahula
Abg Is: one of it is called rogue state
Abg Is: yugos dulu dia la yg serang
Abg Is: sama gak masa bunuh kat sudan
Abg Is: kadang2 dia tak serang direct
Abg Is: tapi CIA
Abg Is: serang secara tertutup
iena_panadol : ic ic
iena_panadol : so blehlah nak dibuat conclusion
iena_panadol : Pres US ni kebanyakkan giler kuasa
iena_panadol : pesal laa derang ni jhaat sgt
iena_panadol : takde keje lain kot asyik nak invade org
Abg Is: actually pemerhatian kita patut jelas
iena_panadol : kalau derang naikkan lagi ekonomi US tu lagi bagus
Abg Is: camnie
Abg Is: kekuatan kuffar bukan sebab mereka kuat
Abg Is: tapi sebab kita lemah
Abg Is: it's a natural thing
Abg Is: when good is down, the wvil will rise
Abg Is: itu lumrah Tuhan
Abg Is: So, nak kalahkan kejahatan bukan dengan cara serang dia org
Abg Is: tapi dengan cara naikkan kebaikan/Islam
Abg Is: bila Islam dan kuffar sama kuat
Abg Is: then masa tu akan berlaku pertembungan
Abg Is: di kala tidak ada kekuatan
Abg Is: jgn kita cuba mencari pasal
Abg Is: melainkan kalau musuh dah di depan pintu macam di palestin
Abg Is: atau iraq
Abg Is: pernah berlaku pada zaman umar al khatab
Abg Is: para pejuang Islam di hantar utk menawan satu bandar kristian
Abg Is: tapi tidak berjaya
Abg Is: lantas panglima islam menulis kpd umar utk mintak advice
Abg Is: umar tulis balik dia kata
Abg Is: "kekalahan kita adalah kerana maksiat yang kita lakukan."
Abg Is: dengan kata lain, kalau kita sama dengan orang kafir dari segi amal, iman, etc maka apa yg melayakkan kita utk menang?
Abg Is: sama2 buat maksiat
Abg Is: malah maksiat kita lagi dahsyat disisi Allah sebab kita beriman
Abg Is: at least org kafir dah cakap mereka tak beriman...
Abg Is: sebab itu kemenangan adalah milik mutlak Allah
Abg Is: Allah akan bagi bilamana umatnya yang berjuyang tidak lagi berjuang untuk dunia di dalam hati mereka
Abg Is: HATTA utk kemenangan pun tidak
Abg Is: di hati mereka kala itu tidak lain hanyaah utk mendapat keredhaan Allah
Abg Is: skrg nie kita cakap berjuang utk islam
Abg Is: tapi dalam hati kita penuh dgn dunia
Abg Is: pangkat
Abg Is: harta
Abg Is: penipuan
Abg Is: maka apa yg melayakkan kita utk menang?
iena_panadol : oo ok
iena_panadol : mcm terkena pada diri sendiri pulak rasanya
Abg Is: itulah hakikat kita
Abg Is: sebab itu pembentukan individu penting
Abg Is: murshid ikhwan pernah berkata
Abg Is: dirikan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegaklah islam di watanmu
iena_panadol : :)


Any comment from others, please feel free to table it out ya :)