Friday, October 08, 2004

Doa

Assalamualaikum wbt,

Ana postkan perbualan ana dgn bro CPol, sahabat baik ana this morning.

iena_panadol: ameen (meng'ameen'kan doa CPol)
nursaiful: mudah-mudahan Panadol... kita cuma berdoa. amin...
iena_panadol: :)
iena_panadol: yer kita cuma berdoa, tapi doa tu pun usaha juga,kan?
nursaiful: na'am... sebab tu la Allah amat sayang hambaNya yang berdoa... kerana mereka berusaha sebelum bertawakkal...bukannya sekadar menyerah nasib tanpa sebarang ikhtiar
nursaiful: bahkan sahabat pernah bertanya kepada Rasulullahnursaiful: "jadi perlukah kami tambahkan berdoa
nursaiful: Rasulullah jawab...
nursaiful: kurniaan Allah itu lebih luas (lebih banyak daripada apa yang kamu mohonkan)... berdoalah...:)
iena_panadol: :)
iena_panadol: anta buat hati ana sejuk pagi ni
iena_panadol: syukran :)
nursaiful: taklah... sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawan2 je...
nursaiful: tak rugi kongsi ilmu kan... :)
nursaiful: afwan
iena_panadol: betul betul :)
iena_panadol: hmm..kalau kita berdoa jer terus,tu dah dikira considered berusaha sebelum bertawakkal ker?
nursaiful: USAHA tu maksudnya apa yang terdaya kita lakukan...
nursaiful: kalau doa je yang terdaya
nursaiful: usaha juga tu...
nursaiful: tapi kalau boleh usaha dengan anggota badan, usaha dulu...itu lebih baik.
iena_panadol: kalau kita tahu kita boleh buat dgn anggota badan
iena_panadol: tapi ada faktor yg menyebabkan kita tak mampu nak berbuat demikian atas sbb malu etc, memadaikah dgn berdoa?
nursaiful: hmm....susah jugak nak jawab, ana pun bukannya arif sangat...
nursaiful: tapi hanya kita je yang tahu dengan kemampuan kita
nursaiful: dan Allah lebih mngetahui akan perihal diri kita...
nursaiful: berdoalah... mohon kepada ALlah agar Dia berikan kekuatan untuk berusaha
iena_panadol: insya-Allah :)


Guys, start praying now, as pray is one of our strengths in facing this live, herein and hereafter, insya-Allah :)

Wassalam.

Thursday, October 07, 2004

Exam Arabic soalan fun fair??

Assalamualaikum wbt,

Hmm..actually guys, i did have this feeling to give up my Arabic exam on last Monday nite, as my head was spinning like hell and was so extremely painful that you want to bang your head on the wall, seriously. Balik rumah, Mak Teh was there reading Anis (she singgah at my house lepas habis kelas Quran dia dekat my house), i was straight away called Along insisted her to urut my head and tarik-tarik rambut untuk keluarkan angin di kepala. Kuat giler bunyi biler Along tarik rambut sampai ingatkan rambut dah tercabut dah. Banyak sgt angin ler tu. I told Mak Teh that i want to skip the exam, since our certs are not meant for the exam, but for our participation for the course. Mak Teh said, if i'm not ready at all to sit the exam, better don't do it at all. My younger sis Eqa dah start stare at me very strangely and popped up the question "Angah tak nak ambil exam?!! Eh, rugilaaa!!". I replied back, " Dah kalau Angah tak study apa, kepala pulak tgh sakit camni, nak study camnernya?". Eqa kept quiet, and i went to sleep.

The next morning( i mean yesterday morning), my head was still not fully recovered from rasa 'kebengangan' , which i opted to take Urgent Leave. Lantak ler Datuk Wahid (our CEO) nak dtg ker tidak, i dun care. I woke up back at 11, kepala dah ok tapi panas sgt, went to have my bath and settlekan pakaian yang perlu dibasuh. Dalam hati berkira-kira nak ambil exam ker tak nak, study tak start apa pun lagi. Nanti kesian jek kat Ustaz, penat-penat dia ajar kitorang selama 5 bulan, tak score. Mesti dia sedih nanti, ingat dia tak reti ajar kitorang, padahal kitorang yang tak usaha. Kesiannya nanti kat dia, dah ler dia ustaz yg best sgt, my ustaz yang paling kuat bersuara, bercerita dan beriyer-iyer menunjukkan expressions yang mmg kekadang buat me gelak tak tahan dgn 'keselambaan' ustaz ni berlakon dan bercerita. Best sgt, kalau dia boleh ajar lagi in future, nak belajar dgn dia lagi insya-Allah :)

Last-last kol 3.30 petang baru start buka buku, kalau by 5 boleh habiskan syllabus, i'll go for the exam, if not, considered no. Pastu biler dah start study, mulalah kepala pening tgk wazan2 yang banyak. Nak kena tau masdarnya pulak..haiyaa, camner nak sit for the exam ginih. Last-last kol 5.30 petang, call Mak Teh kata nak pergi, at least i've try my best to sit for the exam( walaupun sebenarnya effort mcm hampeh) sbb terasa rugi pulak kalau tak sit. Cuma hati dah prepare result sure takdelah gempak mcm level2 yang terdahulu, sbb dulu took time for about 2 days kalau nak bebetul comperehend the subject, yang kali ni 2 jam setengah jer.

Dalam keta Mak Teh, buka buku lagi. Kepala dah pening and rasa mual dah sbb banyak sgt wazan, tutup buku and terus baca ' Bismillahi tawakkaltu 'alallah'. Dah tak leh nak absorb apa dah. Buat jerlah nanti.

Sampai UIA, tak seperti biasanya kami pergi makan dulu, kali ni Kak Rin tak nak. Dia nervous kot sampai tak lalu nak makan. Me pulak terbalik, mmg nak makan, mungkin sbb malas dah nak pk pasal exam ni, hentam jerlah nanti camner. Kitorang terus ke masjid UIA untuk solat Maghrib, sepanjang laluan nak ke masjid tu, dlm hati berkata' Rindunya kalau aku tak jenguk masjid dan U ni untuk 2 tahun lagi'. Actually i was planning to withhold my Arabic class for another 2 years sbb nak concentrate on MBA, tapi tgklah, kalau tak tertahan rindu, akan sambung balik asap.

Masuk kelas, Ustaz datang and tanya ada apa-apa ker nak tanya before we start our exam which is scheduled to start at 8.30 p.m. Ada lagi setengah jam. I took the opportunity to ask about how to determine the masdar (kata terbitan) kalau untuk ruba'ie, khamsy and suddasi (4, 5 dan 6 huruf) sbb dah confuse baca petang tadi. Ustaz pun terangkanlah, and guess what? The questions about masdar bebetul keluar dlm paper exam, alhamdulillah, kalau tak sia-sia jer markah burnt camtu ajer sbb salah determine masdar.

Actually, biler buat paper tu, mmg menyesal sgt sgt kalau tak sit for that paper, sbbnya, soalan dia mudah sgt!! Mcm soalan Level 1 rasanya, sampai Dato' Sujak ketika submit the paper boleh cakap dgn Ustaz, "Ustaz, saya tak sangka soalan ni mudah sgt, saya hafal mcm nak rak" Ekekek, i laughed and angguk jer, tanda setuju. Patut ler Ustaz kata before the exam soalan ni dia buat mcm soalan fun-fair. Ada ker dia kata soalan fun-fair?? Tapi mmg betul pun, tak pernah lagi sit for exam yg ada soalan MCQ, ni ler first time ada paper Arab ada soalan MCQ, kacang gilos pulak tuh. Huish, alhamdulillah Allah bantu dgn bagi Ustaz yang set soalan yang mudah :)

Oklah, semuanya exam dah selesai, sekarang ni kena concentrate dengan kerja pulak. Banyak dah yang tertunda, perlu dicatch-up kembali.

Till then guys, assalamualaikum wbt :)

Tuesday, October 05, 2004

Stay The Same

Assalamualaikum wbt,

Sdg tekun membaca majalah Anis, kemudian berehat sebentar di kerusi dengan berteleku kedua kaki di atas kerusi, dirapatkan ke dada.

Tiba-tiba kedengaran MP3 di PC, lagu Stay The Same. Terimbas kenangan ketika menjadi OC di Melaka tahun 1999 dahulu, lagu ini lagu penutup majlis penutupan minggu orientasi tahun tersebut.

Stay The Same
Don't you ever wish (*chorus)
you were someone else
you were meant to be
the way you are exactly

don't you ever say
you don't like
the way you are
when you learn to love yourself
you better off by far

and i hope you always
stay the same
coz there's nothing 'bout you
i would change

i think that
you could be
whatever you wanted to be
if you could realize
all the dreams you
have inside

don't be afraid
if you've got something to say
just open up your heart
and let it show you the way

*Chorus*

Believe in yourself
reach down inside
the love you find
will set you free

Believe in yourself
you will come alive
have faith in what you do
you'll make it thru

*Chorus*

And i hope you always
stay the same

coz there's nothing 'bout you
i would change...



I do hope everything will stay the same as before, but that is impossible. Things keep changing, so do humans. I do miss my pre-U life, i really think that my pre-U life was the most easiest episode in my life, seriously.

Actually before dengar lagu ni, i was kinda susah hati. Tak tau naper, but one whole day i feel everything went as not what i had expected, perhaps due to my tension since this morning as Mak Teh lambat keluar rumah lagi menyebabkan i was late again coming to my office about 10 minutes. Hmm..lain kali jangan marah-marah di awal pagi. Nanti sepanjang hari semuanya jadi tak kena :)

The song, alhamdulillah melegakan sedikit hati. Apa pun kita tidak boleh menyesal dan tidak berpuas hati dgn diri kita. Dgn siapa kita tak berpuas hati sebenarnya, dgn diri kita atau dgn Allah yang menciptakan diri ini? Na'uzubillahi min zalika, semoga semuanya dipermudahkan urusan, di dunia dan di akhirat.

Ok, sebenarnya tadi takde mood nak belajar Arabic, esok dahlah peksa. Skang ni mood dah ok balik, kali ni, terpaksa men'chaiyo' kan diri as sebenarnya tak sentuh apa lagi ni sbb concentrate dgn exam MBA Ahad lepas.

Permudahkan segalanya Ya Allah, kerana Engkau yang Berkuasa memberikan ilmu, menyimpannya di dalam hati-hati kami. Ameen.

Chaiyyo!!


Monday, October 04, 2004

Exam MBA has finish, exam Arabic is just around the corner

Assalamualaikum wbt,

Missed me? Hehe, you better did, and i know all of you did, ekeke (perasan!)

Ok, alhamdulillah my exam was over, and we will have 3 weeks break before continuing for a new semester. Kelakar jek biler habis exam and nak balik, sumer pakat bagi ucapan farewell semoga berjumpa lagi 3 minggu lagi, isk, terasa mcm org nak grad pulak. Baru tak jumpa 3 minggu, ucapan farewell mcm tak akan jumpa 3 tahun lagi hehe. My Arabic exam will be on this becoming Wednesday. Percaya tak apa pun tak study lagi sbb bagi komitmen kat paper MBA :)

Alhamdulillah paper MBA were ok, after reramai berkampung di UIA 2 3 hari before the real exam took place. Tak tahulah kenapa i never been so immersed into my study during my degree dulu. Takde ler nak sit and have discussions like we did for MBA ni, exchange past year final exam papers, buat latihan sesama, jumpa Dr and Prof mcm nak rak sbb nak make sure jawapan and presentation betul. Serius terasa lagi rajin dr di degree dulu. Exam MBA ni rasanya, mcm nyawa kot, bebetul nak secure result. Dulu waktu degree, jgn harap ler nak discuss jawapan atau spot exam questions before 2 3 hari nak exam. Masing-masing dgn buku masing-masing, dapat jawab ker tidak, it was up to your own effort. But guys, believe me, the new style of study that i'm encountering ni is more fun and more effective coz each of you are trying to make the best of others, share the knowledge together, assist for those who weak in certain area. And yeah, it was so much fun in there!

Yg pentingnya di sini, betapa manisnya berbuat sesuatu bersama-sama, and in Islamic term, secara berjemaah. Betul terkesan dengan keberkesanannya. Tak sempat study semua pun, other people will back you up. Kalau tersedih sbb result mid term tak berapa excel, other people will console you and encourage you to perform more. That's what i feel, and really happy for that. Alhamdulillah :)

Kalau dlm berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi ini kita berbuat bersama-sama, Insya-Allah terasa ringan. Kadang-kadang lidah kita ini sekadar mengucap sesuatu, hanya sekadar di lidah kerana belum terkesan oleh pengalaman. Tapi sekali sudah merasa, kata-kata yang keluar dari lidah kita itu lebih bermakna, kerana disokong oleh perasaan sudah merasa!

Belajar dalam kelas Arabic and ustaz suka sgt sebut ayat Quran ini (tak ingat dlm Surah apa)

Adakah yang lebih baik tutur katanya bagi mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengaku bahawa kami adalah di kalangan orang Muslim.

Ustaz ulas, pengakuan yang paling baik adalah apabila kita mengaku sebagai orang Muslim, dan bukannya mengaku kita ni PAS, Abim, Jim,UMNO,tabligh dan sebagainya, tapi cukup sekadar mengaku bahawa kita ini muslim.

Ketika mendengar ulasan ini, teringat lagi ulasan ustaz pada kelas-kelas sebelumnya.

Memegang Islam dengan kukuh di zaman ini adalah seperti menggenggam bara api.

Faham maksud ana?

Mengaku kita Islam di ketika banyak cabaran menduga ini, yang bukan sedikit-sedikit, terasa bahangnya. Tapi itulah ujian bagi kita,kan? Sejauh mana kita ingin bersama Islam. Kalau orang yang tak fikirkan iman, mungkin sudah lama meninggalkan Islam kalau ingin mendapatkan pengiktirafan dan "approval" dunia untuk melakukan sesuatu.

Berpegang kuatlah kita dengan tali Allah sehebat mana cabaran yang bakal mendatang. Mungkin akan ada yang lebih teruk dari sekarang ini. Moga-moga iman kita cukup kukuh dan kuat bagi menghalang sebarang godaan yang menghasut kita untuk berpaling dariNya.

Peliharalah kami ya Allah. Peliharalah kami.

Wassalam.

Wednesday, September 29, 2004

Exam

Assalamualaikum wbt,

Sorry for no updates available for now. I was bz handling my monthly meeting reports and office stuff. Alhamdulillah exam Accounting boleh tahan, doakan excel yer.

Ahad ni exam Mgmt pulak..starting from tomorrow i'll be taking annual leave for 2 days sbb nak study. Berkampung lagi UIA nampaknya :)

Ok guys, kita jumpa next week insya-Allah. Assalamualaikum wbt :)

La'ali bin najah, insya-Allah :)

Wednesday, September 22, 2004

Huwajtabakum!!

Assalamualaikum wbt,

Ana pastekan satu e mail menarik di dalam salah satu yahoogroup yang ana join,


Asskum,Sekadar renungan seketika (nu'min sa'ah...)Nikmat terbesar dari Allah bukanlah makan, minum, pakaian dan kenderaan mewah akan tetapi ialah apabila anda dipilih oleh Allah SWT (huwajtabakum) untuk bersama Kafilah Nabi....mewarisi tugas dan amanah hingga akhir hayat. "

Wajahiduu fillahi haqqa jihadih, huwajtabakum...." (Al-Hajj: 78)

Huwajtabakum!!(Dia (yakni Allah) telah memilih kamu)

Dulu kau sangat gembira
Kerana ayah memilih untukmu kasut baru
Baju, sampin dan songkok untuk hari mulia
Pagi raya disambut penuh ceria

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Mewakili debat perdana
Menjadi juara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Menjadi pelajar terbaik
Hingga terkenal seantero negara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau dipilih
Menjawat jawatan mulia
Ada harga diri, gaji dan kereta perdana

Dulu kau sangat gembira
Kerana dikau terpilih oleh isteri jelita
Menjadi raja walau seketika
Membina masjid yang bertaqwa

Kini kau lebih teramat gembira
Kerana dikau dipilih Allah
Menjadi jundi Nya
Memikul panji Ilahi dengan megahnya
Seantero dunia gegak gempita
Dengan seruan dakwahmu jauh melata

Tiada lagi nikmat sebesar ini
Kerana anda telah terpilih oleh Rabbi
Huwajtabakum! (Al-Hajj: 78)

SM Ismail
21 Sept 2004
Gombak.

This will be my last entry for this week as i have to concentrate on my exam on this becoming Saturday. Starting tomorrow i'll be not in the office, so do miss my entries k :)

Wassalam.

Tuesday, September 21, 2004

I'm not a Gold Lion actually, i'm a Gold Raccoon instead

Assalamualaikum wbt,

Salah ler about my description previously, i think that was becoz the menu tu easily clicked and slipped off kot. This is my real description actually (after checking for about 5 times hehe)


You are Gold Raccoon, who display an easy outlook, and are very graceful.

You give an impression of typical traditional Japanese women.

You are always quiet, and will not speak out your thoughts openly.

Your modesty and gracefulness will avoid friction, and will be able to make the harsh atmosphere turn friendly.

You tend to forget things easily and make easy promises.

But your cheerful and active character pays for those weak points.

It may be a good idea if you take notes.

You don't think things seriously, and people may think you to be too indifferent. This may be a good thing to do sometimes, but it may also result in you losing important things and people.

But once you set an objective, your concentration is amazing.

Once you start on something, you will accomplish the goal no matter what.

Unlike your pretty atmosphere, in real life, you are very active person, and although you may look sensitive, you have great nerve and guts.

You also possess observing eyes towards people, and have great talent and know how to get on in life.

You act as though you are weak towards men, but really you are the one manipulating them successfully.

You are likely to make your husband a dominating one.

You are more interested in your career than your love life.

But once you fall in love, you get extremely passionate, and will attack with all your heart and mind and strength.

After getting married, you will put all your energy into your family.


Hmm..this one, i would say most of the criteria applied to myself. Teringat pulak istilah 'sensitive' commented by Kak Fari...hmm, betul ker i'm a sensitive person? Rasanya cam ganeh jek..kekeke :P

Wassalam.

Monday, September 20, 2004

Zunnur'ain

Assalamualaikum wbt,

Zunnur'ain...

Melihat nama link blogku di'linkage'kan as Zunnur'ain di blog Kak Iqin (Kak Nuun), suddenly there was this feeling, tak tau nak describe camner sebenarnya, meresap di hati. Perasaan damai kot, entah, allahu'alam.

Zunnur'ain, nama ini lebih kucintai dari Zurina, nama asalku sendiri. Malah di e mail yahooku, nama sender yang akan keluar ialah puteri dwicahaya, yang sebenarnya aku reflectkan kepada Siti Zunnur'ain. Dulu ustazah di STTJ pernah cakap, siapa yang ada Siti di namanya, membawa maksud puteri. Tapi Kak Fari kata maksud Siti ialah 'Madam' atau Puan, and ada lagi kot maksud lain. But i prefer my ustazah sbb of course sumer orang suka dengan nama puteri,so i put my sender name as puteri dwicahaya, menterjemahkan Zunnur'ain di dalam Bahasa Melayu.

Jangan ditanya mengapa suka dgn nama ini, nama gelaran Sayidina Uthman Al-Affan, sahabat Rasulullah s.a.w. Telah lama diri ini menyukainya, dan telah lama nama ini terpakai di dalam hati.

Moga diriku bercahaya umpama makna 2 cahaya di dalam maksud nama..

ZUNNUR'AIN.

Wassalam.

I'm a Gold Lion

I did the same self assessment using birth date recommended by Ika;

You are Gold Lion, who is rather serious and polite type of person.

You value personal relationships.

You suppress yourself and act to be a sociable person, but you are really a person who doesn't like to loose to anyone.

You dislike emotional atmosphere and vague attitude.

You want to make everything clear-cut.

You like to stay in your own little world, if you get in a situation where there are lots of people you can not express yourself and act as a perfect person.

You are not very subjective sort of person, unlike ordinary women, but unfortunately you lack soft and gentle atmosphere.

You tend to be too bold.

You cannot help but stretch your hand to those who are in need.

You are very kind person who helps the weak.

You are also weak on compliments, and will work enthusiastically after someone has given a compliment.

You will go about your duty steadily and loyally, and not get in a rush to achieve the objective.

You have perseverance, and will work effortlessly until you reach your objective.

Something that you have worked steadily for a long, long time, will turn out to be an asset to the world.

You are careful and rational, and therefore place value to steady life.

After getting married, you will be a devoted mother and a wife, but you are really a very dependent person, and prefer to keep your own little world.


Hmm...allahualam tepat ker tidak, but some are true to me hehe ;)

Friday, September 17, 2004

Tanggungjawab

Assalamualaikum wbt,

What was so interesting about yesterday?

Hmm...

Hmm...

Menarik itu satu persoalan subjektif, tapi semalam mmg perbincangan yg berlaku between Aini and me menarik :)

Tanggungjawab seseorang berbeza-beza mengikut keadaan. Pada yang sudah berkahwin, tanggungjawab lebih memberat kepada menjaga rumah tangga. Pada yang belum, kerja, your real family, your social life are some of the things that have become your priorities.

As yesterday, Aini and I had this discussion about pursuing Master. I'm suggesting that for those who are always hooked up with tight schedule, Msc is always a better option instead of MBA. Lagipun yuran pengajian for Msc is far away lower than MBA, 3.6K vs 18500K. And about times and feelings, yes, sometimes you get tension when it comes to assignments, projects and presentations due dates, as addition to whatever hectics office job schedule that you have now.

Aini had raised her point of view that staying and becoming a wife and mother to look up for her family, did give her satisfaction and happiness. And yeah, i'm totally agree with that. For a wife, family is everything. Everytime your child get sick, you will feel so fretful upside down, anxious and depressed to get your child recover again, and you will be only calm again after he manage to recover. Same goes for husband. Banyak tanggungjawab dan peranan isteri ni dalam memelihara rumah tangga.

And in Islam, perkahwinan itu adalah satu rahmat. Everything that we do dlm menjalankan tanggungjawab kita as isteri, ibu dan sebagainya dalam memelihara kerukunan rumah tangga dan membentuk baitul islami, akan dikira sebagai jihad. Orang lelaki berjihad dengan keringat di dalam bentuk yang lebih berat (berperang, berjuang dgn cara masing-masing), tapi bagi kita yang muslimat, menghambakan diri kepada Allah dan suami sudah cukup membawa kita ke jalan syurga. Mudah,kan?

I would suggest to all of you muslimat out there, do WHATEVER you wanna do (as long as it's not contradict to Islam teachings), be firm and determined, strive hard and be contented, and you will be happy insya-Allah. If you want to be a full housewife, go on. If you want to be an astronomer, doctor, lawyer, bla bla ba, even the BOD of Telekom, please go on, because that are our choices for us to decide. Allah has granted His rahmah by allowing us to make our own decisions, biiznillah. Life is about a matter of choice. The most important thing out of this is.. for whatever decisions that we make, for whatever path that we choose, make sure that we are always heading to the right and sole direction: Allah yang Satu.

Wassalam. :)

Thursday, September 16, 2004

Hati ingin berbicara

Assalamualaikum wbt,

Jangan ditanya mengapa hari ini jemari ini rajin mengetuk keyboard..

Kerana ketika ini,

hati ingin berbicara....


Kadar pengamatan dan pemahaman kita mengenai segala apa yang berlaku di dunia ini bergantung kepada apa yang biasa kita fokuskan dalam hidup. Setinggi mana pengamatan yang dimaksudkan, rasanya bergantung kepada tahap mana keseriusan kita di dalam menganalisis dan menggunapakai apa yang terrefleks di hati dan pemikiran dalam memikirkan sesuatu benda,perkara dan peristiwa. Benar bukan?

Maka saat ini saya ingin mengajak antum semua untuk menjadi lebih serius. Serius dalam menjalani kehidupan kita, serius dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita, dan serius dalam kita berbuat ketika menjadi khalifah muka bumi ini.

Kita sudah tidak boleh main-main lagi. Kita sudah tidak boleh bergurau senda di dalam keterlupaan bahawa saat ini Islam amat memerlukan kita untuk bergerak menunaikan tanggungjawab kita, memainkan peranan kita di dalam memenuhkan janji kita kepada Allah, bahawa saat kita dilahirkan di dunia, tanggungjawab kita adalah untuk memakmurkan bumi Tuhan, dengan kalimah Thoyibah. Tribulasi sudah begitu banyak, dan kita masih mampu untuk bergelak senda?

Sudah sampai masanya kita bergerak dari bermain-main kepada arah yang sepatutnya. Kerana kita sudah kurang masa, sedang dilihat cabaran bertimpa-timpa mendatang.

Berketawalah kalian, asalkan tidak lupa tanggungjawab sebenar kita. Bergurau sendalah kalian, kerana sememangnya fitrah manusia itu suka kepada kelembutan, kasih sayang dan kegembiraan. Tapi ingat, di sebalik semua itu, kita perlu tanamkan di hati, bahawa kita punya matlamat, dan matlamat itu perlu kita tangani dengan penuh keseriusan. Kerana kita sememangnya sedar, Allah tidak pernah bermain-main di dalam menciptakan kita.

Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: ``Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.''

Tinggalkan kelekaan yang melalaikan. Kita punya misi dan tugas.

Masih ingin terleka dalam senda gurau duniakah kita?



Big steps need a big HEART

Assalamualaikum wbt,

Semalam tidur umah Mak Teh as she requested me to sleep over at her house to teach her Arabic. Baru ayat pertama suh cari makna 'al-qaid', tak jumpa dlm kamus, langsung Mak Teh malas nak sambung sbb dia ngantuk. Haiyaa,camner nak score ginih. This morning she insisted me to sleep over at her house again to teach her the same thing. Isk, i've got a meeting tonite at UM. Can't make it. Last resort, she wanted me to teach her on next Sunday rite after my MBA class. I said that i want to stay back in UIA to study, since my final is just around the corner next week, but she still wants me to study at her house to study together. Masalahnya, umah dia ada ASTRO!!!! Kang sure bukak TV. Tu yg maleh tu :)

But i just agree jer, sbb kesian pulak as she need to submit her 'pre-final exam paper' to her ustaz on the next Monday. Her ustaz cakap, kalau derang tak score in final, he will pick this paper as supplementary exam paper to support the final exam's! Tak aci sungguh! Hehe.

Hari ni jugak Mak Teh lewat sent me to LRT station, ending up i was late to punch in for about 10 minutes!! I just dun understand how people can talk and have conversation about a lot of things before nak pergi keje, yang biasanya akan menyebabkan me lewat tuh. Haiyaa... in my heart, i kept begging..cepat laaar Mak Teh, cepat laaarr, kang iena lambat nanti. Tapi cakap dlm hati je ler, cakap bebetul nanti takut her housemate get irritated by me pulak. Tapi bukan me yg nak stay kat umah tu, my Mak Teh yg insisted. AND, that house is belongs to Induk, my own makcik! So, tak kisahlah kan kalau nak begitu berterus terang, tapi rasa mcm tak best ler pulak. She's the one renting that house with my Mak Teh and i'm not, which means i dun have rights to instruct people here and therelah,kan?. Hmm...

Yesterday, i requested Ika to bring my Accounting textbook and pass it to me before she went to UM, so we met at Masjid Jamek. I invited her for a drink and both of us makan capati sbb still kenyang lagi. This was about our fifth time makan di kedai makan mamak yg sama, and about the third time we were having such a good discussion. Yang kelakarnya, setiap malam jumpa kat umah, takde pulak terpk nak discuss bebende yg kami biasa discuss kat kedai mamak. So when she was in the train, i sent a message to her saying that how funny we were coz we were used to discuss about masalah negara and stuff di kedai mamak instead at our own house. She replied to me, di kedai mamaklah biasanya org2 hebat berbincang, cuba tgk kalau org tgh discusss pasal business ker, apa ker, sure cari kedai mamak after hotel. Kira ok ler tuh. Hehe.

Tu jer ler kot. Cumanya out of our discussion yesterday, tetiba i dpt ilham what should i be in the future. Cumanya tak leh nak reveal kat sini sbb not yet sure. But my heart was happy yesterday, might be it is an indicator saying that my instict is right? Dunno...we'll wait and see.

Ok, nak concentrate on keje dulu. Wassalam. :)





Wednesday, September 15, 2004

New day, and a new life

Assalamualaikum wbt,

I do not know why, but i really become so energetic, feel happier and revitalised again this morning. Terasa mcm lamanya tak terasa best nak pergi keje. Mungkin sebab dah hantar assignment yg grabbed a lot of my attention before, menyebabkan biler dah submit, terasa lapangnya hati. Be grateful, be grateful :)

I really feel like to jump like a small kid at my place rite now. Tak tau ler ni masalah emotional instability atau apa, kejap happy, kejap kang sedih tak pasal-pasal. I think i have to check with doc pasal my emo ni hehe.

I think all are depends on what you choose at which conditions you wanna be. If you wanna be in happy state, then you'll be happy. If vice versa, the result will be the vice versalah,kan? ;)

Ok, for today, i wanna choose happiness and proactiveness. Have to keep moving faster and faster. I've got 3 exams starting from next Saturday for my Accounting, then my Management subject on Sunday on the other week, and the next Mondaynya i've got Arabic exam pulak. I have to be very wise assigning my time to cater which subjects. And not to be forgotten, my office jobs too.

Oklah, sesaper yang terasa nak ambil MBA, especially Aini, ni nak bagitau jujur sejujurnya ni. If you think you can cope with your personal life + office job + other responsibilities or commitments, then i believe MBA is good for you. But if you think you can't, Msc (Master in Science) is a better option. Seriously, if you opt for Msc, you won't have this hectic schedule of life, and you can concentrate on other parts or things of your life that you think are much important. As for MBA, there are so many things for you to catch up. Your studies, assignments, projects and presentations, plus our existing office job rite now. Even for me myself, i'm started thinking to let go my Arabic class next sem, coz i think i have to prioritize which should come first rite now. I love Arabic so much, but i couldn't spare my guilty for not becoming a good worker as i can't concentrate on my job as what i did before i took the MBA class.

Ok, continue later insya-Allah.

May Allah bless us all.

Wassalam.

~ Happiness is a gift out of thousands nikmah that Allah grants to us, so let us be grateful for whatever we have and we don't have for now :) ~

Tuesday, September 14, 2004

The new spirit has come!

Assalamualaikum wbt,

I changed my template, couldn't afford to stay the same for a long time. I need to move, and keep moving. So this is one of my efforts to keep moving. Yeayy!! :)

Assignment Accounting berjaya disubmit hari ni, setelah about 1 week i was cramming my brain + efforts to complete it. My other groupmates salah buat calculation and interpretations, so i have to correct the assignment all the way. Hmm.. cannot blame them since all of them are IT grads, so nak tak nak i have to bear the bigger responsibilities to make sure our assignment is correct.

Tak nak cerita panjang, tapi rasa puas sbb dah tukar template. Mungkin ada sedikit perubahan lagi nanti. I know someone will be horrorly looking at my blog , because i know she is phobia to PINK color, tapi apa nak buat, tgh suka kat kaler pink pulak time nih. Biler bosan nanti mungkin ambil kaler biru kot. My favourite colour after light purple :)

Ok, jumpa lagi, wassalam :)

Friday, September 10, 2004

Bersyukur tak kita?

Assalamualaikum wbt,

Apakah maksud sebenar bersyukur?

Dr maksud bahasanya, be grateful (hehe, mmg ler grateful, takkan istilah lain pulak), tapi dr maksud syari'enya, bersyukur itu diertikan sebagai melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan laranganNya.

I'm not going into theory, becoz konsep ini sepatutnya dah dihadamkan ketika kita bersekolah rendah lagi. Cumanya, pagi ini minda tergerak untuk merenung diri, dah cukup bersyukur dah ker kita ni? Setiap hari i will see this one blind man di tepi escalator Maybank, jual tisu and pen. Setiap kali lalu, mmg perasan bahawa dia akan zikir sambil berdiri, zikir yang senyap, tenggelam dalam dunianya sendiri.

Redhanya dia masya-Allah. Kalau kita, mcm mana? Redha tak?

Allahualam.

Membayangkan kita akan kehilangan penglihatan sahaja sudah cukup menyeksakan. Lemasnya kita, tak nampak apa-apa. Hitam. Gelap. Pekat.

Kalau boleh, kita mahu melihat selama-lamanya. Selama-lamanya.

Bersyukur tak kita yang sempurna deria ini?

Fikirkan.

Wassalam.

Thursday, September 09, 2004

Err..semalam jadi jahat kejap hehe

Assalamualaikum wbt,

Hehe, semalam ambil urgent leave sbb kelmarinnya kepalaku sakit sgt, sampai tertidur kat depan PC sampai pukul 9 malam sbb tak tahan sakit. Bangun kejap sambung buat assignment, pastu balik.

Sampai umah, ibu tgh menjahit meanwhile Ika and Along tgh tgk TV and berdebat dgn ibu. Seperti biasa, aku akan ambil posisi sebagai pembangkang memihak kepada Ika dan Along, hehe. Suka sgt lawan cakap ngan ibu, best. Bukan gaduh, tapi mcm berdebat. Semua topik boleh masuk :)

Erk..ada org kuarkan statement yang tidak pernah dijangka dlm discussion kelmarin, nasib baik penerimaan time tu sungguh baik dan dalam keadaan yang tidak serius. Kalau tak, sure muka turn to be red kerana malu, tapi tergamam juga dgn pengakuan tu. Apa pun, alhamdulillah atas perhatian yang diberikan. Persahabatan terjalin selamanya, insya-Allah :)

Semalam one whole day buat assignment Accounting. Banyak sgt figure yang hendak dianalisis sampai mata and fikiran berat. Kejap baring pejam mata, pastu bangun balik sambung. Kena banyak bersabar nak belajar ni rupanya :)

Semalam ponteng kelas Arabic sbb nak siapkan assignment. Jahat,kan?

Hmm...mmg jahat pun. Sepanjang buat assignment semalam, asyik terbayang jek muka ustaz. Isk, bersalahnya rasa, tapi nak buat mcm mana, assignment nak kena settlekan jugak.

Till then. Wassalam.

Tuesday, September 07, 2004

Emotional instability

Assalamualaikum wbt,

Hmm...ok, memula nak bagitau yg yesterday my mood was not so good, felt so down and rasa ntah haper-haper. Nasib baik manager suh buat satu presentation slide untuk meeting today, kalau tidak mmg jawabnya tak buat paper langsung semalam sbb mmg rasa down sgt2. Masalah emotional instability yang dah lama tak menjenguk diri hehe.

Semalam pegi kelas Arabic, buku teks pulak Mak Teh bawa pegi outstation ke Kota Bharu. Aiyyarrkk...how to study like that? Nak pergi kelas ke tak nak pergi? Hati dah berbelah bagi dah ni...tapi bila pk next week mugkin i burn kelas sbb nak outstation for one week, might as well i pegi jugak walaupun takde buku. Sampai kelas nasib baik Kak Zuraidah ada, kongsi buku dgn dia. Kak Mariah and Kak Nadia absent. Cuba bayangkan kalau i'm the one jer muslimat yg hadir, takkan nak kongsi buku dgn muslimin kot? Alhamdulillah, syukur sesangat Kak Zuraidah ada :)

Sebelum kelas start and ustaz lom masuk lagi, Bro Baharin bawak satu article and discuss ttg seorang academia di UM (ada PhD tuh) commented dlm The Edge ttg erti Kemerdekaan dalam beragama. Ada ker dia kata nak tubuhkan satu NGO untuk membantah ttg hukum Islam yang dikatakan 'tidak merdeka' kerana tidak memberikan kebebasan kepada penganutnya untuk bebas memilih agama lain! Terasa nak lempang tak org2 macam nih? Kalau orang yang tak berpendidikan tinggi takpe lagi nak cakap mcm tu, sbb kita sedia faham dia belum mampu nak faham konsep Islam yang sebenarnya. Tapi kalau org berstatus pendidik mcm dia boleh comment mcm tu, mmg terasa nak hentak dia habis-habisan! (mulalah rasa diri nak mengganas ni hehe). Tapi serius, cuba fikirkan impaknya pada org yang membaca. Title PhD yang dia pegang tu boleh influence org dengan mudah. Yang tak fahamnya, belajar dah sampai PhD, apasal konsep asas dalam Islam tak settle lagi? Sepatutnya org2 berstatus tinggi mcm ni, biler terasa tak puas hati, you go and find that isu and study betul2 why Allah tetapkan hukumNya sebegitu rupa. Marah betul dgn org2 sebegini yang tak reti nak guna akal dan buat insiatif nak belajar! Ni lah yang dikatakan, kalau pertambahan ilmu yang dipelajari itu tidak membawa apa-apa kesan kebaikan dalam diri, maka sebenarnya ilmu itu tidak membawa pertambahan apa-apa kebaikan pada diri kita, selain pertambahan kejauhan dengan Allah. Na'uzubillahi min zalik, pelihara aku Ya Allah. Buat penat jer belajar kang, tapi tak membawa kebaikan apa-apa, sesia sahaja.

Jom kita pegi buat surat kat Doc ni.Ntah haper-haper yang dia pk. I hope ustaz ustazah kat UM tu boleh pegi consult Doc nih. He's from Faculty Law kalau tak silap. Like what sorang Bro ni cakap, org2 camni dah become mad. All of us had the same thought, these people ni kurang mendalami Islam sebenarnya. Ish, besarnya tanggungjawab kita nak berdakwah kat org2 sebegini. Mampu tak kita? Hmm..think about it, will ya? Ada solution nanti, bagitau so that mana yg mampu kita boleh laksanakan, insya-Allah.


Semalam kelas Arabic went so wacky, mmg jenis tak leh controllaa me and Kak Zuraidah last nite. Kitorang belajar isim-isim baru yang bunyinya dan penggunaannya kelakar i.e qohqoh (gelak berdekah-dekah) and yarmadhmadh (berkumur-kumur), arghargharah (berkumur ubat doktor sehingga ke tahap kerongkong yang lepas tu kita luahkan semula biler kita sakit tekak) and daghdagh (tickle). Aduih, mmg tak tahan gelak sgt, tak control langsung. Habis nak buat camner, mmg kelakar sungguh. Ustaz senyum jek tgk kitorang dua org tak leh stop gelak, hihi :D

Pagi ni sibuk punggah buku-buku teks Accounting lama sbb nak refer utk assignment to be submitted this Friday. Minggu lepas belajar Accounting, tak tau ler subject tu yg semakin susah ker, atau diri sendiri yg dah lama tinggalkan Accounting sampai terasa susah. Buku teks kitorang kat UIA ni tak helpful langsung. Theory memanjang, tapi langsung takde example nak refer kalau nak buat latihan atau assignment. Tu yang kena cari balik buku2 teks MMU dulu. Satu buku teks dah hantar ke UUM for my Bro sbb dia nak guna utk subject dia. Tinggal 2 buku Financial Managerial Accounting jek lagi yg boleh direfer. Dedua buku diangkut ke ofis sbb nak refer. Tapi serius biler belajar Managerial Accounting kat MBA ni, terasa cam susah and asyik terpk dalam kelas, "Camner aku leh grad dlm Accounting aa? Pesal cam rasa susah jek bende nih, tak pernah jumpa pun dulu waktu study". Hehe, tapi biler refer balik tadi, ada belajar sebenarnya, tapi bukan part2 yang biasa lecturer kita tekankan dulu. Tu yang tak ingat tu, hehe. Belajar dulu pun sebab nak lulus exam jer, mana ler ilmu nak lekat. Astaghfirullah, macam mana nak berkat :)

Okes, nak concentrate dgn keje. Wassalam :)

Monday, September 06, 2004

Dalam susah, terselit bahagia

Assalamualaikum wbt,

I have to tell ya, that for my past 3 nights, i was so sucked up into finishing my projects, presentations and assignments that i didn't think about other things so much, including my own job, hmm..terasa bersalah jugak ler sbb supposedly i couldn't be like that. I have my own responsibilities and amanah to my office works juga. Alhamdulillah my manager understands me well, but i also know that setiap kesabaran pasti ada limitnya, and i promised to myself that i won't let him down by ignoring my own jobs hanya kerana hendak mengejar cita-cita peribadi. That is not fair to him, to my company and any other people yang ada relations with me :)

Yesterday i cried rite after my Management case presentation because some of my group members yang ntah haper2 jer present case kat depan audience and lecturer. Rasa mcm kecewa, nak marah semua bercampur baur dalam diri biler ada presenter yg hanya membaca report kat depan sedangkan all of us know that when you present, you shall be well-prepared of your subject and be able to memorize kalau tak semua pun, major2 points pun cukup ler, and not TOTALLY reading your report kat depan audience, and that was happening yesterday, and for the first time in my life, i'm getting mad at people yang do not live up to my expectations and standards. I couldn't even smile after that presentation because i felt that ours was so bad!

Rite after finishing our presentation, i went out and called Ika and babbling about my disatisfactions about our presentation. I even cried because i was so tension. Perhaps i'm a little bit perfectionist that i couldn't accept such silly mistakes (can we refer it as mistakes? sebenarnya dan yang sesungguhnya the unprepared ATTITUDE yang i can't tolerate!!). Why ler people just cannot put commitment as what they should be and not take for granted for everything? I really feel like to punch, kick or whatsoever to that guy, just to let my angry+ dissatisfactions relieve!! Aaaaaaaarrggghhhhh......!!!!!

Alhamdulillah Ika's advice worked well for me yesterday and today. She mentioned that i should consider about my group members' different backgrounds, some of them dah lama tinggalkan university life and ada yang tak pernah buat presentation pun. In MMU, we was trained to be so well-prepared, even we have to come out with some rehearsals before the presentation, and that was not happening in my Management group. In my Accounting group, alhamdulillah we did because most of us are youngsters. My 2 accounting members are UTP grads, and the other one from PPP. So we know how we should present our case and i'm not dissapointed at all. But for my Management case, Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku dengan mengurniakan markah yang banyak, kalau tak takde chance nak dapat A untuk subject ni (pleading to Allah very much ni..sob sob).

Tapi hari ni, alhamdulillah i'm ok, and even i laugh to myself for having such silly manner of getting angry to my group members. Allah jadikan manusia ini dengan pelbagai rupa dan ragam, supaya kita saling kenal-mengenali dan kasih-mengasihi. Rahmat Allah juga sebenarnya walaupun apa yang kita harapkan tidak menjadi.

Di sebalik keburukan, ada hikmah yang tersembunyi.

Dan di sebalik kesibukan dan kepayahan mengejar ilmu ini, terselit bahagia yang tak tergambar.

Dan di kala ini...

Terasa diri ini menjadi insan yang bertuah, and i'm very happy to realize that Allah memberi segala ini sebagai cubaan, untuk melihat kita ini bersabar atau sebaliknya.

Cubalah bersabar, walaupun susah. Cubalah redha, walaupun payah.

Have to deal with that, Ya Allah, kuatkan imanku. Aku tak sebaik mana, selalu tersungkur bila ada cubaan sebegini. Ampunkan dosa sebab terkutuk org biler time tgh marah semalam. Hmm..terasa jahat, sungguh jahat sebenarnya.

Ok, undur diri dulu k. Ma'as salamah :)

P/s: Happy sebab ada sahabat yang dah berjaya melangkah ke usaha dakwah. Doakan ana juga akan berkesempatan begitu in near future, insya-Allah :)

Thursday, September 02, 2004

Serasa air mata mahu tumpah

Assalamualaikum wbt,

Serasa air mata mahu tumpah apabila melihat gambar masjid Nabawi di waktu malam di blog seseorang.

Betapa rindunya aku ke situ, betapa aku rindu untuk sujud di lantai masjid itu, dan betapa aku rindu untuk melelapkan mata sejenak bagi melepaskan lelah di lantai yang sejuk damai sambil mendengar samar-samar usrah yang dibawakan oleh Kak Fari.

Sudah 4 tahun berlalu, kenangan apa yang terjadi di sana masih terpahat. Manis dan pahit dikecap bersama, tapi kegembiraan menjejak kaki dan sujud di 2 masjid paling mulia di muka bumi ini tidak tergambar dgn kata-kata.

Dan setelah 4 tahun sekembalinya dari 2 masjid tersebut, berubah menjadi baikkah aku?

Allahu'alam.

Tapi aku sentiasa berdoa, biarlah aku tetap kukuh meniti landasan-Nya dalam kehidupan, agar aku bahagia apabila berjumpa dengan-Nya nanti.

Wassalam.




Saturday, August 28, 2004

Semalam di Putrajaya

Assalamualaikum wbt,

Just wanna share my experience last nite with Ika, Pijat and Abg Nafis semalam di Putrajaya.

At 5.15 pm yesterday Ika had called me asking whether i wanted to go for Tasnim's (anak Kak Nisa' and Abg Nazrol) aqeeqah atau tidak. Hmm..supposedly i have discussion with my Accounting group members, called one of my groupmate samada jadi ker tak, resultnya tak jadi sbb ada sorang groupmate ni anak dia sakit. So we cancelled the discussion and i went to Putrajaya with Ika.

We expected that we were the only person yg datang pada sebelah malam. Rupanya Pijat and Abg Nafis pun ada. So we had our dinner and did some talkings about our jobs. Abg NAfis and Pijat are PTD people, so there were many things that we heard and learnt about how government conduct their operational matters. Ika budak Economic dulu, jumpa ngan Pijat yg keje kat Ministry of Finance, lagi ler byk benda yg kami bincangkan. Keluarlah term GDP, CPI, PPI..ni semua terms2 Economics.

Waktu makan tu, ada 2 orang senior datang, and guess what? Sadig pun datang...huish..lama tak jumpa pokcik Sudan ni. Dah jadi Sales Manager pulak tuh..hehe..dia dah boleh converse in BM very well jugaklah sekarang ni :)

Habis tasnim and sepupu dia kitorang dukung and bagi makan. Pastu we took pictures together. Best best :)

Balik tu supposedly we get back to ERL to catch our train, tapi masa dah tunjuk pukul 10.30 malam. Being a gentleman, Abg Nafis kata dia nak hantar coz dia takut lambat sgt train sampai. I dun mind coz i'll stop at Bandar Tasik Selatan, but Ika will having problem because dia duduk kat Keramat. Jauh nak catch train Putra and feeder bus. Last2 we followed Abg Nafis and Pijat. Abg Nafis and Pijat ajak pegi office Pijat nak tunjuk kat kitorang. Kitorang ok jek, and we went.

Org government ni rupanya-rupanya dah tukar working culture derang. Dulu kita expect they are not productive as private sector is, tapi rupanya sekarang ni pun derang dah jadi mcm private sector. Balik malam-malam nak siapkan keje. Huish, kagum ler plak.

Waktu menuju ke ofis Pijat, kitorang lalu Putrajaya. The scenery was tremendous!! Cantiknya subhanallah, tak seperti waktu kami tinggalkan 2 tahun lepas. So beautiful, seriously. You guys should take a break to go and find some excitement there.

Masuk ofis Pijat, mewahnya ofis subhanallah. Best sungguh. Level exec mcm Pijat boleh dapat bilik sendiri, siap dengan sofa and ruang ofis yang besar mengalahkan bilik GM TM!! Hehe, alhamdulillah rezeki derang yang keje kat PTD ni murah :)

Tu jerlah kot nak citer, tapi mmg best ler experience semalam. It went so nice. Alhamdulillah :)

Ok, got meeting, wassalam.

Friday, August 27, 2004

Malaysia's Muslims have 'no way out'

Assalamualaikum wbt,

Dapat link tajuk ni from Akh Cpol..syukran yer :)

If you want to read the full article, please go to this site http://www.washingtontimes.com/world/20040819-111615-8930r.htm

Hmm..what was the article say about?

Malaysia's Muslims have 'no way out'. Bercerita ttg kekangan Muslim bertukar ke agama lain. Bercerita ttg usaha Christians to convert Muslims from Islam to Christian instead.

Dlm rencana ni, impression yg hendak dikatakan mengenai Islam adalah Islam is a rigid religion. Once you enter, you don't dream to convert to other religions, if yes, then you are open to public harassaments or legal action.

Government is said as bias to Islam and cannot afford to loose that image (i think because we had declared that we are Islamic country).

About 30 thousands Muslims managed to be converted by Christians, and about 100 Muslims estimated managed to be converted by monthly basis.

My comment:

This is one of misconceptions by the non-muslim towards Islam. But to blame them solely is not correct. We as Muslims have this responsibility to guide them in understanding Islam better. As a Muslim, of course we know that those who murtad shall be killed, BUT after other efforts to attract him back fail. Dah buat sedaya upaya tapi mmg tak boleh. And in our current constitutions applied in Malaysia, mmg tiada hukuman mati yang dikenakan for those yang murtad. Kita apply hukum manusia, hukum Allah tak digunakan. Biler people keep increasing to convert sbb tiada sekatan keras, apa yg kita boleh comment? Tgk jelah,kan? Belum tentu terasa marah atau sedih di hati by some of us, na'uzubillahi min zalik.

We have to put our eyes on this, very seriously. Government nikan, kita bukannya tak nak sokong dia, tapi cuba kalau derang ikut kaedah Islam dlm pelbagai perkara. Kalau ikut, takde ler PAS nak membangkang. Payah sgt derang ni nak compromise atas dasar agama. Hmm...

Nak kata Islam itu kejam biler sentuh isu people cannot convert to other religion, especially if we are thinking in terms of freedom to choose and make decision by each of us? Hmm..kalau secara brief assumption, mmg nampak kejam. Tapi kalau kita fikir betul-betul, Islam sebenarnya memelihara maslahahnya. Tidak mahu dinampak agama Islam ini umpama agama main-main yang people can simply come in and out sesuka hati mereka. Impaknya sungguh banyak, sekiranya kita tak ambil tindakan, mungkin akan ramai lagi yang terpedaya dan tertarik dengan promotion being advertised, direct or indirect by those yang sudah convert.

I'm not going to blame government for this. They have tried to conduct most of islamic activities and awareness, yet i believe there are more rigourous efforts to be poured in by them. Don't introduce activities to public which are contradict to Islamic teachings, and in the same time expand their efforts to attract public to get know more about Islam. Explain to them what are the reasons of why we could not do some stuff, adopt some approaches and have to be strict in some of our actions, so that they can understand us better.

These responsibilities do not lies on government only. We as individuals also must bear the said responsibilities. How many times we attempt to introduce Islam and its beauties to non Muslim? Counting on me personally, i would say none in a day. We are so comfortable living in our own scope and environment, which contradicts to what sahabah buat dulu di dalam menyampaikan ajaran Islam.

I know i will be accountable for this. I know that i will be asked in akhirah, why i'm saying on something that i did'nt do, and even worse for not having the courage to do it at all. But i'm very positive, Allah will help us if we are very determined to do what i've mentioned before. Pasang niat my friends, insya-Allah niat itu akan terlaksana jua. Pasang niat, and after that work hard towards it. ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!

Wassalam.

Wednesday, August 25, 2004

Alhamdulillah utk semuanya:)

Assalamualaikum wbt,

I'll try to rangkum apa jer yang terlintas in my mind sekarang ni...

Perkara2 yang menarik sepanjang minggu lepas:

1. Dapat result mid-term, alhamdulillah result ok, not as what i expected before. Waktu buat mid-term tu, mmg terpaksa akui bahawa main tulis jer apa yang terlintas kat kepala sbb nak kejar masa, betul ker tak betul jawapan allahu'alam. Balik mmg frust sket and terasa mcm down sbb baru first time buat mid-term, rasa mcm susah nak score (padahal soalan senang jek, cuma preparation tak cukup). Tapi alhamdulillah result was very2 ok, since 6/7 dr soalan dapat markah penuh and satu soalan bernilai 20 markah dapat zero. Soalan ni mmg ramai org dapat zero sbb salah apply concept. Nak kena score final pulak lepas ni. Chaiyo!!

2. Habis kelas, pergi program Fazrul "Systemic Thinking". Dia nak tubuhkan core group as pioneer di Malaysia yang bergerak aktif untuk promotion of this new way of thinking. I could not give my definite answer to commit or not since now i have tremendous things to be concentrated on. Not worth it at all kalau beriyer2 setuju nak commit but at the end there is no result to be produced. Tapi guys, if you are interested, let me know so that i can give your name to him. I think this core group will end up as kumpulan pemikir Islam, insya-Allah. That is what Fazrul had told me before ttg intention dia utk form satu group pemikir islam muda di Malaysia.


Bertemu dgn Mardhiah, koordinator program yang comel tapi punya semangat juang yang tinggi. Moga ramai lagi mujahidah sepertinya akan muncul insya-Allah.

3. Habis program Fazrul, pergi Convest UIA. Lepak UIA sampai kol 09.30 malam berjalan cari kamus Arab, tapi tak jumpa. Seronok berjalan dan berbual dgn adik Azrin yang terasa mmg berbaloi. Pastu pegi beli roti Arab 'syaksyaka'. Best sgt roti ni, harga seringgit satu. Tapi serious best :)

4. Semalam discussion group Accounting MBA. One of my group members missing in action sejak exam mid term hari tuh. Dedua exam dia tak sit. Dah call, dah bagi message, dah call no pejabat, semua tak berangkat. Kena kidnap kot. Tapi tak berkesempatan lagi nak ke office dia kat Menara Affin, dekat jer with my office. Ingat nak cari dia, nak tau dia actually dah drop courses ker apa. Actually dia mmg tak confident langsung dgn subject Accounting sbb dia budak IT. Tapi the rest of my group members (semua budak IT except me alone budak Accounting) boleh jer study sesama and buat sesama. Mungkin dia tak confident lagi rasanya, mmg nak kena buat Jejak Kasih ni. Risau juga kalau bebetul dia kena kidnap.

Liana, Azwan and Shahril discussed derang tak nak ambil kelas weekend next semester and they invited me to join them so that we can form group assignment sbb masing2 dah kenal. But i couldnt do that since i have kelas Arab to attend, and the most important thing is..starting this September or October, sure akan byk outstation. Takkan nak burn kelas sbb outstation kan? Sbb tu i decide for UIA sbb kelas dia during weekends and not during weekdays. Kalau nak weekdays, baik buat kat UM. Dekat sgt-sgt and boleh sekali dgn my younger sister yg buat Master kat UM jugak. Tapi derang best ah, semalam kitorang order for 2 Pizza sambil buat discussion. Sebelum ni kitorang buat discussion kat Menara Affin, tempat my geng yg missing in action tu. Tapi sbb dah tak dpt nak contact dia lagi, so we opted for MIDF kat Ampang Park. Ok jugaklah tempat dia.

5. Kelas Arab pada last Monday, i was having very terrible bad mood sbb terfikirkan my overall financial budget utk belajar MBA dan tabungan sampai 2005. Tetiba jek. Malas nak senyum and bercakap banyak. Tapi biler lepas habis solat maghrib, terfikir..mempelajari Arabic ni is one of my pleisure. Satu kegembiraan dan kepuasan yang i really appreciate and be grateful of. Kalau perkara yg memberikan kegembiraan pun menyebabkan i tak gembira, mana lagi nak cari kegembiraan tersebut. We can decide which emotions we want to be in. And that nite i chose to be happy, and alhamdulillah it did. Sepanjang kelas tu, i cakap dgn hati, apa yang perlu dirisaukan? Allah kan ada, minta jer semua yang kita hendak. Dia yang beri rezeki dan sebagainya. Tenang sikit hati :)

Apa lagi nak citer ek? Tu jer kot. Oh ya, ada ker GM suh i jadi webmaster FMD utk term Jan-Jun 2005? Giler ker haper. I bukannya terer buat web, Zahan lain ler. Walaupun both of us budak Accounting, tapi normal ler bebudak lelaki MMU terer nak buat2 web ni. I have to pair with Abg Is, nasib baik jugaklah. Keirul is in my team. Tak reti nanti, i suh ajer Keirul yg buat hehe. Isk, nak kena belajar byk bende pulak nak buat web ni. Pernah buat sekali during Matrics dulu guna Netscape Navigator. Malas aaaaaaaaaa. Tapi takpe, cabaran perlu disahut. Hehe.

Ok, nak bergerak ke Menara Telekom after this sbb ada videoconference with Dato' CE. Takde keje ah derang ni. Buat videoconference sengsorang tak leh? Hmm....

Wassalam :)


Thursday, August 19, 2004

Rindu yang terbang

Assalamualaikum wbt,

It was abt 2 weeks i had ignored this blog, due to my hectic schedule of life.

Last week, i was immersed into preparation for my mid term test. One whole week...and gosh, rasa mcm balik ke degree balik. Catch up sana sini sambil bekerja, baru terasa betapa leisurenya masa kita di degree level dulu, belajar jer, tak payah bekerja, tapi still result tak gempak hehe. Tapi ok ler kan, maintain above 3 pointer, not bad for an accounting student yg bz dgn SRC and usrah activities hehe , bebudak lain yang tak join sgt activities pun dpt result lebih kurang sama, so should be ok ler,kan? ;)

Cumanya, at certain times i wish i could repeat back my time di degree dulu, nak study hard and obtain a good result which i could proud of like what i've done during my SPM time. Ingat nak improve on my MBA time, tapi tgk my first mid-term exam, haiyaa..tak tau ler improve ker tidak. But i'm not the only one yang terkejut dgn apa yg kami baru hadapi ni,the rest pun sama and at this point of time yang kami tahu bahawa we could not use the old approach waktu kami kat degree dulu.

Takpe, target for final pulak, what have been done is done, nothing could revert us back to that time. What we have to do now is to move forward, think and revise what is wrong and how to adjust our approach. Some of my groupmates told me that they wake up at 4 o'clock to study. I wish i can do that, i'd try to adjust my sleep hour time so that i can wake up early, but until now tak dpt lagi. Paling awal i bangun was 5 o'clock heheh. Tu pun tak study, sambung tidur lagi ada heheh.

Sekali fikir,banyaknya perkara yang i perlu buat and hadapi. Kekadang rasa macam tak terurus. Tapi lebih bahagia begini daripada merasakan hidup stagnant and kosong. Dull and boring.

I love being active so that my mind will always working. I had enough last year when i didn't know what to do in FMD because there was lack of direction from my previous manager, and that tortured me spiritually. Felt so dumb, and i don't want to be in that situation again. Never.

Oh ya, yesterday i sent my beloved junior went back to US di KLIA. So nice to see her for the first time after about 3 years get to know each other virtually thru Internet. Get to know her parents too, and they were so ramah and pleasing. I gave her my most beloved novel that i won't trade it for anything, and to her i trade it for love and rememberance insya-Allah. Buku itu memberi semangat juang membela Islam, hope she able to dig out hikmah tersirat out of that book :)

Ya Allah, kurniakan rahmat dan bahagia kepada semua penulis yang mencoretkan mata pena mereka ke arah dakwah. Semoga setiap titik dakwat menjadi saksi usaha mereka menjulang agama tercinta ini.

Wassalam.

~Rindu yang terbang bersama pesawat ke US semalam :) ~

Friday, August 06, 2004

Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum wbt,

Guys, I have to tell you..

PENATNYA jadi ibu bekerja. Serious. I'm talking from my own experience for catering Kak Lin's baby yesterday. I was only jaga him from 6 p.m to 12.30 a.m. And gosh, it was all tiring!!

Can you imagine, handling the baby for 1 hour kat shopping complex semalam sbb temankan Kak Lin ambil cincin yang ditempah, pastu beli diapers. Huh, pengalaman mendukung baby for 1 hour itu....CUKUP MEMENATKAN! Kalau ler hari-hari dukung baby macam tu, mau patah pinggang dibuatnya :D

Pastu, biler balik nak bersiap ke rumah Kak Fari untuk usrah, time nak gosok tudung tu Anas menangis sbb dia ni jenis tak boleh nak tinggal sengsorang lelama sgt. Kak Lin pulak sdg solat. Apa lagi, kena ler mendukung Anas sambil menggosok tudung. Cuba bayangkan satu tangan dukung baby, satu tangan gosok and alter kedudukan tudung. Pengsan mcm ni kalau hari-hari camnih. Ntah camner ler Kak Lin handle personal life dia. Pernah gaklah memasak sambil dukung Anas, tu lagi bahaya sbb takut minyak terpercik kat baby. Mmg tabik springlaa kat working mothers ni. Serious respect. If me, tak tau ler apa citernya nanti. Hopefully dipermudahkan ;)

Ok, semalam Kak Fari bagi pengisian mengenai surah Al-'Alaq.

Iqra' bismi Rabbik allazhi kholaq'. Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan.

Pengisian lebih kepada kepentingan mencari ilmu. Dihuraikan ayat 1 sehingga 5.

Turutan secara ringkas:

1. Iqra' = Kalimah suruhan membaca, dedifinasikan sbg mengkaji.

2. Bismi Rabbik allazhi kholaq' - Allah memperkenalkan diriNya melalui sifat (Yang Menciptakan)

3. Kholaq al insaana fi 'alaq. (Pembentukan manusia drpd segumpal darah) - tanda kekuasaan Allah. Dikaitkan juga contribution of cabang ilmu selain pure cabang agama e.g science, accounting etc. Kesemua cabang ilmu apabila dikaji dan dikembangkan serta dianalisis mengikut acuan dan bermotifkan Allah dan Islam akan diterima Allah dan akan dinaungi malaikat serta didoakan oleh makhluk. (Menjelaskan salah faham bahawa hanya ilmu agama shj yg penting, ilmu teknologi, science dan sebagainya tidak)

4. Iqra' wa rabbuk al akram - Akram di sini diterjemahkan sebagai Pemurah. Diterangkan ttg kepentingan membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan (ikhlas). Sukar hendak membentuk ikhlas ni,kan? ;)

5. Allazhi 'allama bil qalam - Yang Mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam/pena. Kebiasaan kita sering menggunakan lidah di dalam berbicara dan berdakwah. Namun kadang-kadang hilang dan tak dpt nak dipelajari oleh manusia secara collective, malah boleh menyebabkan salah faham pula apabila mesej tidak difahami secara keseluruhannya. Dgn penulisan, insya-Allah lebih ramai yang membaca dan ilmu itu lebih kekal disimpan. Kalau ada kesempatan, disarankan kita untuk menulis (tak kira ler blog ker, diary ker, buku ker..sbg catatan)


6. 'Allama al-insana ma lam ya'lam - Yang mengajarkan manusia perkara yang tidak diketahuinya. Satu soalan dilontarkan kepada kami semalam " Sekiranya kamu terpilih oleh Allah menjadi hamba yang dekat dgnNya, apakah ilmu yang kamu hendak Dia ajarkan?" Ada yang jawab Al-Quran, ada yang jawab hadith, for me i replied i want to know His secrets and hikmah why He creates this and that, why He arrange makhluq for this and that.

And the answer is....

Kak Fari explain, Nabi Adam adalah makhluk yang dekat dgn Allah, dan apakah yang Allah ajar kepada baginda? Nama-nama benda. Maka sebaik-baik ilmu ialah mempelajari benda dan aplikasinya. Di sini kepentingan ilmu dan aplikasi diterangkan kembali. Rasulullah juga pernah minta diterangkan ttg hakikat Roh namun Allah menjawab semua pengetahuan mengenai roh adalah di sisiNya. Begitu juga dgn kematian dan hari kiamat. Maka dgn secara tidak langsung, my request will not be entertained by Allah, Kak Fari said hehe.

Last point, she emphasized on our potential contribution to masyarakat. We must contribute something, think for something that will be beneficial to community of Islam dan umumnya. And always move forward supaya tiada ruang bagi orang untuk memperlekehkan Islam dgn perangai, kelakuan dan prinsip kita yang tidak menggambarkan bahawa Islam itu syumul dan mengajak kepada kemajuan sahsiah, ilmu dan peradaban.

So basically inilah topik usrah kami semalam. Ilmu dan kepentingannya.

Kita selalu baca Quran, tapi cukupkah sekadar membaca dan mengetahui terjemahannya? Biler lagi mahu memahaminya?

Kalam Allah itu lengkap dgn segala hukum (5% drpd isi keseluruhan menyentuh ttg hukum hakam), dan 95% lagi menyentuh ttg kisah-kisah silam dan penerangan sifat Allah(ada lagi yg lain, tapi tak ingat, please forgive me). Melalui Al-Furqan ini, Allah memperkenalkan diriNya, maka kalau kita tak faham Al Quran, mcm mana nak kenal Allah, and seterusnya mcm mana nak cinta padaNya?

~ Tak kenal maka tak cinta~

Wassalam.


Friday, July 30, 2004

Penat..aaaaaaaa

Tak nak cakap banyak, cuma nak cakap....

PENATNYAAAAA, penatnya belajar sambil bekerja ni  :(

 
Tahan iena tahan, baru sebulan belajar dah mengeluh tak tahan penat.

Rahimi cakap, mmg memula belajar tu rasa penat, lama-lama hilang sebab dah biasa.

I hope cepatlaa sampai masa tu, mmg rasa badan mcm dah nak tercabut dah ni.

This is my fist posting for today. Bunyi dia sedih sket. Second posting petang nanti, i will tell about Nisa' meeting resolution last nite. Yang ni seronok :)

Keep up with me k.

Wassalam :)

 

Monday, July 26, 2004

sEDiH

Assalamualaikum wbt,

This morning i woke up late, and my mum kejutkan sebab biasanya i bangun awal. Badan penat sangat, mmg rasa tak larat. Kalau tak fikirkan hari ni i kena handle program gotong royong sempena restructuring FMD, mmg terasa mcm nak ambil urgent leave jer.

I lambat sket react, and my mum terus cakap " Iena, kalau mcm ni effect belajar part time sampai boleh jejaskan kerja, baik jangan terus belajar mcm ni. Berhenti jer!"

I was so shocked to listen to that. And i am sad. Really sad.

I can bear if that sentence was coming from other people, but not from my mum. From a person who is very close to me. From a person who i think and i hope could support me from the back in order for me to continue my studies.

The same situation happened to me when i mentioned to her that i want to join Nisa'. My mum did not favor much. And i cried a lot dlm bas sepanjang i balik kampung one day after my mum said that she wanted me to quit from joining Nisa'.

Continuing my studies and joining Nisa' are the things that i want to do just for the sake of Islam, nothing else. And for that, i received unfavourable response from someone that i love so much.

Sad, terribly sad.

Sekarang ni tengah tabahkan hati jer. Apa lagi yang boleh dibuat. Kalau nak kata dedua perkara tu senang, mmg tak senang langsung. Tak tidur malam buat assignment, sacrifice weekends utk pergi kelas dan belajar. Memang tak senang.

Apa pun, it was not my mum's fault. That was my fault for not explaning to her why i did all these. My mum is the best person in my life and i love her very much regardless of whatever things she ever done or said as nothing could be compared to her sacrifice and contributions untuk melahirkan dan mendidik anak-anaknya sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini. And i really appreciate and thankful to Allah for that. She is like our friend at home where we can share a lot of things together. I don't want to blame her for what she had said to me this morning. If i could manage my time better, then perhaps whatever she said to me this morning will never come out from her mouth.

Alrite guys, lega sket biler dah luah perasaan :) Nak move to Arabic class. See ya later k.

Wassalam.






Wednesday, July 21, 2004

Best best

Assalamualaikum wbt,
 
Dah lama tak menjenguk blog ini, apatah lagi hendak mengupdate. Tidak berkesempatan kerana kebanyakan masa sudah disalurkan kepada tujuan yang lain, yang lebih memerlukan komitmen dan perhatian diri.
 
Banyak perkara nak bagitau, ttg kelas Arab, ttg kelas MBA, ttg buat assignment & presentation tak tidur malam menyebabkan flat di masjid sampai 3 jam (qadha' tidur hehe), ttg betapa adik2 kita yang berada di IPT ini sedang mencari arah tuju mereka sebenarnya yang memerlukan bimbingan kita yang sudah melepasi fasa kehidupan sebagai seorang pelajar.
 
Seronok! Walaupun tak tidur malam pun buat assignment and presentation, hasilnya memuaskan. Alhamdulillah :)
 
Takpelah, kita sambung lain kali k. Nak bersiap untuk ke kelas Arab dulu.
 
Ilal liqa' wassalamualaikum wbt :)
 
 

Friday, July 02, 2004

Graf iman

Assalamualaikum wbt,

Ustaz Zamakhsyari menegaskan bahawa iman kita ini ada naik dan turunnya.

Bila kita berbuat dosa, namun di hati tidak terdetik sebarang rasa bersalah, periksalah diri anda. Something is wrong there.

Teringat lagi ada seorang sahabat baik pernah berkata "Iman ini seperti graf sinus x rupanya, kejap naik kejap turun". Biler time dia naik, kita rajin berbuat amal kebaikan, dan bila grafnya turun, kita sedikit bermalasan.

Biler agaknya iman kita hendak straight lurus seperti graph linear. Hehe.

Wassalam.



Wednesday, June 30, 2004

Karenah staff

Assalamualaikum wbt,

Semalam meeting pengurusan, my presentation ended with a big applause by FMD members sbb berjaya carry tugas Business Controller dengan baik in one month (claimed by them, not me)

Alhamdulillah atas segala kesempatan nak merasa pujian, tapi sebelum kena puji tu, kena tembak juga ttg karenah staff BC ni(dush dush dgn bazooka, nasib baik tak dengan Tomahawk ker apa ker, kalau tak lama dah longlai waktu buat presentation tu)

Pening kepala sekejap. Kita sedang berurusan dengan manusia, ciptaan Allah yang sungguh kompleks dan dynamic. Kita tak dpt nak atur perilaku dan pemikiran mereka seumpama memprogramkan robot dan komputer.

Macam mana nak tackle masalah staff dan manusia umum lainnya?

Tarbiyyah dan pendedahan ilmu secara konsisten. Tapi macam mana nak tarbiyah? Apatah lagi dengan orang-orang yang sudah berumur ini?

Hmm..had to find a way.

Wassalam.

Monday, June 28, 2004

Mesyuarat Pengurusan cancelled

Assalamualaikum wbt,

Sedang berjalan menuju ke parking kereta office, suddenly Tn Hj Tajul telefon beritahu dia MC hari ni sbb demam, so mesyuarat pengurusan ditunda ke esok.

My manager marah sangat sampai tak terkata apa..sebab kena datang hari Ahad lepas untuk selesaikan kerja semata-mata untuk meeting pagi ni, and i woke up at 4.30 a.m untuk furnishkan presentation apa yang perlu, aiyaa.. if i know this will hapen, might as well i join program di PD hari tuh.(sabar sabar, ada hikmahnya insya-Allah)

Last Saturday i went to register myself di UIA untuk course MBA, alhamdulillah berjumpa dengan rakan-rakan baru. Ada yang sudah berumur and ada yang muda macam baya-baya kita jer. Ada 2 orang non-muslim join juga this course. Overall it looks like ok, Head of MBA pun ok jek bagi penerangan, insya-Allah semuanya berjalan lancar. Yang paling best ada sorang muslimat Sudan ni pun join juga, tanya dia ada berapa orang anak. Dia kata ada 3. Subhanallah, ada anak2 yang perlu dijaga, being a foreigner to our country is not an easy task to do. Kagum. Kagum. Best gaklaa kawan ngan dia ni, boleh practice Arabic.Hari tu speaking Arab dgn dia (yang simple2 jeklaa), nasib baik dia faham, kalau tak mungkin tunda nak bercakap Arab ngan dia lagi kot, sampai dah bebetul expert hehe.

Sekiranya Allah bukakan jalan, semuanya akan jadi mudah insya-Allah.

Tak dapat satu kelas ngan Farah Aiza, sbb dia ambil subject yang tak dioffer untuk kami sem ni. Sem ni ada Financial and Managerial Accounting, my own subject kat U dulu. Ok ler kot. Jgn dia suh ambil subject Finance sudah. Tak suka ngan Finance, rasa mcm susah jek. Nak kira IRR ler, NPV ler, ada formula ntah paper lagi. Tak suka tak suka.

Bila compare UIA dengan MMU, agak berbeza sedikit environmentnya. Biah Islamic di sana lebih kuat(walaupun terjumpa jugaklaa couple2 makan sama, tapi boleh kira ngan sebelah tangan jek). Tenang jek rasa. Masuk masjid dia pun, kita boleh tengok pelajar muslimin bersolat berjemaah (tak kiralah jemaah yang keberapa dlm satu-satu waktu tu, tapi derang berjemaah jugak). Kat MMU payah sikit ler nak tgk, nak tgk pelajar muslimin penuhkan 2 saf depan tu pun payah.Tu baru surau kecil, belum lagi masjid sebesar UIA tu ;)

Berjumpa Ehsan, pres IU MMU Cyber 2 minggu lepas, alhamdulillah dia kata ada peningkatan. Sesi tarbiyah berjalan lancar, every week buat usrah kelompok. Tapi bahagian muslimat pulak yang tak berapa konsisten. Terbalik pulak dah, during my time dulu, muslimah konsisten, muslimin tak. Apa pun semoga semuanya berjalan lancar di sana. Mereka pun dah ada lapisan pelapis, cuma belum formally appointed. Ok ler tuh.Zaman kitorang dulu, jenuh nak mencari (utk SRC especially).

Ok ler, nak siapkan kerja mana yang perlu. Petang ni ada kelas Arabic, kerja rumah yang Ustaz bagi pun belum siap lagi.

Jumpa lagi k. Wassalam :)

Friday, June 25, 2004

Sempatkah?

Assalamualaikum wbt,

Sedang mendengar lagu Istighfar dari kumpulan SaffOne.

Terasa sayu.

Bagaimana kiranya nanti di dunia sana, Allah enggan terima amal ibadat kita?

Bagaimana agaknya kita hendak menerima hakikat pahit bahawa kita tidak diterima?

Akan tertundukkah wajah, atau akan meraungkah kita menyatakan penyesalan yang tidak akan ada penyudahnya?

Tergalas di bahu kita tanggungjawab yang bukan sedikit, tapi kemampuan dan masa yg kita punya seperti tidak cukup untuk mencakupi semua yang tertulis bernama AMANAH sbg KHALIFAH.

Bagaimana? Bagaimana hendak dicukupkan segala yang ditugaskan?

Entah...kaki masih melangkah, cuma tidak tahu sama ada ia cukup laju atau tidak.

Dan masa yang dipunyai makin lama makin sedikit.

Sempatkah?

Mampukah?

Thursday, June 24, 2004

Ilmu

Assalamualaikum wbt,

Ilmu.

Ilmu.

Ilmu.

Carilah ilmu, walau di mana jua.

Hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu.

Hendakkan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu.

Hendakkan kedua-duanya, apatah lagi..


Wassalam

Wednesday, June 23, 2004

Iktibar

Assalamualaikum wbt,

Today i have learnt that if someone had given power and authority, sometimes he tend to be so authocratic and power seeking person (eg Bush yg giler kuasa tuh)

I've learnt that power is capable to make you forget about yourself, your root of culture, and inarguable any regulations set by our religion and God.

Money is power. Richness is also a power. The authority and trust received by someone are also powers.

Should this power to be misused until it creates hatred and uneasy feelings among those being ruled under this power, or those who interacts with this power holder party?

Of course not.

Always remember, sekuat-kuat kita, setinggi-tinggi kuasa dan kekayaan yang dianugerahkan kepada kita, tiada siapa yang dapat melawan Yang Maha Berkuasa.

Riaklah sepanjang mana yang kamu hendak, berbanggalah setinggi mana yang kamu mahu, namun di mata Tuhan, kita hanya dapat sepicis (tu pun belum tentu dapat dikira sebagai sepicis) dari kuasa yang ada padaNya.

Moral of the story: Jangan mudah lupa diri dan berbangga dengan kuasa yang kita ada. Bebila masa kuasa itu akan hilang.

~Gone with the wind~

iena.

Monday, June 21, 2004

Motivasi pagi

Assalamualaikum wbt,

This morning Khairul came to my place and talked about his fiance booking Menara to celebrate his birthday today.

Entah macam mana boleh termasuk topik bergaduh2 ngan ibu hehe. I have to admit that i always quarrel with my mum for small2 things. Not that bad, but still we regard as quarrel jugalah kan.

Khairul nasihatkan not to quarrel with my mum anymore. Takut nanti apa yang terkeluar dr mulut kita akan terkesan di hati ibu.

Isk isk, mmglah kalau ikut hati tak nak gaduh, tapi kekadang tak leh nak elak and mulut ni cepat sangat nak menjawab balik, especially kalau kita tau kita yg betul. Rasanya sumer org akan merasai perkara yg sama,kan? Ker i sorang jer yg jahat? Hehe.

Khairul suggested for me to live separately with my mum (in other words, pindah dr rumah skang ni and live independently). He said i will treasure my mum better if we live separately. Isk, tak nak ler. Apa kerja nak duduk pisah kalau dah keje and duduk pun kat KL, lain ler tempat keje kat hujung dunia, umah parent kat hujung dunia lagi satu. Logic jugak ler nak pindah pun, besides bukannya i dah kahwin pun nak duduk pisah-pisah. Hehe.

Tu jer ler kot nak update for today. Malam ni ada Arabic, semalam baru terima surat dari UIA minta register diri this Saturday utk course MBA. Pastu ada program di PD pulak petang Sabtu dan pagi Ahad. Ingat nak ambil cuti Isnin esoknya, tapi ada Management Meeting pulak.

Wassalam.

Thursday, June 17, 2004

Seimbangkan kehidupan dunia

Kalamullah
(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian). Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Pada hal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih dekat. (Al-A'laa : 16-17)

Huraian:
Umat Islam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan keindahan dunia. Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud menghalang umat Islam daripada mencari kekayaan dan kemewahan duniawi.

Allah s.w.t. menyuruh supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk hari akhirat, tetapi janganlah lupa habuan di dunia.

Firman Allah di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.

Doa yang dipinta untuk kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat seperti di dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Kekayaan dan kemewahan yang diperoleh di dunia ini hendaklah dijadikan alat atau perantara untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Kesimpulan:
Umat Islam perlu bijak menguruskan keperluan kehidupan dunia dan akhirat agar mendapat kenikmatan yang kekal abadi di akhirat.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Tuesday, June 15, 2004

Diskusi petang bersama Kak Umi

Assalamualaikum wbt,

(Siri 1)

Today i've been limiting myself not to curi tulang by chatting or doing something else other than my real job as i am afraid that the salary that i will receive will haraam as i dun fulfill my responsibility and time as expected. Alhamdulillah berjaya, cuma kena improve lagi ;)

Tengah hari tadi keluar lunch with my younger sister Ika (she came back from English course at KL Sentral) and we had a wonderful chat on our planning for the next 6 months.

And in the evening i received a call from Kak Umi (Nisa' buddy) saying that she wanted to see me as she's visiting her husband's working place kat Tingkat 6 of the same building as mine (SNS).

And we had a very heavy and resourceful discussion which i appreciate actually rather than bercakap perkara yang sia-sia.

We talked about the current situation about Islam, the tribulations faced by Muslim around the world, and the possibility that Hari Kiamat is actually around the corner.

We had also discussed about politics in Malaysia scenario, and yeah, sememangnya perbincangan ini berbaloi, dan sememangnya pertemuan seperti ini sentiasa diharap-harapkan.

Not that i'm very interested in politics, i have to admit that i don't actually (not interested doesn't mean that i hate, i just don't develop interest in it, that's all). This kind of dicussion that i have with Kak Umi as part time lecturer in one of IPT is actually bringing me to realize of the real situation of what we have today, what Malaysia will has tomorrow, and what Islam will has within next 20 years.

Last Sunday nite i was watching Konsert Sure Heboh in Perlis on TV (no offence to those who are working with TM Net ya), i was thinking that if these youngsters are exposed to these type of programs that from the deepest from our hearts we know that it will not lead for any spiritual improvements, what outcome that you could expect from them in the matter of fighting in the cause of Islam actually?

Jiwa mereka sepatutnya dibentuk untuk menjadi pemuda pemudi gagah dalam menegakkan agama Allah. Hiburan seperti ini sebenarnya melemahkan iman, dan mensesatkan tujuan. Benar, ada orang akan beranggapan dan berkata "Ala, derang masih kecil lagi, dah besar nanti taulah mereka nak berfikir sendiri". Truly correct and could applicable for those who manage to think by themselves, who manage to search the Ad-Deen if they are searching, and for those who Allah saves them from kekufuran. But what about the rest who don't? As people who are older than them, who are given responsibility to lead and direct them to the right path, shouldn't we teach them the right way of walking their lives as what Islam has set for us? Do we actually have the rights to disobey whatever Allah has requested us to do, which is to mengerjakan amar makruf dan meninggalkan maksiat?

Program-program seperti ini seharusnya diisi dengan pengisian yang bermanfaat, yang mengajak kita kepada perkembangan diri dan percambahan minda yang sihat. I'm not saying that music is not health, tapi kita tidak dapat menolak bahawa kebanyakan lagu kebanyakannya membawa kepada unsur lagha. And apa-apa sahaja yang menyebabkan kita lupa kepada Allah adalah dilarang and boleh jatuh hukum haraam. I wish those media and tampuk pemerintahan up there could think very heavily about this aspect and priority: PEMBANGUNAN INSAN.

Islam ini adalah agama dagang. Benar seperti termaktub di dalam satu hadith. Tapi jangan kita pula yang suka rela membiarkan tangan-tangan kita menjadikan Islam itu dagang sebelum sampai masanya.

Moga kita terpelihara dari segala maksiat yang ada.Ameen.

****************************************************************************************
(Siri 2)

"Man la yarham la yurham" (Mutaffaqun 'alaih - merujuk kepada Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.

"Irham man fil ardh, yarhumka man fis samaak"

Kasihilah sesiapa di bumi, nescaya engkau akan dikasihi di langit.

(2 hadith yang dipelajari di kelas Arab semalam by Ustaz Zamakhsyari graduated fom Libya. Subhanallah as i've been taught from 3 different ustazs from 3 different countries where they graduated: Ustaz Wan Zuki min Al Misra, wa Ustaz Rahimi min Jordan wa Ustaz Zamakhsyari min Libya)

Ustaz Zamakhsyari ni mmg tak bercakap BM dengan kitorang walaupun dia Melayu, we actually understood what he said, but we were not capable to reply. Tapi masya Allah, semangat dia mengajar kitorang memang tak dapat dinafikan. Setiap patah perkataan Arabic yang keluar dari mulut kami dia akan sambut dgn "Aiwah" atau "ey". Memula pelik apa bende ustaz ni sebut "ey" ni, agaknya maksud perkataan ni "ya" dalam bahasa Libya kot. Allahualam. Tapi ustaz ni best jugak, asyik gelak jer kitorang belajar sebab ustaz ni cakap Arab mmg tak campur melayu, and apa yang kitorang mampu jawab hanyalah "na'am ya Ustaz". Dah itu jer yang kitorang reti jawab hehe.

Sembilan orang di dalam kelas, 7 pelajar kelas lama dan 2 pelajar baru. Hubungan sesama kami lebih erat dan dah tak segan-segan sangat nak berinteraksi, malah ada 2 orang ni nak hantar anak-anak derang tuition kepada sorang classmate sbb dia buka tuition utk Math. Peluang rezeki bertambah alhamdulillah.

~Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga~(kata-kata hikmah dari seorang sahabat)

Wassalam.


Monday, June 14, 2004

Cemburu

Assalamualaikum wbt,

Di saat hati ingin berbicara, dan jari jemari masih ingin menari, kucatatkan apa yang tersarang di hati.

Hati sedang merasa sebak, mengapa?

Kerana kulihat betapa ramai manusia sedang berusaha memperbaiki diri, mempertingkatkan amal, dan kurenung diri sendiri, apa sahaja yang terefleksi dan diperbuat dek diri?

Di depan sana kutemui para pemudi sedang mengatur susun dan langkah dalam berjuang, memperkasakan diri dengan ilmu dan amal dalam menyahut seruan iman. Dan aku bangga, tetapi di dalam masa yang sama terlukis rasa cemburu dek kepantasan mereka mengejar idaman cita-cita.

Aku masih lagi melangkah, dengan perlahannya, dan amat tidak pasti apakah langkah-langkah ini akan dikira.

Jahatkah aku kerana menyimpan rasa cemburu?

Aku rasa tidak.

Kerana cemburu yang dibenarkan ialah cemburu di dalam berbuat amal.


Dan di kala ini, hati masih sebak, dan air mata seakan murah untuk turun meredakan hati yang sedang resah.

Jadikan kami pemuda pemudi yang sentiasa menjunjung amanat-Mu ya Allah. Dan ampunkan kami atas ketidakupayaan kami di dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Mu.

Ameen.


Sabar dan pengharapan

Assalamualaikum wbt,

Sabar itu separuh dari iman. Benar pernyataan ini, sememangnya tidak dapat disangkal.

Sabar dan tawakkal kepada Allah, insya-Allah Allah akan membantu. Sekali lagi benar, apatah lagi pada diri yang pernah mengalaminya.

Sabar dan bergembira dengan ujian yang ditimpakan olehNya, maka akan berbahagialah kita kerana sabar dan tabahnya kita menghadapi ujian tersebut. Benar, namun kadang-kadang ujian itu amat pahit untuk ditelan :)

Disebabkan tiada kesabaran di dalam hidup, manusia sering berfikir pendek dan mencari jalan singkat untuk menamatkan masalah. Sama ada dengan mengambil dadah, minum arak, membunuh diri dan sebagainya.

Benarkah kita diajar untuk menghadapi rintangan yang diterima dengan cara sedemikian?

Mengapa tidak dicari Dia yang menurunkan dugaan itu, berharapkan agar dikurniakan ketabahan dan keringanan cubaan?

Bukankan Dia yang perlu kita hadap dan adu akan segala perkara?

Hanya Allah tempat pergantungan segala harapan dan impian.

iena.

****************************************************************************


Here is a poem that i copy from a mailinglist, how beautiful the poem is :)


In the name of Allah, the Most Gracious, Most Merciful,
There is none worthy of worship except Allah,
And Muhammad is the Messenger of Allah...

Another academic year has just passed by,
This summer I'm going home, but soon I may die,
For in this life, death is the only certainty,
And soon in the grave, we may regret, we may cry...

This poem is for you...
You may be family, or just like family to me,
A friend... a stranger...
I may see you again, I may not,
Or maybe, I've never met you at all!

I want to say thank you, thank you all,
Everyone, thank you, you've helped me so much,
May Allah reward you all with much good,
Good in this life, and the hereafter...
With Jannat-ul-Firdaus, the highest heaven of all

I want to ask for your forgiveness...
For any wrong, said or done,
Knowingly or unknowingly,
For any debts unpaid, any promises unfulfilled,
For breaking your heart... may Allah forgive us all!

To my non-Muslim friends, I want to especially say... sorry,
I have not passed the Message... with wisdom...
Of God, the Quran, the Hereafter...
For it is my duty, and for all the Muslims our duty,
For Muhammad was the Last Prophet, the Final Messenger of God!

And to my Muslim friends, I want to also say sorry...
For we should remind each other, and this I have tried,
With wisdom like Allah commanded...
O Allah, how do we do this work???
O Allah, You are most forgiving, O Allah forgive us all...

And I am sorry for myself...
For not learning much about Islam, Iman (faith) and Ihsan (perfection),
O Muslims we must learn, and practise also we must,
And don't forget to tell others...
We don't want to enter heaven alone!

May we all be guided, on the straight path,
May we all be forgiven, of our sins, big or small,
Thank you all of you, may we be rewarded,
Not just in this life,
But in the eternal Hereafter, with Paradise...

O Allah prevent us from the eternal punishment,
From the punishment of the grave to the eternal Hellfire,
Take care everyone, this life is a test,
Peace be upon you all...
For now I depart, and soon, we will die!


Moga ada iktibar, wassalam.

Wednesday, June 09, 2004

Teman dan sahabat seperjuangan

Assalamualaikum wbt,

Hehe,lama dah tak bersua di sini. Maaf di atas ketidakpunyaan masa untuk mengupdate sejak mengambil alih tugas menjadi BC baru ini. Template baru ni best pulak rasanya. I'm someone who love simplicity, and serenity. And this template is just nice to describe who i am in real actually :)

So many things happen, and so many changes took turn visiting me in the past months, but i'm not so sure whether they were leading to good things or vice versa. I'm hoping that i will always strong standing and walking thru His path, as i don't want to meet Him with my head turning down for whatsoever bad reasons, na'uzubillah.

Kak Iqin, Aini and Farah Aiza had delivered their babies abt one or last 2 weeks. Feel happy for them. Moga Allah sentiasa memelihara keluarga bahagia mereka selalu. Aku bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabatku ini.

Jumaat lepas Jie nikah di Terengganu, esoknya majlis kahwin. Lucu sungguh biler mengenangkan saat-saat mencari bunga pahar dan bunga hiasan pelamin. Ada ker aku and Siha customers ingat pekerja kat Astaka tu sbb kitorang sibuk mencari bunga hiasan pelamin. What a laugh, and what an enjoyable moment that i had down there in Terengganu.I was really having fun with Farah, Siha and Jie, since we were the wedding planners for Jie. Some unforseen incidents took place that led us to be the bidan terjun starting from mencari bunga pahar, bunga hiasan pelamin, photographer berjaya, caterer yang tak cukup tangan di meja beradab, tukang hias tempat nak letak kek kahwin dan tukang atur posing di pelamin dan bilik pengantin.Hehe.

Marvellous!! What an experience that we had. Alhamdulillah :)

Met one sahabat baru di sana. Alhamdulillah, moga dengan ikatan ukhuwah yang terjalin menjadikan diri kita lebih kukuh berdiri di jalan dakwah.

Last nite i suddenly remember all experiences that i had with Jie since we were in Pre-U until last week. I felt so sad and i cried hard. The tears did not stop eventhough i've tried very hard to do so.I still remember that we were used to hang out together makan yogurt sesama most of the nights depan padang bola, jalan malam ke asrama tgk TV sesama, and we had this one experience where we turun sahur every morning kat cafe waktu bulan puasa dlm keadaan sejuk2 waktu kat Pre-U dulu. And now she's belong to someone. I do feel happy for her very much. I never cry for a friend like what i did for her. I do not know why, but perhaps the bond that being developed since Pre-U is special, might not be for her, but it does for me.And thinking of losing her made me cried so badly last nite.

Want to know who are my bestest buddies ever?

Ika is my bestest buddy and someone who share the same thinking that i have in mind, meanwhile Siha is someone who i feel very very comfortable with, and she is unique for me. She is one of my 2 friends that i treasure their uniquenesses (betul ker spelling ni?). The other one is Mimi, small and tiny girl yet very brave, and i do adore for her braveness and spirit.Farah Wahidah is my highly respected buddy who share the same interest with me in get knowing Islam. My former roommate and she is quite a strict person, yet can become very manja at certain times. So happy living under one roof with her coz she had become my strong bone to push, lead and help me to be someone better in any field.I enjoy talking to her becoz she more or less has the same opinions and points of thoughts with mine.

Jie? She is my little, tiny, easy to be kicked off girl due to her small size, yet i'm not that jahat to do that. She's one of my best buddies in MMU.As what i described before, i know Jie first among the others since we always be together dulu.

And 5 more gangs that i could not let them slipped from my list are Yaya, Aleen, Zurin, Shidah and Eed. Yaya, she is someone that i treat a very special place in my heart since she was my roommate during Pre-U. Different characteristics we do have, but managed to live passionly with each other. Missed all those old times with her and Aleen.

Zurin is my twin other than Izwah, Shidah and Eed are my best buddies in STTJ dulu. Missed them all.Izwah kat UK, Zurin and Eed baru habis belajar and dah start keje. And 4 of us semuanya ambil Accountancy despites of belajar di universiti yang berlainan. Cuma Shidah jer lain, tak ingat dia ambil course apa hehe.

Ya Allah, pelihara sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat.Sayang sangat kat derang.

The 2 guys that i treasure most in life are these 2 persons: Rahimi and Mizie.

I treasure Rahimi for always being there with me di saat2 ketidaktahuan di dalam byk perkara,and Mizie for what he did for me during second year dulu.Kenangan tdk dpt berkata-kata, hanya air mata dan tulisan di kertas membayangkan isi hati yang dipendam sekian lama, dan akhirnya terlerai di malam sepatutnya kami merangka teks ucapan.Hehe. Jamin mesti orang ingat kami couple yang baru lepas bergaduh sebab ada adegan nangis2, but actually it was not like that at all :)

If you read this Mizie, Barakallahu khairan for what you did to support me on that night, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik yang telah diberikan.And thanks for the cassette you gave me, i still keep it with the little note that you had slipped in it.

And Rahimi, you too. Syukran atas segala tunjuk ajar yg diberikan selama ini.Susah nak dapat geng best cam ko :)

Hany, i know i did not mentioned ur name kat atas, tapi kenangan kita di sekolah pondok dulu sentiasa ada di dalam lipatan hati bersama sisters yg tersayang (Kak Iqin, Kak Aza, Kak Ira ngan Yati Bims). Could not replace all of you with anything,love you all so much! Still ingat lagi kena lumur dengan asam jawa ker apa ntah sbb demam panas sgt waktu kat pondok dulu hehe. Hidup PONDOKIANS!! Hehe.


Wassalam.