Monday, November 08, 2004

Pengembaraan ilmu

Assalamualaikum wbt,

(1)

Sudah hari ke 25 Ramadhan menjelang hari ke 26 esok. Sudah hampir 'graduate' kah kita drpd madrasah Ramadhan ini?

La'ala na'am (Moga-moga ya). Kerana apa? Kerana telah disebut dalam satu hadith mafhumnya adalah celaka bagi orang yang tidak mengambil peluang untuk berbuat kebaikan di dalam bulan Ramadhan.

Bukankah rugi namanya? Tidak menimba sebanyak pahala yang mungkin di dalam bulan penuh barakah ini?

Mahu tunggu tahun hadapan? Moga-moga kita masih hidup menghirup nafas untuk menyambut tetamu mulia ini sekali lagi.

(2)

Alhamdulillah, pada malam Khamis yang lepas Ika and I had managed to arrive at Kersani Training Centre, Segamat. Dengan penuh ketidaktentuan hati sama ada hendak pergi atau tidak dan juga ketidakpastian arah perjalanan, Allah tetapkan hati dan permudahkan 'pengembaraan' kami yang pertama ke daerah ini.

'Pengembaraan ilmu'. Sedap,kan bunyinya?

Dan sesedap dan selazat itulah juga dapat kami menikmati kemanisan ukhuwah yang terjalin di sana dengan adik-adik dari UIA, KUIM dan USM, serta kakak-kakak yang baik, yang mencatatkan seribu kenangan walaupun kami hanya sempat berada di sana selama 1 setengah hari. Sudah cukup untuk melahirkan titisan air mata ketika ingin berpisah dengan 2 akhawat yang pulang awal ke Pahang. Manisnya ukhuwah yang terjalin, subhanallah :)

Ika and I were given 'extra-ordinary' accommodation since not enough space for us to stay with the rest yang telah tiba hampir 5 hari awal. Maka kami ditempatkan di Log House. Cantik juga binaannya, agak kagum dengan persekitaran training centre yang satu ini.

Pengisian program?

Hmm..program ini dikhaskan untuk Systemic Thinking Core Group. Akh Fazrul menerangkan konsep penting yang beliau tuliskan di dalam bukunya 'Pemikiran Sistemik'. Buku ini telah kami dapatkan pada bulan November 2003, tetapi pada November 2004 (biler join this program) baru betul-betul kami kuasai isinya. Hehe.

Alhamdulillah, dapat ilmu dan jalinan ukhuwah baru. Tak rugi rasanya untuk membuat 'pengembaraan ilmu' yang lain selepas ini, mungkin akan ada pengalaman yang lebih menarik, insya-Allah. Baru faham mengapa ikhwah wa akhawah di US sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah menjalani perjalanan jauh yang kadang-kadang hampir mengambil masa satu hari untuk sampai. Kerana apa mereka sanggup? Kerana kemanisan ilmu dan ukhuwah yang mereka kejar, yang kebanyakan kita di sini kurang merasai, dek kerana tidak berkesempatan hendak berbuat, atau memang tidak mahu mengambil peluang sedemikian.

Apa pun, setinggi syukur dirafakkan kepada Allah atas rahmat kemudahan yang diberikan kepada kami.

Jika berkesempatan, insya-Allah me or Ika akan kongsi bersama apa yang dapat kami timba sedikit sebanyak di program tersebut.

Alhamdulillah..... :)

Wassalam.



Thursday, November 04, 2004

Komen ttg Bush, Kerry and Clinton

Assalamualaikum wbt,

Komen from one bro abt my posting earlier. Have a look :)
(Copy terus dr YM krn tak cukup masa nak rephrase balik)

Abg Is: komen
Abg Is: The only advantage if we have Kerry being elected, is his international policy that are not favour much on invasion on other countries.
Abg Is: ye ke

Abg Is: in one interview dgn cnn kot dia kata dia akan make sure amerika akan menang di amerika quickly
Abg Is: dan possibility dia akan serang iran dan syiria is high
iena_panadol : ye ker?
iena_panadol : ic
iena_panadol : so my assumption is wrong ler kot
iena_panadol : ala malasnya nak edit
Abg Is: sebab tu between two evil
Abg Is: bush is lesser
iena_panadol : oo really?
iena_panadol : i thought kerry is much kind hearted sket
Abg Is: nope
Abg Is: remember bush v clinton
Abg Is: semua org ingat bush better
Abg Is: tapi he's even greater devil
iena_panadol : clinton tu baik sket
iena_panadol : takde pun establish perang2 nih
Abg Is: heheh
Abg Is: tak jugak
Abg Is: dia ye polisi lebih kurang jer
iena_panadol : ye ker?
Abg Is: yup
Abg Is: kalau baca buku2 pasal nie tahula
Abg Is: one of it is called rogue state
Abg Is: yugos dulu dia la yg serang
Abg Is: sama gak masa bunuh kat sudan
Abg Is: kadang2 dia tak serang direct
Abg Is: tapi CIA
Abg Is: serang secara tertutup
iena_panadol : ic ic
iena_panadol : so blehlah nak dibuat conclusion
iena_panadol : Pres US ni kebanyakkan giler kuasa
iena_panadol : pesal laa derang ni jhaat sgt
iena_panadol : takde keje lain kot asyik nak invade org
Abg Is: actually pemerhatian kita patut jelas
iena_panadol : kalau derang naikkan lagi ekonomi US tu lagi bagus
Abg Is: camnie
Abg Is: kekuatan kuffar bukan sebab mereka kuat
Abg Is: tapi sebab kita lemah
Abg Is: it's a natural thing
Abg Is: when good is down, the wvil will rise
Abg Is: itu lumrah Tuhan
Abg Is: So, nak kalahkan kejahatan bukan dengan cara serang dia org
Abg Is: tapi dengan cara naikkan kebaikan/Islam
Abg Is: bila Islam dan kuffar sama kuat
Abg Is: then masa tu akan berlaku pertembungan
Abg Is: di kala tidak ada kekuatan
Abg Is: jgn kita cuba mencari pasal
Abg Is: melainkan kalau musuh dah di depan pintu macam di palestin
Abg Is: atau iraq
Abg Is: pernah berlaku pada zaman umar al khatab
Abg Is: para pejuang Islam di hantar utk menawan satu bandar kristian
Abg Is: tapi tidak berjaya
Abg Is: lantas panglima islam menulis kpd umar utk mintak advice
Abg Is: umar tulis balik dia kata
Abg Is: "kekalahan kita adalah kerana maksiat yang kita lakukan."
Abg Is: dengan kata lain, kalau kita sama dengan orang kafir dari segi amal, iman, etc maka apa yg melayakkan kita utk menang?
Abg Is: sama2 buat maksiat
Abg Is: malah maksiat kita lagi dahsyat disisi Allah sebab kita beriman
Abg Is: at least org kafir dah cakap mereka tak beriman...
Abg Is: sebab itu kemenangan adalah milik mutlak Allah
Abg Is: Allah akan bagi bilamana umatnya yang berjuyang tidak lagi berjuang untuk dunia di dalam hati mereka
Abg Is: HATTA utk kemenangan pun tidak
Abg Is: di hati mereka kala itu tidak lain hanyaah utk mendapat keredhaan Allah
Abg Is: skrg nie kita cakap berjuang utk islam
Abg Is: tapi dalam hati kita penuh dgn dunia
Abg Is: pangkat
Abg Is: harta
Abg Is: penipuan
Abg Is: maka apa yg melayakkan kita utk menang?
iena_panadol : oo ok
iena_panadol : mcm terkena pada diri sendiri pulak rasanya
Abg Is: itulah hakikat kita
Abg Is: sebab itu pembentukan individu penting
Abg Is: murshid ikhwan pernah berkata
Abg Is: dirikan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegaklah islam di watanmu
iena_panadol : :)


Any comment from others, please feel free to table it out ya :)

Bush menang??!!

Assalamualaikum wbt,

As it was fated that Bush had win the US election yesterday, nothing that i can mutter much, either Bush or Kerry shall win, neither of them will bring any good to Islam, as both are strong Jewish supporters. The only advantage if we have Kerry being elected, is his international policy that are not favour much on invasion on other countries.

My beloved sis in US, Yati had told me that one of her frens in US had voted Bush for his policy over Kerry's. I wish that Kerry is the winner instead of Bush, but the reality had proven that my initial assumption that Kerry will win as most of Americans do not support Bush's policy over US invasion's on Iraq is wrong.

Rite now i had this one image of Bush has 2 horns on his head and laughing heavily for his winning. *Sigh*

Ok, last nite i went to my first Marketing class, and the class was interesting i would say. The lecturer lady is someone who had worked for UKM and other corporate bodies for 17 yrs before, not bad. The only thing that i couldn't believe is that she was asking us to finish up our readings for 6 chapters in our textbook before our next becoming class which will be on next Wednesday nite.

6 chapters!!! Before next class + one case study.

Aiyaaa..giler gak aa pk, tak pernah seumur hidup ada lecturer mcm ni yg suh habiskan 6 chapter before masuk Week 2. Imagine, WEEK 2 of our semester!! Hish. Terasa mcm nak study for exam pulak rasanya sbbnya this lady akan pinpoint saper2 yg dia suka dlm kelas utk terangkan any points dlm 6 chapters tu :)

Takpe takpe, take the challenge, if not you would never know your limit :D

Tonite i'm going to Johor for Fazrul's program until this becoming Saturday. See ya all on next becoming Monday insya-Allah. I'll post whatever 'ilm that i manage to absorb during the course insya-Allah.

Moga bertemu kita dgn Lailatul Qadar yang malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Insya-Allah :)

Maaf kalau ada salah dan silap.

Assalamualaikum wbt :)

Ahlan Lailatul Qadr!

Ahlan Lailatul Qadr!
(Selamat datang wahai malam seribu bulan)

Persiapkan lah dirimu!
Tika senja 20 Ramadhan berlabuh
Ikat ketat-ketatlah kain mu
Walaupun hanya untuk isterimu penuh ceria

Malam itu adalah untuk orang yang punya cinta
Malam syahdu berdiri menghadap Mu
Malam untuk menghabiskan Kitab Mu
Malam untuk berzikir pada Mu
Malam untuk merenung dosa-dosamu

Ajaklah keluargamu!
Bersama-sama mencari malam itu
Agar sakinah dan mawaddah
Memberkati keluargamu

Teguhkanlah iktikafmu!
Jangan kau keluar, kecuali
Pada saudaramu yang menginggal dunia atau yang sakit derita
Untuk mandi dan buka puasa

Di sana ada tanda-tanda
Yang dibuka hanya pada hamba yang mulia
Malaikat turut sama mencari redhaNyaI
anya adalah rahsia dari Tuhan Mu
Yang Maha Perkasa

Tika senja Ramadhan berakhir
Ada yang berduka nestapa
Bulan yang mulia tahun ini telah pergi
Buat selama-lamanya

Kini engkau telah berjaya!
Melihat dirimu serba baru
Bersih pada lipatan hati dan sirna wajahmu
Dari noda-noda hitam yang lama
Takbir dan Tahmid memenuhi angkasa
Engkau bangkit menjadi insan baru
Membawa misi Dakwah Nabi Mu

SM Ismail
2 November 2004
Gombak.

Excerpt from msm yahoogroups.

Wednesday, November 03, 2004

Pemikiran Sistemik

Pemikiran Sistemik dalam Gelombang Ke-4

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (kaaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqaah: 208)

Dalam Tafseer Jalalain, kaaffah dalam ayat di atas merujuk kepada keadaan keIslaman yang perlu diamalkan iaitu keseluruhan syariatnya. Dengan ini kita jelas, seruan Allah adalah untuk orang-orang yang beriman untuk mengamalkan segenap syariatnya dan tidak menceduk-ceduk atau mengambil sebahagiannya sahaja. Seruan ini memerlukan tadabur yang mendalam kerana walaupun seseorang itu telah beriman, kecenderungan untuk tidak mengikuti keseluruhan Islam itu tetap ada dan lantaran itulah seruan Allah dijelaskan dalam ayat ini.

Apabila kita memerhati konsep keseluruhan, ia tidak dapat lari dari konsep sistem atau nizoom. Hatta dalam memperkatakan tentang Islam, ia sering dikaitkan dengan nizoom-ul-hayaah (sistem kehidupan). Islam bukan sekadar ritual ibadah yang sekadar ke masjeed atau membaca Yasin ketika nazak. Islam mencakup semua perkara dengan komponen di dalamnya yang saling berkait. Kumpulan komponen yang saling terkait inilah yang dinamakan sistem.

Pemahaman sistem ini amat penting kerana arus kebangkitan dunia kini menuju ke arah satu perubahan baru yang amat cepat dan berbeza. Jika Gelombang Pertama dikaitkan dengan Era Pertanian, Gelombang Kedua dikaitkan dengan Era Perindustrian dan Gelombang Ketiga dikaitkan dengan Era Tekonologi Maklumat - sebagaimana dinyatakan oleh pakar penganalisis masa depan, Alvin Toffler- Gelombang atau Arus Keempat yang sedang bergerak ke arah masyarakat dunia ialah Era Bioteknologi dan Pemikiran Sistemik. Mengapa terjadi sedemikian?
Tidak lain tidak bukan kerana budaya dan perspektif masyarakat di dunia sedang dan akan berubah dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekitar seperti Peristiwa 11 September, peperangan, kajian Human Genom Project dan banyak lagi hal yang memerlukan pemahaman secara keseluruhan atau sistem pada perkara yang berlaku.


Atas dasar itu, Pemikiran Sistemik menjadi maudhuk atau topik tulisan saya lantaran hal ini amat penting bagi memastikan pemikiran dan psikologi kita bersedia menerima zaman baru tersebut.Lebih penting dari itu, Pemikiran Sistemik adalah manifestasi pemahaman idea Islam secara kaaffah dan syumul yang perlu dijana oleh umat Islam kini. Sememangnya Islam telah syumul. Tapi, jika akal yang menanggapi Islam itu tidak kaaffah atau syumul, ia akan mewujudkan masalah dalam masyarakat kita sehingga hilang pedoman memahami apa yang berlaku dan gagal mengamalkan ajaran yang diletakkan oleh Allah dalam al-Quran dan Sunnah secara efisien.

Jika di Barat, Pemikiran Sistemik ini lebih dikenali dengan Systems Thinking atau Systemic Thinking. Antara pengarag yang terkenal yang mula memperkenalkan idea ini semula ialah Peter M Senge dalam bukunya The Fifth Discipline. Namun, disebabkan sumber bukan berasal dari orang Islam, bahasannya hanyalah sekadar dalam bab sosial dan pengurusan tanpa mampu mengetengahkan idea yang benar-benar lengkap dalam Islam. Walau bagaimananapun, jika diperhatikan isi kandungannya, secara tidak langsung ia akan mengetengahkan satu sistem nilai yang sebenarnya dipunyai oleh Islam dan perlu kita amalkan dengan yakin dan teguh.

Sememangnya 'hikmah itu adalah barangan yang hilang dari orang Islam. Sesiapa yang menjumpainya , maka ia lebih berhak ke atasnya'.

Beberapa fenomena sedang dan akan terjadi dalam dunia sekarang mengiakan kedatangan Arus Dunia Keempat. Antaranya:
  • Masyarakat mencari agama dan nilai spiritual
  • Penggunaan akan digantikan dengan bertambahnya aspek GAIA
  • Materialisme dan saintisme akan jatuh
  • Institusi akan menuju ke arah sahutan servis global
  • Kekayaan akan diberi definisi semula, terutama dalam sistem akaun
  • Sempadan yang tidak ketara akan muncul di antara dunia korporat dan kehidupan persendirian
  • Servis tanpa kepentingan bukan sekadar menjadi retorik dalam agama, tetapi akan muncul sebagai paradigma kepada manusia biasa
  • Agama akan 'menyaingi' sains

Daripada beberapa ciri di atas, masyarakat sebenarnya menuju ke arah satu gaya hidup yang syumul dan sistemik. Perlu dijelaskan, sistemik dan sistematik adalah dua istilah yang berbeza. Sistemik adalah kaedah memandang sesuatu secara keseluruhan manakala sistematik adalah kaedah memandang sesuatu secara berturutan atau berdikir-dikit. Definisi ini perlu jelas kerana trend pemikiran manusia kini ialah sistematik dan kurang kepada sistemik. Manakala di zaman awal manusia, terutama ketika kegemilangan Islam di zaman Rasulullah dan sahabat, mereka lebih ke arah perspektif sistemik atau secara keseluruhan. Itulah sebabnya, mereka mampu mengamalkan Islam secara kaaffah kerana beberapa ciri yang mereka amalkan menunjukkan pemahaman idea sistem dalam hidup mereka, walaupun tidaklah secara formal.


Pemikiran atau pendekatan sistematik dalam kehidupan adalah bagus kerana ia melibatkan analisis atau kajian dalam hidup kita. Manusia memang mampu menganalisis kerana ia melibatkan pemahaman hal di sekitar dalam bentuk juz'iyyat (terbahagi-bahagi). Namun, pendekatan sistematik yang berkaitan dengan analisis ini perlu dikembangkan dengan sintesis yang wujud dalam pemikiran sistemik. Betapa ramai di kalangan kita yang mampu menghargai keindahan pelangi tanpa memandangnya secara keseluruhan? Betapa ramai yang hanya menganalisa warna pelangi secara juz'iyyat dan akan terserlah warna pelangi hanya dengan memerhati warna birunya sahaja? Tentu tidak mungkin. Yang menjadikan kita dapat menghargai pelangi dan refleks kepada kebesaran Allah adalah disebabkan selepas kita menganalisa warna yang pelbagai tersebut, ia perlu disintesiskan atau digabungkan untuk mendapat perspektif atau pandangan secara keseluruhan. Itulah sistemik!Jika dalam kehidupan kita, banyak hal dapat dirasakan 'manisnya' kerana kita memandang secara keseluruhan, mengapa masih ramai lagi yang mahu berfikiran sistematik tanpa meneruskannya dengan pandangan sistemik? Bukankah itu lebih baik?

Sudah tentu kita mahu berfikiran sistemik tetapi ramai yang tidak perasan atau tidak mahu mengamalkannya kerana pemikiran sistemik memerlukan akal yang saleem untuk menggabungkan banyak perkara untuk proses sintesis atau penggabungan. Analisis mungkin sekadar memerlukan kerja selama 1 jam, tetapi sintesis mungkin melibatkan kerja 2 jam untuk mengkaji dan membuat kesimpulan. Inilah salah satu sebab pemikiran sistemik tidak dominon, padahal ia memberi kesan yang amat besar.

Di kalangan umat Islam, pemikiran sistemik ini mungkin kurang kerana kita sering terpengaruh dengan kaedah berfikir secara konvensional tanpa terperasan roh Islam itu adalah dalam bentuk sistem dan bukan terpecah-pecah. Jika tidak, pasti Allah tidak perlu mengingatkan hamba-Nya yang beriman betapa penting untuk masuk ke dalam Islam itu secara kaaffah.

Dengan itu, jelaslah pada kita, Pemikiran Sistemik bukanlah sekadar bahan tulisan retorik tetapi bersangkut paut seruan untuk kita sama-sama mendalami ciri-cir pemikiran dalam diri manusia yang punya banyak kekuatan dan kelemahan. Setelah mengetahui ciri-ciri akal, kita perlu mendalami apakah sunnatullah pada sistem kita di sekeliling dan sistem tubuh badan kita sehingga kita mampu berinteraksi dengan komponen lain dengan efisien lantas memaksimumkan potensi yang Allah berikan. Hanya kita di kalangan jin dan manusia sahaja yang tidak benar-benar patuh pada Allah kerana ketaatan kita pada-Nya adalah dengan pilihan padahal makhluk lain telah menyerah diri pada-Nya tanpa pilihan (karhan). Bagi memastikan sistem alam ini stabil di dunia dan akhirat, perlulah kita mengikut sunnatullah atau kita akan terseksa kerana tidak mengikuti-Nya.

Allah berfirman:"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka (tau'an) maupun terpaksa (karhan) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan."(Ali Imran:83)

Artikel ini adalah karya kolumnis Fazrul Ismail yang terbit dalam Majalah i Disember 2003 terbitan Karangkraf.

Monday, November 01, 2004

Mardhiyah Lim

Assalamualaikum wbt,

Subhanallah, kali ini i wrote this posting with my tears on my cheeks, the sign of happiness and joyful to hear a very very good news from an old fren.

My little, sweet Usu Lim Siow Ling had reverted to Islam on 17 January 2004. Masya Allah, how graceful of Him to grant the rahmah and huda to her, one of my 3 Chinese schoolmates frens that i treasure most in life.

I'm happy, truly happy, truly truly happy.

Subhanallah walhamdulillah, sejuta syukur dirafakkan pada Allah.


Friday, October 29, 2004

My younger sis buat havoc

Assalamualaikum wbt,

Guys, better believe me, my younger sis's Master project had caused an accident and someone had died!

She went to IWK (Indah Water) to take some water samples from the company's waste water treatment plant, and supposedly her assistant from UM is the one who should take the sample. What happened was, this one particular Indian guy from IWK offered his help to take the sample. Unfortunately, he slipped over and went drown despite of my younger sis and other UM and another IWK staff's efforts to rescue him. They really tried hard to save him, but to no avail.

I was the first person in the family that she informed about this, and followed by my auntie. We advice my sis not to tell our parent about this, coz i believe that my mum won't let her continue the project, for her safety reason. But my younger sis insists to tell our father, and she did this morning when my mum was not around.

Hmm..i'm not sure what will happen to her project, but what can i see, UM has no problem to let her continue her project despite of this tragedy. IWK, hmm.. not so sure. But this is not the first time accident did happened to their plant.

Last night went to see this pakcik who actually was with my sis to take the sample. He was afraid if his police statement today will be contradict to my sis's. We went to his house, and guess what, instead of we feel any nervousness, scared or whatever, we ended up laughing like nobody business coz this pakcik is seriously funny. Ada ker citer pasal burung Flamingo tercekik kat dlm kolam tu. Aiyyaa..cannot tahan gelak. Dah lama tak gelak mcm tu punyer gelak, kelakar betul :)

This morning Eqa went to UM to make police statement with other 2 UM staff.

Macam macam perkara terjadi.

Dugaan...and dugaan ini tak sehebat dugaan saudara-saudara kita di selatan Thailand.

Doakan mereka dan umat Islam seluruhnya tabah dan kuat di bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

Tuesday, October 26, 2004

FeeL sLeePY aLL ThE WaY

Assalamualaikum wbt,

Feel sleepy, tak tau naper, since first Ramadhan tu i have this problem of feel sleepy easily especially during afternoon.

Aiiyaa.. help me! Help me!

Ngantuknyaaaa...(yawn).

Wassalam

Monday, October 25, 2004

To love ourselves and others

Assalamualaikum wbt,

Just wanna share the things i've learnt during Nisa' seminar on last Saturday.

I was so shocked to see students all around Malaysia excluding Sabah n Sarawak were coming down to join the seminar (abt 50 students), which initially i was told that the meeting was for Nisa' committee which will not be more than 20 people, so i booked the hotel for 20 pax for the first time, and the amount of pax was being altered to 50 pax as being requested at the very last minute by Nisa' team. Ended up abt 80 people turned up. Very much happy actually :)

I'm not going to touch on political thingy as i think we all were 'tepu' by my last posting abt the Gov and Opposition potential relationships in Malaysia. Enough of it, i guess.

Masya-Allah, terkejutnya rasa apabila delegasi student one by one appeared and said they were coming down all the way from Penang, Kelantan, JB, Perak, gosh! How strong they were to come down to KL just for a-1 day program! They arrived here on Saturday morning, and went back to their place rite after our ifthar, on that verily night!! I felt so shameful of myself during that day for i know i have no courage to do as what they did. They have this passion to travel far away just to attend one day program, and i have to admit that i dun have that.

Shame on me, shame on me :(

Never mind, i've learnt one thing by looking at them. Do not take things for granted, and belajar untuk mengenal erti susah.

The best part during the seminar was the motivational talk given by Kak Sabrina assisted by her younger sis, Kak Nora. They touched abt love and support, changes to be thought and done,and lastly about 'ilm. Strive for knowledge.

It is common for us to say I Love You to other people, but it is quite rare for us to say physically that we love ourselves, and allow other people to love and support us for we used to mistrust people at certain times and at certain occasions. I have to admit that i never say to myself that i love myself, i sometimes do feel contented, yes, that is for sure, but to say to myself that i love myself very much, never in my life. And actually it was never appear to my mind pun to say that. I've read lots of books telling that to love others, we have to love ourselves first. Yeah, i do get the point, but in this seminar then i realized what these book writers that i've read before were saying exactly actually.

Love is not about feeling, it is about ACTION. When you love something or someone, prove it by action and not by jiwang2 or whatsoever. That is meant by love actually.

And there were some other stuff being explained during the course, and we were served by a multimedia presentation which i am 100% confident that the presentation were being done by Ija Mazlan and Asey as i saw their pictures in those presentation. Bangga pulak rasanya anak sedara and junior sendiri rajin contribute tenaga dlm hal-hal sebegini :)

That is i think for now. Insya-Allah we'll meet again tomorrow.

Wassalam.

Friday, October 22, 2004

Voice out your opinions!!

Assalamualaikum wbt,

Tetiba this morning terpk bende ni, just wanna make a survey and spark our interests on the issue of deciding which type of leadership do you favour most for our beloved country, Malaysia :)

Do you personally feel that there are rooms for improvement for government and opposition parties to sit and collaborate together for the betterment of Malaysian and ummah?

Give your comments ya!

Wanna see your perceptions towards today's Malaysian politics, after this we might go for ummah leadership pulak ;)



Thursday, October 21, 2004

MERITOKRASI DR MARIAH

MERITOKRASI DR MARIAH

Akhbar THE SUN keluaran hujung minggu lalu dikira menarik kerana memuatkan wawancara pemberita terkemuka JOYCELYN TAN dengan tokoh wanita PAS, DR SITI MARIAH MAHMUD yang juga AJK PAS Pusat.Banyak isu yang telah disentuh dalam wawancara panjang lebar tersebut. Jelas dalam wawancara ini Dr Mariah telah menonjolkan suatu imej yang jarang-jarang didengari oleh orang-ramai khususnya rakyat Malaysia. Selama ini rakyat dimomokkan seolah-olah wanita PAS adalah warga kelas dua yang tidak mendapat tempat dalam parti tersebut. Melalui wawancara ini Dr. Mariah seorang profesional, pemimpin kanan PAS yang duduk sebaris dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden PAS di dalam JK Pusatnya, telah berjaya membuktikan betapa wanita di dalam PAS sebenarnya berperanan besar dan sentiasa bersama arus perdana parti tersebut.Satu isu yang menarik perhatian saya adalah apabila JOYCELYN menyoal berhubung isu pendidikan dan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, Dr Mariah telah dengan berani mengulas langsung isu meritokrasi yang menjadi isu perdebatan besar dalam masyarakat hari ini.

DR SITI MARIAH MAHMUD - AJK PAS PUSAT Kata Dr Mariah beliau bersetuju dengan meritokrasi sebagai suatu syarat di bidang pendidikan, namun meritokrasi itu tidaklah semata-mata bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata tanpa mengambil kira faktor lain. Beliau melontarkan beberapa syarat tambahan yang perlu diambil kira, termasuklah jurang antara sekolah bandar dan luar bandar tadi, pendapatan ibu-bapa, taraf hidup dan seumpamanya yang perlu turut dijadikan garis panduan kepada perlaksanaan meritokrasi.Dr Mariah menyebut:So, a Malay in the urban area compared with a Malay in the rural area, definitely they are far apart. So, to me, in this set-up, if you want to look at meritocracy, it's not only grades. I do not agree with just grades. You have to have criteria for everything in education. For instance, academic performance, you give a certain weightage. Schools! Which school do you come from? If you are in VI [Victoria Institution] and someone else can score a better result in, say, Sekolah Menengah Pokok Sena, where I come from, which is very rural, definitely, we know who will perform better. So, the schools will also have to be graded. Urban, rural, family background. Come on, if I am a doctor and my children are hopeless, there's something wrong. There must also be family criteria. If my son can only get the same result as someone in the rural area, then the farmer's son deserves better than mine. Similarly, when you draw up these criteria of meritocracy, we have to look into all aspects to be fair. And weightage to be given, everybody sit down ... MIC, MCA, DAP, PAS ... everybody, all walks of life, sit down and together we make the weightage, the criteria, for meritocracy, not just academic. And from there, we stick to it. We will fight about it, never mind. We [can] sit down or throw chairs at each other and say how this should be... and if we all Malaysians can accept this sort of meritocracy and criteria, then everybody will be happier.

Bermakna disamping kecermerlangan akademik, murid di luar bandar dikenakan standard yang berbeza dengan yang di bandar, pelajar dari keluarga yang kaya dikenakan standard yang lebih tinggi dari yang miskin dan begitulah berikutnya.Saya kira idea ini sungguh bernas dalam situasi masyarakat berbilang kaum dalam negara kita. PAS perlu mengkaji cadangan ini dan dijadikan sebagai dasar perjuangannya berhubung isu pendidikan. Rakyat malaysia di luar menunggu-nunggu pandangan PAS berhubung isu-isu seumpama ini. Jangan persiakan pandangan baik ini.Jelas dalam wawancara tersebut JOYCELYN begitu tertarik sehingga bertanya adakah PAS akan mengemukakan tuntutan seumapam ini dalam isu meritokrasi.

posted by Roslan SMS 8:50 AM

Excerpt from msm yahoogroups.

Wednesday, October 20, 2004

Life is a gift

Assalamualaikum wbt,

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who cant speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around

Life is a gift
Live it...
Enjoy it...
Celebrate it...
And fulfill it.

And while you are at it give love to someone today
Love someone with what you do and the words you say
Love is not meant to be kept locked inside of us and hidden
So give it away "Give Love to someone today!"

Excerpt taken from kroni yahoogroup.

Monday, October 18, 2004

Ketenangan di bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt,

Kaifa haal antum? Khayr?

Ana alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini terasa hati lebih tenang, masya Allah :)

Semalam bermesyuarat di rumah Zainal bersama Kak Aza, Mudin, Ustaz Md Noor dr Melaka dan seorang bro dr Kolej Yayasan Melaka (tak tau saper nama dia), alhamdulillah, byk perkara yg dikupaskan dan dipelajari. Lama dah tak join usrah Tokcik, tu yg sekali join tu, seronok rasanya. Ingat lagi ketika di SRC, setiap minggu ada usrah selepas Subuh and wajib hadir, kalau tak kena keluar surat tunjuk sebab naper tak hadir hehe. Gembira bertambah bila di dalam perjalanan pergi ada rezeki yang hadir tak disangka-sangka, dan di dalam perjalanan pulang, berjumpa dgn geng rapat yang sama nama, Zurina grad Accounting UIA, alhamdulillah :)

Di sebalik kegembiraan tak tersangka-sangka tu, ada juga dugaan yang menimpa. I was having running nose yang agak heavy juga sampai menghabiskan tisu rumah Zainal dan memaksa dia membeli tisu baru (extra 3 kotak tisu lagi tu untuk ana) sbg supply tambahan. Hehe. Takpelah,kan..tak dpt jamu minuman, jamu tisu pun ok ler hehe. Having heavy flu sampai kepala pening, balik umah terus tidur tak prepare juadah berbuka pun :) Betullah di dalam bulan Ramadhan, kesabaran hati lebih menebal. Nak marah orang, biler ingat kita sdg berpuasa, tahan jer hati supaya jgn marah. Kalau di bulan-bulan biasa, mmg senang jer nak terpamer kemarahan tu samada melalui mulut ataupun di hati.

Semoga kita semua mendapat rahmat, kemuliaan dan keampunan Allah di bulan mulia ini. Siapa yang tidak takut jika ini adalah Ramadhan terakhir kita? Banyak lagi dosa yang tidak terbasuh, maka sama-sama kita berusaha mengejar kebaikan dan rahmat di bulan mulia ini, insya-Allah.

Pagi-pagi lagi bro Tomie kenalan dr Mesir memberitahu bahawa sahabatnya meninggal dibunuh di Mesir. Membaca berita di Utusan, astaghfirullah, zaujah dan anak-anak turut menjadi mangsa. Di bulan Ramadhan, masih tergamak untuk membunuh orang? Allahualam, manusia sudah semakin hilang kewarasannya, apatah lagi apabila melibatkan harta dan wang.

Apa pun, semoga roh mereka mendapat keampunan dr Allah.

Doakan juga saudara-saudara kita yang sedang di dalam perang dan cabaran agar mereka tabah di dalam menghadapi Ramadhan ini. Kita yang mampu beribadat tanpa sebarang rasa takut dan halangan besar di Malaysia ini, perbanyakkanlah syukur. Selagi ada kudrat, pergunakannya untuk Allah dan Islam.

Moga kita menjadi di kalangan mereka yang terpelihara, dunia dan akhirah, insya-Allah.

Akhirul kalam, wassalam :)






Thursday, October 14, 2004

Self assessment :)


Assalamualaikum wbt,

Others see you as fresh, lively, charming, amusing, practical, and always interesting; someone who's constantly in the centre of attention, but sufficiently well balanced not to let it go to their head. They also see you as kind, considerate and understanding; who'll always cheer them up and help them out.

Click here to find out yours :)

Love all of you guys, always :)

Wednesday, October 13, 2004

Hmm...sabarlah hati..sabar!

Assalamualaikum wbt,

Aaaaaaaaaaaa...tensenyaaaa, this morning my GM buat i sakit jantung by requesting Kak Fida to lead the meeting for Business Plan today as he received an e mail from Dato' Khir requesting our BP to be submitted to him before next week. And yes, Kak Fida is still absent and who is the one that he'll search for kalau Kak Fida absent?? Me ler, saper lagi sbb pernah duduk ganti tempat Kak Fida as BC for 3 months yang lepas.

Ok, bab yg tensenya ialah i dah start imagine akan dok lepak2 di kampung for about 4 days starting from tomorrow since mmg every year di kampung akan buat kenduri ' mantai', and guess what? Dgn selambanya GM cakap dlm meeting pagi tadi " Zurina, awak kena cancel cuti ler sampai end of this week". What??!! Cancel cuti?! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tensenya!!!

Managers lain dah gelak2, lempang kang baru tau. Ingat senang ker org nak balik kampung. My weekends mmg akan penuh dgn kelas MBA, mana sempat nak balik kampung. Sementara tgh semester break ni laa, org nak ambil kesempatan balik kampung, and heck, he's asking me to cancel off my 2 days leave??? Tensionnyaaaaaaaaaaaaa...!!!!

Ok, sabar sabar. Ni ler nasib jadi org bawahan ni, kena ikut cakap ketua. if yes, yes, if no, then no. Hmm...tgklah camner nanti. Balik jugak kot Sabtu pagi and balik petang Ahad. Rindu ngan Atuk n Uwan, dah lama tak jenguk derang. Isk isk, tulah masalahnya kalau kelas are conducted during weekends, you cannot balik kampung atau pegi kenduri org kawen :(

Okes, till then, see ya!!

Wassalam.

Sabar itu separuh drpd iman.


Tuesday, October 12, 2004

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Tak sabar menunggu Ramadhan, diri ini sudah terlalu berkarat dgn dosa, hopefully masih dpt menghirup nafas untuk menyambut bulan mulia ini dan membersihkan diri. Dulu waktu ana kecik-kecik, bulan Ramadhan ler yg ana paling tak suka nak sambut sbb tak boleh nak makan (tapi Raya ter'over' suka pulak hehe).

Hari ni dpt belajar sedikit ilmu dr Zainal, ilmu dakwah dan doa.

Pasal ilmu dakwah tu, ana tak dpt nak terangkan kat sini sbb dengar sket2 jek. Stored dlm kepala, tapi x tau camner nak tulis kat sini. Ingat sket2 jek point dia, tu pun kabus-kabus lagi mcm di Tanah Tinggi Genting Highlands :)

Ttg doa, hmm, kdg2 kita tersalah doa cthnya "Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku selalu", biler kita berdoa mcm tu, Allah bagilah kita segala pelbagai dugaan dan musibah sbb nak kabulkan doa kita agar tabah. Get what i mean?

So, please pray correctly. Actually i used to pray the exact doa kat atas tadi. Pasni nak kena tukar doa lain, and not be forgotten, BE SPECIFIC (ikut nasihat Aida hehe)

Khamis dan Jumaat ni, ana balik kampung untuk kenduri 'mantai'. Kenduri ni kami buat utk sambut Ramadhan. Bestnyaa, gembiranya kalau dpt sambut Ramadhan kali ini, moga ia akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dr Ramadhan ana yang lepas-lepas :)

Ana ada satu berita gembira, semalam dapat result Arabic, alhamdulillah ana mumtazah :). Rezeki Allah, subhanallah walhamdulillah. Ada sorang bro ni dijemput bercakap Arab di depan kami semua ketika majlis penyerahan sijil, isk, jelesnya rasa. Terasa nak sambung pulak next session regardless i ada kelas malam ker tidak. Tgklah nanti camner. Berdoa dipermudahkan usaha dan jalan untuk ana k :)

Dapat satu berita gembira dari sorang adik tersayang, 'hari besar' insya-Allah pada tahun hadapan. Alhamdulillah :)

Wassalam.

Monday, October 11, 2004

Rama-rama Dan Cinta Lelaki..


Wahai wanita, anda adalah perhiasan.
Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita.
Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.
Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2

'sampai hati' sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam.
Anda telah menyempurnakan keindahan bunga.
Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.
Namun anda yg bernama wanita,
mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri

di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan.
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.
Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana
mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya
apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan,
tiada siapa akan pedulikannya lagi.
Memang ramai wanita berasa bangga

apabila digilai ramai lelaki.

Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu

pasti luntur sedikit demi sedikit,
melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda,
sebagaimana sayap rama-rama

berpindah coraknya ke jari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi?
Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?


Jika anda seorang wanita sejati,

anda patut berasa rugi sebab ketahuilah,
lelaki amat berbangga sekali

apabila dia dapat meletakkan tangannya
ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu,

dia tidak berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan wanita,
lelaki tidak kehilangan apa2
biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya,
tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2
yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh
corak rama-rama sudah boleh musnah,
kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada,
kalau tiga kali sentuh tidak mustahil
sayap yg asalnya indah itu terkoyak.
Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini.
Agar dengan itu anda dapat memelihara diri
daripada menjadi habuan sang lelaki
yg hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda.
Apa untungnya digilai dan diminati,
kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian anda ditinggalkan pergi.
Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah
dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda
dengan menjadikan diri anda berharga.
Nilai anda tentu terletak pada harga diri
yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai
hanya lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga
biarpun tinggi nilainya di mata lelaki
yg tahunya melihat anda sebagai `alat'.

Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit
di mata seorang lelaki yg jujur.
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.
Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2.
Dia satu dalam seribu.
Sudah tentu untuk mencarinya payah.

Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah,
sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua dan merasakan
diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah
daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri,bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang." --> this is not a hadeeth, please note that. Tq.

Friday, October 08, 2004

Doa

Assalamualaikum wbt,

Ana postkan perbualan ana dgn bro CPol, sahabat baik ana this morning.

iena_panadol: ameen (meng'ameen'kan doa CPol)
nursaiful: mudah-mudahan Panadol... kita cuma berdoa. amin...
iena_panadol: :)
iena_panadol: yer kita cuma berdoa, tapi doa tu pun usaha juga,kan?
nursaiful: na'am... sebab tu la Allah amat sayang hambaNya yang berdoa... kerana mereka berusaha sebelum bertawakkal...bukannya sekadar menyerah nasib tanpa sebarang ikhtiar
nursaiful: bahkan sahabat pernah bertanya kepada Rasulullahnursaiful: "jadi perlukah kami tambahkan berdoa
nursaiful: Rasulullah jawab...
nursaiful: kurniaan Allah itu lebih luas (lebih banyak daripada apa yang kamu mohonkan)... berdoalah...:)
iena_panadol: :)
iena_panadol: anta buat hati ana sejuk pagi ni
iena_panadol: syukran :)
nursaiful: taklah... sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawan2 je...
nursaiful: tak rugi kongsi ilmu kan... :)
nursaiful: afwan
iena_panadol: betul betul :)
iena_panadol: hmm..kalau kita berdoa jer terus,tu dah dikira considered berusaha sebelum bertawakkal ker?
nursaiful: USAHA tu maksudnya apa yang terdaya kita lakukan...
nursaiful: kalau doa je yang terdaya
nursaiful: usaha juga tu...
nursaiful: tapi kalau boleh usaha dengan anggota badan, usaha dulu...itu lebih baik.
iena_panadol: kalau kita tahu kita boleh buat dgn anggota badan
iena_panadol: tapi ada faktor yg menyebabkan kita tak mampu nak berbuat demikian atas sbb malu etc, memadaikah dgn berdoa?
nursaiful: hmm....susah jugak nak jawab, ana pun bukannya arif sangat...
nursaiful: tapi hanya kita je yang tahu dengan kemampuan kita
nursaiful: dan Allah lebih mngetahui akan perihal diri kita...
nursaiful: berdoalah... mohon kepada ALlah agar Dia berikan kekuatan untuk berusaha
iena_panadol: insya-Allah :)


Guys, start praying now, as pray is one of our strengths in facing this live, herein and hereafter, insya-Allah :)

Wassalam.

Thursday, October 07, 2004

Exam Arabic soalan fun fair??

Assalamualaikum wbt,

Hmm..actually guys, i did have this feeling to give up my Arabic exam on last Monday nite, as my head was spinning like hell and was so extremely painful that you want to bang your head on the wall, seriously. Balik rumah, Mak Teh was there reading Anis (she singgah at my house lepas habis kelas Quran dia dekat my house), i was straight away called Along insisted her to urut my head and tarik-tarik rambut untuk keluarkan angin di kepala. Kuat giler bunyi biler Along tarik rambut sampai ingatkan rambut dah tercabut dah. Banyak sgt angin ler tu. I told Mak Teh that i want to skip the exam, since our certs are not meant for the exam, but for our participation for the course. Mak Teh said, if i'm not ready at all to sit the exam, better don't do it at all. My younger sis Eqa dah start stare at me very strangely and popped up the question "Angah tak nak ambil exam?!! Eh, rugilaaa!!". I replied back, " Dah kalau Angah tak study apa, kepala pulak tgh sakit camni, nak study camnernya?". Eqa kept quiet, and i went to sleep.

The next morning( i mean yesterday morning), my head was still not fully recovered from rasa 'kebengangan' , which i opted to take Urgent Leave. Lantak ler Datuk Wahid (our CEO) nak dtg ker tidak, i dun care. I woke up back at 11, kepala dah ok tapi panas sgt, went to have my bath and settlekan pakaian yang perlu dibasuh. Dalam hati berkira-kira nak ambil exam ker tak nak, study tak start apa pun lagi. Nanti kesian jek kat Ustaz, penat-penat dia ajar kitorang selama 5 bulan, tak score. Mesti dia sedih nanti, ingat dia tak reti ajar kitorang, padahal kitorang yang tak usaha. Kesiannya nanti kat dia, dah ler dia ustaz yg best sgt, my ustaz yang paling kuat bersuara, bercerita dan beriyer-iyer menunjukkan expressions yang mmg kekadang buat me gelak tak tahan dgn 'keselambaan' ustaz ni berlakon dan bercerita. Best sgt, kalau dia boleh ajar lagi in future, nak belajar dgn dia lagi insya-Allah :)

Last-last kol 3.30 petang baru start buka buku, kalau by 5 boleh habiskan syllabus, i'll go for the exam, if not, considered no. Pastu biler dah start study, mulalah kepala pening tgk wazan2 yang banyak. Nak kena tau masdarnya pulak..haiyaa, camner nak sit for the exam ginih. Last-last kol 5.30 petang, call Mak Teh kata nak pergi, at least i've try my best to sit for the exam( walaupun sebenarnya effort mcm hampeh) sbb terasa rugi pulak kalau tak sit. Cuma hati dah prepare result sure takdelah gempak mcm level2 yang terdahulu, sbb dulu took time for about 2 days kalau nak bebetul comperehend the subject, yang kali ni 2 jam setengah jer.

Dalam keta Mak Teh, buka buku lagi. Kepala dah pening and rasa mual dah sbb banyak sgt wazan, tutup buku and terus baca ' Bismillahi tawakkaltu 'alallah'. Dah tak leh nak absorb apa dah. Buat jerlah nanti.

Sampai UIA, tak seperti biasanya kami pergi makan dulu, kali ni Kak Rin tak nak. Dia nervous kot sampai tak lalu nak makan. Me pulak terbalik, mmg nak makan, mungkin sbb malas dah nak pk pasal exam ni, hentam jerlah nanti camner. Kitorang terus ke masjid UIA untuk solat Maghrib, sepanjang laluan nak ke masjid tu, dlm hati berkata' Rindunya kalau aku tak jenguk masjid dan U ni untuk 2 tahun lagi'. Actually i was planning to withhold my Arabic class for another 2 years sbb nak concentrate on MBA, tapi tgklah, kalau tak tertahan rindu, akan sambung balik asap.

Masuk kelas, Ustaz datang and tanya ada apa-apa ker nak tanya before we start our exam which is scheduled to start at 8.30 p.m. Ada lagi setengah jam. I took the opportunity to ask about how to determine the masdar (kata terbitan) kalau untuk ruba'ie, khamsy and suddasi (4, 5 dan 6 huruf) sbb dah confuse baca petang tadi. Ustaz pun terangkanlah, and guess what? The questions about masdar bebetul keluar dlm paper exam, alhamdulillah, kalau tak sia-sia jer markah burnt camtu ajer sbb salah determine masdar.

Actually, biler buat paper tu, mmg menyesal sgt sgt kalau tak sit for that paper, sbbnya, soalan dia mudah sgt!! Mcm soalan Level 1 rasanya, sampai Dato' Sujak ketika submit the paper boleh cakap dgn Ustaz, "Ustaz, saya tak sangka soalan ni mudah sgt, saya hafal mcm nak rak" Ekekek, i laughed and angguk jer, tanda setuju. Patut ler Ustaz kata before the exam soalan ni dia buat mcm soalan fun-fair. Ada ker dia kata soalan fun-fair?? Tapi mmg betul pun, tak pernah lagi sit for exam yg ada soalan MCQ, ni ler first time ada paper Arab ada soalan MCQ, kacang gilos pulak tuh. Huish, alhamdulillah Allah bantu dgn bagi Ustaz yang set soalan yang mudah :)

Oklah, semuanya exam dah selesai, sekarang ni kena concentrate dengan kerja pulak. Banyak dah yang tertunda, perlu dicatch-up kembali.

Till then guys, assalamualaikum wbt :)

Tuesday, October 05, 2004

Stay The Same

Assalamualaikum wbt,

Sdg tekun membaca majalah Anis, kemudian berehat sebentar di kerusi dengan berteleku kedua kaki di atas kerusi, dirapatkan ke dada.

Tiba-tiba kedengaran MP3 di PC, lagu Stay The Same. Terimbas kenangan ketika menjadi OC di Melaka tahun 1999 dahulu, lagu ini lagu penutup majlis penutupan minggu orientasi tahun tersebut.

Stay The Same
Don't you ever wish (*chorus)
you were someone else
you were meant to be
the way you are exactly

don't you ever say
you don't like
the way you are
when you learn to love yourself
you better off by far

and i hope you always
stay the same
coz there's nothing 'bout you
i would change

i think that
you could be
whatever you wanted to be
if you could realize
all the dreams you
have inside

don't be afraid
if you've got something to say
just open up your heart
and let it show you the way

*Chorus*

Believe in yourself
reach down inside
the love you find
will set you free

Believe in yourself
you will come alive
have faith in what you do
you'll make it thru

*Chorus*

And i hope you always
stay the same

coz there's nothing 'bout you
i would change...



I do hope everything will stay the same as before, but that is impossible. Things keep changing, so do humans. I do miss my pre-U life, i really think that my pre-U life was the most easiest episode in my life, seriously.

Actually before dengar lagu ni, i was kinda susah hati. Tak tau naper, but one whole day i feel everything went as not what i had expected, perhaps due to my tension since this morning as Mak Teh lambat keluar rumah lagi menyebabkan i was late again coming to my office about 10 minutes. Hmm..lain kali jangan marah-marah di awal pagi. Nanti sepanjang hari semuanya jadi tak kena :)

The song, alhamdulillah melegakan sedikit hati. Apa pun kita tidak boleh menyesal dan tidak berpuas hati dgn diri kita. Dgn siapa kita tak berpuas hati sebenarnya, dgn diri kita atau dgn Allah yang menciptakan diri ini? Na'uzubillahi min zalika, semoga semuanya dipermudahkan urusan, di dunia dan di akhirat.

Ok, sebenarnya tadi takde mood nak belajar Arabic, esok dahlah peksa. Skang ni mood dah ok balik, kali ni, terpaksa men'chaiyo' kan diri as sebenarnya tak sentuh apa lagi ni sbb concentrate dgn exam MBA Ahad lepas.

Permudahkan segalanya Ya Allah, kerana Engkau yang Berkuasa memberikan ilmu, menyimpannya di dalam hati-hati kami. Ameen.

Chaiyyo!!


Monday, October 04, 2004

Exam MBA has finish, exam Arabic is just around the corner

Assalamualaikum wbt,

Missed me? Hehe, you better did, and i know all of you did, ekeke (perasan!)

Ok, alhamdulillah my exam was over, and we will have 3 weeks break before continuing for a new semester. Kelakar jek biler habis exam and nak balik, sumer pakat bagi ucapan farewell semoga berjumpa lagi 3 minggu lagi, isk, terasa mcm org nak grad pulak. Baru tak jumpa 3 minggu, ucapan farewell mcm tak akan jumpa 3 tahun lagi hehe. My Arabic exam will be on this becoming Wednesday. Percaya tak apa pun tak study lagi sbb bagi komitmen kat paper MBA :)

Alhamdulillah paper MBA were ok, after reramai berkampung di UIA 2 3 hari before the real exam took place. Tak tahulah kenapa i never been so immersed into my study during my degree dulu. Takde ler nak sit and have discussions like we did for MBA ni, exchange past year final exam papers, buat latihan sesama, jumpa Dr and Prof mcm nak rak sbb nak make sure jawapan and presentation betul. Serius terasa lagi rajin dr di degree dulu. Exam MBA ni rasanya, mcm nyawa kot, bebetul nak secure result. Dulu waktu degree, jgn harap ler nak discuss jawapan atau spot exam questions before 2 3 hari nak exam. Masing-masing dgn buku masing-masing, dapat jawab ker tidak, it was up to your own effort. But guys, believe me, the new style of study that i'm encountering ni is more fun and more effective coz each of you are trying to make the best of others, share the knowledge together, assist for those who weak in certain area. And yeah, it was so much fun in there!

Yg pentingnya di sini, betapa manisnya berbuat sesuatu bersama-sama, and in Islamic term, secara berjemaah. Betul terkesan dengan keberkesanannya. Tak sempat study semua pun, other people will back you up. Kalau tersedih sbb result mid term tak berapa excel, other people will console you and encourage you to perform more. That's what i feel, and really happy for that. Alhamdulillah :)

Kalau dlm berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi ini kita berbuat bersama-sama, Insya-Allah terasa ringan. Kadang-kadang lidah kita ini sekadar mengucap sesuatu, hanya sekadar di lidah kerana belum terkesan oleh pengalaman. Tapi sekali sudah merasa, kata-kata yang keluar dari lidah kita itu lebih bermakna, kerana disokong oleh perasaan sudah merasa!

Belajar dalam kelas Arabic and ustaz suka sgt sebut ayat Quran ini (tak ingat dlm Surah apa)

Adakah yang lebih baik tutur katanya bagi mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengaku bahawa kami adalah di kalangan orang Muslim.

Ustaz ulas, pengakuan yang paling baik adalah apabila kita mengaku sebagai orang Muslim, dan bukannya mengaku kita ni PAS, Abim, Jim,UMNO,tabligh dan sebagainya, tapi cukup sekadar mengaku bahawa kita ini muslim.

Ketika mendengar ulasan ini, teringat lagi ulasan ustaz pada kelas-kelas sebelumnya.

Memegang Islam dengan kukuh di zaman ini adalah seperti menggenggam bara api.

Faham maksud ana?

Mengaku kita Islam di ketika banyak cabaran menduga ini, yang bukan sedikit-sedikit, terasa bahangnya. Tapi itulah ujian bagi kita,kan? Sejauh mana kita ingin bersama Islam. Kalau orang yang tak fikirkan iman, mungkin sudah lama meninggalkan Islam kalau ingin mendapatkan pengiktirafan dan "approval" dunia untuk melakukan sesuatu.

Berpegang kuatlah kita dengan tali Allah sehebat mana cabaran yang bakal mendatang. Mungkin akan ada yang lebih teruk dari sekarang ini. Moga-moga iman kita cukup kukuh dan kuat bagi menghalang sebarang godaan yang menghasut kita untuk berpaling dariNya.

Peliharalah kami ya Allah. Peliharalah kami.

Wassalam.

Wednesday, September 29, 2004

Exam

Assalamualaikum wbt,

Sorry for no updates available for now. I was bz handling my monthly meeting reports and office stuff. Alhamdulillah exam Accounting boleh tahan, doakan excel yer.

Ahad ni exam Mgmt pulak..starting from tomorrow i'll be taking annual leave for 2 days sbb nak study. Berkampung lagi UIA nampaknya :)

Ok guys, kita jumpa next week insya-Allah. Assalamualaikum wbt :)

La'ali bin najah, insya-Allah :)

Wednesday, September 22, 2004

Huwajtabakum!!

Assalamualaikum wbt,

Ana pastekan satu e mail menarik di dalam salah satu yahoogroup yang ana join,


Asskum,Sekadar renungan seketika (nu'min sa'ah...)Nikmat terbesar dari Allah bukanlah makan, minum, pakaian dan kenderaan mewah akan tetapi ialah apabila anda dipilih oleh Allah SWT (huwajtabakum) untuk bersama Kafilah Nabi....mewarisi tugas dan amanah hingga akhir hayat. "

Wajahiduu fillahi haqqa jihadih, huwajtabakum...." (Al-Hajj: 78)

Huwajtabakum!!(Dia (yakni Allah) telah memilih kamu)

Dulu kau sangat gembira
Kerana ayah memilih untukmu kasut baru
Baju, sampin dan songkok untuk hari mulia
Pagi raya disambut penuh ceria

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Mewakili debat perdana
Menjadi juara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Menjadi pelajar terbaik
Hingga terkenal seantero negara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau dipilih
Menjawat jawatan mulia
Ada harga diri, gaji dan kereta perdana

Dulu kau sangat gembira
Kerana dikau terpilih oleh isteri jelita
Menjadi raja walau seketika
Membina masjid yang bertaqwa

Kini kau lebih teramat gembira
Kerana dikau dipilih Allah
Menjadi jundi Nya
Memikul panji Ilahi dengan megahnya
Seantero dunia gegak gempita
Dengan seruan dakwahmu jauh melata

Tiada lagi nikmat sebesar ini
Kerana anda telah terpilih oleh Rabbi
Huwajtabakum! (Al-Hajj: 78)

SM Ismail
21 Sept 2004
Gombak.

This will be my last entry for this week as i have to concentrate on my exam on this becoming Saturday. Starting tomorrow i'll be not in the office, so do miss my entries k :)

Wassalam.

Tuesday, September 21, 2004

I'm not a Gold Lion actually, i'm a Gold Raccoon instead

Assalamualaikum wbt,

Salah ler about my description previously, i think that was becoz the menu tu easily clicked and slipped off kot. This is my real description actually (after checking for about 5 times hehe)


You are Gold Raccoon, who display an easy outlook, and are very graceful.

You give an impression of typical traditional Japanese women.

You are always quiet, and will not speak out your thoughts openly.

Your modesty and gracefulness will avoid friction, and will be able to make the harsh atmosphere turn friendly.

You tend to forget things easily and make easy promises.

But your cheerful and active character pays for those weak points.

It may be a good idea if you take notes.

You don't think things seriously, and people may think you to be too indifferent. This may be a good thing to do sometimes, but it may also result in you losing important things and people.

But once you set an objective, your concentration is amazing.

Once you start on something, you will accomplish the goal no matter what.

Unlike your pretty atmosphere, in real life, you are very active person, and although you may look sensitive, you have great nerve and guts.

You also possess observing eyes towards people, and have great talent and know how to get on in life.

You act as though you are weak towards men, but really you are the one manipulating them successfully.

You are likely to make your husband a dominating one.

You are more interested in your career than your love life.

But once you fall in love, you get extremely passionate, and will attack with all your heart and mind and strength.

After getting married, you will put all your energy into your family.


Hmm..this one, i would say most of the criteria applied to myself. Teringat pulak istilah 'sensitive' commented by Kak Fari...hmm, betul ker i'm a sensitive person? Rasanya cam ganeh jek..kekeke :P

Wassalam.

Monday, September 20, 2004

Zunnur'ain

Assalamualaikum wbt,

Zunnur'ain...

Melihat nama link blogku di'linkage'kan as Zunnur'ain di blog Kak Iqin (Kak Nuun), suddenly there was this feeling, tak tau nak describe camner sebenarnya, meresap di hati. Perasaan damai kot, entah, allahu'alam.

Zunnur'ain, nama ini lebih kucintai dari Zurina, nama asalku sendiri. Malah di e mail yahooku, nama sender yang akan keluar ialah puteri dwicahaya, yang sebenarnya aku reflectkan kepada Siti Zunnur'ain. Dulu ustazah di STTJ pernah cakap, siapa yang ada Siti di namanya, membawa maksud puteri. Tapi Kak Fari kata maksud Siti ialah 'Madam' atau Puan, and ada lagi kot maksud lain. But i prefer my ustazah sbb of course sumer orang suka dengan nama puteri,so i put my sender name as puteri dwicahaya, menterjemahkan Zunnur'ain di dalam Bahasa Melayu.

Jangan ditanya mengapa suka dgn nama ini, nama gelaran Sayidina Uthman Al-Affan, sahabat Rasulullah s.a.w. Telah lama diri ini menyukainya, dan telah lama nama ini terpakai di dalam hati.

Moga diriku bercahaya umpama makna 2 cahaya di dalam maksud nama..

ZUNNUR'AIN.

Wassalam.

I'm a Gold Lion

I did the same self assessment using birth date recommended by Ika;

You are Gold Lion, who is rather serious and polite type of person.

You value personal relationships.

You suppress yourself and act to be a sociable person, but you are really a person who doesn't like to loose to anyone.

You dislike emotional atmosphere and vague attitude.

You want to make everything clear-cut.

You like to stay in your own little world, if you get in a situation where there are lots of people you can not express yourself and act as a perfect person.

You are not very subjective sort of person, unlike ordinary women, but unfortunately you lack soft and gentle atmosphere.

You tend to be too bold.

You cannot help but stretch your hand to those who are in need.

You are very kind person who helps the weak.

You are also weak on compliments, and will work enthusiastically after someone has given a compliment.

You will go about your duty steadily and loyally, and not get in a rush to achieve the objective.

You have perseverance, and will work effortlessly until you reach your objective.

Something that you have worked steadily for a long, long time, will turn out to be an asset to the world.

You are careful and rational, and therefore place value to steady life.

After getting married, you will be a devoted mother and a wife, but you are really a very dependent person, and prefer to keep your own little world.


Hmm...allahualam tepat ker tidak, but some are true to me hehe ;)

Friday, September 17, 2004

Tanggungjawab

Assalamualaikum wbt,

What was so interesting about yesterday?

Hmm...

Hmm...

Menarik itu satu persoalan subjektif, tapi semalam mmg perbincangan yg berlaku between Aini and me menarik :)

Tanggungjawab seseorang berbeza-beza mengikut keadaan. Pada yang sudah berkahwin, tanggungjawab lebih memberat kepada menjaga rumah tangga. Pada yang belum, kerja, your real family, your social life are some of the things that have become your priorities.

As yesterday, Aini and I had this discussion about pursuing Master. I'm suggesting that for those who are always hooked up with tight schedule, Msc is always a better option instead of MBA. Lagipun yuran pengajian for Msc is far away lower than MBA, 3.6K vs 18500K. And about times and feelings, yes, sometimes you get tension when it comes to assignments, projects and presentations due dates, as addition to whatever hectics office job schedule that you have now.

Aini had raised her point of view that staying and becoming a wife and mother to look up for her family, did give her satisfaction and happiness. And yeah, i'm totally agree with that. For a wife, family is everything. Everytime your child get sick, you will feel so fretful upside down, anxious and depressed to get your child recover again, and you will be only calm again after he manage to recover. Same goes for husband. Banyak tanggungjawab dan peranan isteri ni dalam memelihara rumah tangga.

And in Islam, perkahwinan itu adalah satu rahmat. Everything that we do dlm menjalankan tanggungjawab kita as isteri, ibu dan sebagainya dalam memelihara kerukunan rumah tangga dan membentuk baitul islami, akan dikira sebagai jihad. Orang lelaki berjihad dengan keringat di dalam bentuk yang lebih berat (berperang, berjuang dgn cara masing-masing), tapi bagi kita yang muslimat, menghambakan diri kepada Allah dan suami sudah cukup membawa kita ke jalan syurga. Mudah,kan?

I would suggest to all of you muslimat out there, do WHATEVER you wanna do (as long as it's not contradict to Islam teachings), be firm and determined, strive hard and be contented, and you will be happy insya-Allah. If you want to be a full housewife, go on. If you want to be an astronomer, doctor, lawyer, bla bla ba, even the BOD of Telekom, please go on, because that are our choices for us to decide. Allah has granted His rahmah by allowing us to make our own decisions, biiznillah. Life is about a matter of choice. The most important thing out of this is.. for whatever decisions that we make, for whatever path that we choose, make sure that we are always heading to the right and sole direction: Allah yang Satu.

Wassalam. :)

Thursday, September 16, 2004

Hati ingin berbicara

Assalamualaikum wbt,

Jangan ditanya mengapa hari ini jemari ini rajin mengetuk keyboard..

Kerana ketika ini,

hati ingin berbicara....


Kadar pengamatan dan pemahaman kita mengenai segala apa yang berlaku di dunia ini bergantung kepada apa yang biasa kita fokuskan dalam hidup. Setinggi mana pengamatan yang dimaksudkan, rasanya bergantung kepada tahap mana keseriusan kita di dalam menganalisis dan menggunapakai apa yang terrefleks di hati dan pemikiran dalam memikirkan sesuatu benda,perkara dan peristiwa. Benar bukan?

Maka saat ini saya ingin mengajak antum semua untuk menjadi lebih serius. Serius dalam menjalani kehidupan kita, serius dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita, dan serius dalam kita berbuat ketika menjadi khalifah muka bumi ini.

Kita sudah tidak boleh main-main lagi. Kita sudah tidak boleh bergurau senda di dalam keterlupaan bahawa saat ini Islam amat memerlukan kita untuk bergerak menunaikan tanggungjawab kita, memainkan peranan kita di dalam memenuhkan janji kita kepada Allah, bahawa saat kita dilahirkan di dunia, tanggungjawab kita adalah untuk memakmurkan bumi Tuhan, dengan kalimah Thoyibah. Tribulasi sudah begitu banyak, dan kita masih mampu untuk bergelak senda?

Sudah sampai masanya kita bergerak dari bermain-main kepada arah yang sepatutnya. Kerana kita sudah kurang masa, sedang dilihat cabaran bertimpa-timpa mendatang.

Berketawalah kalian, asalkan tidak lupa tanggungjawab sebenar kita. Bergurau sendalah kalian, kerana sememangnya fitrah manusia itu suka kepada kelembutan, kasih sayang dan kegembiraan. Tapi ingat, di sebalik semua itu, kita perlu tanamkan di hati, bahawa kita punya matlamat, dan matlamat itu perlu kita tangani dengan penuh keseriusan. Kerana kita sememangnya sedar, Allah tidak pernah bermain-main di dalam menciptakan kita.

Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: ``Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.''

Tinggalkan kelekaan yang melalaikan. Kita punya misi dan tugas.

Masih ingin terleka dalam senda gurau duniakah kita?



Big steps need a big HEART

Assalamualaikum wbt,

Semalam tidur umah Mak Teh as she requested me to sleep over at her house to teach her Arabic. Baru ayat pertama suh cari makna 'al-qaid', tak jumpa dlm kamus, langsung Mak Teh malas nak sambung sbb dia ngantuk. Haiyaa,camner nak score ginih. This morning she insisted me to sleep over at her house again to teach her the same thing. Isk, i've got a meeting tonite at UM. Can't make it. Last resort, she wanted me to teach her on next Sunday rite after my MBA class. I said that i want to stay back in UIA to study, since my final is just around the corner next week, but she still wants me to study at her house to study together. Masalahnya, umah dia ada ASTRO!!!! Kang sure bukak TV. Tu yg maleh tu :)

But i just agree jer, sbb kesian pulak as she need to submit her 'pre-final exam paper' to her ustaz on the next Monday. Her ustaz cakap, kalau derang tak score in final, he will pick this paper as supplementary exam paper to support the final exam's! Tak aci sungguh! Hehe.

Hari ni jugak Mak Teh lewat sent me to LRT station, ending up i was late to punch in for about 10 minutes!! I just dun understand how people can talk and have conversation about a lot of things before nak pergi keje, yang biasanya akan menyebabkan me lewat tuh. Haiyaa... in my heart, i kept begging..cepat laaar Mak Teh, cepat laaarr, kang iena lambat nanti. Tapi cakap dlm hati je ler, cakap bebetul nanti takut her housemate get irritated by me pulak. Tapi bukan me yg nak stay kat umah tu, my Mak Teh yg insisted. AND, that house is belongs to Induk, my own makcik! So, tak kisahlah kan kalau nak begitu berterus terang, tapi rasa mcm tak best ler pulak. She's the one renting that house with my Mak Teh and i'm not, which means i dun have rights to instruct people here and therelah,kan?. Hmm...

Yesterday, i requested Ika to bring my Accounting textbook and pass it to me before she went to UM, so we met at Masjid Jamek. I invited her for a drink and both of us makan capati sbb still kenyang lagi. This was about our fifth time makan di kedai makan mamak yg sama, and about the third time we were having such a good discussion. Yang kelakarnya, setiap malam jumpa kat umah, takde pulak terpk nak discuss bebende yg kami biasa discuss kat kedai mamak. So when she was in the train, i sent a message to her saying that how funny we were coz we were used to discuss about masalah negara and stuff di kedai mamak instead at our own house. She replied to me, di kedai mamaklah biasanya org2 hebat berbincang, cuba tgk kalau org tgh discusss pasal business ker, apa ker, sure cari kedai mamak after hotel. Kira ok ler tuh. Hehe.

Tu jer ler kot. Cumanya out of our discussion yesterday, tetiba i dpt ilham what should i be in the future. Cumanya tak leh nak reveal kat sini sbb not yet sure. But my heart was happy yesterday, might be it is an indicator saying that my instict is right? Dunno...we'll wait and see.

Ok, nak concentrate on keje dulu. Wassalam. :)





Wednesday, September 15, 2004

New day, and a new life

Assalamualaikum wbt,

I do not know why, but i really become so energetic, feel happier and revitalised again this morning. Terasa mcm lamanya tak terasa best nak pergi keje. Mungkin sebab dah hantar assignment yg grabbed a lot of my attention before, menyebabkan biler dah submit, terasa lapangnya hati. Be grateful, be grateful :)

I really feel like to jump like a small kid at my place rite now. Tak tau ler ni masalah emotional instability atau apa, kejap happy, kejap kang sedih tak pasal-pasal. I think i have to check with doc pasal my emo ni hehe.

I think all are depends on what you choose at which conditions you wanna be. If you wanna be in happy state, then you'll be happy. If vice versa, the result will be the vice versalah,kan? ;)

Ok, for today, i wanna choose happiness and proactiveness. Have to keep moving faster and faster. I've got 3 exams starting from next Saturday for my Accounting, then my Management subject on Sunday on the other week, and the next Mondaynya i've got Arabic exam pulak. I have to be very wise assigning my time to cater which subjects. And not to be forgotten, my office jobs too.

Oklah, sesaper yang terasa nak ambil MBA, especially Aini, ni nak bagitau jujur sejujurnya ni. If you think you can cope with your personal life + office job + other responsibilities or commitments, then i believe MBA is good for you. But if you think you can't, Msc (Master in Science) is a better option. Seriously, if you opt for Msc, you won't have this hectic schedule of life, and you can concentrate on other parts or things of your life that you think are much important. As for MBA, there are so many things for you to catch up. Your studies, assignments, projects and presentations, plus our existing office job rite now. Even for me myself, i'm started thinking to let go my Arabic class next sem, coz i think i have to prioritize which should come first rite now. I love Arabic so much, but i couldn't spare my guilty for not becoming a good worker as i can't concentrate on my job as what i did before i took the MBA class.

Ok, continue later insya-Allah.

May Allah bless us all.

Wassalam.

~ Happiness is a gift out of thousands nikmah that Allah grants to us, so let us be grateful for whatever we have and we don't have for now :) ~

Tuesday, September 14, 2004

The new spirit has come!

Assalamualaikum wbt,

I changed my template, couldn't afford to stay the same for a long time. I need to move, and keep moving. So this is one of my efforts to keep moving. Yeayy!! :)

Assignment Accounting berjaya disubmit hari ni, setelah about 1 week i was cramming my brain + efforts to complete it. My other groupmates salah buat calculation and interpretations, so i have to correct the assignment all the way. Hmm.. cannot blame them since all of them are IT grads, so nak tak nak i have to bear the bigger responsibilities to make sure our assignment is correct.

Tak nak cerita panjang, tapi rasa puas sbb dah tukar template. Mungkin ada sedikit perubahan lagi nanti. I know someone will be horrorly looking at my blog , because i know she is phobia to PINK color, tapi apa nak buat, tgh suka kat kaler pink pulak time nih. Biler bosan nanti mungkin ambil kaler biru kot. My favourite colour after light purple :)

Ok, jumpa lagi, wassalam :)

Friday, September 10, 2004

Bersyukur tak kita?

Assalamualaikum wbt,

Apakah maksud sebenar bersyukur?

Dr maksud bahasanya, be grateful (hehe, mmg ler grateful, takkan istilah lain pulak), tapi dr maksud syari'enya, bersyukur itu diertikan sebagai melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan laranganNya.

I'm not going into theory, becoz konsep ini sepatutnya dah dihadamkan ketika kita bersekolah rendah lagi. Cumanya, pagi ini minda tergerak untuk merenung diri, dah cukup bersyukur dah ker kita ni? Setiap hari i will see this one blind man di tepi escalator Maybank, jual tisu and pen. Setiap kali lalu, mmg perasan bahawa dia akan zikir sambil berdiri, zikir yang senyap, tenggelam dalam dunianya sendiri.

Redhanya dia masya-Allah. Kalau kita, mcm mana? Redha tak?

Allahualam.

Membayangkan kita akan kehilangan penglihatan sahaja sudah cukup menyeksakan. Lemasnya kita, tak nampak apa-apa. Hitam. Gelap. Pekat.

Kalau boleh, kita mahu melihat selama-lamanya. Selama-lamanya.

Bersyukur tak kita yang sempurna deria ini?

Fikirkan.

Wassalam.

Thursday, September 09, 2004

Err..semalam jadi jahat kejap hehe

Assalamualaikum wbt,

Hehe, semalam ambil urgent leave sbb kelmarinnya kepalaku sakit sgt, sampai tertidur kat depan PC sampai pukul 9 malam sbb tak tahan sakit. Bangun kejap sambung buat assignment, pastu balik.

Sampai umah, ibu tgh menjahit meanwhile Ika and Along tgh tgk TV and berdebat dgn ibu. Seperti biasa, aku akan ambil posisi sebagai pembangkang memihak kepada Ika dan Along, hehe. Suka sgt lawan cakap ngan ibu, best. Bukan gaduh, tapi mcm berdebat. Semua topik boleh masuk :)

Erk..ada org kuarkan statement yang tidak pernah dijangka dlm discussion kelmarin, nasib baik penerimaan time tu sungguh baik dan dalam keadaan yang tidak serius. Kalau tak, sure muka turn to be red kerana malu, tapi tergamam juga dgn pengakuan tu. Apa pun, alhamdulillah atas perhatian yang diberikan. Persahabatan terjalin selamanya, insya-Allah :)

Semalam one whole day buat assignment Accounting. Banyak sgt figure yang hendak dianalisis sampai mata and fikiran berat. Kejap baring pejam mata, pastu bangun balik sambung. Kena banyak bersabar nak belajar ni rupanya :)

Semalam ponteng kelas Arabic sbb nak siapkan assignment. Jahat,kan?

Hmm...mmg jahat pun. Sepanjang buat assignment semalam, asyik terbayang jek muka ustaz. Isk, bersalahnya rasa, tapi nak buat mcm mana, assignment nak kena settlekan jugak.

Till then. Wassalam.

Tuesday, September 07, 2004

Emotional instability

Assalamualaikum wbt,

Hmm...ok, memula nak bagitau yg yesterday my mood was not so good, felt so down and rasa ntah haper-haper. Nasib baik manager suh buat satu presentation slide untuk meeting today, kalau tidak mmg jawabnya tak buat paper langsung semalam sbb mmg rasa down sgt2. Masalah emotional instability yang dah lama tak menjenguk diri hehe.

Semalam pegi kelas Arabic, buku teks pulak Mak Teh bawa pegi outstation ke Kota Bharu. Aiyyarrkk...how to study like that? Nak pergi kelas ke tak nak pergi? Hati dah berbelah bagi dah ni...tapi bila pk next week mugkin i burn kelas sbb nak outstation for one week, might as well i pegi jugak walaupun takde buku. Sampai kelas nasib baik Kak Zuraidah ada, kongsi buku dgn dia. Kak Mariah and Kak Nadia absent. Cuba bayangkan kalau i'm the one jer muslimat yg hadir, takkan nak kongsi buku dgn muslimin kot? Alhamdulillah, syukur sesangat Kak Zuraidah ada :)

Sebelum kelas start and ustaz lom masuk lagi, Bro Baharin bawak satu article and discuss ttg seorang academia di UM (ada PhD tuh) commented dlm The Edge ttg erti Kemerdekaan dalam beragama. Ada ker dia kata nak tubuhkan satu NGO untuk membantah ttg hukum Islam yang dikatakan 'tidak merdeka' kerana tidak memberikan kebebasan kepada penganutnya untuk bebas memilih agama lain! Terasa nak lempang tak org2 macam nih? Kalau orang yang tak berpendidikan tinggi takpe lagi nak cakap mcm tu, sbb kita sedia faham dia belum mampu nak faham konsep Islam yang sebenarnya. Tapi kalau org berstatus pendidik mcm dia boleh comment mcm tu, mmg terasa nak hentak dia habis-habisan! (mulalah rasa diri nak mengganas ni hehe). Tapi serius, cuba fikirkan impaknya pada org yang membaca. Title PhD yang dia pegang tu boleh influence org dengan mudah. Yang tak fahamnya, belajar dah sampai PhD, apasal konsep asas dalam Islam tak settle lagi? Sepatutnya org2 berstatus tinggi mcm ni, biler terasa tak puas hati, you go and find that isu and study betul2 why Allah tetapkan hukumNya sebegitu rupa. Marah betul dgn org2 sebegini yang tak reti nak guna akal dan buat insiatif nak belajar! Ni lah yang dikatakan, kalau pertambahan ilmu yang dipelajari itu tidak membawa apa-apa kesan kebaikan dalam diri, maka sebenarnya ilmu itu tidak membawa pertambahan apa-apa kebaikan pada diri kita, selain pertambahan kejauhan dengan Allah. Na'uzubillahi min zalik, pelihara aku Ya Allah. Buat penat jer belajar kang, tapi tak membawa kebaikan apa-apa, sesia sahaja.

Jom kita pegi buat surat kat Doc ni.Ntah haper-haper yang dia pk. I hope ustaz ustazah kat UM tu boleh pegi consult Doc nih. He's from Faculty Law kalau tak silap. Like what sorang Bro ni cakap, org2 camni dah become mad. All of us had the same thought, these people ni kurang mendalami Islam sebenarnya. Ish, besarnya tanggungjawab kita nak berdakwah kat org2 sebegini. Mampu tak kita? Hmm..think about it, will ya? Ada solution nanti, bagitau so that mana yg mampu kita boleh laksanakan, insya-Allah.


Semalam kelas Arabic went so wacky, mmg jenis tak leh controllaa me and Kak Zuraidah last nite. Kitorang belajar isim-isim baru yang bunyinya dan penggunaannya kelakar i.e qohqoh (gelak berdekah-dekah) and yarmadhmadh (berkumur-kumur), arghargharah (berkumur ubat doktor sehingga ke tahap kerongkong yang lepas tu kita luahkan semula biler kita sakit tekak) and daghdagh (tickle). Aduih, mmg tak tahan gelak sgt, tak control langsung. Habis nak buat camner, mmg kelakar sungguh. Ustaz senyum jek tgk kitorang dua org tak leh stop gelak, hihi :D

Pagi ni sibuk punggah buku-buku teks Accounting lama sbb nak refer utk assignment to be submitted this Friday. Minggu lepas belajar Accounting, tak tau ler subject tu yg semakin susah ker, atau diri sendiri yg dah lama tinggalkan Accounting sampai terasa susah. Buku teks kitorang kat UIA ni tak helpful langsung. Theory memanjang, tapi langsung takde example nak refer kalau nak buat latihan atau assignment. Tu yang kena cari balik buku2 teks MMU dulu. Satu buku teks dah hantar ke UUM for my Bro sbb dia nak guna utk subject dia. Tinggal 2 buku Financial Managerial Accounting jek lagi yg boleh direfer. Dedua buku diangkut ke ofis sbb nak refer. Tapi serius biler belajar Managerial Accounting kat MBA ni, terasa cam susah and asyik terpk dalam kelas, "Camner aku leh grad dlm Accounting aa? Pesal cam rasa susah jek bende nih, tak pernah jumpa pun dulu waktu study". Hehe, tapi biler refer balik tadi, ada belajar sebenarnya, tapi bukan part2 yang biasa lecturer kita tekankan dulu. Tu yang tak ingat tu, hehe. Belajar dulu pun sebab nak lulus exam jer, mana ler ilmu nak lekat. Astaghfirullah, macam mana nak berkat :)

Okes, nak concentrate dgn keje. Wassalam :)

Monday, September 06, 2004

Dalam susah, terselit bahagia

Assalamualaikum wbt,

I have to tell ya, that for my past 3 nights, i was so sucked up into finishing my projects, presentations and assignments that i didn't think about other things so much, including my own job, hmm..terasa bersalah jugak ler sbb supposedly i couldn't be like that. I have my own responsibilities and amanah to my office works juga. Alhamdulillah my manager understands me well, but i also know that setiap kesabaran pasti ada limitnya, and i promised to myself that i won't let him down by ignoring my own jobs hanya kerana hendak mengejar cita-cita peribadi. That is not fair to him, to my company and any other people yang ada relations with me :)

Yesterday i cried rite after my Management case presentation because some of my group members yang ntah haper2 jer present case kat depan audience and lecturer. Rasa mcm kecewa, nak marah semua bercampur baur dalam diri biler ada presenter yg hanya membaca report kat depan sedangkan all of us know that when you present, you shall be well-prepared of your subject and be able to memorize kalau tak semua pun, major2 points pun cukup ler, and not TOTALLY reading your report kat depan audience, and that was happening yesterday, and for the first time in my life, i'm getting mad at people yang do not live up to my expectations and standards. I couldn't even smile after that presentation because i felt that ours was so bad!

Rite after finishing our presentation, i went out and called Ika and babbling about my disatisfactions about our presentation. I even cried because i was so tension. Perhaps i'm a little bit perfectionist that i couldn't accept such silly mistakes (can we refer it as mistakes? sebenarnya dan yang sesungguhnya the unprepared ATTITUDE yang i can't tolerate!!). Why ler people just cannot put commitment as what they should be and not take for granted for everything? I really feel like to punch, kick or whatsoever to that guy, just to let my angry+ dissatisfactions relieve!! Aaaaaaaarrggghhhhh......!!!!!

Alhamdulillah Ika's advice worked well for me yesterday and today. She mentioned that i should consider about my group members' different backgrounds, some of them dah lama tinggalkan university life and ada yang tak pernah buat presentation pun. In MMU, we was trained to be so well-prepared, even we have to come out with some rehearsals before the presentation, and that was not happening in my Management group. In my Accounting group, alhamdulillah we did because most of us are youngsters. My 2 accounting members are UTP grads, and the other one from PPP. So we know how we should present our case and i'm not dissapointed at all. But for my Management case, Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku dengan mengurniakan markah yang banyak, kalau tak takde chance nak dapat A untuk subject ni (pleading to Allah very much ni..sob sob).

Tapi hari ni, alhamdulillah i'm ok, and even i laugh to myself for having such silly manner of getting angry to my group members. Allah jadikan manusia ini dengan pelbagai rupa dan ragam, supaya kita saling kenal-mengenali dan kasih-mengasihi. Rahmat Allah juga sebenarnya walaupun apa yang kita harapkan tidak menjadi.

Di sebalik keburukan, ada hikmah yang tersembunyi.

Dan di sebalik kesibukan dan kepayahan mengejar ilmu ini, terselit bahagia yang tak tergambar.

Dan di kala ini...

Terasa diri ini menjadi insan yang bertuah, and i'm very happy to realize that Allah memberi segala ini sebagai cubaan, untuk melihat kita ini bersabar atau sebaliknya.

Cubalah bersabar, walaupun susah. Cubalah redha, walaupun payah.

Have to deal with that, Ya Allah, kuatkan imanku. Aku tak sebaik mana, selalu tersungkur bila ada cubaan sebegini. Ampunkan dosa sebab terkutuk org biler time tgh marah semalam. Hmm..terasa jahat, sungguh jahat sebenarnya.

Ok, undur diri dulu k. Ma'as salamah :)

P/s: Happy sebab ada sahabat yang dah berjaya melangkah ke usaha dakwah. Doakan ana juga akan berkesempatan begitu in near future, insya-Allah :)

Thursday, September 02, 2004

Serasa air mata mahu tumpah

Assalamualaikum wbt,

Serasa air mata mahu tumpah apabila melihat gambar masjid Nabawi di waktu malam di blog seseorang.

Betapa rindunya aku ke situ, betapa aku rindu untuk sujud di lantai masjid itu, dan betapa aku rindu untuk melelapkan mata sejenak bagi melepaskan lelah di lantai yang sejuk damai sambil mendengar samar-samar usrah yang dibawakan oleh Kak Fari.

Sudah 4 tahun berlalu, kenangan apa yang terjadi di sana masih terpahat. Manis dan pahit dikecap bersama, tapi kegembiraan menjejak kaki dan sujud di 2 masjid paling mulia di muka bumi ini tidak tergambar dgn kata-kata.

Dan setelah 4 tahun sekembalinya dari 2 masjid tersebut, berubah menjadi baikkah aku?

Allahu'alam.

Tapi aku sentiasa berdoa, biarlah aku tetap kukuh meniti landasan-Nya dalam kehidupan, agar aku bahagia apabila berjumpa dengan-Nya nanti.

Wassalam.