Monday, September 17, 2007

Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt,

Maaf di atas 'hilang'nya saya sehingga hari ini. Sungguh..kadang-kadang masa dan tugasan mencemburui saya :)

Hari ini sudah 5 Ramadhan.

Masya Allah, Ramadhan sudah tiba.

Inilah peluang kita untuk menyucikan diri setelah setahun mungkin diri kita sudah berkarat dgn dosa.

Dahulu ketika kecil, saya paling tidak suka dtg bulan Ramadhan. Kerana saya tak boleh makan pada bulan tu.Hehe, itu dulu...ketika tiada kematangan.

Sekarang ni tak boleh ler mcm tu kan, bulan rahmat ini perlu disambut dengan syukur dan azam yang berkobar-kobar untuk menyuci diri dan mendekati Allah s.w.t.

:)

Harap2 segala ibadah kita diterima Allah..doakan kesejahteraan semua umat Islam tidak kira di mana jua.

Ada seorang ustaz beri ceramah...katanya dlm suasana umat Islam di Palestin sedang bergelut dgn maut, tidak usahlah kita memikirkan perkara-perkara yang remeh temeh di dalam bab-bab persoalan puasa. Perkara2 wajib mmglah kita kena tahu, tapi persoalan2 yg kecil2 tidak perlulah dijadikan satu soal besar..umpamanya solat terawih nak buat 8 rakaat atau 20 rakaat.

Berbuka puasa jgn membazir..nafsu jangan diikut bulat-bulat. Bersederhanalah kita di bulan puasa ini.

Moga ibadah di bulan Ramadhan kita ini diterima Allah, ameen :)

P/S: Biler sebut Ramadhan ni....teringat pulak kat Dijah Nisa' hehe :D


Part (2)

Kena tag ler pulak ngan Kak Yana...takpelah..take time untuk jawab b4 balik ni.

5 things in my bag
1. Purse
2. Handphone
3. Pen
4. Calculator (ok ok..i'm an accountant by qualification ok hehe)
5. Lipstick, compact powder and roll on perfume


5 things that are in my wallet
1. Duit
2. atm card, credit card, jusco card
3. IC, driving licence
4. Business card
5. Kad kesihatan TM


5 favourite things in my bedroom
1. Bed
2. Wardrobe
3. Meja solek
4. Carpet
5. Lampu hiasan

5 things i wish to do
1. Jadi lecturer
2. Jadi penasihat ekonomi Malaysia or Bank Negara (huhu)
3. Pergi tour dunia dgn family
4. Pergi swimming
5. Practice balik taekwondo

5 things that i am doing now
1. blogging
2. pk mcm mana nk pi training esok sbb training kat area embassy kat Jalan Ampang..kalau naik taxi nanti, balik pulak mcm mana? ada chance drive sendiri jek esok ni, tapi karang sesat pulak..aiyyahh..apsal ler buat training kat tempat yg org tak reti nk pegi gggrrrrr
3. dgr lagu nasyid Selimut Putih (huhu..insaf insaf)
4. baca blog org lain
5. pk apa nak buka puasa maghrib ni :D

oklah eh..later kita jumpa lagi insya Allah :)

Salam Ramadhan buat semua :)

5 Ramadhan 1428

Friday, September 07, 2007

Ramadhan

Ramadhan Bulan Pesta Ibadah

Janganlah jadikan Ramadhan bulan pesta makan minum
Ramadhan bukan bulan pesta makan dan menjamu selera
Ramadhan adalah bulan pesta ibadah
Ibadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahaja
Hati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaan
Janganlah lahirnya sahaja cerah
Tapi hati kita gelap-gelita
Di masjid di bulan Ramadhan jangan dimeriahkan
dengan berbual-bual dan gelak ketawa
Membawa cerita yang sia-sia
Ia adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada Tuhan
Mempertajam rasa kehambaan di dalam jiwa
Lahirnya meriahkan dengan sedekah
Terutama kepada fakir miskin
Menolong orang yang susah dan derita
Batinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Kuasa

Wednesday, August 29, 2007

Convocation and convo dinner :D


Assalamualaikum wbt,

These are some of pics taken during my convocation and convo dinner on last Saturday and Monday night :)


With my beloved parents before went into convocation hall


With parents again after convocation ceremony..yeayy..dah habis belajar!! :D

With my siblings and mum :D


With my family again..best best!! :D


With Dr. Sidek Baba, ex-Rector IIUM and Aisyah n Fadh dr NISA' (bergambar ketika hujan renyai2..that's why kena buka bonet Avanza bagi Dr. berteduh..sian Dr :D



Gambar convo dinner with Kak Maz, her husband and Kak Ika in the pic.


Batch 18 taking picture after the convo dinner :D


The best student award recipients with Jan (fourth from left) smiling happily as he is chosen as the Best Student for overall MBA program..he is my groupmate, and very proud when he mentioned our names individually in his speech for helping him in studies during that nite huhu, sebenarnya dia yang byk tolong kitorang sbb dia rajin n pandai :) Not forgotten to mention Bro Azmi (the extreme right) who is the best student for General Mgmt course, who is also from our batch.


The gentlemen in our batch (from left: Rozham, Jalias, Naza, Jan & Tumen)


Kak Ika, Kak Maz and me, the three inseparable roses in our Strategic Mgt
course (Ai Ngoh, another rose did not attend the dinner). Mmg close gilerlah
kitorang :D

With Kak Ika, we used to hang out together after class for shopping and etc.
Best ngan Kak Ika ni. Hopefully leh hang out together again :D

Last but not least, I would like to dedicate my highest appreciation to:
1. My parents for giving me support, love and encouragement all these while
2. My siblings who always understand that i could not spend too much time with them during my studies
3. My bestfrens (Ika, Siha and the rest) for could not hang out together often and do understand abt my time constraint
4. My groupmates n batchmates....Kak Ika, Kak Maz, Ai Ngoh, Kak Yana, Kak Win, Kak Mazlina Leeds, Kak Liz, Azwan, Jan, Amzari, Sham, Azrul, Abg Man dan yg lain2 (ramai sgt) for your assistance and cooperations while we were studying together,,sama2 cramp kepala n tak tidur biler buat preparation untuk exam hehe.
5. Kak Mas n team NISA' for your understanding on my constraints to give my commitment to NISA' activities.

For the rest, especially to Hany, Farra, Cpol and those who encourage me to be strong and keep 'swimming' whenever i felt down and pray for my success.
Thank you so much for all the things that you guys had given to me. May Allah bless you all! :D

Wassalam.

Thursday, August 23, 2007

Convocation!! :D

Assalamualaikum wbt,

Lama sudah saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah wa insya Allah saya akan convo for my MBA on this becoming Saturday.

Rasanya mmg gembira dan excited, kerana mengenang kembali my journey buat MBA ni..mungkin pada org lain senang..tapi bagi saya mmg it was a long journey, dgn cabaran nk cope dgn workloads kat office yang banyak. Huh..kalau pk2 balik...perjalanan itu mmg diharungi dgn kepayahan jugaklaa sebenarnya. But alhamdulillah semuanya ok, selamat juga sampai ke penghujung medan berjuang mencari ilmu ni (buat sementara), i'm happy actually. Excited ler sebenarnya. Kalau pk pk juga..banyak bende yg dipelajari dan perkara best yang dilalui. Alhamdulillah batch 18 MBA (my batch) mmg sporting and gila2 semuanya :)

My convo session will be on this becoming Saturday session, pada session ke-2 (belah petang). Sesiapa yg rasa nak tgk convofest UIA, bolehlah dtg. Biasanya jubah2, tudung and dress mmg murahlah time tu, prepare jerlah duit :)

NISA' Malaysia menganjurkan Program Small Kindness 2007 untuk golongan miskin di Gombak. Sesiapa yang ingin menyumbang, mohon hubungi saya thru e mail at iena_panadol@yahoo.com so that i can contact you further. Nak bagi no tepon kat sini nanti glamer pulak no tepon saya seantero dunia hehehe.


Tadi juga baru dpt tau yang one of my friends lost her baby ketika kandungan sudah hampir due, already 9 months. Moga Allah beri Zarid and Fahmy kekuatan untuk menghadapi kehilangan baby mereka dan digantikan dengan nikmat yang lain.

Ketika meeting di Wisma tadi, sempat berjumpa dengan boss no 2 di Menara (My GM is boss no 1). Boss no 2 pesan, sampaikanlah ilmu walaupun sebaris ayat. Best pulak ada org nasihatkan kita macam tu :)

Oklah yer, saya berhenti dahulu.

Jumpa lagi insya Allah, assalamualaikum wbt.

Thursday, July 26, 2007

Tired

Assalamualaikum wbt,

Apologize for not being able to jot down anything here for quite some time.

My hands are fully tight with ISO, SLA and FMWC Meeting preparations.

Man, since last year i will get very bz if FMWC Meeting is around the corner. Macam nak buat Board meeting pulak rasanya dek kerana byk nk kena buat persiapan.

I will lose Kak Marina, my staff since early 2006 coz she will be transferred to Operation unit. I have a new staff from UIA with law background to assist me in managing my unit.

Poor him, he is with us for only mere 3 weeks, but i already dumped tonnes of work to him since we are in the middle of ISO quality audit and SLA preparation. Almost every day i had to ask him to stayback, helping me to sort out all tasks to be completed within these 3 weeks. Alhamdulillah FMWC Meeting went well.

At this moment, my body is very weak. If it is not becoz of raining here at the moment, i would rather go home early and take my rest rather than spending my time to write in here, really2 tak larat within these 3 weeks. Next week pulak Mgt meeting, nak kena prepare lagi. Mmg sebulan ni workloads banyak giler.

Banyak nk citer..tapi x larat. So later2lah k.

Assalamualaikum.

Monday, July 09, 2007

Program NISA'

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah baru kembali dr Penang, bertolak ke Penang pada petang Jumaat.

Ada program NISA' di sana..and ahamdulillah saya tidak sangka saya akan dpt begitu banyak pengisian dan pelajaran ketika program ini.

Paling tak sangka berkesempatan bertemu dengan pengacara TV3 Al Kuliyyah, Hidayah dan Jejak Rasul (Mohd Nor, Raja Mazian dan Zainal).

Kat mana jumpa?

Hehe di Jom Heboh, Queensbay, Penang.

Maaf yer, tidak berniat untuk mempromosi Jom Heboh, kerana kami pergi ke sana bukan untuk tujuan berhibur, tetapi memerhati.

Tidak sangka kami terlekat di Kota Ilmu, booth rancangan agama TV3. Cadangnya hanya untuk menyokong promosi Mu'adz yang baru sahaja mengeluarkan album sulungnya.

Pengisian yang diberikan oleh Ustaz Mujahid, Ustazah Rahimah dan Kak Aida di dalam program banyak menyedarkan saya betapa banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Pengisian Ustazah Rahimah menyebabkan kami mengalirkan air mata apabila dia menyentuh mengenai ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang menjalankan kerja-kerja Islam. Betul-betul menyentuh hati mendengar pengisian beliau, wajahnya tenang sahaja.

Akhir kembara kami disudahi dengan 'penderaan perut' oleh sebuah keluarga kenalan yang insya Allah akan menjadi keluarga besar NISA' insya Allah. Nak tau kenapa saya kata 'penderaan perut'?

Subhanallah..kami dihidangkan dengan begitu banyak makanan dan buah-buahan oleh tuan rumah. Alhamdulillah..rezeki sangat murah :)

Satu point penting yang masih terlekat di fikiran saya mengenai masa.

Kak Aida mengulas...semua org mempunyai 24 jam yang sama, tidak kurang atau terlebih seminit pun.

Terpulang pada kita untuk mendapatkan 24 jam ++ atau 24 jam --.

Bagaimana nak dapatkan 24 jam ++?

Dengan mengurangkan tidur dan membuat amalan2 baik.

Nak dapatkan 24 jam --, buatlah sebaliknya.

Terasa seronok sgt program ni, apatah lagi inilah kali pertama saya berpeluang mengikuti program ni berikutan telah lama bercuti panjang daripada aktiviti NISA'.

Insya Allah kalau ada kesempatan lagi..nak join.

Ada satu projek besar NISA' sedang menanti dan saya sgt teruja...apa dia?

TUNGGU!!!

Hehe :D

Thursday, July 05, 2007

Cinta Hakiki

Assalamualaikum wbt,

Sungguh, saya mohon kemaafan di atas sepinya blog ini untuk beberapa waktu.

Saya sdg mendengar lagu Cinta Hakiki, nasyid Kumpulan Raihan.

Mendengar bait-bait lagu ini yang menggambarkan betapa cinta yang paling agung adalah cinta kepadaNya. Alangkah bertuahnya seseorang itu sekiranya dia mendapat kasih sayang Allah.

Tetapi, deservekah kita? Dengan amalan yang tak konsisten, dengan penghayatan amalan yang kurang, dengan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud di dalam diri, layakkah kita?

Kuatkanlah hati kita dengan sentiasa memikirkan bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akan sentiasa memberi pengampunan selagi mana kita tidak mensyirikkanNya. Di kala kita bermaksiat padaNya, Dia masih memberikan kita rezeki dan nikmat yang tidak terhitung.

Dia Yang Maha Mendengar segala keluh kesah kita, Yang memberikan kelapangan ketika kita di dalam kesusahan, Yang mengabulkan segala doa dan harapan makhlukNya.

Betapalah Allah itu Maha Pemurah, Dia tidak pernah meminta apa-apa drpd makhlukNya malah Dia yang memberi rezeki.

Maka wajarlah kita meletakkan cinta hakiki kita untukNya, bukan?

Bersyukurlah wahai sahabat2 sekalian, bahawa kita dilahirkan di dalam nikmat iman dan Islam. Kita tidak pernah tahu betapa besarnya nikmat iman dan Islam, melainkan mereka yang asalnya tidak Islam dan kemudian memeluk Islam. Pasti mereka mengatakan betapalah kita ini bertuah sudah berada di dalam Islam sejak lahir, dan tidak seperti mereka yang tercari-cari dan menghadapai halangan-halangan berat. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka, sanggupkah kita mengorbankan keluarga dan status semata-mata mahu memeluk dan menghayati agama Allah ini? Mungkin tidak mampu sekiranya tidak dikurniakan kekuatan oleh Allah.

Betapalah kita patut mencemburui mereka yang terang-terangan Allah kurniakan petunjuk dan hidayah ini.

Kita bagaimana pula?

Mahukan kita hanya dikenali sebagai seorang Islam hanya pada nama, tetapi kosong dr sudut amalan dan penghayatan?

Sama-samalah kita perbaiki diri di dalam menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah di dunia dan akhirat, ameen.

Wassalam.

Friday, June 15, 2007

Alhamdulillah :)

Assalamulaikum wbt,

Alhamdulillah, adik bongsu saya akhirnya dpt offer buat Medic di Mesir, mencapai cita-citanya yg ingin menjadi doktor sejak kecil, gara2 kami sering push dia jadi doktor kerana tiada seorang pun kakak2 atau abg2nya yg berminat mahu menjadi doktor. Ibu mahu sgt ada di kalangan anaknya yg seramai 8 orang ini menjadi doktor, senang katanya kalau dia atau ahli keluarga sakit, ada org boleh checkkan.

Ketika dia mengkhabarkan berita itu kepada saya, dia menangis. Saya pelik, kenapa menangis..rasa sedih sgt ker nak tinggalkan Matrikulasi Kulim tu?

Dia tak dpt menjawab, and saya buat telahan bahawa dia sering bersolat hajat semoga cita-citanya yang satu ini tercapai. Saya yang sedang gembira dgn perkhabaran itu pun tanpa sedar hampir menitis air mata, baru saya tahu bahawa betapa kuat keinginan dia ingin menjadi seorang doktor, dan betapa dia telah berusaha dgn berdoa dan bersolat hajat kepada Allah, dan akhirnya dikabulkan. Baginya, dia cuma berusaha dan tidak menaruh harapan tinggi untuk dapat offer, sekali dapat dia tak tahu nak kata apa.

Adik saya Eqa pun baru sahaja dapat offer scholarship daripada UM untuk menyambung Doctorate di US atau UK, kini sedang memohon placement. Jangkanya fly awal tahun hadapan.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki mereka :) Tak sabar pulak rasanya nak melawat derang kat Mesir and US nanti hehe.

What abt me? Nantilah dulu..sekarang ini sedang menikmati keringanan drpd lelah study dahulu. Perancangan untuk sambung Doctorate pun rasanya mcm slow sedikit memandangkan UIA tak nak lecturer with MBA qualifications.

Oklah yer, ingin mengundur diri dahulu...assalamualaikum :)

Monday, June 11, 2007

Bored

Assalamualaikum wbt,

Aaaa..i feel bored when my 3 younger sisters tiada di rumah. Biasanya kalau nak lepak luar, shopping etc, selalu jek ajak derang..now sorang dah nak balik Shah Alam, sorang dah bertapa di Ipoh, yang sorang dah bertapa di Kulim.

Bosannya!!

Ika kat Melaka, Siha tgh study, Farah and Jie sibuk ngan family..i have no one to kacau or ajak 'lepaking', except for my younger bro yg of course, will not be in my list except kalau sajer2 nk huha.

Tadi call my youngest sister di Kulim, tergelak2 dia biler beritahu rasa tak best dia takde kat umah. Apa nak buat, dah dia tgh belajar kat sana.

Semalam pergi Nilai 3, first time dalam hidup pergi walaupun dekat jeklaa dgn umah...byk gila pakaian and perabot..my mum merajuk semalam kitorang tak nak belikan dia pasu bunga berharga RM 200. Actually it is not about price, masalahnya bunga tu mmg terlalu tinggi..tak cantik bunga tinggi2 sgt..tapi belikan jugaklaa satu pasu yg sederhana dan lebih sesuai ketinggiannya..ingatkan my mum puas hati ler dgn pasu bunga yg kitorang belikan tu..rupanya dah sampai umah masih simpan keinginan nak beli pasu bunga yg kitorang tak nak belikan memula tadi.

My ibu mmg jenis azam kuat, kalau dia nak something, dia akan usaha camner2 pun. I think kedegilan hati dia tu menurun kat me hoho. Kalau nak something, try jugak sampai dapat. Tu dululah..skang ni slow sket.

Oklah eh..sajer jer menulis sbb mcm dah lama tak update walaupun tiada isi yg bagus pun.

Wassalam.

Wednesday, June 06, 2007

Usia baru

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih dikurniakan rahmat dan nikmat oleh Allah untuk mengecapi hari ini, yang menandakan saya sudah semakin bertambah usia, dengannya juga hopefully turut bertambah keimanan dan ketaatan pada Yang Esa.

Biler dah menjejak umur baru ni, terasa pulak dah tua hehe..mcm tak best..but ada cara untuk kita sentiasa kekal muda. Nak tau apa?

Mencari ilmu.

Dengan sentiasa mencari ilmu, seseorang itu akan sentiasa muda walaupun umur sudah meningkat tua.

Doakan saya menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya, dimurahkan rezeki, ditambahkan nikmat dan dikurniakan kebahagiaan serta kejayaan dunia akhirat.

Wassalam :)

Tuesday, June 05, 2007

Atuk saya

Assalamualaikum wbt,

Lama tak berupdate blog ini, maaflah yer, situasi dan mood tidak mengizinkan kdg2 hehe.

Last Friday, saya diserang flu non-stop...doc kata allergic level saya naik balik, mungkin atas faktor cuaca yang sekarang ni hujan...so dpt ubat mahal yang berharga 7 ringgit sebiji untuk turunkan allergic level..selama ni dpt pil selsema and panadol jek.

Yesterday, cuti lagi since my datuk terjatuh di bilik air dan dimasukkan ke ward. Kakinya sudah tidak lagi kuat dan bertongkat sekarang ini, lemah kerana diserang demam ketika kejadian. Melawat di Hospital Tuanku Ja'afar (dulu namanya Hospital Seremban) semalam..matanya tak henti2 mengeluarkan air mata sampai saya pun confuse, atuk saya ni rasa sebak ker atau apa. Bertanya adik saya Eqa what'd happened sebab dia terlebih dahulu sampai di hospital berbanding saya dan ibu ayah...adik saya pun memula anggap atuk saya sebak..tapi bila dah sepanjang petang dia di situ, dia rasa mmg air mata atuk saya tak boleh berhenti sbb time atuk saya gelak ketawa pun, air mata tu akan turun jugak. I think his tear ductus tak berapa functioning sgt kot.

First time dalam sejarah hidup saya, saya cium pipi atuk saya semalam waktu nak beredar balik ke KL...sebelum ni tak pernah sbb saya mmg segan nak cium pipi anggota keluarga lelaki saya, kecuali cium tangan time salam. Dulu macam segan sket..skang ni sejak nenek belah ayah saya pun sakit..and every time jumpa cium pipi nenek..so rasa mcm ok ler pulak cium pipi atuk. Rasa bersalah pulak saya, dah berapa kali rancangan nak balik kampung untuk jumpa nenek dan atuk tergendala gara-gara ada ad hoc matters yang perlu saya dahulukan, akhirnya kami berjumpa di hospital. Aduh, bersalah sungguh rasanya. Camnerlah nak jadi cucu yang baik ni Zurina ooii..insaf insaf!

Hari ni dapat tudung pemberian ofismate yang baru kembali dr Mekah, Allah...besar sungguh hati ini, tak dpt pergi sana, dapat tudung dr sana pun alhamdulillah :)

Ok yer, jumpa lagi insya Allah, doakan atuk dan nenek saya sihat kembali.

Assalamualaikum.

Thursday, May 24, 2007

Happy!! :D

Assalamualaikum wbt,

Semalam ada post mortem dgn GM, alhamdulillah went well.

This morning, terjumpa sorang insan menghafal surah dalam train, rasa sgt best sbb terjumpa org2 baik mcm ni di awal2 pagi.

Paling best, sbb dapat berkumpul and have lunch together with my gang today: Ika yg dtg bagi training kat KL for 2 weeks, Jie, Siha and Farah..dah lama tak hang out together mcm ni, so mcm best giler. Asyik tergelak2 biler Ika and Siha citer their experience kat Korea, mencari insan cun kat sana mcm dlm movie Korea, tapi tak jumpa. Takpe..usaha lagi hehe. Ntah2 jumpa kat Beijing ker, Taiwan ker, kerabat senior MMU ker *wink*...mana tau kan hehehe.

Pergi UIA kejap ambil transkrip..rasa mcm dah lama giler pulak tak menjejak UIA sejak dah habis belajar ni padahal baru 3 bulan jek.

And dapat perkhabaran gembira, Kak Yana and Am akan get married soon...they are the most gossiped couple by our MBA classmates all these while..selalu kata takde paper..tetiba biler dpt berita, plan kahwen cepat giler.

Tapi serius happy for them..especially Kak Yana since i am close to her coz kitorang mmg groupmate buat assignment sebelum berpecah specialization. Mmg mendoakan mereka berbahagia dunia dan akhirat insya Allah.

Wassalam.

:)

Tuesday, May 22, 2007

Tuesday, May 15, 2007

Islamic man vs Economic man (Part 2)

Perbahasan ini kemudian dilanjutkan kepada usaha bagaimana mahu memenuhi Maqasid As Shariah (objektif As Shariah) yang sebenarnya lebih menjurus kepada mencapai kemaslahatan secara umumnya, bukan sahaja tertumpu kepada umat Islam tetapi kepada manusia secara umumnya. Kenapa perlaksanaan ekonomi Islam ini tidak hanya difokuskan kepada umat Islam sahaja?

Kerana Islam ini seharusnya syumul dan applicable to all humankind, irregard of race and religion. Bilamana kita menyentuh persoalan Islamic man di dalam diskusi ekonomi Islam, adakah ia bermaksud bahawa seseorang itu perlu masuk Islam di dalam urusan perlaksanaan ekonomi Islam ini? Jawapannya tidak, cukup sekadar dia menerima kaedah perlaksanaan Islam dan memenuhi Maqasid As- Shariah.

Beberapa isu yang diperdebatkan di dalam subject ini adalah mengenai peranan Islamic banks. Perkara yang didebatkan adalah mengenai perlaksanaan dan objektif penubuhannya. Dalam ekonomi Islam, financial institution tidak seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi turut berperanan untuk menyumbang kepada masyarakat. Objektif utamanya adalah untuk membantu masyarakat, which is i'm not sure our Islamic bank has done that or not. But in Bangladesh, there is one bank who provide microcredit to poors so that they can increase their living standard, daripada pengemis kepada pengusaha perniagaan kecil-kecilan. Perlaksanaan ini sangat membantu rakyat Bangladesh sehingga the pioneer of this idea (Bro. Muhammad Yunus) ini mendapat Nobel Prize.

Boleh refer di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Grameen.

http://www.grameenfoundation.org/nobel_prize/

Wassalam.

P:S/ Terpaksa pecahkan artikel kepada 2 part sbb Blogger tetiba tak boleh upload semua sekali.

Islamic man vs Economic man

Assalamualaikum wbt,

Saya terbaca buku karangan Tn Guru Hadi Awang di surau ketika ingin mengerjakan solat Asar. Tajuk bukunya ialah 'Hadharah Islamiyyah, BUKAN Islam Hadhari.'

Bukunya tidak tebal, dan bagi saya mudah untuk difahami. Perbincangan buku tersebut menjurus kepada pengertian Hadharah itu sendiri di mana ia disandarkan kepada Islam..dan bukan Islam yang disandarkan kepadanya. Macam adverb lah sebenarnya Hadharah ni (nak mempermudahkan maksud).

Saya tdk berniat mahu menyentuh mengenai konsep Hadharah Islamiyyah vs Islam Hadhari ini secara mendalam, cuma saya tertarik mengenai kupasan bagaimana Islam menghargai ilmu seperti yang dinyatakan bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada Rasululah s.a.w adalah Iqra'. Dan dinyatakan juga bahawa perbezaan utama sumber ilmu (knowledge resource) di antara Islam dan Westeners ialah Westeners tidak mengakui wahyu ataupun sebarang sumber yang tidak berlandaskan scientific facts, termasuk instinct untuk membuat sebarang tindakan mahupun judgement. Mereka hanya bersandarkan kepada observation, pengetahuan mereka yang pakar dan kajian scientific yang dijalankan.

Saya mempelajari perkara ini ketika mengambil subject Economics & As-Syariah (luper dah title program yang sebenar) di UIA dulu, di mana fokus diberikan kepada perbezaan economics treatment by Islam and conventional, due to different Worldview. Islam melihat sesuatu transaksi itu bukan sekadar transaksi semata-mata, tetapi melihat ia sebagai satu ibadah yang menjangkau ke hari akhirat, dan tidak mementingkan dunia semata-mata. Perbahasan mengenai perbezaan ini merangkumi beberapa perspektif mengenai pandangan Islam dan conventional towards human (Islamic man vs Economic man), nature (alam), objective dan beberapa aspek lain. Kemudian kami menjurus kepada dasar ekonomi Islam dan kaedah perlaksanaannya yang turut menekankan prinsip co-operation yang dipegang oleh Islam berbanding competition oleh Westeners.

(To be continued)

Friday, May 11, 2007

Berlapang dada

Assalamualaikum wbt,

Life is unpredictable sometimes. Untuk menjadi berlapang dada dengan sesuatu yang kita rasakan tidak sepatutnya menimpa kita, mmg sukar. Tetapi kekuatan itu akan datang dr Allah. Dan sesungguhnya, Allah Maha Mendengar segala doa dan permohonan dari kita. Kita sahaja yang kadang-kadang terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Maha Pemurahnya Allah itu di mana di dalam kita bermaksiat denganNya, Dia masih memberi rezeki pada kita.

Banyak perkara manis dan kurang manis yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini. Tetapi saya lebih suka bersikap positif untuk melihat sesuatu yang kurang manis itu sebagai pengajaran hidup yang mungkin tidak tertulis di buku-buku atau majalah, dan saya melihat ia juga sebagai satu ruang yang Allah telah takdirkan untuk saya berkembang menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah keperibadiannya berbanding dahulu. Kita sering menganggap musibah yang berlaku ke atas diri kita adalah sesuatu yang memeritkan..sememangnya mmg benar ketika kita baru berada di dalam situasi itu...but one day if we reflect back..pasti ada hikmahnya. Dan saya meyakini keterangan ini kerana jelas telah terbukti atas diri saya bahawa sesuatu kesukaran itu adalah dugaan, dan juga peluang untuk membentuk diri kita menjadi lebih kuat dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Sekiranya tiada ujian, kita tidak tahu potensi dan sejauh mana diri kita untuk menerima ujian2 getir, dan yang paling baik seseorang muslim itu adalah bersabar dengan sekuat-kuat daya di dalam menerima ujian tersebut. Allah telah menjanjikan balasan yang baik untuk mereka yang bersabar.

Dan sesungguhnya..setiap kesukaran itu akan diiringi dengan keringanan. Nukilan ayat Quran yang menjadi azimat dan penyejuk hati ketika dilanda kesukaran dan ujian yang memeritkan.

Wassalam

Thursday, May 03, 2007

Konvensyen NISA' and Istiqamah

Assalamualaikum wbt,

(1) Konvensyen NISA'

Alhamdulillah..it was a bless for me being together with my NISA' team for the past 1 whole week. Kemuncaknya adalah pada 1 Mei yang lepas di mana kami menganjurkan Konvensyen NISA' Malaysia, being a someone who has left NISA' activities for almost 3 years, the experience of working together with NISA' team and get the opportunity to meet all the 'big shots' in the convention has given me some sort of peringatan and kesedaran abt my ultimate purpose of living on this earth.

Sometimes i do forget..and alhamdulillah i get reminded and given opportunity to mingle with these very nice people. Terasa rendah diri juga dgn mereka, mereka ni mmg betul2 innocent and baik.

Nice working with them, and hope to work and be together again for future programs :)

Congrats to NISA' team members especially Kak Mas and MT, masya Allah you girls are superb! :)

(2) Istiqamah

Hari ni dgr ceramah kat surau, Ustaz discuss ttg Istiqamah. Ustaz kata istiqamah ni takde saper org boleh tolong kita untuk jadi istiqamah..kecuali dgn usaha dan ikhtiar kita sendiri.

Ustaz kaitkan dgn du'a ni:

Rabbana la-tuzigh qulubana ba'da idh-hadaytana wa-hab lana mil-ladunka rahmatan, innaka antal-wahhab

"Our Lord, do not make our hearts go astray after You have guided us, ana grant us mercy from Yourself. You grant mercy without measure."


Always pray that we are among those who are istiqamah in Islam, ameen.

:)

Friday, April 20, 2007

:)

Assalamualaikum wbt,

It's been a while that i opted not to write anything in here..i think the passion to blog is lessening now eventhough i have time to do so hehe.

Anyway, just nak update:

1. My youngest sister Aida dpt matriks Kulim Kedah, yang sebelum ini my younger sis Eqa and younger bro Ili dah pernah pergi. The first question yang ditanya straight away biler Aida told me abt the offer "Takde matriks lain ker kat Mesia ni yg boleh pegi? Asyik matriks Kulim jek sampai 3 generasi..haiyaa!!) Serius..cari ler matriks tempat lain..kalau pi Kulim tu..mmg giler sket sbb dia tak bagi keta parent naik ke hostel atas bukit..so kena naik van yang takde pintu..cuba bayangkan..kot kot ler tergolek tgh jalan tu tak ker naya. Tapi tu citer 5 6 tahun lepas during my younger sis's time..skang ni tak tau ler hehe.

2. Kes tergolek2 turun hutan kat Janda Baik during Mukhayyam Usrah MMU hehe. First time join Tamrin Qiadi..tapi alhamdulillah kali ni jadi faci, kalau jadi peserta mmg naya sebabnya mmg boleh tahan kejam gak ler senior2 Usrah ni...sian khemah bebudak ni 'dirempuh khinzir' padahal senior2 yg runtuhkan hehe..sebenarnya nak test kesabaran bebudak ni jek. Paling tak tahan sesi Night Walk..masuk hutan kol 12 malam..keluar hutan kol 6 pagi...addooii..tak pernah dlm hidup masuk hutan lama giler mcm ni. Ditugaskan jadi 'pengacau' bebudak yg lalu track..sandar bawah pokok and ingat bolehlah nak lena kejap..punyerlah tak boleh nk lena sampai terasa nak peluk pokok sambil cakap 'bilerlaaaa nak habis Night Walk ni..cepatlaaaa habis"..terasa mcm faci lak yang terseksa dr bebudak yg kena jalan dlm hutan tuh sbb dek lamanya menunggu event nk habis hehe, dahlah mengantuk dan dengan segala pacatnya..aiyyaa. Tapi kelakar gak ler bebudak ni kena kacau..ada gak ler faci yg kena pijak kat trek sbb bebudak tak nampak hehe.

Mmg pecah rekod dalam hidup..tergelincir turun dr hutan lebih 7 kali kot rasanya..giler hopeless jek rasanya...gara2 hujan sebelum Night Walk tu..and my sport shoes tak mencengkam tanah properly. Mmg bergolek2 ler dibuatnya hehe..tapi takpe..best. nasib baik the next day cuti gantian..rehat kat umah sbb body pun sakit2 jugak.

Best jugak sbb derang buat role play..tetiba dpt role kena jadi juri mcm Akademi Fantasia..hoho...terasa jadi mcm Ogy plak hehe. Apa pun..mukhayyam ni best..cuma kejam sket hehe..not only me yg komen mcm ni..Sarah Mamat pun commented the same...terasa sian jek bebudak ni kena buli hehe. Cuba bayangkan derang kena masuk hutan kena bawak Quran..huhu..kagum sekejap...Quran kecik takpelah lagi..ni Quran besar..haiyaa...lenkali organizer kena pesan bawa backpack kalau nak buat program naik hutan bawak Quran :)

Tadi isi borang e0filing LHDN..sian saya..tak pernah buat sebelum ni..merangkak2 and asyik tepon Kak Maz UIA (my MBA classmate) utk bantu.

Tadi kami satu ofis celebrate birthday GM kami, moga beliau murah rezeki dan panjang umur.

Ok guys..minta diri dulu...doakan yang terbaik buat saya k.

Assalamualaikum.

Friday, April 13, 2007

:)

Assalamualaikum wbt,

:)

Bestnya hari Jumaat, hari yg berkat.

Hari ini rasa tenang jek..and saya dpt bercakap dgn adik saya Eqa yg sdg bercuti di Tioman skang ni.

Salam buat semua :)

Wednesday, April 11, 2007

Al Insyirah

Assalamualaikum wbt,

(1) Pemergian ibu Kak Imah

Dah lama tak mencoret di sini, sedikit terbatas masa.

2 hari lepas Kak Imah, PA GM kematian ibunya. Inna lillahi wa'inna ilaihi raji'un. Moga roh ibu Kak Imah dicucuri rahmat Allah sentiasa.

Tabah dan tenang sahaja Kak Imah ketika kami sampai ke rumahnya di Melaka, sejurus jenazah ibu beliau dikebumikan. Kalau saya, entah..saya pun tak tahu, tak pasti boleh jadi sekuat dia atau tidak.

Kak Fida pula masuk hospital due to kidney infection. Pada awalnya kami ingin melawat beliau di hospital, tetapi dkejutkan pula dgn pemergian ibu Kak Imah. Terus kami bergerak ke Merlimau, Melaka. First time menjejak kaki ke sana.

Melawat Kak Fida di Ampang Puteri semalam, alhamdulillah sudah beransur baik. Kena tahan wad 2 3 hari lagi sehingga betul-betul sembuh.

Moga semuanya selamat didoakan. Semua yang berlaku adalah ujian dr Allah..semoga Kak Imah and Kak Fida tabah menghadapi segala ujian. Ketika saya mendengar berita pemergian ibu Kak Imah, saya menangis di dalam solat kerana terbayangkan sekiranya sayalah di tempat beliau yang kehilangan ibu saya, saya tak pasti apa yang akan berlaku. Saya tak pasti saya kuat untuk menahan dugaan itu.

Kematian itu sendiri merupakan satu pengajaran bagi kita yang hidup, saat kita entah pula tibanya.

"Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang".

Ameen.


(2) Al Insyirah

Saya bebetul terharu dengan apa yang berlaku pada saya Khamis minggu lepas. Dan benarlah seperti firman Allah dalam Surah Insyirah,. ayat 5 dan 6 yang bermaksud ,. " Sesungguhnya bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan/kesenangan".

Allahu Akbar!

Buat Adik Azrin, sabar...perbanyakkan sabar..insya Allah Allah akan beri keringanan. Allah beri dugaan tanda Allah sayang :)

Wassalam.