Assalamualaikum wbt,
Ya, saya bergelar seorang pelajar lagi.
Di mana?
UIA...mengambil Diploma in Islamic Studies bersama suami.
Kelas pada setiap Sabtu pukul 10 hingga 1 tgh hari. (Sepatutnya 9 pagi hingga 12..tapi lecturer sem ni ada kelas pagi, so terpaksa dianjakkan).
Ada exam and project paper yg perlu dipenuhi.
Doakan semuanya dipermudahkan.
:)
Monday, January 28, 2008
Friday, January 04, 2008
Denggi berdarah
Assalamualaikum wbt,
Subhanallah walhamdulillah...banyak perkara yang dilalui ketika di dalam saat sunyinya blog ini.
Suami dan ibu mertua saya baru sahaja keluar ward kerana menghidap denggi berdarah. Menangis juga saya melihat keadaan suami yang sgt lemah..platlet darah sudah mencapai tahap 0..zero platlet..badannya pun mengembang dek kerana dimasukkan air dan platlet silih berganti. 4 malam saya tidur di hospital menemankan suami dan ibu mertua.
Nasib baik abang2 dan kakak2 ipar membantu menjaga ibu mertua di Kajang Plaza Med Centre (KPMC), manakala saya menjaga suami di Hospital Kajang (KPMC refer suami saya ke Hospital Kajang kerana platlet suami sudah mencapai tahap zero dan critical). Menangis saya ketika menemankan suami di Hospital Kajang pada malam pertama kerana rasa bersalah datang bekerja pada hari platletnya turun zero berikutan ada ISO Audit Stage 2. Nasib baik dapat certification selepas berusaha keras menyiapkan evidence dan sebagainya.
Ibu mertua kurang sedikit keadaannya..tapi masih di bawah 30.
Sekarang alhamdulillah kedua-duanya beransur pulih. Lega hati dibuatnya.
Setinggi-tinggi syukur atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah.
Ayah to my MBA classmate, Kak Mazlina Leeds meninggal pagi tadi, inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Jumpa lagi yer.
:)
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)