Monday, December 28, 2009

Sawang tebal

Assalamualaikum wbt,

Huh, sungguh lama menyepi blog ini. Bukan kerana ketandusan idea, tetapi beban kerja yang tak sudah2 menjengah ke meja, jadinya perlu diatur priority yg ada, blog ini jadi priority yang tak tahu ke-berapa rankingnya hehe.

Now i'm already 22 weeks of pregnancy, nothing much except kerap mengalami migraine yang teruk sampai muntah2...waktu Insyirah dulu takdelah pulak. Yerlah, lain baby, lain gayanya :)

Hany is still hospitalised, please make du'a for her. My cousin get married last weekend, kami berkampung 2 hari membuat persiapan, seronok rasanya sbb dah lama rumah wan tidak membuat kenduri perkahwinan.

Insyirah sihat, sudah pandai merajuk. Kalau nak suapkan makanan, dia mesti nak pegang sudu dan mangkuk makanan, kalau tidak sampai ke sudah tidak mahu makan...bertuah betul anak dara sorang ni! Anyway dia br 14 months k...tgh berusaha untuk berjalan..sibuk memanjat2 badan org sekarang ni :)

Ofis tgh lengang, skang ni ramai org bercuti dek kerana hujung tahun...my cuti dah tinggal 3 hari jek skang ni until 1/1/2010. Rabu ni nak bercuti bawa insyirah check up di hospital.

Ok frens, hanya berniat untuk menyinggah sementara, menanggalkan sawang2 di blog ini yang sudah tebal.

Ingin berundur diri, salam permisi.

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri :)

Assalamualaikum wbt semuanya!!

Hampir sebulan senyap baru nak post update baru. Maafkanlah saya, tugasan di pejabat agak melimitkan saya untuk meng'update' blog ini :)

Dalam sebulan 2 ini, alhamdulillah ramai kawan2 saya yang sudah selamat melahirkan anak. Farrah, Ayu, Jie dan Ika sudah selamat melahirkan. Tunggu Shelly pulak yang sudah semakin sarat.

Saya sangat gembira untuk mereka, dan sedikit rasa teruja untuk mengandung kembali. Saya suka pengalaman mengandung sebenarnya. Pengalaman mengandungkan Insyirah sangat senang dan mudah, takde morning sickness, makan pun takde nak sekat2 atau alah...mmg best boleh makan apa sahaja.

Saya nak sangat mengandung, everytime saya jumpa orang mengandung saya akan cakap...eeee...bestnya awak pregnant, ni yg terasa jeles nih heheh.

Insya Allah bulan 4 tahun hadapan saya akan menimang anak yang kedua. Saya pun baru sahaja dapat pengesahan mengandung 2 bulan pada Sabtu lepas. Alkisahnya saya buat pregnant test sbb saya dapat berpuasa penuh bulan Ramadhan, mesti musykilkan sbb mesti one week akan bercuti puasa kalau tiada apa2.

Buat pregnant test, alhamdulillah saya mengandung 2 bulan. Allah kabulkan doa saya untuk dapat baby cepat walaupun Insyirah masih kecil. Insyirah sekarang ni baru berusia 11 bulan hehe.

Saya masih breastfeed Insyirah walaupun pregnant. Dan berhasrat untuk meneruskannya selepas bersalin baby baru sehingga dia berumur 2 tahun. Tandem breastfeeding ;) Harap sangat untuk menyusukan Insyirah sampai dia 2 tahun :)

Okla my dear readers, di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesalahan saya yang sengaja mahupun tidak. Berdoalah agar kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Saya akan beraya di rumah ibu mertua pada pagi Raya dan kemudian terus pulang ke kampung di Pedas, N. Sembilan. Raya kedua kembali ke KL dan Raya ketiga beraya di Kota Bharu, Kelantan. Panjang sungguh perjalanan Raya saya pada kali ini :)

Selamat hari Raya semua !!

Wassalam

Thursday, August 20, 2009

Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Ramadhan menjelang kembali, harapnya Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya.

Ramadhan yang lepas saya berpuasa penuh, kerana mengandungkan Insyirah. Seronok pula mengingatkan saat2 saya 'berkomunikasi' dengan Insyirah ketika masih dalam kandungan, setiap sahur saya akan pesan padanya:

"Insyirah, hari ni kita puasa sama-sama yer...petang nanti kita makan sama2 k..".

Alhamdulillah sepanjang berpuasa Insyirah tak minta makan...ada satu hari saya terlupa nak pesan...Allah...lapar tak ingat dunia, pukul 10 pagi perut dah menendang2...tapi saya teruskan juga puasa sbb masih mampu bertahan. Sejak tu saya mmg pesan hari2 ni supaya berpuasa sama.

So untuk ibu2 mengandung...pesan2 kat anak2 dalam perut k hehehe.

Sekarang Insyirah dah 10 bulan...baru 2 hari lepas berjaya mengengsot diri ke depan..dan suka main air liur berbuih2...my husband tak bagi beli walker dulu sbb nak suh Insyirah merangkak dan berjalan dengan sendirinya without any assistance. Ayah dia strict sket :P

Skang ni ayah Insyirah di Kuching..sejak last week lagi outstation ke Melaka, this week ke Sarawak, next week ke Terengganu, the another week lagi akan ke Perak. Aiyaaa...sedih ummi dan Insyirah ditinggalkan selama sebulan ni...nampak gayanya berkesempatan berbuka puasa dgn ayah Insyirah 2 minggu je ler. Yang lain semuanya outstation huhu.

Sempat berjumpa dengan geng2 yang tgh pregnant..Jie..Shelly..Ika..Farra dah selamat melahirkan baby lelaki..congrats Farra!! Tak sure bile leh menziarah ni...ayah Insyirah tgh outstation skang ni. Biler jumpa Jie semalam..siap pesan saya leh jadi besan dia sbb dia byk anak lelaki...siap ckp rugi tak buat Insyirah menantu sbb Insyirah comel muahahaha...sajer2 jek buat lawak..tapi ok jugak,kan Jie? Ke jadi besan Abg Faizal and Kak Ija ker...boleh Abg Faizal? Hehehe

Sebenarnya byk nak citer..tapi masa selalu takde...biler dah menulis semua idea gone! So with that, i have to end here.

Salam Ramadhan untuk semua k! :)

Wassalam.

Wednesday, June 24, 2009

Happy Birthday to Abg and Etah!! :D

Assalamualaikum wbt,

Today is my husband's birthday, moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah.

Semalam birthday adik bongsu saya yang sekarang ni di Mesir buat Medic, Siti Zubaidah Othman @ Etah. Doa yang sama juga untuk adik k! :D

Birthday saya dah lepas, 6 Jun yang lepas. Seronok juga beramai2 celebrate hari lahir pada bulan Jun ni, adik2 ipar dan kakak ipar saya pun bulan Jun :) Husband saya bagi saya hadiah special, seronok2! Thanks Abg! ;P

Anyway, just wanna say thank you very much Abg for being so understanding, tak garang2 dengan Iena (sbb dia tau wife dia sorang nih sensitif yang amat!), loving, caring, mmg seorang yang best! Really happy to be your wife, syukur sgt2 kat Allah :)

Just nak update perkembangan terbaru Insyirah yang sekarang ini sudah berumur 8 bulan setengah. Masih belum boleh merangkak, cuma guling2 dan menyusur ke belakang. Kita agah di depan, dia tau dia tak boleh menyusur ke depan, dia pergi golek2 sampai kat kita, heh comel!!


Here are Insyirah's latest pics:



Insyirah senyum :)




Insyirah with Ummi :D

Insyirah dengan Ayah..sukanya dia! :D


Dengan Mak Long


Sama tak rupa dedua orang nih? ;P


Comel tak saya? hihihi :D

Monday, June 01, 2009

Pemergian atuk dan Dz, Insyirah kena campak

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk update blog yang dah lama saya tinggalkan. Bukannya tidak mahu update, tetapi tidak berkesempatan. Ini pun kesempatan muncul kerana GM saya bercuti dua hari. Kalau dia ada, biasanya mmg ada sahaja tugasan yang perlu dilaksanakan.

Rasanya 2 bulan dah saya tidak update blog ni, sepanjang 2 bulan tu banyaklah perkara yang dilalui, cuma tidak tercatat di sini.

Bulan lepas, pada 18 May 2009, saya kehilangan datuk saya yang meninggal kerana blood clot di kepala dan keadaan jantung yang lemah, lanjutan dari penyakit kencing manis yang dihadapi oleh arwah.

Terkilan saya, tidak sempat menatap wajah arwah sebelum dikebumikan kerana tersalah jangka masa pengkebumian. Pada hari arwah meninggal, Insyirah demam panas dan kami bawanya ke klinik sebelum bertolak ke kampung saya di Rembau. Tak sangka di dalam perjalanan, adik memaklumkan bahawa jenazah sudah disolatkan dan akan terus dibawa ke tanah perkuburan. Suami saya pecut sehabis2nya dan saat kami tiba di kampung, kubur arwah sedang dikambus. Yang mengubat hati saya adalah kesempatan kami melawat arwah di hospital Seremban 2 hari sebelum pemergiannya.

Inilah seorang datuk yang saya ada, datuk sebelah bapa saya tidak pernah ketemu kerana beliau meninggal sebelum saya lahir.

Datuk sebelah ibu saya inilah tempat saya, adik beradik dan sepupu bermanja sejak kami kecil sehingga dewasa. Teringat lagi atuk saya rajin membuat senapang kayu, bat ping pong, congkak dan permainan kayu lain untuk cucu2nya yang kuat bermain ini. Setiap kali balik kampung musim Raya, musim buah dan kenduri kendara, atuk rajin melayan karenah cucu2nya yang bukan sedikit ini.

Banyak kenangan saya bersama atuk...saya mendoakan arwah semoga tenteram dan kuburnya menjadi salah satu taman syurga agar rohnya boleh bersemadi tenang dan bahagia.

Saya juga turut kehilangan teman sepejabat, Dzulita M. Sakan @ Dz yang mmg rapat kerana kami bekerja di bawah satu bumbung hampir lima tahun lamanya. Arwah meninggal kerana kemalangan jalan raya. Turut rasa kehilangan apatah lagi jambangan bunga yang arwah pernah hadaiahkan kepada saya sempena hari lahir setia terletak di atas meja saya. Saya doakan arwah juga turut dilindungi rahmat Allah. Ameen.

Insyirah?

Baru sahaja sembuh dr demam campak, rupanya ketika kami bawa ke klinik di hari pemergian datuk saya, Insyirah nak kena demam campak. Di kampung, tak lena saya tidur asyik menglap badannya yang panas. Bila balik ke rumah, asyik menjerit dan menangis. Saya pula tak tahu yang dia nak kena demam campak, bila keluar merah2 ingatkan dia allergic to food, pergilah letak krim allergic. Allah, rupanya campak. Dalam 3 hari dah pulih dah, and until now dia tak nangis menjerit2 mcm waktu dalam kena campak. Agaknya dia gatal2 and sakit2 badan kot, tu yang menjerit tak ingat tu.

Tu jerlah yang saya nak update. Kita jumpa di lain masa insya Allah.

Wassalam

Friday, February 27, 2009

:D


Syukran to Ayu, Kak Nieta and Ika yang tag me eventho there is a very2 slim chance for me to respond due to endless work (bilerlaaa boleh tukar kerja ni? byk keje ler jd business controller ni)
1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
Tadaaa...copy dah.
2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
2.1 Ayu
Heh, kenal Ayu waktu kat Pre-U MMU di Melaka, selamba badak jek me tegur dia kat depan lift sbb ingatkan dia adalah my senior di sekolah menengah dulu..muka cam sama jek. Rupanya salah orang. Disebabkan bilik kami dekat2 and entah macam mana kami boleh jadi satu geng, jadinya berterusan ler jadi geng yang sgt rapat sampai hari ini.
2.2 Kak Nieta
Mcm mana eh Kak Nieta kita boleh kenal? Tapi rasanya kami satu fakulti Mgmt kat MMU dulu, itulah rasanya punca kami berkenalan. Rasanya pernah satu kelas, kat MMU dulu kelas bebudak Mgmt selalu campur2 course waktu first year.
2.3 Ika @ Tikot
Ika adalah among the first person yang saya jumpa di Pre-U Melaka dulu. Saya ketuk pntu bilik dia untuk tanya kiblat sbb nak solat Zuhur...terkejut memula tgk wajah Ika macam wajah pelakon drama Rozie (tak ingat nama penuh aktres ni). Pastu kami rapat sbb Ika sebilik dgn Farra Aiza yang menjadi classmate saya..so selalu buat assignment n discussion kat bilik Farra. Sebab tu close ngan Ika. Bertambah close bila kami sama2 dilantik menjadi exco SRC MMU, jadi belangkas ler kami ke mana-mana. Tahun akhir, saya ditempatkan satu bilik hostel bersama Ika dan Siha. Bayangkan ler kami yg mmg satu geng ni dpt jadi rumet...havoclaa bilik. Siap buat projek masak-memasak ler dlm bilik, masak nasi lemak, masak kuih jemput2 and penkek. Disebabkan kami selalu bersama-sama, orang akan sibuk bertanya kalau salah seorang takde. Kami ni mmg bestfriend n sama wavelength sampai kalau ada salah seorang tak dpt nak articulate idea, yang lagi sorang tolong menerangkan. Haaa..terer tak kitorang? Mueheheh
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
Hobi/Fakta 1 - saya suka membaca, apa2 ajerlah semua saya baca.
hobi/Fakta 2 - saya suka martial art, walaupun saya tak terer sgt. Kalau ada rancangan pasal martial art jek, normally saya akan tgk. Dapat husband pun org silat..pernah gak praktis berlawan dgn dia...sakit badan dibuatnya. Skang ni tak praktis lagi sbb tak nak sakit badan asyik kena penangan silat.
hobi/fakta 3 - saya ada seorang anak perempuan yg comel (muehehe..puji anak sendiri...takpelah,kan..biar aaa muehehe), namanya Nur Insyirah yang sekarang berumur 4 bulan setengah. Suka main2 dengan dia sbb dia suka gelak2.
hobi/fakta 4 - saya suka art, tak kira apa hasil seni pun walaupun saya sendiri tak reti melukis. Saya suka menghayati lukisan dan warna-warna.
hobi/fakta 5- saya juga suka berenang, bak kata org 'hantu air'. Keluarga saya mmg jenis suka main air, so normally kami suka mandi laut/sungai n kalau pergi bercuti, mmg suka tempat2 yang dekat dengan laut atau sungai.
hobi/fakta 6 - saya kurang mahir buat kerja2 kewanitaan ni i.e. menjahit baju, memasak kek dan menggubah bunga/hantaran dan sebagainya. Tapi azam baru saya nak memahirkan diri untuk masak kek dan masakan western sbb suami saya suka.
hobi/fakta 7- saya suka belajar, rasanya kalau ada peluang untuk belajar sampai tua, saya nak kot. Cumanya sekarang sejak ada baby ni...semangat tu kurang sikit (ntah bilerlaaa nak sambung Doctorate)
hobi/fakta 8: saya mmg orang yang jenis kalau buat kerja, mmg concentrate giler. Kalau saya tgh concentrate buat kerja yg extremely urgent atau study, jgnlaa ganggu2. Kekadang layan jugaklaa kalau important, tapi normally saya akan cut the topic short. Biler dah habis kerja penting tu, baru saya pergi balik kat org tu tanya apa saya boleh tolong lagi.
4. Pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.
Tak rajin nak tag org lain :D
***********************************************************************************

Sebenarnya saya mmg dah lama tak berkesempatan untuk update blog ni..tapi disebabkan saya nak break the routine saya yg asyik memanjang sibuk setiap hari, lagipun pagi tadi dah settle mesyuarat pengurusan, makanya saya mengambil keputusan untuk update jugak blog ni. Tapi pas ni tak tau berapa lama lagilaaa saya boleh update blog ni sekali lagi.
Until then, salam sayang untuk semua :D

Thursday, January 15, 2009

Ika kahwin and majlis cukur jambul Insyirah

Assalamualaikum wbt,

Sekitar majlis perkahwinan my bestfriend, Ika di Melaka pada Sabtu 2 minggu lepas dan majlis cukur jambul Insyirah keesokan harinya.



Ika, Siha and me





My husband, Insyirah and I with the pengantin, Siha and Miss Han (kawan Ika from Korea)



Insyirah and me :D



Insyirah sebelum majlis cukur jambul



Insyirah and me sebelum upacara cukur jambul




Tadaaaa....Insyirah dah botak!!



Gambar Insyirah takde rambut :D




Smile! :D