Friday, November 23, 2007

Ibu saya menangis

Assalamualaikum wbt,

Ibu saya call 2 kali memberitahu dia sedih sejak saya tinggal di rumah mertua sekarang ini..dia merasakan anaknya yang seorang ini diambil org.

Saya tergelak besar sampai terjatuh dr kerusi ketika tgh berbaring kerana tak sangka ibu saya boleh keluarkan kenyataan itu.

Saya balas...ketika kami tinggal bersama dulu...asyik gaduh jek...skang ni rindu2 pulak..ibu pulak tergelak besar.

Bila saya telefon kakak saya, dia memberitahu bahawa sebenarnya ibu saya sudah 2 kali menangis sebelum membuat panggilan kepada saya.

Saya rasa terharu dan rasa sedih biler dgr khabar rupanya ibu saya menangis. Saya telefon suami dan beritahu sambil menangis, suami saya suruh saya singgah rumah ibu or tidur rumah ibu untuk lepaskan kerinduan.

Saya rasa terharu sbb...saya akui saya ini anak yg degil..suka ler cari gaduh dgn ibu saya..dedua nk menang jek kalau berlawan cakap...jadi saya tak sangka ibu saya akan berasa rindu pada saya di ketika ketiadaan saya di rumah. Yerlah..anak yg paling suka lawan cakap dia sayalah hehe..so mmg terharu sungguh rasanya.

Perubahan besar yg saya rasakn selepas berkahwin ni ialah saya jadi sgt bersopan dan mmg terasa nak treat ibu saya bebaik jek..tak nak cari gaduh lagi dgn ibu hehehe. Kalau beli brg untuk mertua, saya beli sekali untuk ibu saya.

Alhamdulillah adik bongsu saya akan fly ke Mesir untuk course Medic di Univ. of Tanta pada Isnin ini.

Habislah...saya jamin ibu saya akan menangis bagai nk rak waktu nak hantar adik saya nanti..confirm!

Saya rasa saya pun!

SAYA SAYANG IBU DAN KELUARGA SAYA!!

:D

Thursday, November 15, 2007

Wedding

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sudah selamat majlis perkahwinan kami di kedua-dua belah pihak pada 3 Nov dan 11 Nov yang lepas.

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada semua sahabat2 yang sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan kami.

Doakan jodoh dan kebahagiaan saya dan suami berkekalan fi dunya wa akhirah ya :)

Gambar2 kahwin belum berkesempatan untuk di'upload'kan..nanti kalau dah siap upload, kami war warkan insya Allah.

:)


Iena & Fahmee