Wednesday, June 30, 2004

Karenah staff

Assalamualaikum wbt,

Semalam meeting pengurusan, my presentation ended with a big applause by FMD members sbb berjaya carry tugas Business Controller dengan baik in one month (claimed by them, not me)

Alhamdulillah atas segala kesempatan nak merasa pujian, tapi sebelum kena puji tu, kena tembak juga ttg karenah staff BC ni(dush dush dgn bazooka, nasib baik tak dengan Tomahawk ker apa ker, kalau tak lama dah longlai waktu buat presentation tu)

Pening kepala sekejap. Kita sedang berurusan dengan manusia, ciptaan Allah yang sungguh kompleks dan dynamic. Kita tak dpt nak atur perilaku dan pemikiran mereka seumpama memprogramkan robot dan komputer.

Macam mana nak tackle masalah staff dan manusia umum lainnya?

Tarbiyyah dan pendedahan ilmu secara konsisten. Tapi macam mana nak tarbiyah? Apatah lagi dengan orang-orang yang sudah berumur ini?

Hmm..had to find a way.

Wassalam.

Monday, June 28, 2004

Mesyuarat Pengurusan cancelled

Assalamualaikum wbt,

Sedang berjalan menuju ke parking kereta office, suddenly Tn Hj Tajul telefon beritahu dia MC hari ni sbb demam, so mesyuarat pengurusan ditunda ke esok.

My manager marah sangat sampai tak terkata apa..sebab kena datang hari Ahad lepas untuk selesaikan kerja semata-mata untuk meeting pagi ni, and i woke up at 4.30 a.m untuk furnishkan presentation apa yang perlu, aiyaa.. if i know this will hapen, might as well i join program di PD hari tuh.(sabar sabar, ada hikmahnya insya-Allah)

Last Saturday i went to register myself di UIA untuk course MBA, alhamdulillah berjumpa dengan rakan-rakan baru. Ada yang sudah berumur and ada yang muda macam baya-baya kita jer. Ada 2 orang non-muslim join juga this course. Overall it looks like ok, Head of MBA pun ok jek bagi penerangan, insya-Allah semuanya berjalan lancar. Yang paling best ada sorang muslimat Sudan ni pun join juga, tanya dia ada berapa orang anak. Dia kata ada 3. Subhanallah, ada anak2 yang perlu dijaga, being a foreigner to our country is not an easy task to do. Kagum. Kagum. Best gaklaa kawan ngan dia ni, boleh practice Arabic.Hari tu speaking Arab dgn dia (yang simple2 jeklaa), nasib baik dia faham, kalau tak mungkin tunda nak bercakap Arab ngan dia lagi kot, sampai dah bebetul expert hehe.

Sekiranya Allah bukakan jalan, semuanya akan jadi mudah insya-Allah.

Tak dapat satu kelas ngan Farah Aiza, sbb dia ambil subject yang tak dioffer untuk kami sem ni. Sem ni ada Financial and Managerial Accounting, my own subject kat U dulu. Ok ler kot. Jgn dia suh ambil subject Finance sudah. Tak suka ngan Finance, rasa mcm susah jek. Nak kira IRR ler, NPV ler, ada formula ntah paper lagi. Tak suka tak suka.

Bila compare UIA dengan MMU, agak berbeza sedikit environmentnya. Biah Islamic di sana lebih kuat(walaupun terjumpa jugaklaa couple2 makan sama, tapi boleh kira ngan sebelah tangan jek). Tenang jek rasa. Masuk masjid dia pun, kita boleh tengok pelajar muslimin bersolat berjemaah (tak kiralah jemaah yang keberapa dlm satu-satu waktu tu, tapi derang berjemaah jugak). Kat MMU payah sikit ler nak tgk, nak tgk pelajar muslimin penuhkan 2 saf depan tu pun payah.Tu baru surau kecil, belum lagi masjid sebesar UIA tu ;)

Berjumpa Ehsan, pres IU MMU Cyber 2 minggu lepas, alhamdulillah dia kata ada peningkatan. Sesi tarbiyah berjalan lancar, every week buat usrah kelompok. Tapi bahagian muslimat pulak yang tak berapa konsisten. Terbalik pulak dah, during my time dulu, muslimah konsisten, muslimin tak. Apa pun semoga semuanya berjalan lancar di sana. Mereka pun dah ada lapisan pelapis, cuma belum formally appointed. Ok ler tuh.Zaman kitorang dulu, jenuh nak mencari (utk SRC especially).

Ok ler, nak siapkan kerja mana yang perlu. Petang ni ada kelas Arabic, kerja rumah yang Ustaz bagi pun belum siap lagi.

Jumpa lagi k. Wassalam :)

Friday, June 25, 2004

Sempatkah?

Assalamualaikum wbt,

Sedang mendengar lagu Istighfar dari kumpulan SaffOne.

Terasa sayu.

Bagaimana kiranya nanti di dunia sana, Allah enggan terima amal ibadat kita?

Bagaimana agaknya kita hendak menerima hakikat pahit bahawa kita tidak diterima?

Akan tertundukkah wajah, atau akan meraungkah kita menyatakan penyesalan yang tidak akan ada penyudahnya?

Tergalas di bahu kita tanggungjawab yang bukan sedikit, tapi kemampuan dan masa yg kita punya seperti tidak cukup untuk mencakupi semua yang tertulis bernama AMANAH sbg KHALIFAH.

Bagaimana? Bagaimana hendak dicukupkan segala yang ditugaskan?

Entah...kaki masih melangkah, cuma tidak tahu sama ada ia cukup laju atau tidak.

Dan masa yang dipunyai makin lama makin sedikit.

Sempatkah?

Mampukah?

Thursday, June 24, 2004

Ilmu

Assalamualaikum wbt,

Ilmu.

Ilmu.

Ilmu.

Carilah ilmu, walau di mana jua.

Hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu.

Hendakkan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu.

Hendakkan kedua-duanya, apatah lagi..


Wassalam

Wednesday, June 23, 2004

Iktibar

Assalamualaikum wbt,

Today i have learnt that if someone had given power and authority, sometimes he tend to be so authocratic and power seeking person (eg Bush yg giler kuasa tuh)

I've learnt that power is capable to make you forget about yourself, your root of culture, and inarguable any regulations set by our religion and God.

Money is power. Richness is also a power. The authority and trust received by someone are also powers.

Should this power to be misused until it creates hatred and uneasy feelings among those being ruled under this power, or those who interacts with this power holder party?

Of course not.

Always remember, sekuat-kuat kita, setinggi-tinggi kuasa dan kekayaan yang dianugerahkan kepada kita, tiada siapa yang dapat melawan Yang Maha Berkuasa.

Riaklah sepanjang mana yang kamu hendak, berbanggalah setinggi mana yang kamu mahu, namun di mata Tuhan, kita hanya dapat sepicis (tu pun belum tentu dapat dikira sebagai sepicis) dari kuasa yang ada padaNya.

Moral of the story: Jangan mudah lupa diri dan berbangga dengan kuasa yang kita ada. Bebila masa kuasa itu akan hilang.

~Gone with the wind~

iena.

Monday, June 21, 2004

Motivasi pagi

Assalamualaikum wbt,

This morning Khairul came to my place and talked about his fiance booking Menara to celebrate his birthday today.

Entah macam mana boleh termasuk topik bergaduh2 ngan ibu hehe. I have to admit that i always quarrel with my mum for small2 things. Not that bad, but still we regard as quarrel jugalah kan.

Khairul nasihatkan not to quarrel with my mum anymore. Takut nanti apa yang terkeluar dr mulut kita akan terkesan di hati ibu.

Isk isk, mmglah kalau ikut hati tak nak gaduh, tapi kekadang tak leh nak elak and mulut ni cepat sangat nak menjawab balik, especially kalau kita tau kita yg betul. Rasanya sumer org akan merasai perkara yg sama,kan? Ker i sorang jer yg jahat? Hehe.

Khairul suggested for me to live separately with my mum (in other words, pindah dr rumah skang ni and live independently). He said i will treasure my mum better if we live separately. Isk, tak nak ler. Apa kerja nak duduk pisah kalau dah keje and duduk pun kat KL, lain ler tempat keje kat hujung dunia, umah parent kat hujung dunia lagi satu. Logic jugak ler nak pindah pun, besides bukannya i dah kahwin pun nak duduk pisah-pisah. Hehe.

Tu jer ler kot nak update for today. Malam ni ada Arabic, semalam baru terima surat dari UIA minta register diri this Saturday utk course MBA. Pastu ada program di PD pulak petang Sabtu dan pagi Ahad. Ingat nak ambil cuti Isnin esoknya, tapi ada Management Meeting pulak.

Wassalam.

Thursday, June 17, 2004

Seimbangkan kehidupan dunia

Kalamullah
(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian). Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Pada hal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih dekat. (Al-A'laa : 16-17)

Huraian:
Umat Islam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan keindahan dunia. Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud menghalang umat Islam daripada mencari kekayaan dan kemewahan duniawi.

Allah s.w.t. menyuruh supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk hari akhirat, tetapi janganlah lupa habuan di dunia.

Firman Allah di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.

Doa yang dipinta untuk kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat seperti di dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Kekayaan dan kemewahan yang diperoleh di dunia ini hendaklah dijadikan alat atau perantara untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Kesimpulan:
Umat Islam perlu bijak menguruskan keperluan kehidupan dunia dan akhirat agar mendapat kenikmatan yang kekal abadi di akhirat.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Tuesday, June 15, 2004

Diskusi petang bersama Kak Umi

Assalamualaikum wbt,

(Siri 1)

Today i've been limiting myself not to curi tulang by chatting or doing something else other than my real job as i am afraid that the salary that i will receive will haraam as i dun fulfill my responsibility and time as expected. Alhamdulillah berjaya, cuma kena improve lagi ;)

Tengah hari tadi keluar lunch with my younger sister Ika (she came back from English course at KL Sentral) and we had a wonderful chat on our planning for the next 6 months.

And in the evening i received a call from Kak Umi (Nisa' buddy) saying that she wanted to see me as she's visiting her husband's working place kat Tingkat 6 of the same building as mine (SNS).

And we had a very heavy and resourceful discussion which i appreciate actually rather than bercakap perkara yang sia-sia.

We talked about the current situation about Islam, the tribulations faced by Muslim around the world, and the possibility that Hari Kiamat is actually around the corner.

We had also discussed about politics in Malaysia scenario, and yeah, sememangnya perbincangan ini berbaloi, dan sememangnya pertemuan seperti ini sentiasa diharap-harapkan.

Not that i'm very interested in politics, i have to admit that i don't actually (not interested doesn't mean that i hate, i just don't develop interest in it, that's all). This kind of dicussion that i have with Kak Umi as part time lecturer in one of IPT is actually bringing me to realize of the real situation of what we have today, what Malaysia will has tomorrow, and what Islam will has within next 20 years.

Last Sunday nite i was watching Konsert Sure Heboh in Perlis on TV (no offence to those who are working with TM Net ya), i was thinking that if these youngsters are exposed to these type of programs that from the deepest from our hearts we know that it will not lead for any spiritual improvements, what outcome that you could expect from them in the matter of fighting in the cause of Islam actually?

Jiwa mereka sepatutnya dibentuk untuk menjadi pemuda pemudi gagah dalam menegakkan agama Allah. Hiburan seperti ini sebenarnya melemahkan iman, dan mensesatkan tujuan. Benar, ada orang akan beranggapan dan berkata "Ala, derang masih kecil lagi, dah besar nanti taulah mereka nak berfikir sendiri". Truly correct and could applicable for those who manage to think by themselves, who manage to search the Ad-Deen if they are searching, and for those who Allah saves them from kekufuran. But what about the rest who don't? As people who are older than them, who are given responsibility to lead and direct them to the right path, shouldn't we teach them the right way of walking their lives as what Islam has set for us? Do we actually have the rights to disobey whatever Allah has requested us to do, which is to mengerjakan amar makruf dan meninggalkan maksiat?

Program-program seperti ini seharusnya diisi dengan pengisian yang bermanfaat, yang mengajak kita kepada perkembangan diri dan percambahan minda yang sihat. I'm not saying that music is not health, tapi kita tidak dapat menolak bahawa kebanyakan lagu kebanyakannya membawa kepada unsur lagha. And apa-apa sahaja yang menyebabkan kita lupa kepada Allah adalah dilarang and boleh jatuh hukum haraam. I wish those media and tampuk pemerintahan up there could think very heavily about this aspect and priority: PEMBANGUNAN INSAN.

Islam ini adalah agama dagang. Benar seperti termaktub di dalam satu hadith. Tapi jangan kita pula yang suka rela membiarkan tangan-tangan kita menjadikan Islam itu dagang sebelum sampai masanya.

Moga kita terpelihara dari segala maksiat yang ada.Ameen.

****************************************************************************************
(Siri 2)

"Man la yarham la yurham" (Mutaffaqun 'alaih - merujuk kepada Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.

"Irham man fil ardh, yarhumka man fis samaak"

Kasihilah sesiapa di bumi, nescaya engkau akan dikasihi di langit.

(2 hadith yang dipelajari di kelas Arab semalam by Ustaz Zamakhsyari graduated fom Libya. Subhanallah as i've been taught from 3 different ustazs from 3 different countries where they graduated: Ustaz Wan Zuki min Al Misra, wa Ustaz Rahimi min Jordan wa Ustaz Zamakhsyari min Libya)

Ustaz Zamakhsyari ni mmg tak bercakap BM dengan kitorang walaupun dia Melayu, we actually understood what he said, but we were not capable to reply. Tapi masya Allah, semangat dia mengajar kitorang memang tak dapat dinafikan. Setiap patah perkataan Arabic yang keluar dari mulut kami dia akan sambut dgn "Aiwah" atau "ey". Memula pelik apa bende ustaz ni sebut "ey" ni, agaknya maksud perkataan ni "ya" dalam bahasa Libya kot. Allahualam. Tapi ustaz ni best jugak, asyik gelak jer kitorang belajar sebab ustaz ni cakap Arab mmg tak campur melayu, and apa yang kitorang mampu jawab hanyalah "na'am ya Ustaz". Dah itu jer yang kitorang reti jawab hehe.

Sembilan orang di dalam kelas, 7 pelajar kelas lama dan 2 pelajar baru. Hubungan sesama kami lebih erat dan dah tak segan-segan sangat nak berinteraksi, malah ada 2 orang ni nak hantar anak-anak derang tuition kepada sorang classmate sbb dia buka tuition utk Math. Peluang rezeki bertambah alhamdulillah.

~Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga~(kata-kata hikmah dari seorang sahabat)

Wassalam.


Monday, June 14, 2004

Cemburu

Assalamualaikum wbt,

Di saat hati ingin berbicara, dan jari jemari masih ingin menari, kucatatkan apa yang tersarang di hati.

Hati sedang merasa sebak, mengapa?

Kerana kulihat betapa ramai manusia sedang berusaha memperbaiki diri, mempertingkatkan amal, dan kurenung diri sendiri, apa sahaja yang terefleksi dan diperbuat dek diri?

Di depan sana kutemui para pemudi sedang mengatur susun dan langkah dalam berjuang, memperkasakan diri dengan ilmu dan amal dalam menyahut seruan iman. Dan aku bangga, tetapi di dalam masa yang sama terlukis rasa cemburu dek kepantasan mereka mengejar idaman cita-cita.

Aku masih lagi melangkah, dengan perlahannya, dan amat tidak pasti apakah langkah-langkah ini akan dikira.

Jahatkah aku kerana menyimpan rasa cemburu?

Aku rasa tidak.

Kerana cemburu yang dibenarkan ialah cemburu di dalam berbuat amal.


Dan di kala ini, hati masih sebak, dan air mata seakan murah untuk turun meredakan hati yang sedang resah.

Jadikan kami pemuda pemudi yang sentiasa menjunjung amanat-Mu ya Allah. Dan ampunkan kami atas ketidakupayaan kami di dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Mu.

Ameen.


Sabar dan pengharapan

Assalamualaikum wbt,

Sabar itu separuh dari iman. Benar pernyataan ini, sememangnya tidak dapat disangkal.

Sabar dan tawakkal kepada Allah, insya-Allah Allah akan membantu. Sekali lagi benar, apatah lagi pada diri yang pernah mengalaminya.

Sabar dan bergembira dengan ujian yang ditimpakan olehNya, maka akan berbahagialah kita kerana sabar dan tabahnya kita menghadapi ujian tersebut. Benar, namun kadang-kadang ujian itu amat pahit untuk ditelan :)

Disebabkan tiada kesabaran di dalam hidup, manusia sering berfikir pendek dan mencari jalan singkat untuk menamatkan masalah. Sama ada dengan mengambil dadah, minum arak, membunuh diri dan sebagainya.

Benarkah kita diajar untuk menghadapi rintangan yang diterima dengan cara sedemikian?

Mengapa tidak dicari Dia yang menurunkan dugaan itu, berharapkan agar dikurniakan ketabahan dan keringanan cubaan?

Bukankan Dia yang perlu kita hadap dan adu akan segala perkara?

Hanya Allah tempat pergantungan segala harapan dan impian.

iena.

****************************************************************************


Here is a poem that i copy from a mailinglist, how beautiful the poem is :)


In the name of Allah, the Most Gracious, Most Merciful,
There is none worthy of worship except Allah,
And Muhammad is the Messenger of Allah...

Another academic year has just passed by,
This summer I'm going home, but soon I may die,
For in this life, death is the only certainty,
And soon in the grave, we may regret, we may cry...

This poem is for you...
You may be family, or just like family to me,
A friend... a stranger...
I may see you again, I may not,
Or maybe, I've never met you at all!

I want to say thank you, thank you all,
Everyone, thank you, you've helped me so much,
May Allah reward you all with much good,
Good in this life, and the hereafter...
With Jannat-ul-Firdaus, the highest heaven of all

I want to ask for your forgiveness...
For any wrong, said or done,
Knowingly or unknowingly,
For any debts unpaid, any promises unfulfilled,
For breaking your heart... may Allah forgive us all!

To my non-Muslim friends, I want to especially say... sorry,
I have not passed the Message... with wisdom...
Of God, the Quran, the Hereafter...
For it is my duty, and for all the Muslims our duty,
For Muhammad was the Last Prophet, the Final Messenger of God!

And to my Muslim friends, I want to also say sorry...
For we should remind each other, and this I have tried,
With wisdom like Allah commanded...
O Allah, how do we do this work???
O Allah, You are most forgiving, O Allah forgive us all...

And I am sorry for myself...
For not learning much about Islam, Iman (faith) and Ihsan (perfection),
O Muslims we must learn, and practise also we must,
And don't forget to tell others...
We don't want to enter heaven alone!

May we all be guided, on the straight path,
May we all be forgiven, of our sins, big or small,
Thank you all of you, may we be rewarded,
Not just in this life,
But in the eternal Hereafter, with Paradise...

O Allah prevent us from the eternal punishment,
From the punishment of the grave to the eternal Hellfire,
Take care everyone, this life is a test,
Peace be upon you all...
For now I depart, and soon, we will die!


Moga ada iktibar, wassalam.

Wednesday, June 09, 2004

Teman dan sahabat seperjuangan

Assalamualaikum wbt,

Hehe,lama dah tak bersua di sini. Maaf di atas ketidakpunyaan masa untuk mengupdate sejak mengambil alih tugas menjadi BC baru ini. Template baru ni best pulak rasanya. I'm someone who love simplicity, and serenity. And this template is just nice to describe who i am in real actually :)

So many things happen, and so many changes took turn visiting me in the past months, but i'm not so sure whether they were leading to good things or vice versa. I'm hoping that i will always strong standing and walking thru His path, as i don't want to meet Him with my head turning down for whatsoever bad reasons, na'uzubillah.

Kak Iqin, Aini and Farah Aiza had delivered their babies abt one or last 2 weeks. Feel happy for them. Moga Allah sentiasa memelihara keluarga bahagia mereka selalu. Aku bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabatku ini.

Jumaat lepas Jie nikah di Terengganu, esoknya majlis kahwin. Lucu sungguh biler mengenangkan saat-saat mencari bunga pahar dan bunga hiasan pelamin. Ada ker aku and Siha customers ingat pekerja kat Astaka tu sbb kitorang sibuk mencari bunga hiasan pelamin. What a laugh, and what an enjoyable moment that i had down there in Terengganu.I was really having fun with Farah, Siha and Jie, since we were the wedding planners for Jie. Some unforseen incidents took place that led us to be the bidan terjun starting from mencari bunga pahar, bunga hiasan pelamin, photographer berjaya, caterer yang tak cukup tangan di meja beradab, tukang hias tempat nak letak kek kahwin dan tukang atur posing di pelamin dan bilik pengantin.Hehe.

Marvellous!! What an experience that we had. Alhamdulillah :)

Met one sahabat baru di sana. Alhamdulillah, moga dengan ikatan ukhuwah yang terjalin menjadikan diri kita lebih kukuh berdiri di jalan dakwah.

Last nite i suddenly remember all experiences that i had with Jie since we were in Pre-U until last week. I felt so sad and i cried hard. The tears did not stop eventhough i've tried very hard to do so.I still remember that we were used to hang out together makan yogurt sesama most of the nights depan padang bola, jalan malam ke asrama tgk TV sesama, and we had this one experience where we turun sahur every morning kat cafe waktu bulan puasa dlm keadaan sejuk2 waktu kat Pre-U dulu. And now she's belong to someone. I do feel happy for her very much. I never cry for a friend like what i did for her. I do not know why, but perhaps the bond that being developed since Pre-U is special, might not be for her, but it does for me.And thinking of losing her made me cried so badly last nite.

Want to know who are my bestest buddies ever?

Ika is my bestest buddy and someone who share the same thinking that i have in mind, meanwhile Siha is someone who i feel very very comfortable with, and she is unique for me. She is one of my 2 friends that i treasure their uniquenesses (betul ker spelling ni?). The other one is Mimi, small and tiny girl yet very brave, and i do adore for her braveness and spirit.Farah Wahidah is my highly respected buddy who share the same interest with me in get knowing Islam. My former roommate and she is quite a strict person, yet can become very manja at certain times. So happy living under one roof with her coz she had become my strong bone to push, lead and help me to be someone better in any field.I enjoy talking to her becoz she more or less has the same opinions and points of thoughts with mine.

Jie? She is my little, tiny, easy to be kicked off girl due to her small size, yet i'm not that jahat to do that. She's one of my best buddies in MMU.As what i described before, i know Jie first among the others since we always be together dulu.

And 5 more gangs that i could not let them slipped from my list are Yaya, Aleen, Zurin, Shidah and Eed. Yaya, she is someone that i treat a very special place in my heart since she was my roommate during Pre-U. Different characteristics we do have, but managed to live passionly with each other. Missed all those old times with her and Aleen.

Zurin is my twin other than Izwah, Shidah and Eed are my best buddies in STTJ dulu. Missed them all.Izwah kat UK, Zurin and Eed baru habis belajar and dah start keje. And 4 of us semuanya ambil Accountancy despites of belajar di universiti yang berlainan. Cuma Shidah jer lain, tak ingat dia ambil course apa hehe.

Ya Allah, pelihara sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat.Sayang sangat kat derang.

The 2 guys that i treasure most in life are these 2 persons: Rahimi and Mizie.

I treasure Rahimi for always being there with me di saat2 ketidaktahuan di dalam byk perkara,and Mizie for what he did for me during second year dulu.Kenangan tdk dpt berkata-kata, hanya air mata dan tulisan di kertas membayangkan isi hati yang dipendam sekian lama, dan akhirnya terlerai di malam sepatutnya kami merangka teks ucapan.Hehe. Jamin mesti orang ingat kami couple yang baru lepas bergaduh sebab ada adegan nangis2, but actually it was not like that at all :)

If you read this Mizie, Barakallahu khairan for what you did to support me on that night, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik yang telah diberikan.And thanks for the cassette you gave me, i still keep it with the little note that you had slipped in it.

And Rahimi, you too. Syukran atas segala tunjuk ajar yg diberikan selama ini.Susah nak dapat geng best cam ko :)

Hany, i know i did not mentioned ur name kat atas, tapi kenangan kita di sekolah pondok dulu sentiasa ada di dalam lipatan hati bersama sisters yg tersayang (Kak Iqin, Kak Aza, Kak Ira ngan Yati Bims). Could not replace all of you with anything,love you all so much! Still ingat lagi kena lumur dengan asam jawa ker apa ntah sbb demam panas sgt waktu kat pondok dulu hehe. Hidup PONDOKIANS!! Hehe.


Wassalam.