Thursday, August 20, 2009

Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Ramadhan menjelang kembali, harapnya Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya.

Ramadhan yang lepas saya berpuasa penuh, kerana mengandungkan Insyirah. Seronok pula mengingatkan saat2 saya 'berkomunikasi' dengan Insyirah ketika masih dalam kandungan, setiap sahur saya akan pesan padanya:

"Insyirah, hari ni kita puasa sama-sama yer...petang nanti kita makan sama2 k..".

Alhamdulillah sepanjang berpuasa Insyirah tak minta makan...ada satu hari saya terlupa nak pesan...Allah...lapar tak ingat dunia, pukul 10 pagi perut dah menendang2...tapi saya teruskan juga puasa sbb masih mampu bertahan. Sejak tu saya mmg pesan hari2 ni supaya berpuasa sama.

So untuk ibu2 mengandung...pesan2 kat anak2 dalam perut k hehehe.

Sekarang Insyirah dah 10 bulan...baru 2 hari lepas berjaya mengengsot diri ke depan..dan suka main air liur berbuih2...my husband tak bagi beli walker dulu sbb nak suh Insyirah merangkak dan berjalan dengan sendirinya without any assistance. Ayah dia strict sket :P

Skang ni ayah Insyirah di Kuching..sejak last week lagi outstation ke Melaka, this week ke Sarawak, next week ke Terengganu, the another week lagi akan ke Perak. Aiyaaa...sedih ummi dan Insyirah ditinggalkan selama sebulan ni...nampak gayanya berkesempatan berbuka puasa dgn ayah Insyirah 2 minggu je ler. Yang lain semuanya outstation huhu.

Sempat berjumpa dengan geng2 yang tgh pregnant..Jie..Shelly..Ika..Farra dah selamat melahirkan baby lelaki..congrats Farra!! Tak sure bile leh menziarah ni...ayah Insyirah tgh outstation skang ni. Biler jumpa Jie semalam..siap pesan saya leh jadi besan dia sbb dia byk anak lelaki...siap ckp rugi tak buat Insyirah menantu sbb Insyirah comel muahahaha...sajer2 jek buat lawak..tapi ok jugak,kan Jie? Ke jadi besan Abg Faizal and Kak Ija ker...boleh Abg Faizal? Hehehe

Sebenarnya byk nak citer..tapi masa selalu takde...biler dah menulis semua idea gone! So with that, i have to end here.

Salam Ramadhan untuk semua k! :)

Wassalam.