Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri :)

Assalamualaikum wbt semuanya!!

Hampir sebulan senyap baru nak post update baru. Maafkanlah saya, tugasan di pejabat agak melimitkan saya untuk meng'update' blog ini :)

Dalam sebulan 2 ini, alhamdulillah ramai kawan2 saya yang sudah selamat melahirkan anak. Farrah, Ayu, Jie dan Ika sudah selamat melahirkan. Tunggu Shelly pulak yang sudah semakin sarat.

Saya sangat gembira untuk mereka, dan sedikit rasa teruja untuk mengandung kembali. Saya suka pengalaman mengandung sebenarnya. Pengalaman mengandungkan Insyirah sangat senang dan mudah, takde morning sickness, makan pun takde nak sekat2 atau alah...mmg best boleh makan apa sahaja.

Saya nak sangat mengandung, everytime saya jumpa orang mengandung saya akan cakap...eeee...bestnya awak pregnant, ni yg terasa jeles nih heheh.

Insya Allah bulan 4 tahun hadapan saya akan menimang anak yang kedua. Saya pun baru sahaja dapat pengesahan mengandung 2 bulan pada Sabtu lepas. Alkisahnya saya buat pregnant test sbb saya dapat berpuasa penuh bulan Ramadhan, mesti musykilkan sbb mesti one week akan bercuti puasa kalau tiada apa2.

Buat pregnant test, alhamdulillah saya mengandung 2 bulan. Allah kabulkan doa saya untuk dapat baby cepat walaupun Insyirah masih kecil. Insyirah sekarang ni baru berusia 11 bulan hehe.

Saya masih breastfeed Insyirah walaupun pregnant. Dan berhasrat untuk meneruskannya selepas bersalin baby baru sehingga dia berumur 2 tahun. Tandem breastfeeding ;) Harap sangat untuk menyusukan Insyirah sampai dia 2 tahun :)

Okla my dear readers, di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesalahan saya yang sengaja mahupun tidak. Berdoalah agar kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Saya akan beraya di rumah ibu mertua pada pagi Raya dan kemudian terus pulang ke kampung di Pedas, N. Sembilan. Raya kedua kembali ke KL dan Raya ketiga beraya di Kota Bharu, Kelantan. Panjang sungguh perjalanan Raya saya pada kali ini :)

Selamat hari Raya semua !!

Wassalam