Assalamualaikum wbt to all,
:)
Subhanallah..berkesempatan juga akhirnya untuk saya mencoret sesuatu di sini..setelah hampir 2 months 'menghilangkan diri' ;)
Sesungguhnya saya sgt sibuk dgn kerja...tak sempat nak jenguk blog sendiri, apatah lagi blog org lain. E mail Yahoo pun saya kira sudah penuh kot.
Dtg kerja terus menghadap e mail dan GM, lepas tu buat kerja dan attend meeting...waktu lunch pergi lunch..habis kerja bergegas pulang ke rumah dek suami tidak gemar saya pulang lewat ke rumah. Ini pun berkesempatan nak update disebabkan husband saya outstation ke Terengganu, bolehlah pulang rumah lewat sedikit. Jadual hidup agak padat..makanya saya tiada masa nak mengupdate blog, kalau dah sampai rumah..minta maaflah kalau nak buka laptop..mmg malas giler dan penat. Kdg2 sahaja saya bangun awal pagi untuk update kerja tertangguh..itu pun kalau terpaksa.
Dulu saya akan park kereta di Bandar Tun Razak, sekarang ini memandu terus ke tempat kerja kerana sudah tidak larat berjalan jauh, cepat mengah. Kandungan saya sudah masuk 6 bulan..berjalan jauh sedikit mmg rasa seperti tidak cukup nafas. Dan juga tak sanggup nak berebut dan bersesak di dalam LRT yang padat dgn manusia.
Alhamdulillah jangkanya saya akan bersalin pada 16 Oktober 2008, selepas Raya. Kalau ditakdirkan awal 2 minggu..mungkin bersalin pada hari Raya Aidilfitri tu sendiri. Hish tak naklah..saya nak puas beraya dulu baru bersalin hehehe.
Saya dan suami dah beli rumah di Kajang..dekat dengan rumah mak mertua saya. Mak mertua saya tinggal berdua sahaja dengan adik ipar perempuan saya, makanya kami fikir eloklah beli rumah dekat dengan rumah mak mertua agar senang untuk menjenguk sekiranya ada masalah. Ok juga duduk di Kajang ni...saya keluar rumah pukul 7.40 pagi dan akan sampai di ofis pukul 8.20 pagi...abt 30 to 40 mins. Takdelah keluar rumah awal sgt, sempat lagi breakfast di rumah.
Oklah yer...hanya sekadar memecahkan kesunyian blog ini memandangkan saya ada kesempatan kali ini.
Kita berjumpa di lain kali insya Allah :)
Wassalam.