Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami seberat 3.5 kg, Siti Nur Insyirah bt Mohd Fahmee pada 14 Oct yang lepas :)
Alhamdulillah, saya bersalin normal. Pengalaman melahirkan anak, tak payah nak cakap ler sakitnya sbb saya tak ambil epidural. Pengalaman menyusukan anak, 2 minggu awal membuatkan saya menangis kerana baby tak byk minum susu sampai jaundice and 2 kali admitted ke hospital kerana bacaan kuning tinggi sgt. Biler baby dah ok menyusu, mengalami nipple crack pula, Allah...mmg menyusukan baby ni perlukan kesabaran yang tinggi sebenarnya. Nasib baik suami saya yg byk memberi dorongan dan semangat untuk saya breastfeed baby, kalau harapkan saya seorang, rasanya dah lama saya beri baby saya susu formula kerana kesian dia tak cukup susu biler kena jaundice tu.
Thanks to Aida sbb jualkan your breastpump to me, really helpful actually :D
Di bawah ni i attach my daughter's pics :DGambar Insyirah ketika baru dilahirkan