Thursday, February 21, 2008

Rezeki

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah...saya baru sahaja dapat confirmation drpd doc bahawa saya sudah pregnant for 1 month (or almost).

:)

Rezeki yang tidak disangka-sangka ketika di awal2 perkahwinan yang baru sahaja mencecah 17 minggu (4 bulan) sedangkan inai pun masih terlekat di jari.

Alhamdulilah juga berkesempatan bercuti di Bali pada cuti Chinese New Year yang lepas..sponsored by Bang Long..abg ipar saya yang sgt baik hati :)

Seronok juga bercuti kerana awal2 perkahwinan tidak dpt honeymoon kerana sibuk mengejar ISO certification pada bulan Disember yang lepas..dan kemudian suami dan ibu mertua saya pula warded kerana denggi berdarah pada bulan Januari.

So kami hanya berkesempatan bercuti pada 7 sehingga 9 Februari yang lepas. Balik dr honeymoon disahkan mengandung. Alhamdulillah sangat...doktor tak bagi aktif2 sgt buat first 3 months ni..kena makan acid folic.

Ya Allah..kurniakanlah kami anak2 yg soleh dan solehah.

Ameen.