Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri :D


Assalamualaikum wbt,

Semalam saya dapat duit Raya from one of my staff..banyak pulak tu..isk, segan pulak sbb dpt duit Raya dr staff..tapi takpelah,kan..belum kahwin lagi kira oklah jugak nk dpt duit Raya hehehe. Hari ni dpt agar2 best pulak...alhamdulillah..murah rezeki di bulan Ramadhan ni.

Ramadhan sudah hampir ke penghujung, saya pun tidak tahu pengisian Ramadhan saya kali ini lebih bagus dr tahun2 sebelum ini atau..mengharapkan tanda ketaatan dan permohonan keampunan dikabulkan.

Saya sebenarnya tidak pasti saya akan sempat menulis blog ini atau tidak esok kerana dijangka saya akan berada di bilik meeting seharian suntuk.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua, dengan doa dan harapan agar segala amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini diterima Allah.

Betapalah, betapalah kalau boleh Ramadhan ini dipanjangkan.

Saya pinta kemaafan pada semua yg menziarah blog ini sekiranya ada silap dan salah dalam tutur kata dan perilaku. Manusia itu lemah dan sering lupa, sesuai dgn kata akarnya di dalam Bahasa Arab iaitu "nasiya=lupa".

Maafkan saya sejak hari pertama kita kenal antara satu sama lain, sehinggalah satu saat nanti kita berpisah dalam kembara insan menuju Khalik.

Saya akan pulang ke kampung selama seminggu. 2 hari Raya pertama di Batu Kikir, Jempol, dan bakinya akan berada di Pedas, Rembau di Negeri Sembilan.

Wah, tak sabarnya nk beraya, tapi seperti tak mahu melepaskan Ramadhan juga rasanya.

Pada yang akan travel, semoga selamat pergi dan balik. Kalau ada yang ingin menyinggah ke rumah atau ke kampung, hubungi saya k.

Doakan semuanya selamat dan berada dalam suasana bahagia hendaknya.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami samada yang sudah lepas, sedang atau yang akan datang. Pelihara kami daripada api nerakaMu, dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.

Ameen.

SELAMAT HARI RAYA!! :D

Tahniah juga pada bakal2 pengantin dalam musim Raya ni (Sarah Mamat n Shafizan)

Assalamualaikum :)

Friday, October 13, 2006

Birthday Wishes to Ika




Semalam jatuh hari lahir seorang insan yang saya kenali sudah 8 tahun, sejak 1998.

Belajar bersama, bekerja sebagai exco SRC sama, dan pada tahun akhir duduk di bilik hostel yang sama, banyak yg saya pelajari dr beliau.

Belajar dalam kenakalan, ada keseriusan
Belajar dalam gelak ketawa, ada kesedihan yang kadang2 tidak perlu ditunjukkan
Belajar dalam pelbagai rencah kehidupan, perlu ada prinsip dan matlamat hidup.

Saya juga turut belajar:
1. Masak penkek
2. Masak bubur and goreng cucur kodok dalam rice cooker
3. Buat bunga ros dari clay utk dihadiahkan pada senior for convo hehe

Ika suka buat diri saya jadi bukan diri saya yg sebenar..diri saya yg sebenarnya adalah suka bersendirian, senyap, layan fikiran sendiri dan jarang huha huha.

Tapi kalau dah dgn cik adik sorang ni...siaplah..mmg takde control ayu dahlaa..selamba badak jek huha huha..and i like that. Whenever we are together, i feel happy becoz i know that someone who could understand the way i think, i react and behave is standing next to me,continously giving me support, advice and take care of me whenever i need any.

I treasure her as one of my bestest friends in life..and i am so grateful for having such good friends like her all around me all these while :)

Not to be forgotten, also to Zarid as Ika and Zarid celebrate birthday on the same date.

Happy Birthday to both of you..moga Allah pelihara diri antuma dr sebarang kejahatan, dikurniakan rezeki yang murah, diberikan kejayaan, rahmat dan maghfirah dariNya dunia dan akhirat.

Smile always! :D

Wassalamm

Wednesday, October 11, 2006

Realiti kehidupan

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sudah hari yang ke-18 Ramadhan, alhamdulillah :)

Saya sudah habis exam pada Sabtu yang lepas, alhamdulillah juga, walaupun tidak dpt nak dipastikan saya boleh score atau tidak utk kedua2 paper iaitu Ethics dan Organizational Change & Development, terlalu byk yang perlu dihafal, segala ethical principles dan change interventions perlu diingat. Masuk exam hall, mmg tawakkal 'alallah shj dan menjawab sekadar mampu. Hopefully result utk sem ni tidak seperti sem lepas, doakan saya :)

Berkesempatan berifthar dgn alumni usrah MMU selepas exam OCD, berkesempatan jumpa dengan insan2 yg lama dah tak jumpa..biasanya dlm program2 mcm ni ler kami berkesempatan nk jumpa and bertanya khabar, kalau tak mmg payah sket. Thanks to Siha and Ika sbb sanggup tunggu me habis exam di UIA before bertolak ke UM.Jie, Zainal and Hany tak dpt hadir sbb Jie ada program lain, meanwhile Zainal balik kampung jemput Hany. Pada hari yg sama dpt tahu Kak Nisa and Abg Nazrol dpt second baby, alhamdulillah :)

Berkesempatan bawa Amni and Fawwaz, anak Aida pergi jalan2 tgk taman, keluar taman ada 2 bintik merah hasil gigitan nyamuk kat dahi derang..hehe..minta maaf yer Aida, taman tu gelap, tak nampak nyamuknya hehe.

Habis ifthar tumpang tidur di rumah Ika dgn Siha, the next day berifthar di Al Marjan, KLCC. Ika punya selera boleh tahan, berbuka nk makan makanan Arab. Habislah semua makanan kat situ kitorang rasa, sekadar nk tahu apa rasanya. Not bad actually, after makan nasi (tak tau apa nama dia, tapi nasi makanan Arab ler), try rasa roti Lebanese, cicah tahina and segala lauk lain. Sejak merasa buah zaitun jeruk di Jordan dan tahina di Mesir dulu, mmg serik ler nk makan buah zaitun and tahina lagi after that..tapi alhamdulillah yg kat Al-Marjan ni rasa tahina and buah zaitun dia takdelah seteruk rasa kat Jordan and Mesir dulu. Ingat lagi waktu memula kami makan jeruk zaitun kat Queen Alia Airport, rasa nk melompat pun ada disebabkan ke'tidakbest'annya..tak tau nk describe apa rasanya..kelat pun ada, masam pun ada, masin pun ada..yang takde cuma rasa manis jek.Tak best langsung. Tahina pun mcm tu..tapi rasanya persepsi tu dah berubah sbb dedua rasa ok and boleh diterima tekak waktu berbuka hari tu. Ika beriyer2 mengajak berbuka kat situ..Siha and me ikut ajer, tapi makanan kat situ ok..cuma of course ler pricing dia agak mahal. Mengusik Ika waktu dia memula ajak berbuka kat situ...reply e mail dia and kata 'pekata kita berbuka kat masjid, duit nak berbuka kat Al Marjan tu kalau sedeqah kat fakir miskin byk pahala tu" hehe..kerana kawan..kuturutkan juga hehe. Takpelah, yang penting adalah pengalaman, tak regret pun berbuka kat situ :)

Sempat menonton program Ziarah (hosted by Wan Kamaruddin dan Dang Suria), program yang berbentuk dokumentari ziarah ke negara2 Islam yang tertindas. Siri yang saya tonton ini adalah ketika siri lawatan mereka ke Lubnan, di mana Dang Suria mewawancara seorang budak kecil dan ibunya yang sedikit fasih berbahasa Inggeris.

Kagum tatkala melihat kejituan semangat seorang ibu yang mengharapkan anak2nya menjadi berani apabila besar nanti, dan tidak gentarkan apa2 selain Allah ketika diwawancara oleh Dang Suria. Mengujarkan kata2 tersebut dengan wajah yang tenang dan yakin membuat saya tertanya2, sekiranya saya berada di tempat beliau yang sedang dihimpit kesukaran kehidupan akibat peperangan, masih utuhkan rasa iman dalam jiwa ini, masih mampukah menunjukkan wajah setenang salju dek mata yang melihat, dan mengekalkan kekentalan jiwa yang sukar digugat? Saya sendiri tak pasti, tapi harap2nya sekiranya keadaan itu datang, saya berdoa moga diperkukuhkan langkah di landasan iman ini. Kita sepatutnya bersyukur, sgt2 bersyukur bahawa kita hidup di dalam kedamaian yang memungkinkan kita berjalan bebas sini sana, membuat ibadat tanpa ketakutan dan sebagainya.

Budak kecil itu, sgt fasih dan lancar berbicara, walaupun umur mungkin 8 tahun, semangat dirinya sudah besar. Api perjuangan untuk membela agama dan negara sudah marak. Realiti kehidupan mengajar kita bahawa apa yang dimulai dengan keganasan, pasti akan menimbulkan keganasan jua pengakhirannya. Celakalah bagi mereka yang memulakan perang tanpa sbb yg kukuh lagi rasional (maaf, perkataan yang digunakan agak sedikit kasar ,tapi kalau utk kafiruun..i dun give it a damn). Korea Utara yang sudah melancarkan ujian peluru berpandunya lambat pulak nak diambil tindakan sekatan, Iran yang belum apa2 pulak sudah diambil tindakan sekatan ekonomi. Mmg nk kena lempang jawatankuasa PBB yang meluluskan sekatan ekonomi pada Iran ni actually.

Oklah..cukup sekadar di sini. Pengisian Ramadhan saya kali ini, rasanya perlu diperbaiki lagi. Banyak lompang sana sini..nak kena tampal cepat2. Chaiyyo Zurina chaiyyo, kena grab this opportunity supaya tak terlepas.

Oklah yer..perlu menyambung kerja. Jumpa lagi insya Allah..selamat menjalani ibadah puasa pada hari ini dan hari2 dlm bulan Ramadhan Kareem yang masih bersisa.

Assalamualaikum :)

Wednesday, October 04, 2006

Ramadhan

Assalamualaikum

Sudah berlepas 1/3 Ramadhan..agak2 ada good effect tak kepada peribadi kita?

Still the same, or lagi teruk?

Sama2 kita mencari kesempatan terbuka luas di bulan rahmat ini, untuk memohon pengampunan dan rahmat dari Allah.

DIA sangat bermurah hati untuk memberi pengampunan, kita sahaja yg perlu menadah tangan, mengkhusyukkan diri dan mengikhlaskan diri memohon pengampunan.

Moga Ramadhan ini membentuk peribadi kita menjadi mukmin mukminah yang lebih baik, insya Allah.

Wassalam.

Tuesday, October 03, 2006

Nur Farah Hani @ Fong Chu

Assalamualaikum wbt,

:)

Hari ni ada berita gembira, sbb tu saya menulis di sini.

But before that just nk update yg saya dah habis satu paper..struggling study sbb for the past one whole week, saya demam and tak sihat. Tgh seating exam pun batuk2 lagi. Paper Ethics...this paper mmg tak tau nak kata ok ker tak..sbb kami takde mid term exam..ada assignments, project paper and final exam jek. Hopefully dpt good marks, doakan ek.

This becoming Saturday, my other paper which is Organizational Change & Development (OCD), 8 chapters..malam ni baru nak start belajar sbb semalam penat sgt..tidur awal.
Again, doakan saya juga k.

And this is the best part saya nk beritahu..

This morning my bestfriend Najibot (hoho...mesti marah budak kecik ni daku panggil Najibot)...oklaa..panggil dia Jie Kiut..yg ni sure dia tak marah, malah senyum lebar, kan jie kan? hehehe

Jie Kiut hantar e mail pada geng2 kami informing that one of our Chinese female friends has reverted to Islam...Ng Fong Chu has become Nur Farah Hani Ng Abdullah..what a sweet name... dun you think so? :) Alhamdulillah.

SMSed her this afternoon, tapi GM pulak tetiba panggil for short discussion, so only called her at 5 p.m. Her husband yg picked up my phone, and then i had some chit chat with Fong Chu(she doesn't mind i called her as Fong Chu sbb mmg dah biasa kat MMU dulu), but i want to call her Farah pasni, her name bermaksud kegembiraan. I was really excited to hear the good news from Jie, becoz Fong Chu and i were close dulu in MMU, especially during Pre-U.

Farah was my classmate, and she has no religion when she was in Pre-U dulu. We and another friend (can't remember who, maybe Jie, maybe Aniza, maybe Farah) pernah discuss about religion, she said she want to find a new religion..i think her parent are Buddhist kot, can't remember.

But she dun't want to be a Buddhist..she's not an atheist becoz she believe there is God, it's just a matter of time before she really want to pick her own religion.

Shortly before our Pre-U term end, Fong Chu told me that she had converted to Christianity. Of course during that time i felt a lil bit dissapointed coz she chose Christianity instead of Islam, despite of our long conversation and discussions about Islam. Tapi hidayah itu milik Allah, kita cuma mampu berusaha.

When she told me that she had converted to Christianity, i was quite shocked, i still remember she described to me about her visits to church, she used to go to church with African students in Malacca last time. There was one time she told me that she could speak and utter strange words out of nowhere during one of her visits to church, and she thought that it was magic becoz she never learnt or heard the strange words that came out from her mouth.

I said to her rite after she told me that she has become a Chriatian,Fong Chu..now you have decided to be a Christian,i'm happy for you coz you has a faith at last after a long time of seeking and considering which religion works best for you, but please don't stop to seek the truth in your religion, becoz whatever religion in this world are preaching for kindness. I quoted this from Ustaz Fahim if i'm not mistaken. Mendalami dan mempelajari agama akan membentuk peribadi insan yang lebih baik, tidak kira agama apa. Tapi yang pasti, agama Islam adalah yang terbaik. I asked her to study Christianity in depth, so that one day mana tahu she'll learn that Islam is the only religion yg complete and benar, and most important diredhai Allah dunia akhirat.

Di MMU Cyber, saya jarang jumpa Farah coz i took Accounting, meanwhile Farah took Business. But sometimes we met each other and say hi..Farah is a cheerful and peramah to everyone. That's why it's nice to talk to her, and usually we were always laugh and laugh, coz she's someone yg suka ketawa and bergurau.

During our convocation, i had a picture with her and Ika. That was the last time i met her or listen to her voice. Until this morning, when Jie informed us about her, and until this evening, i managed to speak to her.

Her husband is working opposite to my office building (NOC, JRC).When Farah told him that i'm currently working in Fraud Management, his reply was " oo.. Fraud..suka cari salah org tu hehe"..erkk...sabar jelaaa dgr statement tu..mana der Fraud cari salah org..kalau Audit tu mungkin ler..kami kan byk handle external cases..yg dalaman ni byknya Audit...hehe..sian Audit kena kutuk lak skang ni. Hehe.

Alhamdulillah..Maha Suci Tuhan yang memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Now i want to kacau my another Chinese friend plak..nk tanya dia biler dia nk revert to Islam pulak hoho. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati kawanku sorang ni..kurniakan dia kekuatan untuk berhijrah menjadi seorang Muslim.

Ameen.

Pagi tadi juga terima berita pemergian bapa kepada salah seorang consultant DCBA kami dahulu (ayah Abg Reza), perginya Subuh tadi. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Pemergiannya di dalam bulan Ramadhan, moga rohnya sentiasa dilindungi dan dicucuri rahmat Allah.

Wassalam.