Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri :D


Assalamualaikum wbt,

Semalam saya dapat duit Raya from one of my staff..banyak pulak tu..isk, segan pulak sbb dpt duit Raya dr staff..tapi takpelah,kan..belum kahwin lagi kira oklah jugak nk dpt duit Raya hehehe. Hari ni dpt agar2 best pulak...alhamdulillah..murah rezeki di bulan Ramadhan ni.

Ramadhan sudah hampir ke penghujung, saya pun tidak tahu pengisian Ramadhan saya kali ini lebih bagus dr tahun2 sebelum ini atau..mengharapkan tanda ketaatan dan permohonan keampunan dikabulkan.

Saya sebenarnya tidak pasti saya akan sempat menulis blog ini atau tidak esok kerana dijangka saya akan berada di bilik meeting seharian suntuk.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua, dengan doa dan harapan agar segala amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini diterima Allah.

Betapalah, betapalah kalau boleh Ramadhan ini dipanjangkan.

Saya pinta kemaafan pada semua yg menziarah blog ini sekiranya ada silap dan salah dalam tutur kata dan perilaku. Manusia itu lemah dan sering lupa, sesuai dgn kata akarnya di dalam Bahasa Arab iaitu "nasiya=lupa".

Maafkan saya sejak hari pertama kita kenal antara satu sama lain, sehinggalah satu saat nanti kita berpisah dalam kembara insan menuju Khalik.

Saya akan pulang ke kampung selama seminggu. 2 hari Raya pertama di Batu Kikir, Jempol, dan bakinya akan berada di Pedas, Rembau di Negeri Sembilan.

Wah, tak sabarnya nk beraya, tapi seperti tak mahu melepaskan Ramadhan juga rasanya.

Pada yang akan travel, semoga selamat pergi dan balik. Kalau ada yang ingin menyinggah ke rumah atau ke kampung, hubungi saya k.

Doakan semuanya selamat dan berada dalam suasana bahagia hendaknya.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami samada yang sudah lepas, sedang atau yang akan datang. Pelihara kami daripada api nerakaMu, dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.

Ameen.

SELAMAT HARI RAYA!! :D

Tahniah juga pada bakal2 pengantin dalam musim Raya ni (Sarah Mamat n Shafizan)

Assalamualaikum :)

4 comments:

Sofira said...

ameen [to your doa] :)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..

0-0 ekkk..

eLLe said...

siti..selamat hari raya..maaf zahir batin..

IeNa said...

Selamat Hari Raya to Kak Aidura, Semah dan Shell..maaf zahir batin gak.

To the rest, the same wishes apply :D