Wednesday, October 11, 2006

Realiti kehidupan

Assalamualaikum wbt,

Hari ini sudah hari yang ke-18 Ramadhan, alhamdulillah :)

Saya sudah habis exam pada Sabtu yang lepas, alhamdulillah juga, walaupun tidak dpt nak dipastikan saya boleh score atau tidak utk kedua2 paper iaitu Ethics dan Organizational Change & Development, terlalu byk yang perlu dihafal, segala ethical principles dan change interventions perlu diingat. Masuk exam hall, mmg tawakkal 'alallah shj dan menjawab sekadar mampu. Hopefully result utk sem ni tidak seperti sem lepas, doakan saya :)

Berkesempatan berifthar dgn alumni usrah MMU selepas exam OCD, berkesempatan jumpa dengan insan2 yg lama dah tak jumpa..biasanya dlm program2 mcm ni ler kami berkesempatan nk jumpa and bertanya khabar, kalau tak mmg payah sket. Thanks to Siha and Ika sbb sanggup tunggu me habis exam di UIA before bertolak ke UM.Jie, Zainal and Hany tak dpt hadir sbb Jie ada program lain, meanwhile Zainal balik kampung jemput Hany. Pada hari yg sama dpt tahu Kak Nisa and Abg Nazrol dpt second baby, alhamdulillah :)

Berkesempatan bawa Amni and Fawwaz, anak Aida pergi jalan2 tgk taman, keluar taman ada 2 bintik merah hasil gigitan nyamuk kat dahi derang..hehe..minta maaf yer Aida, taman tu gelap, tak nampak nyamuknya hehe.

Habis ifthar tumpang tidur di rumah Ika dgn Siha, the next day berifthar di Al Marjan, KLCC. Ika punya selera boleh tahan, berbuka nk makan makanan Arab. Habislah semua makanan kat situ kitorang rasa, sekadar nk tahu apa rasanya. Not bad actually, after makan nasi (tak tau apa nama dia, tapi nasi makanan Arab ler), try rasa roti Lebanese, cicah tahina and segala lauk lain. Sejak merasa buah zaitun jeruk di Jordan dan tahina di Mesir dulu, mmg serik ler nk makan buah zaitun and tahina lagi after that..tapi alhamdulillah yg kat Al-Marjan ni rasa tahina and buah zaitun dia takdelah seteruk rasa kat Jordan and Mesir dulu. Ingat lagi waktu memula kami makan jeruk zaitun kat Queen Alia Airport, rasa nk melompat pun ada disebabkan ke'tidakbest'annya..tak tau nk describe apa rasanya..kelat pun ada, masam pun ada, masin pun ada..yang takde cuma rasa manis jek.Tak best langsung. Tahina pun mcm tu..tapi rasanya persepsi tu dah berubah sbb dedua rasa ok and boleh diterima tekak waktu berbuka hari tu. Ika beriyer2 mengajak berbuka kat situ..Siha and me ikut ajer, tapi makanan kat situ ok..cuma of course ler pricing dia agak mahal. Mengusik Ika waktu dia memula ajak berbuka kat situ...reply e mail dia and kata 'pekata kita berbuka kat masjid, duit nak berbuka kat Al Marjan tu kalau sedeqah kat fakir miskin byk pahala tu" hehe..kerana kawan..kuturutkan juga hehe. Takpelah, yang penting adalah pengalaman, tak regret pun berbuka kat situ :)

Sempat menonton program Ziarah (hosted by Wan Kamaruddin dan Dang Suria), program yang berbentuk dokumentari ziarah ke negara2 Islam yang tertindas. Siri yang saya tonton ini adalah ketika siri lawatan mereka ke Lubnan, di mana Dang Suria mewawancara seorang budak kecil dan ibunya yang sedikit fasih berbahasa Inggeris.

Kagum tatkala melihat kejituan semangat seorang ibu yang mengharapkan anak2nya menjadi berani apabila besar nanti, dan tidak gentarkan apa2 selain Allah ketika diwawancara oleh Dang Suria. Mengujarkan kata2 tersebut dengan wajah yang tenang dan yakin membuat saya tertanya2, sekiranya saya berada di tempat beliau yang sedang dihimpit kesukaran kehidupan akibat peperangan, masih utuhkan rasa iman dalam jiwa ini, masih mampukah menunjukkan wajah setenang salju dek mata yang melihat, dan mengekalkan kekentalan jiwa yang sukar digugat? Saya sendiri tak pasti, tapi harap2nya sekiranya keadaan itu datang, saya berdoa moga diperkukuhkan langkah di landasan iman ini. Kita sepatutnya bersyukur, sgt2 bersyukur bahawa kita hidup di dalam kedamaian yang memungkinkan kita berjalan bebas sini sana, membuat ibadat tanpa ketakutan dan sebagainya.

Budak kecil itu, sgt fasih dan lancar berbicara, walaupun umur mungkin 8 tahun, semangat dirinya sudah besar. Api perjuangan untuk membela agama dan negara sudah marak. Realiti kehidupan mengajar kita bahawa apa yang dimulai dengan keganasan, pasti akan menimbulkan keganasan jua pengakhirannya. Celakalah bagi mereka yang memulakan perang tanpa sbb yg kukuh lagi rasional (maaf, perkataan yang digunakan agak sedikit kasar ,tapi kalau utk kafiruun..i dun give it a damn). Korea Utara yang sudah melancarkan ujian peluru berpandunya lambat pulak nak diambil tindakan sekatan, Iran yang belum apa2 pulak sudah diambil tindakan sekatan ekonomi. Mmg nk kena lempang jawatankuasa PBB yang meluluskan sekatan ekonomi pada Iran ni actually.

Oklah..cukup sekadar di sini. Pengisian Ramadhan saya kali ini, rasanya perlu diperbaiki lagi. Banyak lompang sana sini..nak kena tampal cepat2. Chaiyyo Zurina chaiyyo, kena grab this opportunity supaya tak terlepas.

Oklah yer..perlu menyambung kerja. Jumpa lagi insya Allah..selamat menjalani ibadah puasa pada hari ini dan hari2 dlm bulan Ramadhan Kareem yang masih bersisa.

Assalamualaikum :)

4 comments:

ieka said...

merujuk kepada apa yg tertulis..siri ziarah ni bile plak ko tgk? kat mana yer..

and kisah kite pergi makan tu.. ko ni perli aku ke pujuk aku? :p ahhaha anyway thanx.. not bad kan:P

IeNa said...

aler..ni program Ziarah kol 10 ker kol 11, channel 4 (Astro).

au tak perli ko ler tikot, pujuk jek muahahaha (ya Allah gelak jahat bulan posa ni)..tapi makan kat Al Marjan best..especially ada sorang adik yg rajin layan karenah kita yg suka minta tu minta ni, tul tak? :P.. nasib baik adik tu baik.

Norliana Abdul Rahman said...

yuhuuu.. cik siti zurina... tak sampai seminggu abih xm dah rindu la kat korang sumer...:(

IeNa said...

yuhuu kak yana..hehe..rindu kat kitorang? apa kata kita minta saper organize majlis berbuka puasa ramai2 utk batch kita..kita tak nak buat ker? next year dah takde kesempatan lagi dah :(