Friday, November 10, 2006

Best :D

Assalamualaikum wbt,

:)

Minta maaf di atas kehilangan saya kebelakangan ini, tiada mood menulis.

Minggu ini saya mengalami mood swing, org buat perangai sedikit sahaja dengan saya, saya cepat jadi senyap dan tunjuk muka tak puas hati, padahal takde benda pun.

Satu malam tu saya teringin sgt nak makan Tom Yam Kung di Secret Recipe sbb pernah merasa Siha makan waktu Jie belanja kami dahulu. Pergi Secret Recipe di Central Market, ditakdirkan malam tu Tom Yam Kung tiada, saya terus tarik muka tak puas hati.

Saya jadi senyap sesenyapnya..sampai waiter pun takut nak tegur, menyorok balik tiang tgk wajah saya yg hampeh. Kawan yang menemani saya makan pun serba salah nak makan tgk saya tarik muka. Lepas tu saya order Chicken Chop atau Lamb Chop, tak ingat dah sbb takde makanan yg saya suka tu. Saya tak suka makan sauce yg manis2, saya suka yg pedas. Saya tanya pada waiter sauce BBQ yang saya nak try makan manis ker pedas, dia kata tak manis.

Sekali sampai, tasted the sauce, MANIS!! Huh..time tu mmg ler dlm hati ni bergolak2, rasa nk marah pun ada..cuma saya kalau jenis bengang mmg tak kuar suara..tapi kalau tgk muka mmg tau muka tahap tak puas hati tahap gaban aaa. Bengang giler..dahlah tak dpt makan kita nak, pastu salah info pasal sauce plak tu..huish..sambil makan tu siap pujuk hati..sabar sabar..tak bersyukur betul..Allah dah bagi makan mewah mcm ni pun nak ada rasa tak puas hati lagi (Secret Recipe bukannya murah..kalau bayar mahal tapi utk makanan yg kita suka takpelah,kan..ni ntah haper2 jek).Kawan saya siap offer tukar makanan ngan dia sbb dia tgk saya muncung giler. Mmg ler makanan dia best, tapi takkan saya nk exchange kot, kesian lak dia. Makan jer ler makanan manis saya tu.

Setengah makan makanan saya baru hati saya reda and buat lawak dgn kawan saya tu, baru ok. Dek kerana bengang, saya pegi order lagi satu dish hohoho, tak puas hati punyer pasal.

Tapi semalam saya dpt makan Tom Yam Kung, alhamdulillah..very satisfying..tapi tak leh aa makan selalu..RM 20 per dish is expensive ler kan hehe.

Kalau ada geng2 saya yg terasa saya macam layan tak layan waktu kat tepon..maaf lah yer..mood swing (but this shouldn't be a reasonlah,kan...camner2 pun kita kena layan geng kita bebaik hehe).

Actually banyak yg ingin diceritakan weekend lepas..tp sbb saya takde mood nk menulis..saya senyapkan jek. So now let me story apa yg best:

1. Pegi kelas pertama untuk International Finance

My lecturer Dr. Obay is a fantastic lecturer. This is my first lecture where the lecturer did not using presentation slide at all. He taught us by lecturing in front of us like a story recitation session. Power giler lecturer ni..tapi kena get prepared nk masuk kelas..sbb dia tak suka student dia tak tanya soalan...and dia tak suka student dia ponteng kelas, atau tanya soalan2 bodoh. Nanti tak pasal2 kena marah sbb tanya nonsense.


2. Pegi kelas pertama untuk Economics, Al-Shariah and Society

Kelas ni pun mcm kelas International Finance, sgt best. Kenapa saya kata dedua subject best?

Sebab kedua2 subject membincangkan persoalan ekonomi antarabangsa, international trading and economics welfare...membuka minda kita untuk melihat perspektif dunia dengan lebih luas. Saya suka subject Economics actually, dulu waktu degree hampir2 pilih kursus Economics, tapi lekat di Accounting pulak. Tapi saya tak menyesal pun ambil Accounting sbb saya pun suka Accounting :)

First class untuk subject ni, we were exposed on how today's economics get influenced by capitalism and sosialism doctrines.

And now the world has recognised that there is a need for Islamic Economics, proven by adoption of Islamic Banking and Finance according to Shariah principles by major international banks like Citibank, OCBC etc.

2. Gi beraya umah Jie

Hoho..Fahim dah potong rambut. Kitorang lepak umah Jie sampai kol 11 malam (mmg kacau tuan rumah bebetul nih)..takpe aa Jie hehe..next time mamsak lagi utk kitorang ek hehehe.


3. Gi beraya umah Abg Faizal and Kak Ja

Fist time jumpa roti wholemeal yg Kak Ja buat, makan tak berhenti sbb first time jumpa. Best. Thanks Abg Faizal and kak Ja atas jemputan hari tu, next time ajak ler lagi hohoho :D


3. Gi beraya umah Farah Wahidah

Dek kerana tak cukup tidur sbb buat keje and temankan Siha buat assignment sampai kol 3 pagi pada pagi Ahad, maka sampai umah Farah after balik dr umah Abg Faizal, saya pengsan kat kerusi panjang umah Farah. Ngantuk giler..rasa weng. Tak taulaa Siha buat mcm mana sampai dia leh tahan ngantuk..dah aa dia drive ke sana ke mari bawak me and Ika beraya ke Kajang dan Bangi.

Pastu Farah masakkan kitorang dinner, makan sekali ngan Muaz, anak Farah. Siha and Ika ambil buah mempelam kat umah Farah banyak giler. Derang ni hantu buah pelam hehe.


4. Beraya umah kawan Ika.

Ni lagi kelakar..awal2 duduk kat meja makan kat umah kawan Ika ni pun kitorang dah tergelak2 tak leh stop waktu tuan rumah bagi satu statement yg sangat jujur. Kesian kawan ika tu tak paham naper kitorang gelak tak leh stop. Kitorang gelak bukan sbb apa..cuma mcm kelakar ngan statement dia hehe.Sgt honest.

Pastu sembang2 kejap, pastu parent kawan Ika ni turun and sembang ngan kitorang. Huh, ni lagi best. Selaku org besar dlm badan kerajaan, ayah kawan ika ni suka discuss subject2 serious tapi disampaikan melalui approach yang kadang2 lucu, first time pergi beraya sambil mendengar lecture yang sgt2 bermanfaat + kelakar tahap heavan. Serius best parent kawan Ika ni, mmg best ah. Derang bagi nasihat pasal persediaan diri, perlu ada vision, mission, objective, kalau boleh kena ada Balance Scorecard and KPI sekali dlm hidup.

Persediaan tu mencakupi semua. Yang paling terkena sekali kat saya ialah biler ayah kawan Ika ni komen pasal keikhlasan dalam bekerja. Dush..rasa macam tertampar jugaklaa biler dia kata ramai yg tak ikhlas dlm bekerja, padahal bekerja itu sendiri umpama ibadah dan investment di hari Akhirat sana. Saya gelak2 jek hehe..nk buat camner..kekadang ada masa hati kita tak ikhlas bekerja, especially time kita tak puas hati dgnn boss/ opismate etc hehe.

Adalah istilah2 baru yang keluar malam tu, macam Katak Dalam Spa dan Mencari Pagar. Katak dalam Spa tu maksudnya katak yang dijerang secara perlahan2..kalau dimasukkan dalam air panas, katak akan keluar melompat, tapi kalau air dipanaskan secara perlahan2..lama2 katak akan mati direbus dlm air tu.

Istilah Mencari Pagar tu..actually referring to mencari pasangan. Part ni saya tak nak ulas panjang, ulasan Ika lebih baik kot hehe. Tapi mmg kelakar giler time ayah kawan Ika buat kiasan..tergelak2 dibuatnya.

Sedar tak sedar, kami bersembang selama 3 jam kat umah kawan Ika tu..dari kol 8.30 sampai kol 11.30 mlm. Tapi mmg sgt bermanfaat perbualan kami tu sbb ada beberapa perkara yang saya tak pernah terfikir pun selama ni :)

Tikot, sampaikan terima kasih pada ayah kawan ko tu ek :)


5. Hari Motivasi dan Sambutan Raya Fraud Management

Hehe...kalau dah namanya sambutan raya..mmg ler best. Banyak makanan. And yg tambah best biler kami celebrate genap 10 tahun FMD ditubuhkan. Kami potong kek and had yummy dishes, and kami sumer kena pakai baju Raya. Lelaki kena pakai baju Melayu, wajib hehe.


Saya berundur diri dahulu..jumpa lagi insya Allah..assalamualaikum :)

3 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

best ek class dr obai? anyway good luck ye in his class.. make sure jgn tidur!

Farra Da Smiley said...

siti, dr obai is great! ko ade lagi bape sem nak habeh belajo?

IeNa said...

kak yana..kelas dr obai ok, best :)

farra, this is my last sem..kalau rajin maybe ambik 2 subject audit next sem (kalau rajin ler hehe).