Monday, January 08, 2007

Huhu

Assalamualaikum wbt,

List of assignments:

1. Project paper As Shariah - due 9/1
2. Presentation and submission group project As Shariah - due on 14/1
3. IMF Paper presentation for International Finance - due on 20/1
4. Case study International Finance - due on 27/1
5. Group Project for International Finance - due on 27/1
6. Final exam As- Shariah - 4/2
7. Final exam International Finance - 10/2


List of office works:

1. FMD Achievement in 2006 Report - due 8/1
2. Borang Prestasi Anggota Bukan Eksekutif - due 9/1
3. Workshop preparations (Form Business Challenge, FSME and Specialist) - due 11/1
3. Job Inventory FMD - due 12/1
4. Workshop in MMC - 16-18/1


Agak2 boleh bayangkan tak betapa tightnya masa saya nk cater for all these, with my staff is not here at the moment kerana pergi haji. Saya kena buat sengsorang.

Semester terakhir ni byk pulak project and assignment yg kena buat...dah tu kena pulak awal2 tahun yg mmg byk kena buat business planning.

Every week ada submissions. Habis exam International Finance on 10/2, insya Allah my MBA course will over! Tak tau ler nak ambil subject audit ker tidak sbb sekarang ni mmg terasa mcm tak sabar2 nak habiskan course ni...peritnyaaaa time nih..ingatkan dah tak rasa perit2 lagi mcm memula enroll course dulu, ditakdirkan last semester ni i have no staff, and subjects taken  for this semester ni byk pulak assignmentnya.

So harap boleh faham kenapa blog ini akan sunyi, tak taulah sampai biler. Rasa hampir2 tertekan sebenarnya..tapi mungkin sbb dah byk kali tertekan dulu-dulu and fikirkan ni semester terakhir..tarik nafas panjang2 jeklaa skang ni.

Doakan saya excel k.

Assalamualaikum wbt.



9 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

Iena, Semoga berjaya. Akak doakan semoga awak tabah mengharungi semester akhir ni..

dianz said...

semngatla kak iena! disetiap kerja ada pahala, insyaAllah...
(do u still remember me? ^_^)

Ummu Auni said...

aik ko peksa 4 dgn 10..apsal aku peksa dah start 27 jan ek...aku baru print exam schedule ni

IeNa said...

kak yana,

percaya tak iena dah ternnagis depan GM last week sbb dia tanya iena ok ker tak coz my staff takde..pastu dia asyik bagi keje tak henti2.

Biler dia tanya tu, terus iena ternangis hehe. Mmg cakap ngan dia bulan ni mmg iena stressed giler. Pastu lak kuar exam schedule kata peksa International Finance 28 hb ni..maunya iena tak stress..lepas habis workshop ni..sambung ngan training yg diwajibkan hadir oleh TM..biler masa nk study? Assignment kitorang tgh berlambak2 ni..Jan siap mengamuk kat satu budak ni, threatening kalau budak tu tak hantar part assignment dia cepat, dia nk kick out jek budak tu dr group kitorang. Sian budak tu kena threatened by Jan...tapi mmg kitorang tgh tension ngan project assignment and presentation, especially for Dr Obai nyer presentation.

Tgh bersabar tahap gaban ni...habis jek workshop Khamis ni, belah malam tu pulak terus discussion International Finance sbb ada presentation on Sat. Ingat nk ambil cuti on Friday...tapi ada presentation from Billing and Switching plak.

Aaaaaa..tensionnyyaa!!!


Dianz, i still remember you..how's your project? Habis dah? :)

Aini..patutnya my exam International Finance is on 28, but our last class will be on 27th. Gila ker aper nk suh ambik exam sehari lepas last class? Lega sket gaklaa kitorang ada gap panjang.

Tapi still aku tgh tension ni :(

Sorry yer tuan puan, i'm a lil bit emotional at the moment, bersabar k..habis sem terakhir ni..then you will see all my postings will be nice and ok memanjang all the time, insya Allah :)

Ummu Auni said...

siti, sabarlah ek..aku pun tgh tension ni. ada sorang groupmate tu, buat assignment tp part dia ntah apa2 dia tulis, aku geram sgt. aku tegur dia..pastu ya Allah, berlagaknya. siap ckp result dia 3.9, tak layak tegur dia. huh, tgk write ups dia pun, aku tak percaya tu budak MBA full time. mcm budak sekolah je tulis..

aku dgn groupmates lain buat je. sorang groupmate aku pujuk aku, ckp ini dugaan Allah. aku rasa stress sgt. yelah assignment byk, lepas tu setakat tumpang nama..argh, rasa nak bagitahu kat lecturer je, satu pun dia tak contribute.

dia tahu aku marah dia, aku skrang haramkan diri aku tegur dia sbb aku tahu kalu aku start tegur dia, mesti aku ckp benda2 yg sakitkan hati dia.

aku terpk, hari tu ada member aku ckp part time MBA kat UIA lagi susah dari full time coz dia amik full time, tp ada certain kelas dgn part time students. ko tahu, aku pk balik, betul kut ckp dia..aku rasa mcm standard UIA down je kalau dpt produce budak tu dgn CGPA 3.9. berckp pandai, berjanji macam2 tapi ntah apa2 write ups. APA format pun tak gheti..tu budak final sem tu...

argh...

IeNa said...

Aini,

Sabar bebanyak..aku tak pernah dpt groupmate mcm tu dr first day aku enroll kat UIA, sampai ler skang dah masuk sem akhir kat UIA, alhamdulillah :)

Mmg stressed kalau ada org mcm tu..ko patut buat mcm geng aku buat, si Jan tu..hantar e mail kat budak tu kata kalau tak nak buat, tak yah join group. Dah pandai sgt sampai 3.9 pointer dia..sure power,kan..so tak kisahlahkan kalau dia kena buat assignment sorang2 kan? hehe..jahat betul aku time nih hehe.

Tapi ko jgn marah dia lelama, cuma jgn satu group ngan dia lagi dah ler. Nk comment kata budak full time tak bagus..aku rasa tak jugak..pengalaman aku ngan bebudak full time nih..takde plak ada kes mcm ko nih..contoh paling dekat ngan aku ialah Rollie (blog dia ada dalam senarai bloglist aku kalau nk refer)..ok jek..helpful, biler present pun mcm best jek..i think it's more to individual to sendiri kot. Tak fair gak nak kutuk budak full time UIA..takkan sorang buat hal, yg lain sumer kena. Aku ada 2 sem study ngan bebudak full time, rasanya derang sama jek ngan bebudak part-time, takde beza. Aku rasa ko bernasib malang jumpa budak group ko tuh..satu dalam seribu kot..tak leh buat hasty generalization kata sumer bebudak full time UIA tak bagus. (marah si Rollie nanti hehe).

Aku baru balik dr workshop kat MMC ni..lega satu hari dah lepas..GM aku mengamuk pagi tadi sbb bebudak sumer dtg lambat termasuklaa yg manager2..sure aku pun terkena gak ler sbb aku yg coordinate workshop ni..tapi ko tau Aini, first time sepanjang aku keje kat Fraud ni..aku takde perasaan waktu GM sound kitorang sumer. Tu menandakan perasaan aku dah tepu dgn segala perasaan penat+tension+aku tak kisahlah ko nak cakap apa asalkan aku dah deliver apa yg ko nak+pk pasal assignment and presentation weekend ni yg lebih penting drpd workshop BP ni.

Cepatlaa staff aku balik haji..and cepatlaa study habis..dah tak tahan dah ni huhu.

Hambali ® said...

Assalamualaikum WBT

Bismillahhirrahmanirrahim

Saya, Yusman Hambali Ahmad @ SMe ingin menjemput Cik Iena Panadol sekeluarga ke majlis perkahwinan saya dgn Zalila bt Mohamed di

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor pada hari Sabtu, 17 Febuari 2007.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat menambah keberkatan dan kemeriahan majlis ini kelak. Untuk maklumat lanjut / peta, tuan/puan boleh click kat sini aje.

p/s: Bagi yang bertanya kenapa Segamat dan bukan Perlis, untuk makluman semua, ini kenduri sebelah pihak perempuan dan untuk pihak lelaki, masanya akan sampai nanti insyaAllah.

Mai tau ...

IeNa said...

Sme,

Masya Allah walhamdulillah.. syukran atas jemputan waleemah, kat Segamat eh..orang Utara get married dgn org Selatan ni hehe.

Mabruk :)

Kalau aku tak dpt datang, jgn marah eh..sdh ada plan sebenarnya on that date dan nenek aku tgh sakit gak skang ni..kena stroke..harap dpt faham kalau aku tak dpt menghadirkan diri eh, jgn ambil hati tau :)

IeNa said...

Sme,

Semoga perkahwinan diberkati Allah, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat serta dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah :)