Friday, November 23, 2007

Ibu saya menangis

Assalamualaikum wbt,

Ibu saya call 2 kali memberitahu dia sedih sejak saya tinggal di rumah mertua sekarang ini..dia merasakan anaknya yang seorang ini diambil org.

Saya tergelak besar sampai terjatuh dr kerusi ketika tgh berbaring kerana tak sangka ibu saya boleh keluarkan kenyataan itu.

Saya balas...ketika kami tinggal bersama dulu...asyik gaduh jek...skang ni rindu2 pulak..ibu pulak tergelak besar.

Bila saya telefon kakak saya, dia memberitahu bahawa sebenarnya ibu saya sudah 2 kali menangis sebelum membuat panggilan kepada saya.

Saya rasa terharu dan rasa sedih biler dgr khabar rupanya ibu saya menangis. Saya telefon suami dan beritahu sambil menangis, suami saya suruh saya singgah rumah ibu or tidur rumah ibu untuk lepaskan kerinduan.

Saya rasa terharu sbb...saya akui saya ini anak yg degil..suka ler cari gaduh dgn ibu saya..dedua nk menang jek kalau berlawan cakap...jadi saya tak sangka ibu saya akan berasa rindu pada saya di ketika ketiadaan saya di rumah. Yerlah..anak yg paling suka lawan cakap dia sayalah hehe..so mmg terharu sungguh rasanya.

Perubahan besar yg saya rasakn selepas berkahwin ni ialah saya jadi sgt bersopan dan mmg terasa nak treat ibu saya bebaik jek..tak nak cari gaduh lagi dgn ibu hehehe. Kalau beli brg untuk mertua, saya beli sekali untuk ibu saya.

Alhamdulillah adik bongsu saya akan fly ke Mesir untuk course Medic di Univ. of Tanta pada Isnin ini.

Habislah...saya jamin ibu saya akan menangis bagai nk rak waktu nak hantar adik saya nanti..confirm!

Saya rasa saya pun!

SAYA SAYANG IBU DAN KELUARGA SAYA!!

:D

7 comments:

Farra Da Smiley said...

siti tahniah buat adik ko yer

seronok ek skang ada 2 ibu sayang :p

IeNa said...

hehe..syukran.

ha ah..best best :)

Anonymous said...

gimana dah bertemu ibu?
eh tgh buat gaduh lagi ye sekarang? :P

y@tipruzz said...

ko sedey tak siti tinggalkan rumah? hehe time raya sure syahdu syahdan :p

sori kami x dpt gi kenduri korang...both sides kitorang tade kat kl time tuh.

aida said...

waa, semenjak kahwin ni, bersopan giler kau cakap.. muekekek

Ummu Auni said...

rgh...perubahan positif nampak :P semenjak kawin

congrats utk adik ko ek :D

IeNa said...

dianz..

dah jumpa dah..alhamdulillah hehe.

yati, tak sedih pun..sbb aku hari2 parking keta kat umah cheras, pastu ambik train ke ofis..so mcm hari2 gak ler aku balik cheras hehe. Aku ingat ko merajuk tak dpt kad jemputan kahwen aku sampai ko tak x dtg wedding..rupanya ko takde kat kl. Takpelah..doakan aku berbahagia eh :)

aida..mana der..aku kan mmg bersopan sebelum kahwen lagi muehehehe

aini..alhamdulillah..moga berterusan hendaknya..adik aku dah selamat sampai sana...dia kata sejuk giler...kena pakai 4 baju lapis..sure aku rasa derang tak mandi sbb sejuk hehe. Time DCBA dulu bukan musim sejuk pun kakak2 kat sana tak bagi kitorang mandi sbb takut demam..ini kan pulak time sejuk.

anyway, alhamdulillah semuanya selamat :)