Friday, March 14, 2008

Accident

Assalamualaikum wbt,

Last 3 days i get involved in an accident, my car rammed a motorcycle ketika nak belok simpang. Serious tak nampak budak lelaki yang naik motorsikal tu..i stopped my car and gave signal before made a turning when suddenly this motorcycle come from nowhere tetiba lalu..langsung gedebush!!

Remuk kereta my husband..mmg menangis aa time tu tgk keta remuk sebelah depan..dah ler first time terlibat dgn accident..nasib baik accident berlaku kat kawasan umah bandar Tun Razak, so my father terus call his friends to look up for me since i was alone during the incident, my husband is working. Takut kemungkinan datang konco2 budak lelaki ni..nahas ler sbb me sorang2 pompuan. Ada 2 orang budak lelaki ni baik hati sungguh..bawakan budak yang luka ni pi klinik..lepas tu advice me mcm mana nak buat.

Dah ler first time accident..apa pun tak tahu..kereta pun husband punya..org tanya husband guna insurans mana pun tak tahu..sadis sungguh Zurina sorang ni. Tau pakai kete jek..yg lain tak tau hehehe.

Lepas buat laporan and hantar keta ke bengkel...balik umah nangis lagi..say sorry to my husband..rasa bersalah sbb rosakkan his car...esoknya demam 2 hari..terkejut kot.

My father bagi pinjam his Avanza to me so that i can commute from Kajang to Bandar Tun Razak. Selama ni mmg park keta my husband kat BTR, so biler guna Avanza ni pun takde masalah sbb waktu me keje, my father boleh guna dia punya keta..cuma belah malam aktiviti dia limited sket ler sbb anak pompuan dia sorang ni pinjam bawak balik Kajang.

Time drive Avanza malam semalam and pagi ni..baru terasa phobianya...selama ni mmg jenis bawak laju gaklaa keta kan..sejak accident ni sanggup laaa dok lama kat lane tak laju sbb tetiba rasa seriau nak drive laju..takut accident lagi.

Pasni janji tak nak rosakkan harta my husband lagi..tanggungjawab isteri kena jaga harta suami..daku sebaliknya muehehe...tapi tak sengaja...sungguh! Next time mmg kena extra berhati-hati...tak best accident ni..nasib baik me and kandungan takde paper. Alhamdulillah.

Oklah eh..update blog pun citer merapu2..takpelah...sesekali menceritakan pengalaman hidup. Blog orang lain sibuk dgn update and analisa PRU-12, dah ramai sangat menganalisa, tak payahlah yer saya buat analisa tambahan di sini.

Apa pun..takbir dan alhamdulillah atas segala kemenangan yang diberikan oleh Allah ketika di dalam pilihanraya baru-baru ini. Kita ini bukan generasi yang menerima sahaja tanpa menganalisa baik buruk serta natijah sebarang claim atau pernyataan dr yang memerintah. Menjadi peringatan buat mereka yang berada di pucuk pimpinan tidak kiralah di parti mana pun untuk sentiasa memperbaiki prestasi dan menjalankan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Allahuakbar!!

:)

Friday, March 07, 2008

:)

Assalamu'alaikum wbt,

Lama sudah tidak mencoret di sini..ada sedikit kekangan masa berikutan terpaksa coordinate meeting Committee dan mesyuarat pengurusan minggu lepas.

Esok sudah hari mengundi, pastikan undian kita tepat dan boleh mencorakkan hala tuju negara yang bersifat maju, bebas korupsi dan yang penting menjunjung Islam dan perlaksanaannya secara total di negara ini.

Sedikit kepenatan kebelakangan ini...mungkin sbb pregnancy..saya jadi cepat penat. Alhamdulillah saya tak mengalami morning sickness yang teruk...selama 7 minggu pregnancy ni..hanya 3 kali saya mengalami morning sickness...mmg kerja saya sekarang ni hari2 minum fresh orange untuk elak rasa mual.

Kali ketiga saya morning sickness, badan sudah tidak bermaya dan suami hantar ke klinik untuk check up...pertama kali doktor scan perut..masya Allah...sudah nampak karung rahim serta seketul darah seperti dot...rasa macam tak percaya pun ada..terasa betapa besarnya Allah yang mencipta manusia dr setitis air mani yang akan menjadi seketul darah, kemudian menjadi tulang dan akhirnya dibaluti dengan daging.

Apa pun, saya panjatkan segala syukur pada Allah atas kurniaan yang satu ini. Sama seperti kurniaNya pada saya seorang suami yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan ceria walaupun pada hakikatnya kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Kahwin gamble orang kata, tapi mungkin berpandukan istikharah yang dibuat lama sebelum mengambil keputusan menjadi penguat hati agar perkahwinan dilaksanakan untuk mencapai matlamat membina keluarga Islam yang sempurna.

Bulan ni saya banyak menerima jemputan nikah...mabruk kepada adik-adik tersayang, Yati US dan Azrin...moga kalian hidup bahagian dunia akhirat bersama pasangan dan keluarga yang bakal dibina :)

Wassalam