Assalamu'alaikum wbt,
Lama sudah tidak mencoret di sini..ada sedikit kekangan masa berikutan terpaksa coordinate meeting Committee dan mesyuarat pengurusan minggu lepas.
Esok sudah hari mengundi, pastikan undian kita tepat dan boleh mencorakkan hala tuju negara yang bersifat maju, bebas korupsi dan yang penting menjunjung Islam dan perlaksanaannya secara total di negara ini.
Sedikit kepenatan kebelakangan ini...mungkin sbb pregnancy..saya jadi cepat penat. Alhamdulillah saya tak mengalami morning sickness yang teruk...selama 7 minggu pregnancy ni..hanya 3 kali saya mengalami morning sickness...mmg kerja saya sekarang ni hari2 minum fresh orange untuk elak rasa mual.
Kali ketiga saya morning sickness, badan sudah tidak bermaya dan suami hantar ke klinik untuk check up...pertama kali doktor scan perut..masya Allah...sudah nampak karung rahim serta seketul darah seperti dot...rasa macam tak percaya pun ada..terasa betapa besarnya Allah yang mencipta manusia dr setitis air mani yang akan menjadi seketul darah, kemudian menjadi tulang dan akhirnya dibaluti dengan daging.
Apa pun, saya panjatkan segala syukur pada Allah atas kurniaan yang satu ini. Sama seperti kurniaNya pada saya seorang suami yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan ceria walaupun pada hakikatnya kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Kahwin gamble orang kata, tapi mungkin berpandukan istikharah yang dibuat lama sebelum mengambil keputusan menjadi penguat hati agar perkahwinan dilaksanakan untuk mencapai matlamat membina keluarga Islam yang sempurna.
Bulan ni saya banyak menerima jemputan nikah...mabruk kepada adik-adik tersayang, Yati US dan Azrin...moga kalian hidup bahagian dunia akhirat bersama pasangan dan keluarga yang bakal dibina :)
Wassalam
4 comments:
syoknyer..still in honeymoon mood :p
Hehe...best best :D
congrat siti for ur pregnancy. jaga diri bebaik.housework soh gorgom buat tau...
ok ok ijah..hopefully dia ada baca your comment ni muhehehe
Post a Comment