Monday, November 14, 2005

Which one need to be sacrificed?

Assalamualaikum wbt,

:)

Maaf di atas sepinya blog ini. Ada keuzuran dari segi kesihatan dan masa.

Rasanya sudah berminggu tidak menulis. Tapi sungguh saya tidak punya masa untuk menulis. Tuntutan kerja sebelum dan sesudah Raya amat menuntut masa saya kerana FMD sedang bertarung dengan masa yang sungguh sedikit ini untuk menjalankan pelbagai program besar, menyebabkan kami satu division lelah sedikit bekerja.

Raya alhamdulillah, seronok beraya di Pedas, N. Sembilan. Saya sudah hampir setahun tidak pulang ke kampung atas tuntutan kelas di hujung minggu, maka masa saya dipergunakan sepenuhnya di kampung. Berasa sedikit jahat kerana enggan balik ke kampung belah Batu Kikir menjenguk nenek di sana sedangkan ibu memujuk sungguh2.

Reasonnya?

Saya demam 3 hari di kampung sejak Raya kedua. Had heavy flu and cough. Saya tak mampu nak balik sbb demam and sememangnya saya mmg kurang gemar berjalan jauh. Sudahnya, nenek belah Batu Kikir datang menziarah ke rumah saya untuk berjumpa cucu-cucunya Selasa lepas.

Terasa jahatlah jugak sebenarnya. Tapi takpe, saya rasa adik beradik saya adalah cucu2 dia yang paling dia sayang sbb kami jer cucu2 dia yang cium pipi dia setiap kali bersalam untuk pulang ke KL, cucu2 lain takde hoho (agak2 valid tak reason ni? kekeke..takdelah..just kidding :). Uwan saya sayang semua cucu2 dia tanpa pilih kasih rasanya :)

Plan ingin join team building Nisa' pada weekend lepas, tetapi saya punya white paper submission to GM. Tertekan sekejap saya kerana whitepaper submission tu, and ditambah pelbagai agenda wedding dan kelas yang ingin dipenuhi dalam weekend yang sama. Saya terpaksa sacrifice sesuatu, dan itu yang memeningkan saya.

Antara sahabat, janji, tugasan kerja, kelas, dan tuntutan masa bersama Nisa'. Yang mana satu ingin dikorbankan? Berjanji dengan sahabat baik sekian lama untuk ke wedding, tiba-tiba ada program Nisa' yang mmg buat hati saya serba salah sgt2 kalau tidak hadir hanya kerana alasan peribadi, dan kelas yang sememangnya saya tidak akan mahu skip kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan (outstation cthnya). Saya sudah lama tak merasakan pressure sebegitu kecuali ketika saya berada di semester 3 di mana saya terpaksa outstation ke Penang sedangkan ketika itu tuntutan exam dan assignment yang melambak2 yang akhirnya menyebabkan saya fell sick di sana.

Sejak pagi Jumaat lepas saya sudah runsing kerana program Nisa' akan bermula pada sebelah malam di mana saya juga sudah berjanji dengan Sarah untuk hadir ke weddingnya di Shah Alam ,kemudian keesokan paginya saya punya janji dengan Ika sejak berminggu2 yg lepas untuk ke wedding Ida dan belah petang perlu ke kelas sehingga Maghrib. Saya masih boleh join program Nisa' tetapi harus saya tidak tidur malam untuk menyiapkan whitepaper GM kerana keesokannya saya akan ada kelas pagi sehingga tgh hari. Betul2 whitepaper GM ini memberikan saya tekanan yang bukan sedikit. Saya pergi lunch dengan Hany dgn hati yang tak tau nak digambarkan walangnya bagaimana kerana saya berada di dalam dilema dan rasa bersalah dalam hendak membuat pilihan mana satu yang perlu dikorbankan.

Last-last Allah bagi jalan penyelesaian yang paling mudah tetapi di memang di luar dugaan saya.

I had a very terrible stomache ketika solat Asar sebelum plan pulang bersama Hany dan Zainal untuk ke wedding Sarah pada sebelah malamnya. Selesai solat menuju ke cubicle perut saya dah sakit mencucuk-cucuk sehingga saya terpaksa berpaut pada tubir meja. Berjalan menuju stesen LRT bersama Hany dengan jalan ala wanita Jepun sbb kena jalan lambat2 dan sikit2 sbb sakit. Terduduk saya di tangga stesen LRT Masjid Jamek dan di pintu BCB kerana tidak tahan sakit selepas meminta Hany dan Zainal pergi ke wedding tanpa saya kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Akhirnya saya menuju ke Mc D menghubungi makcik saya dengan juraian air mata yang tak tertahankan. Sakit sungguh-sungguh, bak kata Hany 'umpama rahim jatuh' hehe. Tak tau ler saya mcm mana rasanya sakit rahim jatuh, tapi saya mmg dah tak tau nak describe sakit macam mana lagi. Saya tak boleh berjalan langsung sbb sakit sangat2. Mmg menangis dibuatnya. Saya rasa pengunjung2 Mc D yang stare kat saya ingat saya frust bercinta kot sebab bercakap kat telefon sambil nangis2. Hehe. Sakit giler. Barulah saya faham apa yg Ika cuba describekan kat saya ketika dia pun sakit perut sangat2 dahulu. Bezanya saya dan Ika ialah saya tidak ada orang yang nak beri 'cooling effect' time tgh sakit2 tu, tul tak Tikot? Hehe (Ika, you wait k after i get some free time, i'll make a special posting for you on COOLING EFFECT hehe)

Saya tidak pernah hadapi sakit sebegitu rupa actually except sakit pinggang kerana menelan pil di Madinah dahulu. Time tu Hany jugak yang temankan saya yang berjalan lambat sampai kami kena marah dgn consultant kami sebelum masuk ke Masjid Nabawi untuk menziarah makam Rasulullah. Sakit pinggang sangat2 sampai saya berjalan lebih lambat daripada consultant kami yang ketika itu mengandung 7 bulan. Bayangkan orang mengandung 7 bulan bukannya boleh jalan laju sgt pun, tapi saya jalan lagi lambat dari orang pregnant. Terasa juga hati sedikit kerana dimarahi sbb saya ni mmg org yg sensitif sket n jarang kena marah. Kasihan juga pada Hany yang sia2 jer kena marah sekali sebab menemankan saya yang berjalan lambat. Tapi mmg tak boleh nak buat apa, mmg sakit pinggang yang kalaulah tak mengingatkan diri agar byk bersabar dan tidak mengada2 di sana, mahu saja minta disorong dengan kerusi roda. Alhamdulillah sakit pinggang di Madinah hanya sehari. Sorry yer Hany on that nite Hany temankan saya berjalan lambat tu, betul2 rasa bersalah sbb buat Hany kena marah gak. Tapi lepas keluar masjid consultant dah minta maaf sbb marah kita,kan? Hehe. (Tapi dlm hati time tu mmg sedih gilerlaa kena marah, tension jek rasanya)

Makcik saya dtg menjemput saya di Mc D dan bawa ke klinik tak lama lepas saya call. Katanya dia takut sangat dgr suara saya dan ingatkan saya kena rompak atau kena tikam sbb tak pernah dgr saya menelefon kesakitan sebegitu rupa. Hoho, nak tergelak pun ada juga time dengar statement tu, tapi sbb sakit tak mampu nak gelak. Hanya mampu suh makcik drive laju sket ke klinik. tak tahan sgt sakit.

Doc bagi injection pain killer and asked me to rest. The next 2 days saya berehat di rumah sahaja dan tak pergi ke kelas minggu pertama setelah sebulan bercuti. Wedding Mizie dan Ida juga saya tak dapat pergi kerana perut masih terasa sakit. Sent SMS to Ida minta maaf sbb tak dpt hadir, tak tahu pula pengantin hilang henpon :) Takpe Ika, kalau Allah nak pulangkan barang derang, insya Allah sampai juga ke tangan tuannya :)

Saya tak pergi ke dua-dua kelas saya. Dan saya juga tak ke mana-mana kerana menyiapkan white paper submission.

Yang pasti saya menghadap notebook sampai 2 pagi menyiapkan whitepaper untuk 2 malam berterusan.Dan berjaya menyiapkannya despite of my ill condition dan manage to submit it to my GM on Monday as promised. Tapi pada keesokannya saya bercuti kembali kerana kurang sihat.

Zainal menelefon awal2 pagi Isnin bertanya khabar. Katanya Allah kabulkan doa kita dengan pelbagai cara. Kita berdoa mohon diberikan kelapangan ketika ketidaktentuan arah untuk memberikan komitmen kepada perkara yang mana satu, last-last Dia bagi kita something yang menyebabkan mmg kita lapang sungguh2 walaupun mungkin faktor kelapangan itu bukanlah something yg kita favour. Kalau difikirkan logic mmg ler rasa tak best sbb painful (sakit yg mmg giler2 punyer sakit), tapi kalau difikirkan lebih mendalam, kalau Allah tak anugerahkan saya sakit perut yang menyebabkan saya terpaksa berehat dr berjalan, pasti saya diselubungi rasa bersalah teramat kerana terpaksa men'sacrifice'kan team building Nisa' untuk memberi laluan kepada kelas, wedding sahabat baik dan whitepaper submission saya. Last-last, semuanya terpaksa dikorbankan kecuali whitepaper submission saya :)

Pasni saya nak doa kalau ada lagi situasi mcm ni, moga Allah lapangkan saya tapi kalau boleh tak nak sakit, bleh tak ek? (agak2 ada rasa nak sekeh tak orang yg sedang menulis ni? Hehe :)

Guys, just kidding k. Apa pun yg Allah bagi, kita wajib syukuri sbb kita tak tahu hikmah di sebaliknya.

Oklah yer, panjang dah catatan saya kali ni. Ini pun berpeluang untuk menulis kerana baru selesai sesi presentation Fraud Subject Matter Expert saya yang terasa seperti sesi presentation project di depan lecturer sahaja rasanya kerana dinilai oleh GM dan 2 manager. Esok akan kembali dengan jadual sibuk saya sekiranya masih dikurniakan peluang untuk bernafas. Tak tahu bilerlah lagi akan punya peluang untuk meng'update' blog saya ni. Mungkin bulan depan kot kerana bermula minggu hadapan jadual kerja saya akan sgt2 tight kerana punya 3 event besar untuk diberi tumpuan sehingga hujung bulan ini.

Ika, syukran kerana memahami dan sanggup berkorban masa dan janji yang telah dibuat bersama berminggu-minggu sebelum itu. I actually felt guilty for can't fulfill my promise to accompany you to Ida's wedding. Maaf yer, maaf sgt2 :(

Di kala ini saya terasa seperti ingin cepat2 grad so that i will have time for all people that i care about. So that no one will hurt and cry anymore coz i spend less time and concentration on them.

Believe me, eventhough i did not make any sound for being busy whatsoever, i'll be always praying for you all in my prayers, insya Allah :)

To Jie, Siha, Farah Wahidah, Kak Wiyah n geng2 Nisa', i do miss you guys actually. Kalau boleh nak spend masa sama2 mcm dulu, tapi buat masa sekarang masa saya sedikit terbatas. Rindu nak berkumpul semula mcm dulu2. Insya Allah study saya habis hujung tahun depan, sehingga itu kena banyak2 sabar dgn saya yg tak punya byk kelapangan masa ini :)

Hopefully no more cry, you little girl (you know who you are), dah jadi ibu org pun nak nangis2 lagi :P

To Siha, hehe, i wish ya all the best in Penang with your new Master course. Welcome to the club of fun + tension when byk keje n assignment + exciting sbb belajar benda baru + pressure tahap naga biler time exam hehe :D

Ok guys, permisi dulu.

Sehingga ke catatan baru saya nanti, do miss me k :)

Doakan kesejahteraan dan kesihatan saya yer.

Assalamualaikum wbt.

8 comments:

IeNa said...

Hoho, panjang sungguh posting kali ni (qadha' dah berminggu tak menulis hehe)

ieka said...

siti, ika yg ko sebut byk2 tu ika mana? :P hahahha

remember we learnt last time about segregate between urgent+important, important+not urgent, urgent+not important things? so itulah je nasihat aku. nvm, aku faham. kalau kdg2 geram tu adatlah manusia, tapi takdelah simpan dlm hati sbb aku faham ur situation.

you have to sacrifice something to get something. apa2lah pun, kalau tak byk sikit. mcm dlm cerite ni it's involving ur time. habiskan satu2 dahulu. put on priority. Manusia mmg tidak bersabar dlm kejahatan, tidak bersabar juga dlm kebaikan. Tapi Allah katakan siang akan tiba juga selepas malam, kan? (err faham tak?:P).

amboii kate org lain little girl, awak tu? ahhaha at least masa aku sakit perut sgt2 tu aku tak nangis, cuma aku jadi 'kurang waras' sket jer..akkakaka

p/s: Bro Jenal pun ada nasihat aku pasal kes kat wedding ida/mizie tu. terkelu jap nak ckp sbb tak sangka die ambil berat lagi:D tq ek ex-boss:P (oh, sorie silap slot..tapi bolehlah pinjam..hahah)

k. siti. remember. one thing at one time, one priority. :)

-zue:P-

IeNa said...

Hehe,

Thanks Tikot.

Mmg ler kena put priority, tapi utk memilih priority itu juga satu hal lagi. Nanti next time antara study dan komitmen Nisa', kalau aku tinggalkan ko, ko jgn marah plak ek hihi. Kang ada yg ambil hati plak aku tinggalkan ko ;)

Anyway, little girl tu is not meant for you ler, tu utk someone else. Ko tu bukannya budak kecik lagi hohoh.


Apa nasihat jenal to you? Kongsi ler, nak tau gak :)

Sayang jugak ex Pres kat bekas2 exco2 dia ni ek hehe.

Najmuddin Yusoff said...

huh... typical siti zurina!!! sekali post mesti berjela.. eekekkee :D

IeNa said...

Amboi Mudin,pekena akak ek? :P Ida camner, sihat? Kim salam kat dia ek :)

Hari ni best sbb GM tetiba urgent leave, lega sket, bleh ler menyibuk kat blog ni. Kalau tidak susah sket ler :)

Tikot, Midun buka lagu Meteor Garden besar2 kat ofice ni, teringat plak sesi tgk CD Meteor Garden ramai2 non stop kat MMU dulu hehe.

ieka said...

siti! you will be fined as a punishement calling me Ika & Tikot!:)) hahahha

yeah, i KNEW that is not me. Of all, i didn;t get married yet and not yet a mother ok. i know who you refered to. Maksud daku ialah ko tulah, sama je.. ekekke suka nangis jugak.

antara Nisa and Study, hmm my opinion ek. study tu kan jihad juga. :) If study at the moment is more important, go for it. If Nisa is more important at that time, let go study. How to decide the "important"ness? If you are not there, it's a troublesome- then it is important.

hehe kalau aku marah, nanti ko blanje kan?;) ahaks.. ape jenal ckp, nantiler ek kite citer:)

IeNa said...

Ngantuknyaaa..makan ubat batuk sbb dah tak tahan non-stop batul dlm meeting dengan semua OLNO tadi.

Aku suka nangis ker? Takdelaa..mana der ekekek. Tough apa aku ni kekeke.

Sorrylaa Tikot, aku tak biasa a panggil nama ko yg buat aku tetiba jadi nakal kalau panggil ko ngan nama tu hehe (Zue....eewwww) heheh.

Ko patut berbangga, hanya ko dan adik aku Eqa jek yg aku panggil ngan nama manja Tikot ni tau, dulu ada lagi sorang aku panggil gak tapi skang dah tak panggil lagi sbb dah berapa rapat.

Berbangga keh? ekekek.

Aler, tak leh share ek apa Jenal cakap? Takpe, kita main calling2 nanti :)

Anonymous said...

huhuhu terjawab akhirnya.."mana la hilangnya k.iena ni" :)Nak dating kat ym pun...bz je.. :(( hehehe xde la... miss u!