Assalamualaikum wbt,
Maaf di atas sepinya blog ini, say menghadiri kursus dan kemudian sibuk dengan tugasan sedia ada.
Hari ini saya dapat result exam, alhamdulillah bolehlah dikatakan cemerlang walaupun sebenarnya aim nak dapat 4 flat hehe. Saya kurang gemar subject calculation, tapi alhamdulillah dimurahkan rezeki utk score Quantitative Decision Making (QDM) sem ni. Begitu juga dgn subject Finance yang saya ambil semester lepas.
Alhamdulillah.
Hari ini saya gembira kerana saya dapat good result, plus saya sudah present monthly report saya di dalam monthly management meeting this evening.
Tapi di dalam kegembiraan, terselit juga perkara yang meninggalkan kesan di dalam hati saya.
Ketika saya sedang menyiapkan presentation slide for management meeting petang tadi, saya terima satu panggilan.
Saya akui saya sudah lama tidak mendengar suara pemanggil. Ketika menjawab, saya dapat kesan suaranya tidak seperti biasa. Suara seperti ingin menangis.
Dan memang suara itu seperti ingin menangis, cuma saya tidak pernah sangka yang si pemanggil akan menangis kerana saya.
Beliau terasa hati kerana kami seperti sudah tidak rapat seperti dahulu. Fikirnya, saya sudah punya kawan-kawan baru yang lebih sefikrah dengan saya. Sebab itu sudah jarang berhubung dengannya.
Saya pujuk beliau agar tidak menangis, dan berjanji saya akan bertemunya nanti.
Tamat perbualan, saya pula yang menangis. Tangisan yang terharu atas perhatian seorang sahabat, dan hati tak henti-henti menyalahkan diri kerana tidak terus menghubungi beliau setiap kali saya teringatkannya. Sering kali saya teringatkan beliau kerana kami memang sangat rapat, tapi tangan saya seperti tak tercapai untuk mencapai handphone untuk bertanya khabar.
Tapi saya juga turut gembira kerana saya berada dekat di hati beliau walaupun beliau sudah punya komitmen yang lebih besar dan lebih utama. Saya betul-betul amat gembira.
Bukankah kita akan biasanya akan makan hati dengan orang yang kita kasihi?
Syukran pada si pemanggil, dan jazakallah pada semua yang mengenali dan sudi bersahabat dan bersaudara dengan saya.
Hari ini saya belajar bahawa kita perlu menyediakan masa untuk bertanya khabar dan berhubung dengan sahabat-sahabat dan saudara-mara. Masa itu bukan hanya patut diperuntukkan untuk diri kita seorang.
Insya Allah akan cuba untuk menjadi seorang sahabat yang lebih prihatin. Sememangnya saya mmg kadang-kadang seperti glacier di Antartika yang memang hanya bergerak sendiri secara senyap dan tidak peduli kadang-kadang dengan apa yang berlaku di sekeliling. Memang bukan seorang yang boleh dikatakan caring orangnya. Saya menyedari sifat ini ketika saya mempunyai 2 orang adik angkat di sekolah menengah dulu. Kasihan mereka kerana dapat kakak angkat yang tak caring mcm saya :)
Apa pun, i've learnt a valuable lesson today, and i'm very happy for having such a caring friend that take me very close to her heart.
Wassalam.
5 comments:
alaykumussalam nai,
akak baik, alhamdulillah :)
sama juga doa utk nai, moga kita semua dpt malam yang lebih baik dr seribu bulan.
Akak doakan kebahagiaan dan keselamatan untuk kita semua, insya Allah :)
oits siti, xkan baru belajar 'hari ini' kot? :p btw, aku nak kad raya ye. haha aku msg ni dr hp pd raya ke-2. so berbanggalah ye sbb masih lawat blog pd waktu cuti. p/s: tu tanda suh updet slalu :D -zueika-
Assalamualaikum Cik Zue (dah janji kena panggil Ika ngan nama baru dia ni...eeeuuwwwww :P:P)
Amboi, mementang dah pakai henpon 3G, rajin betul check blog ek. Alang2 dah ada teknologi baru ni, jgn luper selalu update ur blog :P
Anyway Salam Hari Raya pada semua, maaf yer atas segala kesalahan dan kekurangan yang berlaku secara sengaja mahupun tidak di sepanjang kewujudan saya di muka bumi Allah ini :)
Zue, (again...eeeuuwwwww :P:P)
Thanks for your kad raya, balik2 keje dah ada kad atas meja. Insya Allah ada balasan kad raya :)
Syukran :)
waalaikumussalam wbt.
cik siti, dun forget about my consultation fee . :p
-zue
Consider my treat at Chicken Rice last nite as your consultation fee, can or not? Hoho.
By the way, thanks for ur help. The info are very helpful :)
Post a Comment