Thursday, March 09, 2006

Azam

Dahulu
Azam terjaring di hati
begitu penuh
Luas terbentang
Mahu memberi sumbangan
kepada Islam

Ketika itu
Terasa setiap keringat yang jatuh
Mahu diabadikan
untuk Tuhan

Hati terasa sungguh besar
mahu mendidik hati-hati insan
Tidak tahu sekarang
masih punyakah upaya
untuk ditawarkan

Dalam renungan saat ini
Entah mana terkubur
impian yang besar itu
mungkinkah sudah bersepai
oleh tangan-tangan keduniaan
yang mahu mencuri perhatian

Yang tinggal cuma
hanyalah semata-mata azam
Akan terrealisasikah?


Masjid Jamek KL
9 Mac 2006
8.30 p.m

2 comments:

Anonymous said...

Perjuangan kebenaran tidak hanya diukur dari segi pencapaian luaran. Dalaman lebih bermakna utk didambakan ... :D

IeNa said...

:)

Subhanallah,

Pagi ini ceria dengan tautan ukhuwah bersandarkan ikatan akidah yang satu.

Syukran atas sokongan :)