Assalamualaikum wbt,
Subhanallah walhamdulillah, saya masih mampu menghirup udara pagi hari ini, masih mampu sujud dan berdoa dengan penuh aman, dan masih mampu menikmati hidangan yang enak dan lazat. Seribu syukur di atas nikmat Allah yang dikurniakan.
Pada hari ini saya merenung di sebalik keunikan 06.06.06 yang menjadi satu lagi milestone dalam hidup saya. Peningkatan usia yang turut membawa maksud bahawa pertemuan saya dengan Dia sudah hampir.
Bersediakah saya?
Sesungguhnya sungguh banyak nikmat yang telah Allah limpahkan ke atas diri saya, dan pada antum semua. Saya pernah terfikir, sekiranya saya dilahirkan sebagai Non-Muslim, tidak ketahuan akan dikurniakan hidayah Islam atau tidak nanti. Sekiranya saya dilahirkan bukan di bumi Malaysia tetapi di bumi Afrika yang kering kontang, kekurangan makanan dan pendidikan, bagaimanakah nasib saya nanti.
Sesungguhnya..tak terkira nikmat Allah pada kita. Dari sekecil2 zarah sehingga infinity (syurga itu kekal).. we really really have to be grateful and submit ourselves totally to Him, dun we? :)
Doakan saya berjaya dan berbahagia dunia akhirat, sentiasa dilindungi Allah sentiasa.
Terima kasih pada sahabat2 yang mengirim greeting card dan ucapan selamat. Barakallahu fiikum :)
Wassalam.
2 comments:
Assalamualaikum kak iena,
Selamat ulang tahun! Anak saya ngelat satu hari jek lewat :P 07/06/06 :D
Alaykumussalam wbt,
Subhanallah, mabruk atas kelahiran newborn baby Mudin. Lahir lewat sehari dr akaknyer bezday..tu tandanya dia suh celebrate bezday dia ngan auntie dia ni every year hehe :D
Anyway, mabruk lagi sekali atas kelahiran Adam Naqiuddin bin Najmuddin :)
Post a Comment