Monday, February 26, 2007

Hati yang walang

Assalamualaikum wbt,

Saya sedang bersedih sekarang ini. Sedih kerana tindakan yang saya ambil dengan niat yg baik disalah erti, dan menyebabkan saya pula dimarahi dan dijauhi.

Tidak apa lagi, saya kira..kerana yang lebih menyedihkan saya rakan-rakan yang sudah berkawan dengan saya hampir 5 tahun, rupa-rupanya masih lagi tidak mengenali diri saya. Menyalah anggap bahawa saya gila kuasa, merampas post yang saya duduki sekarang. Sungguh, saya tidak pernah berniat mahu merampas post sesiapa, apatah lagi post rakan sendiri. Sekiranya post ini mahu diambil balik, ambillah dan saya sudi melepaskannya kerana cabaran dan amanah yang diberikan adalah besar, hampir tidak tertanggung oleh saya sebenarnya.

Sukar benarkah menyambut salam kemaafan sekiranya benar saya yang berbuat salah? Besar sangatkah kesalahan saya sehingga ada rakan yang dahulu bergelak bersama kini tidak mahu melihat atau mendengar suara saya lagi? Sejauh itukah perasaan benci terhadap diri saya?

Allah...Allah sahaja yang tahu betapa tergurisnya hati rakan sendiri berbuat begini. Bukan tidak pernah saya meminta maaf, walaupun saya tidak tahu apa kesalahan saya, tapi saya hulurkan juga salam kemaafan kerana sayangkan persahabatan yang pernah terbina. Sayangkan ukhuwah yang pernah terikat.

Sedih sebenarnya..saya tersepit di dalam tuntutan kerja dan persahabatan. Mujur staff bawahan saya mengerti kedudukan saya yang tersepit di antara 2, memujuk agar bersabar selalu dan memohon pertolongan dr Allah agar semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Walau bagaimana pun, saya bersyukur dengan dugaan ini, kerana kalau dibandingkan dengan dugaan saudara2 kita di Palestin, apalah sangat kehilangan rakan daripada kehilangan ahli keluarga. Apalah sangat rasa perit di hati dibuat kawan sendiri dari derita hati kehilangan anggota badan dek kerana perang. Dan yang paling utama, saya masih berada di dalam perhatianNya, bukankah itu yang patut disyukuri sebenarnya? Mungkin ini sebagai salah satu cara untuk menarik kembali diri saya yang sering lupa ini kepadaNya, bukankah ia sangat berharga sebenarnya? Sekurang-kurangnya saya tahu, saya masih di dalam perhatianNya. Sekurang-kurangnya dalam keadaan hati yang walang ini, saya kembali padaNya memohon keampunan dan keringanan dalam menempuh ujian ini. Syukur alhamdulillah, dan moga-moga Allah beri keringanan ujian ini ke atas saya.

Hanya doa sahaja yang dapat saya pohon, agar keadaan berubah menjadi lebih baik. Sampai satu detik semuanya kembali reda, akan saya terangkan pada rakan-rakan apa yang sebenarnya berlaku. Moga mereka faham bahawa saya tidak punya niat serong mahupun memandang rendah pada keupayaan mereka, kerana saya juga manusia biasa yang banyak kekurangan sebenarnya.

Doakan bagi pihak saya agar semuanya kembali pulih seperti biasa. Saya sayangkan rakan-rakan saya.

Syukran wassalamualaikum.

2 comments:

sakinah said...

“ Katakanlah Wahai Muhammad , tidaklah sesuatu musibah yang menimpa kita melainkan ia adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

At - Taubah : 51

Ya Allah Ya Tuhanku , Kepada mu aku mengadu lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan betapa hinanya aku dikalangan manusia . Ya Tuhan Yang paling Penyayang dikalangan yang Menyayangi ,

Engkaulah Tuhan kepada orang – orang yang lemah tertindas . Engkaulah Tuhan ku . Kepada siapakah Engkau serahkan diriku , Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang engkau berikan kepadanya milik untuk menguasai urusanku ?

Jika tidak ada kepada – Mu murka terhadapku , aku tidak peduli , tetapi kemaafan-Mu lebih luas kepada ku . Aku berlindung dengan wajah-Mu yang telah Engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat .

Aku berlindung daripada turunnya ke atas ku murka – Mu atau berlakunya ke atas ku murka Mu . Kepada Mu pengaduan yang sungguh – sungguh sehingga mencapai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .

IeNa said...

Syukran Kak Yumni,

Saya sudah bertawakkal padaNya sambil meneruskan kehidupan seperti biasa..menegur rakan-rakan saya pun seperti biasa, walaupun penerimaan mereka tidak semesra mana.

Saya buat apa yg termampu di pihak diri saya..selebihnya itu saya pulangkan kepada Allah :)