Assalamualaikum wbt,
Sungguh, saya mohon kemaafan di atas sepinya blog ini untuk beberapa waktu.
Saya sdg mendengar lagu Cinta Hakiki, nasyid Kumpulan Raihan.
Mendengar bait-bait lagu ini yang menggambarkan betapa cinta yang paling agung adalah cinta kepadaNya. Alangkah bertuahnya seseorang itu sekiranya dia mendapat kasih sayang Allah.
Tetapi, deservekah kita? Dengan amalan yang tak konsisten, dengan penghayatan amalan yang kurang, dengan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud di dalam diri, layakkah kita?
Kuatkanlah hati kita dengan sentiasa memikirkan bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akan sentiasa memberi pengampunan selagi mana kita tidak mensyirikkanNya. Di kala kita bermaksiat padaNya, Dia masih memberikan kita rezeki dan nikmat yang tidak terhitung.
Dia Yang Maha Mendengar segala keluh kesah kita, Yang memberikan kelapangan ketika kita di dalam kesusahan, Yang mengabulkan segala doa dan harapan makhlukNya.
Betapalah Allah itu Maha Pemurah, Dia tidak pernah meminta apa-apa drpd makhlukNya malah Dia yang memberi rezeki.
Maka wajarlah kita meletakkan cinta hakiki kita untukNya, bukan?
Bersyukurlah wahai sahabat2 sekalian, bahawa kita dilahirkan di dalam nikmat iman dan Islam. Kita tidak pernah tahu betapa besarnya nikmat iman dan Islam, melainkan mereka yang asalnya tidak Islam dan kemudian memeluk Islam. Pasti mereka mengatakan betapalah kita ini bertuah sudah berada di dalam Islam sejak lahir, dan tidak seperti mereka yang tercari-cari dan menghadapai halangan-halangan berat. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka, sanggupkah kita mengorbankan keluarga dan status semata-mata mahu memeluk dan menghayati agama Allah ini? Mungkin tidak mampu sekiranya tidak dikurniakan kekuatan oleh Allah.
Betapalah kita patut mencemburui mereka yang terang-terangan Allah kurniakan petunjuk dan hidayah ini.
Kita bagaimana pula?
Mahukan kita hanya dikenali sebagai seorang Islam hanya pada nama, tetapi kosong dr sudut amalan dan penghayatan?
Sama-samalah kita perbaiki diri di dalam menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah di dunia dan akhirat, ameen.
Wassalam.
1 comment:
link blog baru di sini:
http://savetherebels.byethost2.com/WordPress
Post a Comment