Monday, June 01, 2009

Pemergian atuk dan Dz, Insyirah kena campak

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk update blog yang dah lama saya tinggalkan. Bukannya tidak mahu update, tetapi tidak berkesempatan. Ini pun kesempatan muncul kerana GM saya bercuti dua hari. Kalau dia ada, biasanya mmg ada sahaja tugasan yang perlu dilaksanakan.

Rasanya 2 bulan dah saya tidak update blog ni, sepanjang 2 bulan tu banyaklah perkara yang dilalui, cuma tidak tercatat di sini.

Bulan lepas, pada 18 May 2009, saya kehilangan datuk saya yang meninggal kerana blood clot di kepala dan keadaan jantung yang lemah, lanjutan dari penyakit kencing manis yang dihadapi oleh arwah.

Terkilan saya, tidak sempat menatap wajah arwah sebelum dikebumikan kerana tersalah jangka masa pengkebumian. Pada hari arwah meninggal, Insyirah demam panas dan kami bawanya ke klinik sebelum bertolak ke kampung saya di Rembau. Tak sangka di dalam perjalanan, adik memaklumkan bahawa jenazah sudah disolatkan dan akan terus dibawa ke tanah perkuburan. Suami saya pecut sehabis2nya dan saat kami tiba di kampung, kubur arwah sedang dikambus. Yang mengubat hati saya adalah kesempatan kami melawat arwah di hospital Seremban 2 hari sebelum pemergiannya.

Inilah seorang datuk yang saya ada, datuk sebelah bapa saya tidak pernah ketemu kerana beliau meninggal sebelum saya lahir.

Datuk sebelah ibu saya inilah tempat saya, adik beradik dan sepupu bermanja sejak kami kecil sehingga dewasa. Teringat lagi atuk saya rajin membuat senapang kayu, bat ping pong, congkak dan permainan kayu lain untuk cucu2nya yang kuat bermain ini. Setiap kali balik kampung musim Raya, musim buah dan kenduri kendara, atuk rajin melayan karenah cucu2nya yang bukan sedikit ini.

Banyak kenangan saya bersama atuk...saya mendoakan arwah semoga tenteram dan kuburnya menjadi salah satu taman syurga agar rohnya boleh bersemadi tenang dan bahagia.

Saya juga turut kehilangan teman sepejabat, Dzulita M. Sakan @ Dz yang mmg rapat kerana kami bekerja di bawah satu bumbung hampir lima tahun lamanya. Arwah meninggal kerana kemalangan jalan raya. Turut rasa kehilangan apatah lagi jambangan bunga yang arwah pernah hadaiahkan kepada saya sempena hari lahir setia terletak di atas meja saya. Saya doakan arwah juga turut dilindungi rahmat Allah. Ameen.

Insyirah?

Baru sahaja sembuh dr demam campak, rupanya ketika kami bawa ke klinik di hari pemergian datuk saya, Insyirah nak kena demam campak. Di kampung, tak lena saya tidur asyik menglap badannya yang panas. Bila balik ke rumah, asyik menjerit dan menangis. Saya pula tak tahu yang dia nak kena demam campak, bila keluar merah2 ingatkan dia allergic to food, pergilah letak krim allergic. Allah, rupanya campak. Dalam 3 hari dah pulih dah, and until now dia tak nangis menjerit2 mcm waktu dalam kena campak. Agaknya dia gatal2 and sakit2 badan kot, tu yang menjerit tak ingat tu.

Tu jerlah yang saya nak update. Kita jumpa di lain masa insya Allah.

Wassalam

4 comments:

etah said...

etah ag sdey..
xsmpt jmp atuk..huwaa:((..
xpe..smoga atuk tenang n bahgia kat sne..
rndnye kat atuk:(

etah said...

angah,dr ader ckp x cause of blood clot tu??

dianz said...

innalillahi turut brduka cita. mudah2an kedua2nya ditempatkan di tempat terbaik disisi Allah.
Insyirah udah bisa apa sekarang? :)

IeNa said...

dia boleh undur ke belakang jek hehehe