Assalamualaikum wbt,
Guys, I have to tell you..
PENATNYA jadi ibu bekerja. Serious. I'm talking from my own experience for catering Kak Lin's baby yesterday. I was only jaga him from 6 p.m to 12.30 a.m. And gosh, it was all tiring!!
Can you imagine, handling the baby for 1 hour kat shopping complex semalam sbb temankan Kak Lin ambil cincin yang ditempah, pastu beli diapers. Huh, pengalaman mendukung baby for 1 hour itu....CUKUP MEMENATKAN! Kalau ler hari-hari dukung baby macam tu, mau patah pinggang dibuatnya :D
Pastu, biler balik nak bersiap ke rumah Kak Fari untuk usrah, time nak gosok tudung tu Anas menangis sbb dia ni jenis tak boleh nak tinggal sengsorang lelama sgt. Kak Lin pulak sdg solat. Apa lagi, kena ler mendukung Anas sambil menggosok tudung. Cuba bayangkan satu tangan dukung baby, satu tangan gosok and alter kedudukan tudung. Pengsan mcm ni kalau hari-hari camnih. Ntah camner ler Kak Lin handle personal life dia. Pernah gaklah memasak sambil dukung Anas, tu lagi bahaya sbb takut minyak terpercik kat baby. Mmg tabik springlaa kat working mothers ni. Serious respect. If me, tak tau ler apa citernya nanti. Hopefully dipermudahkan ;)
Ok, semalam Kak Fari bagi pengisian mengenai surah Al-'Alaq.
Iqra' bismi Rabbik allazhi kholaq'. Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan.
Pengisian lebih kepada kepentingan mencari ilmu. Dihuraikan ayat 1 sehingga 5.
Turutan secara ringkas:
1. Iqra' = Kalimah suruhan membaca, dedifinasikan sbg mengkaji.
2. Bismi Rabbik allazhi kholaq' - Allah memperkenalkan diriNya melalui sifat (Yang Menciptakan)
3. Kholaq al insaana fi 'alaq. (Pembentukan manusia drpd segumpal darah) - tanda kekuasaan Allah. Dikaitkan juga contribution of cabang ilmu selain pure cabang agama e.g science, accounting etc. Kesemua cabang ilmu apabila dikaji dan dikembangkan serta dianalisis mengikut acuan dan bermotifkan Allah dan Islam akan diterima Allah dan akan dinaungi malaikat serta didoakan oleh makhluk. (Menjelaskan salah faham bahawa hanya ilmu agama shj yg penting, ilmu teknologi, science dan sebagainya tidak)
4. Iqra' wa rabbuk al akram - Akram di sini diterjemahkan sebagai Pemurah. Diterangkan ttg kepentingan membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan (ikhlas). Sukar hendak membentuk ikhlas ni,kan? ;)
5. Allazhi 'allama bil qalam - Yang Mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam/pena. Kebiasaan kita sering menggunakan lidah di dalam berbicara dan berdakwah. Namun kadang-kadang hilang dan tak dpt nak dipelajari oleh manusia secara collective, malah boleh menyebabkan salah faham pula apabila mesej tidak difahami secara keseluruhannya. Dgn penulisan, insya-Allah lebih ramai yang membaca dan ilmu itu lebih kekal disimpan. Kalau ada kesempatan, disarankan kita untuk menulis (tak kira ler blog ker, diary ker, buku ker..sbg catatan)
6. 'Allama al-insana ma lam ya'lam - Yang mengajarkan manusia perkara yang tidak diketahuinya. Satu soalan dilontarkan kepada kami semalam " Sekiranya kamu terpilih oleh Allah menjadi hamba yang dekat dgnNya, apakah ilmu yang kamu hendak Dia ajarkan?" Ada yang jawab Al-Quran, ada yang jawab hadith, for me i replied i want to know His secrets and hikmah why He creates this and that, why He arrange makhluq for this and that.
And the answer is....
Kak Fari explain, Nabi Adam adalah makhluk yang dekat dgn Allah, dan apakah yang Allah ajar kepada baginda? Nama-nama benda. Maka sebaik-baik ilmu ialah mempelajari benda dan aplikasinya. Di sini kepentingan ilmu dan aplikasi diterangkan kembali. Rasulullah juga pernah minta diterangkan ttg hakikat Roh namun Allah menjawab semua pengetahuan mengenai roh adalah di sisiNya. Begitu juga dgn kematian dan hari kiamat. Maka dgn secara tidak langsung, my request will not be entertained by Allah, Kak Fari said hehe.
Last point, she emphasized on our potential contribution to masyarakat. We must contribute something, think for something that will be beneficial to community of Islam dan umumnya. And always move forward supaya tiada ruang bagi orang untuk memperlekehkan Islam dgn perangai, kelakuan dan prinsip kita yang tidak menggambarkan bahawa Islam itu syumul dan mengajak kepada kemajuan sahsiah, ilmu dan peradaban.
So basically inilah topik usrah kami semalam. Ilmu dan kepentingannya.
Kita selalu baca Quran, tapi cukupkah sekadar membaca dan mengetahui terjemahannya? Biler lagi mahu memahaminya?
Kalam Allah itu lengkap dgn segala hukum (5% drpd isi keseluruhan menyentuh ttg hukum hakam), dan 95% lagi menyentuh ttg kisah-kisah silam dan penerangan sifat Allah(ada lagi yg lain, tapi tak ingat, please forgive me). Melalui Al-Furqan ini, Allah memperkenalkan diriNya, maka kalau kita tak faham Al Quran, mcm mana nak kenal Allah, and seterusnya mcm mana nak cinta padaNya?
~ Tak kenal maka tak cinta~
Wassalam.
5 comments:
Lupa nak buat tambahan,tapi malas nak edit balik. Kita juga boleh kenal Allah melalui ayat-ayat kinayah (tanda-tanda kekuasaan,e.g ciptaannya spt gunung ganang, manusia etc)
Ika, jom aa join usrah, Kak Lin pun seronok nak smabung balik usrah dia. Ada lagi 3 orang muslimat lain join. Kita boleh tidur kat tadika Kak Fari kalau Abg Roslan Kak Lin ada. Amacam?
Hany, minta maaf saya tak ajak ke usrah semalam. Bukan saya tak nak ajak, tapi saya tau Hany dlm keadaan sarat sekarang ni. Kalau saya ajak and Hany tak dpt pergi, saya tau Hany akan rasa bersalah, so saya tak nak ajak dulu. Nanti biler Hany dah deliver, jomlah kita pegi sesama ek :)
hiks..its ok siti...
usrah kak fari memang best...sbb dah dpt terima cara penyampaian dia.
btw...kalau istiqamah lg bagus kan?
(emmm...bila la nak stat nih)
hihi..siti, ada gaya nak jadi ibu mithali nampak? dah siap belatih dah tu! ekekekekkk...kaklin, latih siti lagi! yeah! go siti go!!! :D :P
ibu mithali?
aaaaaa....tak tau ler mampu ker idak..kekeke
erm.. insya-Allah, jika tiada aral melintang :)
huhu...jelesnya.. i havent got a chance to join any usrah yet(bz dan beralasan).. rindu nak dengar pengisian dalam usrah..
Post a Comment