Wednesday, June 29, 2005

Pn Sri Zurina..uhuk uhuk

Assalamualaikum wbt,

My GM akan tiada di office selama 2 minggu ini berikutan FMD akan menjalankan Customer Awareness program di negeri2 Pantai Timur.

Nyaris-nyaris saya yang akan dibawa pergi memandangkan En. Budiman (my previous manager) accident and patah tangan, and En. Salavan yang menggantikan post saya masih baru and tak pernah buat presentation mengenai Legal dan berhadapan dengan Corporate Customers sebelum ini. And saya hanya diberitahu kemungkinan saya akan dibawa pergi semalam!

Huhu, nasib baik En. Salavan ada semalam, kalau tidak mmg hari ni saya dah bertolak ke Pahang menggantikan En. Budi.

Malaysia masih hangat dengan kisah Tan Sri Isa Samad. Polemik politik yang tidak berkesudahan, entahkan perancangan untuk menjatuhkannya atau pun bukan, yang pasti sudah terbukti kesalahannya.

Rasuah.

Permainan biasa di dalam politik dan perniagaan, apatah lagi dalam konteks negara membangun seperti kita ini.

Bagus tindakan tegas Pak Lah, dan saya sememangnya dari dahulu merasakan Negeri Sembilan tidak maju seperti yang sepatutnya walaupun berada bersebelahan dengan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah lama mengecapi kemajuan dan pembangunan infrastruktur dan insan. Kasihan kampung saya. Dari saya lahir sampailah sekarang ni, tak banyak pembangunan yang wujud kecuali di Bandar Nilai. Seremban? Huh, dari saya mula bersekolah di sana sampai sekarang, sama jer. 8 tahun, cuba bayangkan, 8 tahun tiada perbezaan ketara. Tiada idea kreatifkah nak membangunkan ibu negeri?

Pelik betul, kalau saya, agaknya dah lama banyak hotel2 dan pusat2 perniagaan yang saya bawa masuk (yang halal jek ek). Pastu saya leh jadi Pn Sri Zurina pulak hoho (berangan betul Iena nih! :P)

Kasihan Tan Sri, saya kurang berkenan dengan cara kepimpinannya, walaupun pada 7 tahun yang lepas saya pernah menerima anugerah pertandingan dari tangannya sendiri.

Maaf yer Tan Sri, moga-moga peristiwa ini menjadi satu titik tolak ke arah yang lebih baik buat Tan Sri. Kami di sini semua mendoakan.

Ameen.

Note: Jangan kita benci saudara seakidah kita, bencikan perbuatannya sahaja, dan doakan dia mendapat cahaya kebaikan di hari muka. Lebih afdhal,kan? :)

Wassalam.

Monday, June 27, 2005

Momento

Assalamualaikum wbt,

Rindu saya dengan blog ini, saya sudah lama tidak menulis. Masa amat cemburu dengan saya 3 minggu ini :)

Hari ini kerja saya sudah selesai semuanya, maka ada masa untuk mencoret di sini. Di blog saya, yang telah bersawang lamanya hehe.

(1) Cameron Highland

Ada apa dengan Cameron Highland?

Hehe, ada program di sana, saya sudah lama tidak menjejak kaki di sana. Kali terakhir saya ke sana adalah ketika saya bersekolah rendah. Saya dan family biasanya ke Genting Highland sbb kat sana games, and tahun lepas ada family gathering di Cameron 2 3 kali tetapi saya tidak ikut.



Gambar 1: Di depan Shahzan Inn, tempat kami menginap



Gambar 2: One more pose di depan Shahzan Inn



Gambar 3: Pose ketika kami pergi morning walk. Gambar ini diambil sejurus sebelum Kak Kamy and Laili lawan lumba lari hehe



Gambar 4: Gambar Walida,Mudin, Hany dan Zainal dalam acara sukaneka 'Bagi Abe Makan Banyak2 Sampai Gemuk! Ekek



Gambar 5: Gambar boypren terbaru saya, Nufayl (baby Hany) :D


Pengalaman di Cameron? Hehe, seperti Mudin kata di blognya, kami makan strawberry "terbestest" (ini istilah Mudin) di sana, Zainal yang perkenalkan. Zainal kata beli banyak2 strawberry utk makan dlm keta, tapi kami yang first time nak merasa and ketika itu perut sudah penuh dgn makanan lunch menolak. Hehe, sekali makan tak cukup. Tu ler Mudin, lain kali kita dengar cakap Tok Cik Jenal awak ni, kalau dia kata kena beli banyak, kita kena beli banyak. Hehe.

Pengisian program di sana best, dpt jumpa adik2 yang comel perilaku, fun ler actually. A 'historical moment' berlaku di sana, tak perlu nak dihuraikan. Sempat membeli teh berperisa stratwberry and lemon, and bawa balik roses (actually tak nak beli pun at the first place, tapi sbb peer prssure tgk bebudak nih beli bunga banyak giler, so beli ler jugak takut2 menyesal pulak nanti). Auntie yang jual bunga tu kata kalau nak tahan sebulan, letak air pastu letak Panadol setengah biji. Hany and I bought black roses and several color lain hehe.

My roses tahan 2 hari jek, pastu tak kembang-kembang. Tak tau ler pasal panadol tu ker apa. Semalam jumpa Walida (wife Mudin) and dia cakap dia letak Soluble, terus mati bunga and bertukar warna hitam. Rasa-rasanya kandungan kimia Soluble kuat sgt kot berbanding Panadol. Sian Walida. Takpe, nanti suh Abe Mudin gi panjat Cameron lagi belikan awak bunga ros and strawberry 'terbestest' :D



(2) Momento di MMU

Semalam selepas balik dari Putrajaya, Laili, Momay and me singgah solat Maghrib di MMU. Melangkah kembali ke MMU dan menuju ke surau Al Hidayah buat saya sebak. Kenangan saya di sana bersama-sama sahabat beriftar, bersolat jemaah dan bermesyuarat terbayang di ruang mata ketika bersiap utk solat. Kejap tak kejap,sudah hampir 3 tahun rupanya saya tak menjejak kaki ke sana. Rindu dengan bilik HB3 B3003, rindu juga dengan bilik HB4 saya.

Alangkah manisnya hubungan yang sudah terjalin, alangkah mahalnya pengalaman yang sudah tercipta..

Ingatan saya juga kejap kepada seseorang yang sudah pergi...moga beliau tenang di dunia sana.

Kini saya akan sering menjejak langkah ke MMU, dan moga saya istiqamah.

Insya Allah.

Wassalam.

Saturday, June 25, 2005

Berbaliklah

Assalamualaikum wbt,

Apa yang ingin dicari wahai diri,
Dalam dunia yang fana ini?

Apa yang ingin disumbangkan
Dalam masa yang sedikit ini?

Berbaliklah
Berbaliklah

Sekiranya dirasakan jasad yang ada
cuma topeng penghias diri
di depan manusia

Nun di langit sana
ada yang lebih berhak
ke atas roh dan jasad ini
ke atas cinta dan sayang
ke atas penyerahan sukma
ke atas pengembalian jiwa

Berbaliklah

Kerana terasa longgar
rasa cinta ini
kerana rasa lemah
pergantungan hati
kerana terasa seisi dunia
sedang memeluk diri

Diri,

Berbaliklah.

Wassalam.

Friday, June 17, 2005

Kepenatan

Assalamualaikum wbt,

:)

Lama saya tak update blog,kan?

Sepanjang 2 minggu lepas, umpama hari-hari yang teramat sibuk bagi saya.

Bulan Jun ini mmg menjanjikan hectic schedule , kerana saya perlu sediakan slide presentation and statistics for:

1. Laporan bulanan ke Business Strategy Division
2. MCM Fraud
3. Laporan bulanan ke GCFO and Dato' Khir
4. Lawatan GCFO ke FMD
5. Program Customer Awareness ke negeri2 Pantai Timur
6. Buat preparation untuk MTFF (menggantikan my previous manager yang accident and patah tangan)
7. Sekarang ni sudah formally menjadi Business Control menggantikan Pn Fida yang cuti bersalin 2 hari lepas selama 2 bulan.

And sekarang..

Saya sudah rasa mahu pengsan dek sbb kepenatan kerana mengejar segala benda sejak 2 minggu lepas, dan kemuncaknya semalam apabila selesainya mesyuarat MCM Fraud. Pagi tadi ada briefing ttg closing Accounts dr pihak Finance dan juga meeting dgn pihak Finance yang lain pula ttg laporan bulanan Fraud ke Business Strategy. And serius sekarang ini saya mmg sudah mahu flat di kerusi ini, penatnya Ya Allah.

Malam ini menginap di rumah Hany, esok kami ke Cameron Highland. Ada program di sana.

Hope i can get enough rest there since i have to spend another hectic week next week. I have to prepare slide presentation for CAP and necessary preparations for GCFO.

And lastly, closing accounts due dates are coming nearer and nearer, and i have to work closely with Irtizar for this since Pn Fida is not available.

Alhamdulillah...

Kerana semua ini berlaku ketika saya bercuti semester.

Masih boleh tersenyum lagi walaupun penat, kerana saya puas hati dengan kerja saya.

Alhamdulillah.

Wassalam.

Thursday, June 09, 2005

Sesi membaca

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak rasa masuk kedai buku atau library dan kemudian keluar dengan rasa tension sbb terasa banyak sgt buku yang belum dibaca (asyik teringat buku-buku yang belum bersentuh di rumah, yang di kedai buku jgn cakap ler lagi, and terasa mcm kita ketinggalan zaman sungguh, org dah bercerita ttg segala teknologi dan isu semasa yang ada, kita masih dok baca perkara2 yang kita suka jek),kalau perhatikan kedai buku especially mega bookstores, lagi terasa tensionnya.

Banyak sgt buku yang dicetak sekarang ini, dan menandakan juga pencarian dan jalan untuk mendapatkan ilmu itu juga menjadi lebih mudah. Masuk kedai buku, bayar dan keluar.

Mudah bukan?

Mmg mudah, tapi saat nak mengkhatamkan buku tu ler yang payah. Especially buku-buku ilmiah yang memerlukan konsentrasi.

Dan saya mengalami masalah untuk mengkhatamkan buku-buku saya (kecuali buku teks sbb nak peksa, so nak tak nak kena khatamkan jugak), and skang ni saya prohibit diri dr membeli buku2 baru kecuali magazine yang saya rasakan perlu. Rasa bersalah pulak kat buku-buku lama yang tak bersentuh biler time nak beli buku baru.

Kenalan saya pernah nasihat, after you have finished your reading, make a summary of it so that it will easier for you to refer in case something come up and need some answer from the book that you have read.

Masalahnya...

Kalau buku pun tak khatam lagi, mcm mana nak buat book review??

Uurgghh.. Zurina, you better allocate your time for reading.

Better!

Target and KPI MAPS saya untuk sesi membaca pada Jun-Disember 2005:

Level 5 : Dapat khatamkan semua buku dalam almari buku di rumah saya
Level 4 : 75% khatam
Level 3 : 50% khatam
Level 2 : 25% khatam
Level 1 : Habiskan baca buku-buku yang saya beli jek.


Result forecast MAPS saya (rasa-rasanya) : Level 1 jek...hehe.

:D

Tuesday, June 07, 2005

Syukran

Assalamualaikum wbt,

First of all, syukran jazeelan atas segala tanda ingatan semua :)

Yang paling best, nak komen catatan dr Hany yang saya copy dari blognya kat bawah ni:


HELAI VI : Selamat Hari Lahir

Akhir sekali,
Selamat Hari Lahir Siti Zurina
@ 1 Jun. Moga berbahagia dalam hidup di dunia & di akhirat. Moga baki usia ini menjadi saksi yang membantu Siti di 'sana' kelak. Moga umur ini jadi syafaat yang diberkatiNYA. Moga dikuatkan iman menempuh jalan seorang pendakwah dan hambaNYA yang solehah. :)

Terima kasih atas segalanya :).



Isk isk, advance sungguh ucapan bezday utk saya yer Hany ;). Saya pun tak perasan posting Hany utk saya on 2nd June sbb last week saya bebetul busy dgn preparation for exam pada 4th June, tak sempat nak menjenguk blog org sgt, tu yg tak perasan tetiba dah ada jer posting utk bezday saya. Awal 5 hari pulak tuh, isk isk, mana ler si Hany ni dpt resource ni ;)

Takpe, yang penting ialah tanda ingatan, syukran :)


Birthday Celebration?

Tidak dibuat semalam disebabkan family buat keputusan untuk meraikan bezday saya bersekali dengan bezday adik bongsu saya yang lahir pada 23 June. Lagipun hari sebelumnya saya and siblings makan besar-besaran di Pizza Hut di The Mall. Sbb? Sajer jer sbb alang-alang semua ada di rumah, kami keluar makan bersama. Dalam schedule takde plan pun utk shopping after having lunch, tapi biler balik berbungkus-bungkus plastic bag shopping dibawa balik sekali hehe. Takpelah, sesekali :)

Agenda semalam?

Went to KLCC with Ika, konon2 nak celebrate birthday ler konon. Ended up best friend kpd 'bezday girl' yang terlebih excited hehe. Semalam Ika treat saya dinner. Dah lama tak kuar ngan Tikot sejak demam exam. Biasa ler, biler sampai musim exam jer, mmg kena 'beruzlah' sket :)

Semalam patutnya bezday girl yang dpt hadiah, terbalik pulak semalam biler bezday girl yang belikan hadiah utk bestfriend dia, hehe. Dah lama niat belikan Tikot buku 'Salina' hardcover, tapi biler singgah Kino and cari kat MPH last 3 weeks mcm tak jumpa buku tu, alang2 dah jumpa kat Kino semalam, terus hadiahkan buku tu kat dia.

Harga buku tu?

Mahal.

Tapi tak semahal hadiah buku astronomi yang dia hadiahkan kepada saya utk bezday saya tahun lepas. Saya tak pernah usaha untuk mencari harga buku astronomi tersebut, tapi saya tahu buku itu mahal.

And ada yang lebih mahal lagi dari itu.

Persahabatan rapat kami yang menjangkau 8 tahun (bermula dari kami Pre-U sehingga kini), dan untuk itu saya tidak pernah, dan tidak akan pernah berkira dgn bestfriend saya :)

Oohh yaa, ada satu konsep yang penting diperbincangkan dengan Ika semalam.

Ttg apa yer? ;)

'COOLING EFFECT'. Hehe.

Apa yang ada dengan 'COOLING EFFECT'?

Hmm..kalau tuan punya badan boleh explain sket kat blog dia, best jugak,kan? Hehe.


Semalam saya terima hadiah bezday yang betul-betul saya tidak pernah tersangkakan, dan alhamdulillah saya betul-betul bersyukur ke hadrat Ilahi atas hadiah tersebut.

Tak mahal harganya, tapi cukup mahal pengertiannya bagi saya.

Sebuah Al-Quran.

Memadailah dengan sebuah hadiah yang terkandung di dalamnya seribu pengajaran dan ilmu. Hopefully saya boleh berusaha lebih keras untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari kitab tersebut.

Wassalam.

P/S: Excited sgt tgk online video taekwondo dr blog Anamuslimah last week. Lama sgt tak practice, kalau kena kejar crook pun agaknya dah tak leh lawan dah hehe. Berazam nak practice balik ni, my younger sis practice karate, dulu selalu practice sparring ngan dia, sejak dah sambung study, dah tak berkesempatan lagi dah.

Saper2 yg interested ngan taekwondo and want to refresh your mind on taegeuk, do visit blog Anamuslimah k.

Last Sunday saya berkesempatan mengikuti slot wawancara Melati (yang menang as The Best Debator dlm Pertandingan Moot Sedunia) di TV3.

Katanya, dia bertemu dengan seorang ulama di Afrika Selatan (seingat saya). Kata-kata nasihat yang diterimanya dari ulama itu:

Do set your dream in life. We must have a dream first, then it will eventually become a vision. Dream for one whole day, and then work to achieve that dream for the whole of your life.

Good advice, heh? :)

Wassalam.

Monday, June 06, 2005

6 Jun 2005

Assalamualaikum wbt,

6 Jun 2005

Genap umur saya 25 tahun pada hari ini.

Orang pertama yang wish birthday saya ialah diri saya sendiri pada pagi ini.

Mengucapkan selamat pada diri, dan semoga saya berubah menjadi insan yang lebih baik sebelum ini, dan berjaya mengejar segala impian saya.

Saya senyum pada diri ketika mengucapkan selamat hari lahir, dan kemudian saya sedih kerana umur saya sudah semakin singkat.

Saya teringat sepanjang 25 tahun saya wujud di bumi Allah ini, apa yang telah saya perbuat. Apa sumbangan saya kepada dunia, apa kesalahan yang saya telah lakukan sejak kecil sehingga kini.

Ketika saya berumur 22 tahun, saya pernah berazam pada umur saya 25 tahun nanti, perhaps this will become my turning point to become someone better, insya Allah. Bukannya saya mahu bertangguh berbuat kebaikan, tapi ketika itu saya sudah meletakkan azam, selepas 25 tahun nanti,i don't want to repeat the same mistakes that i used to do in life, and hopefully it will become my starting point to become a better person and muslimah in life insya Allah.

Doakan saya berjaya dunia akhirat. Perjalanan baru mengejar impian saya akan bermula pada hari ini, dan doakan saya istiqamah dan tabah mengharung kehidupan ini. Hopefully there will be no turning back after this. Insya Allah :)

Doakan saya, doakan saya.

Doakan kejayaan dan kesejahteraan saya dunia akhirat, dan doakan saya menjadi seorang mukminah sehingga saya bertemu Allah.

:)

Wassalam

Thursday, June 02, 2005

I-MAG

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, saya sedang mengemaskini mailbox yahoo saya ketika saya terjumpa e mail baru ini, yang dikirimkan pada bulan lepas tetapi saya tidak sempat membacanya.


al-Salam alikom wa rahmat ALLAH

Hello sis Siti


1st of all I saw your webpage @ ( http://zunnurain.blogspot.com/ ) and that’s how I got your e-mail.

God Bless you :) [ In Arabic = GOD Bless you ] :)


I’m a member of a new online Islamic Magazine called “I-MAG”.

I-MAG is a Free Online Non-profit Islamic Monthly English Magazine published in PDF format via Nashiri E-Publishing House, and edited by a team of talented youth from all around the Islamic world.


We deal with many topics that are important to Muslims worldwide and to present the real image of Islam + Muslims to people worldwide + we’ve a special section about LifeMakers, which deals with Life Makers worldwide.


Anyway

I’m inviting you to download our 3 issues ( Feb + March + April 2005 )

If you like our Magazine, kindly recommend us to your friends ( Muslims & Non )

Kindly note that we publish new issue every month, and all our back issues are found online, under section called [ Current & Back issues ].



Sorry for this long e-mail

Jazak ALLAH Khairan

May ALLAH (swt) rewards all your work, Amen.!


Salam,

Hicham

= = = = = = =

Hicham MAGED

Editor + LifeMaker Reporter @ I-MAG

URL: http://www.nashiri.net/imag/

e-mail: hicham@nashiri.net


:)

Take your time and bacalah artikel-artikel I-MAG ni, alhamdulillah kupasannya dewasa dan bermanfaat.

Saya kira mereka ikhlas buat online magazine ini tanpa mengenakan sebarang membership fee. Moga Allah membalas dan mengambil kira sumbangan mereka ini. Any one of you yang ingin menyumbang karya ke I-MAG ini juga dialu-alukan.

Kita ada banyak pakar dlm circle of blog ni, pakar muzik ada, pakar ekonomi ada, pakar mengajar herba ada, pakar menulis puisi dan cerpen pun ada, pakar tgk series 'Lost' and pregnancy pun ada, takde ker yang nak cuba sumbangkan idea utk I MAG ni? Hehe ;)

:)

Anyway, tolong war-warkan I-MAG ni pada yahoogroups antum kalau sudi. Bantu mereka yang bersusah payah buat mag ini menyebarluaskan sumbangan mereka ke seantero dunia kalau boleh :)

:)

Sumbangan mereka sudah terbukti, kita patut cemburu pada mereka yang sedang melangkah menuju Allah.

Revise diri kita.

Wassalam.