Thursday, June 09, 2005

Sesi membaca

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak rasa masuk kedai buku atau library dan kemudian keluar dengan rasa tension sbb terasa banyak sgt buku yang belum dibaca (asyik teringat buku-buku yang belum bersentuh di rumah, yang di kedai buku jgn cakap ler lagi, and terasa mcm kita ketinggalan zaman sungguh, org dah bercerita ttg segala teknologi dan isu semasa yang ada, kita masih dok baca perkara2 yang kita suka jek),kalau perhatikan kedai buku especially mega bookstores, lagi terasa tensionnya.

Banyak sgt buku yang dicetak sekarang ini, dan menandakan juga pencarian dan jalan untuk mendapatkan ilmu itu juga menjadi lebih mudah. Masuk kedai buku, bayar dan keluar.

Mudah bukan?

Mmg mudah, tapi saat nak mengkhatamkan buku tu ler yang payah. Especially buku-buku ilmiah yang memerlukan konsentrasi.

Dan saya mengalami masalah untuk mengkhatamkan buku-buku saya (kecuali buku teks sbb nak peksa, so nak tak nak kena khatamkan jugak), and skang ni saya prohibit diri dr membeli buku2 baru kecuali magazine yang saya rasakan perlu. Rasa bersalah pulak kat buku-buku lama yang tak bersentuh biler time nak beli buku baru.

Kenalan saya pernah nasihat, after you have finished your reading, make a summary of it so that it will easier for you to refer in case something come up and need some answer from the book that you have read.

Masalahnya...

Kalau buku pun tak khatam lagi, mcm mana nak buat book review??

Uurgghh.. Zurina, you better allocate your time for reading.

Better!

Target and KPI MAPS saya untuk sesi membaca pada Jun-Disember 2005:

Level 5 : Dapat khatamkan semua buku dalam almari buku di rumah saya
Level 4 : 75% khatam
Level 3 : 50% khatam
Level 2 : 25% khatam
Level 1 : Habiskan baca buku-buku yang saya beli jek.


Result forecast MAPS saya (rasa-rasanya) : Level 1 jek...hehe.

:D

5 comments:

nuun said...

Beli buku bukan takat untuk baca tang tu jer.. masa beli consider aaaa yang kita akan rujuk buku tu pada masa hadapan..kalo semua beli nak masuk dalam kepala susah aaa bukan kita ingat semua... :P kat rumah Ungku Aziz (tak silap dia lah) ada 30,000 buku kalau nak husnu zhan mungkin tu collection buku buku dia dari dulu tapi the other thots mungkin dia beli untuk buat rujukan.

araamy said...

aku mencadangkan utk kpi tu, ko tambah level 0, mane tau.... buku2 baru ko beli pun ko tak abis bace... hehe

Hany FF said...

teringat dkt seorang ustazah hany dulu. nama dia Ustz. Fuziah.. dia selalu tekankan ttg buku nih, kalau kita beli & tak baca...kelak di akhirat kita disoal sbb apa tak baca buku tu. focus : buku teks, sbb dia soh baca buku teks :D.

sorang lagi ustaz pulak, nama dia Ust. Abdullah Din...kata kalau beli buku, tak semestinya baca terus...sbb bagi dia baca buku bila kita perlukan ilmu tu, baru boleh faham sefaham-fahamnya. or else, you can read those things but understand nothing!

p/s : for me, novel or buku fikrah boleh la beli & baca sampai habis. tapi, buku fiqh/kitab agama kena study sket-sket. kalau tak...tokpehe la makcik. :D

sakinah said...

iena adeq...betoi laa tuu...tapi nak share sikit pengalamam sbg ibu...hehehe...akak paksa diri baca tafsir juz amma kat anak2 akak as bedtime story...just plain reading...no discussion at all...alhamdulillah...akak yg terdidik...sbb buku memang byk kat rumah...tp khtam tu jrg sekali...kenyataannya tak boleh begitu kan sebagai pendakwah...lalu macamana ilmu nak bertambah...akak rekomen sgt 2 buku TAZKIRAH PARA PENDAKWAH...buku tu highlight persediaan ilmiah bg seorang dai'e...akak bukan dai'e namun sbg ibu akak wajib berdakwah pd anak2 akak...so jom samam2 disiplinkan diri ...kalu quran i 'ain setiap hari...buku satu chapter satu hari...alaa ikutlaa yg mudah2 asalkan sedikit2...sama2 laa...akak pun 2 x 5 jugk hehehe

IeNa said...

Hehe, first of all, Rahimi, ko mmg nak kena ngan aku kan? dah lama tak tinggal jejak, sekali tinggal siap buat cadangan nak kenakan aku ek? :P

ok ok, i will try, i will follow all advices that you have put in inside here (huhu bersemangatnya!! )

anyway, skang ni mcm terminat baca novel kisah-kisah penindasan wanita-wanita Timur Tengah yang ditulis oleh penulis Barat, yang dikatakan diambil dr kisah benar.

Hmm.. let's see whether they are true or not.

But, Dr Lo' Lo' had mentioned to us in one of our meeting, that we as muslimat Malaysia ni WAJIB bersyukur, sbb di negara-negara Islam lain, wanita ditindas dengan cara yang kadang-kadang kita rasa tidak adil dan tidak bertepatan dengan cara hidup Islam (cthnya ketika waktu makan, suami yang akan berebut2 dahulu dan isteri hanya makan sisa-sisa makanan sedangkan dlm Islam, suami perlu mendahulukan isteri dan anak2, sama juga kalau pergi haji, sekiranya tidak berkemampuan, isteri perlu dihantar dahulu then baru suami pergi).

Hmm..let't see what are the NEW things and scenarios that we can learn more from all these stories ya :)