Wednesday, June 29, 2005

Pn Sri Zurina..uhuk uhuk

Assalamualaikum wbt,

My GM akan tiada di office selama 2 minggu ini berikutan FMD akan menjalankan Customer Awareness program di negeri2 Pantai Timur.

Nyaris-nyaris saya yang akan dibawa pergi memandangkan En. Budiman (my previous manager) accident and patah tangan, and En. Salavan yang menggantikan post saya masih baru and tak pernah buat presentation mengenai Legal dan berhadapan dengan Corporate Customers sebelum ini. And saya hanya diberitahu kemungkinan saya akan dibawa pergi semalam!

Huhu, nasib baik En. Salavan ada semalam, kalau tidak mmg hari ni saya dah bertolak ke Pahang menggantikan En. Budi.

Malaysia masih hangat dengan kisah Tan Sri Isa Samad. Polemik politik yang tidak berkesudahan, entahkan perancangan untuk menjatuhkannya atau pun bukan, yang pasti sudah terbukti kesalahannya.

Rasuah.

Permainan biasa di dalam politik dan perniagaan, apatah lagi dalam konteks negara membangun seperti kita ini.

Bagus tindakan tegas Pak Lah, dan saya sememangnya dari dahulu merasakan Negeri Sembilan tidak maju seperti yang sepatutnya walaupun berada bersebelahan dengan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah lama mengecapi kemajuan dan pembangunan infrastruktur dan insan. Kasihan kampung saya. Dari saya lahir sampailah sekarang ni, tak banyak pembangunan yang wujud kecuali di Bandar Nilai. Seremban? Huh, dari saya mula bersekolah di sana sampai sekarang, sama jer. 8 tahun, cuba bayangkan, 8 tahun tiada perbezaan ketara. Tiada idea kreatifkah nak membangunkan ibu negeri?

Pelik betul, kalau saya, agaknya dah lama banyak hotel2 dan pusat2 perniagaan yang saya bawa masuk (yang halal jek ek). Pastu saya leh jadi Pn Sri Zurina pulak hoho (berangan betul Iena nih! :P)

Kasihan Tan Sri, saya kurang berkenan dengan cara kepimpinannya, walaupun pada 7 tahun yang lepas saya pernah menerima anugerah pertandingan dari tangannya sendiri.

Maaf yer Tan Sri, moga-moga peristiwa ini menjadi satu titik tolak ke arah yang lebih baik buat Tan Sri. Kami di sini semua mendoakan.

Ameen.

Note: Jangan kita benci saudara seakidah kita, bencikan perbuatannya sahaja, dan doakan dia mendapat cahaya kebaikan di hari muka. Lebih afdhal,kan? :)

Wassalam.

4 comments:

ieka said...

ehem ehem.. sudah berangan2 nak jadi cik puan yer.. ke sudah ada apa2 dlm senyap2?;) kuang kuang kuang..

tapi siti secara jujurnya, bukanlah perniagaan dan hotel2 besar yg perlu dibawa masuk ke N9. Nak cari attraction point di N9, mungkin la mungkin.. kepada ape yg lebih demand dr org. cthnya, utk rakyat tempatan pembinaan kawasan yg berair utk mandi-manda, tambah dgn dusun2 utk agicultural?

If fokus kepada tourism, maybe mewujudkan kawasan perkampungan dgn senibina rumah2 lama@kayu dan dikelilingi binatang ternakan, serta penanaman padi bukan utk tujuan komersial. Recently this type of program attracted tourist attention. Bila dah ade fokus sebegini, barulah fokus utk mewujudkan ruang niaga kepada masyarakat setempat.

Sekadar padangan dua-sen sahaja. :P (p/s: nak buat bisnes ka? jomlah aku jadi rakan kongsi kasi idea..ekek profit-sharing 80-20 pun ok per..heheh)

IeNa said...

Hehe Tikot, org kata berangan-angan dulu, pastu work hard for that angan2 kekeke.

mana taukan ada rezeki jadi Pn Sri ekekeke.

takdelah, memain jek.

Pandangan ko tu ok, tak kisah ler apa jenis pembangunan yang nak dibawa pun, asalkan mendatangkan hasil (yang baik n halal) :D

Buat bisnes? Hehe, bleh buat profit sharing 80-20, capital semua ko tanggung, aku cuma menjalankan jek. Tu baru fair hoho. Pas 3 tahun beroperasi, aku beli semua saham milik niaga ko utk jadi sole propierator hehehe.

Amacam, ada berani? ;)

Mohd Iznan said...

saya rasa negeri sembilan dibwh tan sri ISA amatlah tidak produktif.n9 tidak manafaatkan sepenuhnya limpahan kemajuan di kuala lumpur dan
selangor...saya mmg cukup meluat dan bosan nengok muka MB n9 yg lama tu....suka lagi tgk yg baru nama md hassan tu...selain humor dia nampak tegas dan pro aktif...agriculture...tak sesuai la kak....negeri sembilan dekat dgn pusat bandaraya..nak bangunkan eco tourism tak berapa menarik kalau dekat dgn bandaraya.....tumbuhan tercemar dgn udara yg tak bersih....bg saya ialah menjadikan n9 sebagai alternatif kepada sykt2 multinasional melabur dala industri..n9 ada senawang dan seremban...pusat2 sebegini perlu diluaskan....jajaran pantai di prot dickson dan teluk kemang perlu dimantapkan lagi sbg pusat edu-tourism...dah ada resort dan UNITI..eloklah tu..kene tambah lagi...tarik lebih byk IPTS yg tertumpu kepada marine,perkapalan dan industri berasaskan laut.....last but not least...saya tak tanya ainul...tu saya punya instinct sendiri....

IeNa said...

cheaa..skang ni dah economist iznan pulak yang bagi comment pasal state development..good good :) leh selalu diskas ngan kak ika keh.

tak tany ainul ek? hmm..mata hijab terbuka ek? hehe..just kidding :D