Assalamualaikum wbt,
Apa yang ingin dicari wahai diri,
Dalam dunia yang fana ini?
Apa yang ingin disumbangkan
Dalam masa yang sedikit ini?
Berbaliklah
Berbaliklah
Sekiranya dirasakan jasad yang ada
cuma topeng penghias diri
di depan manusia
Nun di langit sana
ada yang lebih berhak
ke atas roh dan jasad ini
ke atas cinta dan sayang
ke atas penyerahan sukma
ke atas pengembalian jiwa
Berbaliklah
Kerana terasa longgar
rasa cinta ini
kerana rasa lemah
pergantungan hati
kerana terasa seisi dunia
sedang memeluk diri
Diri,
Berbaliklah.
Wassalam.
2 comments:
Jujur saja
Aku cinta padamu
jujur saja
aku rindu padamu
namun
cinta dan rindu ini
dibatasi tempat dan waktu
namun
cintaku padamu suci
tidak dinodai nafsu
tidak ada kepentingan diri
cuma ada perasaan sayang
yang mendalam
saling mendoakan
saling bertausiyah
saling berharap
bertemu di jannah
iyah
memang aku cinta padamu
kerana kehadiranmu
menambahkan keimananku
kerana cintamu
padaku
hanya semata-mata
kerana
aku mencintaiNya!
ana uhibbuki fillah
yaa ukhtie fiddien
ahabbakalladzi
ahbabtanillah
semoga ALLAH sayang pada mu
sebagaimana
engkau mencintaiku
KeranaNya!
...i love u...
uhibbuki fillah aidhon ya ukhti, syukran laki :)
"Man la yarham la yurham" (Mutaffaqun 'alaih - merujuk kepada Bukhari dan Muslim)
Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.
"Irham man fil ardh, yarhumka man fis samaak"
Kasihilah sesiapa di bumi, nescaya engkau akan dikasihi di langit.
Barakallahi fikum juga kepada sesiapa yang mengasihi saya :)
Post a Comment