Friday, January 06, 2006

Busines Controller

Assalamualaikum wbt,

:)

Minggu ini saya kesibukan sedikit krn mula mengambil alih tugas Business Controller, tenggelam dgn preparation buat work flow and guidelines for financial handling for FMD. Segala assignment assigned last week saya tak jenguk langsung, sbb bz prepare guidelines to be presented to GM today, esok pulak ada mid term, saya perlu habiskan satu chapter malam ni. Alhamdulillah dah sempat baca 5 chapter.

Petang tadi baru habis present proposed guidelines for financial to GM. Tak byk ammendment yg kena buat, alhamdulillah, senang hati sket :)

Not bad juga jd BC ni, sbbnya ada sorang exec baru dtg and GM had assigned her to assist me in handling BC matters. Alhamdulillah Allah bagi keringanan dgn mengaturkan adanya exec baru dtg ke FMD ni, kalau tidak mmg murunglah saya selama setahun ni sbb byk sgt keje nak cater.

Tadi exec baru tu pun siap bagi comment pasal tugas BC kat FMD yg byk sungguh berbanding dgn division dia yg lama. Di tempat dia yg lama, ada specific exec yg akan handle HR matter or financial matter sahaja. Dia terkejut biler dpt tau BC kat FMD ni kena cater semua sekali, mmg rojak habis heheh.

Takpelah, pengalaman kan. Sebenarnya kalau nak tau, sejak saya dpt tau yg saya akan dilantik jadi BC, saya jadi gelisah dan sedikit susah hati. Saya takut sebenarnya kalau tak dpt buat apa yg sepatutnya saya deliver. Alhamdulillah ringan sket beban saya skang ni. Walaupun ada exec baru ni, tapi Tn Hj still minta saya pantau semua tugasan BC. Oklah, saya tak kisah. Saya sudah berkira-kira nak beri tugasan Business Planning ni pada exec baru ni sbb saya akan concentrate more on Financial. Tak larat saya kalau nak tgk dedua, nak buat report and strategi, pastu nak kena tgk account statement. Mmg tak larat nanti sebenarnya.

Yeaa..tak payah buat report lagi!! Cuma kena monitor jerlah so that takde info discrepancy and sebagainya. Alhamdulillah alhamdulillah :)

MBA saya akan habis bulan 9 ni insya Allah, sekiranya tiada aral. Skang ni mmg terasa mcm teruja sedikit biler teringat akan habis bulan 9 ni. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah hampir tamat dah pengajian saya walaupun tak secepat Rahimi, Aniza and Fahmee (mesti bangga bebudak nih dah habis cepat :P.

Oklah yer, saya kena study ni. Esok nak exam huhu.

Mabruk for Abg Faizal atas waleemah tak lama lagi, moga Allah ringankan beban dan merahmati perkahwinan abg dgn Kak Jawahir :)

Mabruk juga pada Afti dan Ruhizal (geng AYTR) yg selamat melangsungkan perkahwinan dgn pasangan masing-masing recently, moga Allah rahmati penyatuan mereka dan membina rumahtangga yang aman sejahtera dunia akhirat :)

Wassalam.

2 comments:

sakinah said...

epilog teman....


melukis perasaan
melakar resah
mampukah bersujud
menyentuh dahi
pada yang Esa

Ada indah
ada duka
turun naik
walau rebah
namun tabah
terus bangun
dari tanah
mengheret kaki
menerus langkah

Jalan bergaris
seretan kasut
ayunan tangan
lemah longlai
bahu turun
dihempap beban
dada sempit
menanggung susah

Ku seret kaki
berjela-jela
lalu berhenti
di sapa suara
lembut tegas
menyapa sopan
"sudah makan?
mari minum.."

angguk malu
"ya aku lapar"
lalu makan
disuap teman
nasi di mulut
bercampur tangis
mengalir deras
tersedu esak
"ya teman
indahnya jalan
walaupun gelap"

"engkau kan ada"
meneman sayu
seperti bayang
tak pernah dekat
tak pernah jauh
namun yang pasti
kalau aku lapar
tekakku kering
tanganmu menyuap
tanganmu mencurah

aku lemah
namun kuat
bila engkau
di sebelah...

(jadilah pohon teduh
tuk hatiku berlabuh
setelah letih berterbangan
biar ku hadamkan
buah tausiyahmu
meresap dalam ruhku
lalu izinkan aku pergi
memikul amanah berat)

IeNa said...

:)

syukran akak :)