Wednesday, September 27, 2006

Ego

Assalamualaikum wbt,

Hari ni ada seorang insan menegur saya, jgn ingatkan manusia,tp bykkan zikir. Alhamdulillah ada org sudi beri teguran. Barakallah.

Hari ini juga saya berperang dengan hati sama ada mahu membuat tidak tahu sahaja kepada seorang staff saya yang tidak bersetuju dengan cara saya, atau saya menegur beliau mcm biasa seperti tiada apa2 berlaku.

Setengah hari saya bermesyuarat, hanya keluar drpd bilik meeting melintasi tempat duduk beliau menuju ke pantry untuk meredakan batuk. Saya tidak pandang langsung pada beliau, dan tidak kedengaran langsung gelak ketawa atau suara drpdnya. Apabila memandang saya, wajahnya seperti menunggu reaksi saya selepas menerima kehadiran e mail drnya kelmarin.

Selepas Zohor, saya mengambil keputusan untuk menegur beliau seperti tiada apa2 yg berlaku. Niat saya, akan saya terangkan kepada beliau kenapa saya mengambil tindakan yang tidak dipersetujuinya nanti, yang penting saya perlu pecahkan rasa tidak selesa yang wujud dlm diri saya dan mungkin juga pada beliau.

Saya minta beliau hantar satu e mail pada seorang staff TM yang lain, sambil itu berjenaka mengatakan saya sdh mempunyai suara ratu rock Malaysia, Ella kerana serak akibat sakit tekak, manakala dia pun demam juga, lebih kurang senasib ler kami.

Alhamdulillah, terasa diri saya pun relieve, mungkin juga pada diri beliau...baru kedengaran gelak ketawa beliau selepas kami berbincang mengenai urusan asset tadi.

Cuba bayangkan kalau saya memilih untuk buat tidak tahu sahaja kepada beliau, hanya kerana beliau menyampaikan rasa ketidakpuasan hati mengenai cara saya, mungkin satu hari ini dia tidak berasa gembira di ofis, malah mungkin untuk hari2 seterusnya.

Susah untuk membuang ego apabila kita berada di atas, apatah lagi berurusan dengan orang bawah..tapi kalau kita fikirkan, kita dengan staff kita sama sahaja taraf di mata Allah, maka apalah sgt yg nak dibanggakan, apalah sgt nilai ego yang dipertahankan. Entah2 ibadah dia lebih baik lagi dr kita..entah2 kita mmg lagi hampeh dr dia, betul tak?

So moral of the story...curb your ego and don't be shame to apologize to your staff if you are wrong. No harm for doing that. And it is wonderful to realize that a smile from you could make other people feel happy.

Alhamdulillah, demam dan tekak saya sudah kembali baik, cuma suara masih mcm suara Ella lagi, so kalau ada yg nk dengar suara rock saya, bolehlah call yer hehe.

Jumpa lagi insya Allah, ma'assalamah.

:)

4 Ramadhan

2 comments:

++ hainey ++ said...

suke la k.ina ni...chaiyok!!~ chaiyok!!~ bassya bassya !!~ ;)

IeNa said...

oo hainey...sebelum ni tak suka laa ek hehe.

bassya tu apa maksudnya? :)

kak iena.