Assalamualaikum wbt,
Subhanallah walhamdulillah, telah panjang usia kita untuk berada di dalam hari kedua Ramadhan.
Saya pasti ramai yang tertunggu kedatangan bulan mulia ini, untuk mengambil kesempatan membersihkan dosa yang berkarat pada diri masing2.
Sayatidak berhajat untuk menulis panjang di sini, kerana saya sedang menggigil kesejukan kerana demam panas sejak semalam. Kedatangan Ramadhan saya disambut dengan demam panas, cubaan dan ujian yang Allah berikan pada awal2 bulan. Takpe, kita terima dengan penuh redha.
Apalah sgt dengan demam panas, kalau nak dibandingkan dnegan penderitaan saudara2 kita di Palestin, Lubnan dan tempat2 lain. Ibarat jauh peluru dari jantung keadaan saya ni :)
Saya cuma mahu ucapkan Selamat Datang pada Ramadhan yang mulia, serta mengucapkan selamat berpuasa dan beramal ibadat pada semua, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik di sepanjang kehidupan kita, dan dicurahkan rahmat dan maghfirah atas dosa2 kita yang lalu.
Mohon diri dahulu, ma'assalamah.
2 Ramadhan
No comments:
Post a Comment