Tuesday, December 19, 2006

Erti seorang kawan

Assalamualaikum wbt,

Saya baru kembali dr teambuilding FMD, alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik,kecuali ketika di sesi closing of the ceremony due to my own weakness sbb first time jadi organizer program kat FMD ni, being a someone yg perfectionist, sedikit terkilan sbb ada sedikit kecacatan di dalam program yang saya organize ini..tetapi saya juga patut menerima hakikat bahawa manusia itu tidak sempurna..kena menerima bahawa kita ini ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. The best way ialah menerima kelemahan diri dan kemnudian memperbaiki diri di masa hadapan.

Di program tersebut saya ternangis di depan semua staff FMD, kerana menerima satu nota drpd groupmate, seorang kawan yang pernah rapat dgn saya dahulu, dan kini tidak lagi…saya sendiri tidak tahu kenapa dia menjauhkan diri dr saya. Saya menangis bukan kerana nota itu sendiri, tetapi kerana sender of that message himself. Kami satu kumpulan di teambuilding, tapi tidak berbicara seperti yang sepatutnya. Masing2 senyap kalau tiada perbincangan yang perlu membuat kami berbicara.

Telah lama saya sedar sikap beliau yg menjauhkan diri, malah sebelum kami ke Sabah & Sarawak pada bulan 6 yg lepas. Saya menghantar SMS, kad dan e mail memohon maaf pada beliau sekiranya ada kesilapan di pihak saya, tetapi tiada jawapan diterima. Beliau melihat saya tanpa senyum walaupun melalui hadapan bilik saya setiap hari untuk keluar masuk pejabat.

Pening kepala saya memikirkan apa masalah yg berlaku di antara kami berdua..mungkin saya tersilap bicara, tapi saya sudah meminta maaf walaupun saya tak pasti apa masalahnya.

Hari ini saya makan tgh hari dengan seorang ofismate yang sempat berbicara dgn beliau minggu lepas, and jangkaan rakan saya ini mengenai masalah di antara saya dan rakan saya seorang ini adalah disebabkan jawatan yang saya pegang sekarang ini.

Betul, saya akui saya sgt muda untuk memegang jawatan seorang pengurus di bahagian saya ini..tetapi saya hanya menerima tanggungjawab ini setelah insan yang sepatutnya memegang jawatan ini menolak awal2 untuk terus memegang jawatan ini kerana beliau tidak mahu berurusan secara direct dengan GM saya. Pada mulanya saya hampir2 menolak ketika ditawarkan post ini ..tetapi jawatan ini berkaitan dengan kerja2 yg melibatkan financial and strategy..being having accounting background, and I’m taking MBA at the moment berkenaan dengan Strategic Management, of course saya lebih meminati kerja2 ini drpd buat enforcement dan buat policy yang sepatutnya saya buat, tetapisekarang ini dibuat oleh insan yang menolak jawatan saya sekarang ini.Kami switch keje. She’s happy doing my original task, and myself also happy doing the financial and strategy walaupun bebannya sedikit berat dan tiada pertambahan gaji pun…tak kisahlah kan kalau gaji tak naik pun..kerana pertama saya lihat saya dpt belajar byk mengenai pengurusan, dan kedua saya mmg suka buat financial...saya sgt rindukan kerja2 Accounting ketika saya berada di bawah Legal & Account dahulu, and sekarang saya dah dapat, takkan saya nk lepaskan pula. My GM is being considerate to me by giving me an exec to assist me in running my unit, alhamdulillah.

Tapi tak sangka ada insan yang tidak suka saya berada di jawatan ini. Mengatakan it was an unwise decision to do the job and accept the responsibility..and I dun deserve this position becoz i'm too young. I love this job actually. By doing this job, I have the opportunity to learn new things that really interest me rather than doing investigation. Mmg menjawat position ini saya menerima byk kelebihan like having my own room yg besar, dapat pakai laptop yg hanya disediakan untuk manager dan investigator sahaja di bahagian saya ini, dan sering kena panggil berbincang dgn GM and other managers, tapi bukannya saya yg minta this post at the first place. Sekiranya insan yg patut menerima jawatan ini tidak menolak post ini awal2 dahulu, or even kalau dia mahukan jawatan ini dipulangkan kepadanya kembali..saya tiada masalah untuk mengembalikan post ini kepadanya.

Saya juga dapat tahu bahawa ada yg tak puas hati kerana saya dah tak huha lagi mcm dulu. Bagaimana mahu huha kalau kerja direct bawah GM yg biasanya terpaksa membuat kerja2 yang urgent..kemudian ditambah lagi dengan study saya. Kekadang time takde kejelah saya mencari bahan di Internet atau buat assignment, atau baca buku. Tiada masa sgt nk huha2 mcm saya jadi exec di Legal & Account dulu. Agaknya mereka terasa seperti saya ini mengasingkan diri, tapi nk kata saya mengasingkan diri pun tidak juga coz saya berjalan2 juga ke unit lain atau jumpa staff saya. Cuma mmg bukan perangai saya nak buang masa berbual2 time saya tgh ada keje.

Biler saya duduk kat post ni, baru saya kenal siapa kawan sejati sebenarnya. Bukanlah sikap saya suka bergaduh…tapi kalau org dah minta maaf byk kali tapi tak sanggup nk maafkan, saya pun rasa bengang jugak, takkan mahu disembah baru nak maafkan kot.Lagi buat saya bengang sbb saya tak tau apa salah saya. Kalau bergaduh tau punca ok jugaklah kot, ni blur, tak tau apa citer.

Serious, saya tak suka kawan sebegini. Kalau tak suka, bagitau apa masalahnya so that I can clarify or rectify the things..ni menjauhkan diri terus, buat masalah lagi teruk lagi ada. Sekali kawan saya yang lain pernah buat begitu pada saya, saya lecture terus, bagi 5 6 SMS sekaligus. Dahlah time tu saya mmg tak bersalah tapi disalah anggap…mmg panjang berjela ler saya lecture. Tak puas hati cakap..bukannya dapat apa pun kalau pendam2. Cakap terus terang apa salah saya, then saya tahulah apa nk betulkan. Ntah apa2 jek. For me, seorang kawan adalah seorang yg sanggup tegur dan tunjukkan apa salah kita, supaya kita menjadi seorang yg lebih baik. Yg sanggup bertolak ansur walaupun dia tahu dia tidak bersalah dan berada di pihak yang benar. Saya sebenarnya tak pernah ada kawan mcm ni, yg jenis tak reti nk maafkan org. Seingat saya ketika saya di MMU dulu, saya pernah bergaduh dgn 2 org sahaja, iaitu Ika dan Abg Nafis. Gaduh ngan Ika tu, mmg salah saya sendiri, tu pun Ika sanggup buatkan saya breakfast before saya pegi exam padahal time tu kami tgh gaduh, punyerlah baik si Tikot ni. Ngan Abg Nafis..saya rasa saya gak kot yg jadi punca sbb saya over sensitif...kami tak bercakap juga beberapa minggu..tapi time tu saya tahu apa salah saya, and kami tak bercakap pun tak lama..ok balik sebab we were partner biro Usrah dulu.

Sampai sekarang saya berharap agar perhubungan saya dgn ofismate saya ni will get better soon..harap sgt2 actually. Kalau tak jalan juga, apalah yg saya boleh buat after 3 4 kali minta maaf, org buat dek jek. Pada awal2 dulu mmg tertekan saya dibuatnya..sbb saya sayang friendship kami yg pernah terjalin..sanggup minta maaf walaupun tak tau apa masalah sebenarnya. Skang ni..berdoa yg terbaik shjlah. Sudah malas nk layan perasaan, sbb biler layan saya jadi sedih..tu yg ternangis waktu kat teambuilding tu. Kalau dia tak suka saya duduk di post ini, apa yg boleh saya buat. Takkan saya nak minta dilepaskan jawatan pulak. Last resort, buat yg terbaik jerlah sambil berdoa semoga semuanya ok.

Manusia ini penuh dengan pelbagai karenah dan gaya..tapi takpe, at least by having this crisis, make me more mature mengenai pergaulan sesama rakan dan manusia.

Ketika dalam krisis ini juga, saya teringat Jenal pernah beritahu saya bahawa bukan semua benda yang kita buat kita nak cerita kat org (time tu Treasurer SRC kami merajuk ngan dia time buat program College), baru saya faham maksud dia yg sebenarnya. Kita berdiam diri dan senyap, pasti ada sesuatu sebab cthnya keje/study..tetapi takkanlah kita nak heboh2 kat org kita tgh buat apa yang sampai buat kita senyap dan kurang bergaul dgn org.

Oklah yer..jumpa lagi…actually nk citer perkara2 yg best..tapi terkeluar citer yg tak best..biar saya luahkan kat sini sbb lepas ni saya dah malas nak ambil pusing lagi pasal hal ni..you do your own job, and i do mine..saya takdelah kejam sgt..tapi bengang gak ngan org yg berperangai mcm ni..dah ler sy tgh migraine ni. Sabarkanlah hati ini Ya Allah...moga sentiasa sabar dan bersangka baik dengan org. Susah nk berlapang dada ni sebenarnya, especially kalau kita rasa kita betul. Kalaulah tak ingat Islam mengajar supaya tak berdendam atau bergaduh, agaknya lama dah lidah ni jadi cepat laser, kerana sayangkan kawan dan tak mahu gaduh2, sanggup menahan telinga kena perli and sindiran yg tajam. Kalau tak fikirkan bahawa kalau jadi laser akan buat suasana lagi teruk, mmg cepat sahaja terasa mulut ini ingin menjawab. Syukur saya mmg berat mulut kalau part2 nak melaser2 org ni, sbb bukannya best pun main laser2 ni..nanti lagi teruk keadaan. Baik senyap and buat dek jek .

Hoping that my du’a will come true..tak perlu nak pening2 kepala pasal org lagi insya Allah. Ameen.

Saya nk minta diri dulu..kepala saya sudah semakin sakit.

Assalamualaikum wbt.

5 comments:

Anonymous said...

fuh! seperti biasa, panjang. penuh emosi :P

ieka said...

biasalah mudin..tgk akak pun teremosi sama..ahhaah

oits... bagusler dah tahu aku baik.. :D kekekeke weh relaks la.. doa2 die lembut hati. senyum selalu. kurangkan sket tekanan dlm diri, dan tekanan pada org luar:p remember, we did the personality test together;) ahahhaha

jom..mkn sekali lagi kat seoul?:D

IeNa said...

hehe Mudin, baca msg awak ni buat akak tergelak hehe..takde aa..bengang..time tgh emo ni..mmg emolaaa..kalau tak emo..kuar posting yg baik2 jek hehe. Tapi my GM everytime post mortem selalu pesan..kurangkan emosional..habis nk buat camner..diri tak kebal hehe.

Tikot..hehehe..aku ingat lagi personality test tuh..test tu mmg aku tak deny ler..mmg betul pun. Mmg keras kepala sket..tapi aku dah minta maaf..kira lembut gaklah kan, yer dak? Lainlaa aku buat dek tahap naga...bleh aa nak buat perangai hampeh.

Hish..takpe aa aku doakan dia lembut hati. Tak best betul keje dlm suasana camnih :(

y@tipruzz said...

walaupun aku tak brape tahu kes ko ni...tapi this thing is common in work environment. Most ppl never satisfy with what they have, envy for other person's achievement and the likes. you've made the first move by apologized, dia tak maafkan itu hal dia..part ko dah selesai, so doa jela agar things back to normal. mmg rasa susah hati kan kalo ade selisih faham ngan ofismate...so bykla bersabar. Jgn stress kan diri dgn masalah2 cani yg tak worth to be think of everyday...ko dahla migrain hehe tk care!

IeNa said...

hehe..thanks yati..tgh bersabar jek skang ni :)