Assalamualaikum wbt,
:)
Rasa bersalah pulak sbb rasa bengang kat ofismate saya di dalam posting terdahulu..manusia tak pernah lepas dr kesilapan..tapi saya tak nak removekan posting saya tu..biar jadi satu catatan buat diri saya bahawa saya pernah mengalami cabaran di dalam bekerja hehe.
Kita selalu fikir bahawa masalah kita yang paling besar dalam dunia ni, sedangkan sebenarnya banyak isu di dunia ni yg lebih memerlukan perhatian.
Entah, mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan belajar...saya sudah lupa untuk melihat dunia ini dari sudut dan angle yang biasa saya buat dulu. Menghargai keindahan dan kegembiraan yang wujud di dalam pelbagai dimensi kehidupan..tidak kiralah dr sudut rohani dan sebagainya. Saya yang dulu terasa seperti ingin berlari menghadap dunia..ingin mencari makna kehidupan dengan cara saya sendiri..yang saya gambarkan umpama pencarian erti hidup yang diselangi dengan kegembiraan dan keseronokan kerana mendapat pengalaman dan pelajaran hidup.
Kini, terasa diri sedikit penat dan tidak berupaya untuk lari seperti dahulu. Tapi sungguh, saya tidak mahu semangat itu hilang dr diri saya. Saya masih ingin belajar mengenai kehidupan ini sebanyak-banyaknya, tanpa melupakan destinasi abadi saya di dunia sana. Menikmati kehidupan ini sepuas-puasnya..dan demi itu saya harus kukuh dengan apa yang saya sematkan dalam hati..yang sudah terbayang dan ingin saya tuju satu hari nanti.
Saya ingin bebas dari segala ikatan yang mengikat diri saya untuk membuat sesuatu yang saya inginkan dalam hidup.
:)
2 comments:
semangat tinggi, tenaga semakin kurang.. itu tandanya kita dah semakin berusia siti. lagipun, duniakan penjara org mukmin. :)
anyway keep up going girl.
walaupun rasa tak cukup keupayaan, semangat itu yg buat kita hidup, kerana kita ada cita2 yang terpendam.. ada hala tuju kehidupan.. kan... ;)
yurp, cita2 yg terpendam :)
Post a Comment