Tuesday, March 13, 2007

Hati sudah kebal

Assalamualaikum wbt,

Lama dah tak bersua di sini :)

Alhamdulillah saya sudah tahu cerita sebenar mengapa kawan2 ofismate saya mengasingkan diri dr saya, gara2 kontroversi kisah saya ni seorang yg perfectionist.

Saya menghantar e mail pada dua rakan saya semalam kerana tak berkesempatan untuk menerangkan perkara sebenar pada mereka during lunch. Saya mengajak mereka lunch, tapi ditolak. Takpelah, saya memberanikan diri saya untuk menghantar e mail, beritahu apa kisah sebenar. And they replied back my e mail accordingly.

Rupanya mereka merasakan saya ni seperti membelakangkan mereka kerana saya ni perfectionist, and seperti menyinggung perasaan rakan-rakan. I have no idea actually how come this thing become an issue, but i believe semuanya berpunca drpd virus tak puas hati drpd seseorang di unit ini, dan kemudian menular kepada yang lain-lain.

Ketika diberitahu sedemikian rupa, saya rasa gembira coz at least they told me what they felt dissatisfied abt me, at least i'm no longer blur abt what is actually happening all these while..yet i dun agree abt some of their points saying that saya seperti membelakangkan kawan2 dan tidak put trust on them, just becoz i'm perfectionist. I do think i know myself better, and all these while i do trust them, kalau tak takkanlah spend masa sesama selama ni. Tak taulah mcm mana boleh jadi isu distrust ni sebenarnya.

Bagi saya perfectionist ini umpama membuat sesuatu sehabis baik, walaupun pada pandangan org luar takdelah bagus sgt, but for me i want my work to be sehabis baik, selagi saya tak puas hati saya takkan hantar kerja saya pada GM or pada lecturer kalau time saya study dulu. Saya tidak pernah bermaksud nak merendah-rendahkan kerja org lain. It was funny some people regard that one as satu statement menyombong diri, which i dun even have that kind of intention pun at the first place.

Klakar...tapi i apologize jer ler kerana at least mereka beritahu what they felt over me, i respect their feelings. Cumanya sekarang ini saya sudah belajar utk reserve certain things to myself only, takut2 disalahertikan lagi. Istilah perfectionist ini hanya timbul ketika saya berbual dgn seseorang di unit ini, di mana ketika itu saya admit bahawa saya seseorang yang perfectionist. Entah bagaimana istilah itu jadi satu kontroversi satu ofis, dan akibatnya jadi havoc begini. Pasti ada yang bercerita dan kemudian disalaherti oleh org lain. Saya rasa being perfectionist to my own job is actually takde bende, it is only a plain statement, tapi bagi org lain mcm berlagak ler pulak. Tak faham manusia ni kekadang. Orang maksudkan lain, lain pula yang difahami.

Baru ler saya tahu hati manusia ni berbeza-beza, ada yg buat muka manis di depan tapi menikam di belakang. Takpe, saya berlindung kepada Allah dr org2 yang bersifat hasad dengki sebegini. Selagi saya boleh sabar, saya sabar. Harap2 tiada doa buruk yg terkeluar dr mulut saya ketika saya terasa teraniaya sebegini.

Skang ni, hati sudah kebal, mungkin kerana saya sudah berbuat yang sepatutnya seperti minta maaf and buat penjelasan. Kalau lepas ni buat perangai lagi dengan saya, minta maaf, saya takkan terhegeh2 lagi nak minta maaf and clarify things, sbb dah malas. Kalau rasa nak terima saya, silakan..kalau tak nak..saya akan berbuat biasa sahaja. Asyik nak jaga perasaan org, org tak nak jaga perasaan kita. Bak kata Aniza waktu kami keluar sama dulu:

"Siti, kalau kita buat baik pun org kenakan kita mcm ni, baik kita buat jahat betul, hati tak sakit dibuatnya". Hehe, ganas eh statement ni..tapi mmg kekadang terasa nak gak buat mcm tu. Agaknya saya ni jenis lembut, tak melawan, tak reti nak melaser2 org..bolehlah dibuat sesuka hati.

Takpelah...saya ada plan saya sendiri. Sekarang ini matlamat saya ialah untuk memperbaiki prestasi unit saya...dan ada urusan lain yg lebih penting saya utamakan. Sehingga ini sahaja saya akan bercerita mengenai perkara ini, selepas ini saya akan mengambil tindakan berhati2 dengan siapa saya berbicara, dan tentang apa yang saya perbicarakan.

A quote dari GM saya ketika saya tersalah hantar SMS padanya berkenaan dengan adik saya yang risau tidak dapat ke oversea:

Gem cannot be polished without friction, nor man without trial.

Saya anggap ini sebagai dugaan dan ujian dr Allah, moga diberikan kesabaran. Lepas ni nk buat mcm Hany, kalau nak bercerita jer, kena bagi terms and conditions pada org yg nak mendengar, kena make sure dia faham bebetul citer supaya tidak disalahertikan lagi. Huhu.

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

don't be Hipokritas geng...r u sure u r doing the rite thing...r u sure u r rite...u look flawless with your so call clan...so, when people read your blog, it's very clear that your office friend is the guilty parties...but if i'm not wrong, u said the other way with your reply to them...so "Talam Dua Muka" nie....come on....u r not Perfectionist after all...

IeNa said...

eh..ada ofismate saya membaca blog saya rupanya selain drpd zahan..tak sangka sampai mendalam interest terhadap diri saya sehingga menjejak ke sini..takpe..kedatangan dialukan2..bertambah lagilah pembaca blog setia saya nanti nampaknya ;)

Anyway..i have no comment since saya dah menetapkan diri hanya sampai di sini sahaja ulasan saya mengenai kisah ini..terserahlah apa sahaja anggapan yang mahu dibuat..saya sudah memulangkan segalanya pada Allah :)

Bolehlah ziarah ke sini selalu yer...moga dapat manfaat hendaknya :)