Friday, May 11, 2007

Berlapang dada

Assalamualaikum wbt,

Life is unpredictable sometimes. Untuk menjadi berlapang dada dengan sesuatu yang kita rasakan tidak sepatutnya menimpa kita, mmg sukar. Tetapi kekuatan itu akan datang dr Allah. Dan sesungguhnya, Allah Maha Mendengar segala doa dan permohonan dari kita. Kita sahaja yang kadang-kadang terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Maha Pemurahnya Allah itu di mana di dalam kita bermaksiat denganNya, Dia masih memberi rezeki pada kita.

Banyak perkara manis dan kurang manis yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini. Tetapi saya lebih suka bersikap positif untuk melihat sesuatu yang kurang manis itu sebagai pengajaran hidup yang mungkin tidak tertulis di buku-buku atau majalah, dan saya melihat ia juga sebagai satu ruang yang Allah telah takdirkan untuk saya berkembang menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah keperibadiannya berbanding dahulu. Kita sering menganggap musibah yang berlaku ke atas diri kita adalah sesuatu yang memeritkan..sememangnya mmg benar ketika kita baru berada di dalam situasi itu...but one day if we reflect back..pasti ada hikmahnya. Dan saya meyakini keterangan ini kerana jelas telah terbukti atas diri saya bahawa sesuatu kesukaran itu adalah dugaan, dan juga peluang untuk membentuk diri kita menjadi lebih kuat dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Sekiranya tiada ujian, kita tidak tahu potensi dan sejauh mana diri kita untuk menerima ujian2 getir, dan yang paling baik seseorang muslim itu adalah bersabar dengan sekuat-kuat daya di dalam menerima ujian tersebut. Allah telah menjanjikan balasan yang baik untuk mereka yang bersabar.

Dan sesungguhnya..setiap kesukaran itu akan diiringi dengan keringanan. Nukilan ayat Quran yang menjadi azimat dan penyejuk hati ketika dilanda kesukaran dan ujian yang memeritkan.

Wassalam

7 comments:

nuun said...

perh ayat bersastra sungguh sekarang :P

Anonymous said...

kak iena nampaknya tgh diuji, tgh mendapat musibah?! betul?

IeNa said...

Hehe Abg Faizal...ayat nakal nampak? :P

Sajer jer mempertajamkan skill..mana tau leh jadi pelapis Faisal Tehrani huhu :D

Dianz,

When i was finished writing this article, i had the gut that people will assume i'm in kinda trouble at the moment.

Takdelah..artikel itu hanya satu refleksi drpd kisah hidup, yang akak rasa semua org pun pernah menghadapai saat2 getir diuji daripada kita kecil sehinggalah usia dewasa ini. Yang akak dapat lihat drpd pengalaman mereka2 yang rapat dengan akak, yang pernah diuji dengan ujian..alhamdulillah mendapat khabar gembira di pengakhirannya. Hanya Allah yang menentukan masa dan ketika :)

I'm alrite and happy at the moment, alhamdulillah :)

Anonymous said...

kak iena dah nak kawen ye hujung thn ni?

IeNa said...

Erk Ziana, soalan awak ni mencabar sungguh hehe.

Mana lak dpt citer ni sayangku..takde angin or ribut ..tetiba leh keluar soalan sensasi eh?

Sorry ler my dear, tak dpt lagi nak menjawab soalan tu at the moment. Kalau ada perkhabaran gembira, insya Allah akan diumumkan :)

nuun said...

"tak dpt lagi nak menjawab soalan tu at the moment. Kalau ada perkhabaran gembira, insya Allah akan diumumkan :)"

---> mcm bagi hint jer ni... ada pepe ke? :P

IeNa said...

Hai abg saya yg sorang ni..ada kot yg nak nak kena gigit nih..awat nakal sgt ni aa?

Takde keje eh? :P

Saya nak quote kata artis biler dapat soalan sensasi mcm ni..

NO COMMENT

ahak ahak..astaghfirullah gelak tak tsiqah keke.