Friday, February 13, 2004

Dugaan

Petang ini dikisahkan di dalam berita,
seorang budak perempuan berketurunan Tajik
Dibunuh beramai-ramai
menggunakan pisau tajam dan belantan
Apakah salahnya?
Hanya kerana dia bergelar Islam?

Kubaca lagi
Paderi Israel mengalu-alukan paderi kristian
untuk memurtadkan saudara-saudara Islam
dari masjid ke masjid.

Isu tudung mengenai Singapura dan Tantawi
Integrasi dan perkauman dijadikan alasan

Ya Allah
Banyaknya dugaan
Semoga kuat hati hamba-hambaMu ini
dalam meniti kehidupan
yang akan mendatang

Sabarlah saudara-saudaraku
yang sedang menahan derita
mahupun yang sedang berjuang
kiranya dunia ini
umpama penjara bagi org2 mukmin
maka berbahagialah kamu
yang sedang diuji
tanda kasih sayangNya
yang masih terlempar
ke atas diri

Diriku bagaimana?
Tidak diuji dengan begitu payah
namun masih menangis
umpama dunia ini
hampir kiamat lakunya
tidak segankah?


No comments: