Wednesday, February 04, 2004

Theatre

Assalamualaikum wbt,

Byk perkara yang mahu diceritakan, mahu ditangiskan, mahu diketawakan, mahu disenyumkan..tapi kebanyakannya hanya mampu terzahir di hati sahaja. I believe tak semua perkara perlu diceritakan, we should reserve some to ourselves, don't you think so?

Last Friday. What was so interesting about last Friday? Actually on last Friday, Halim did invite Ika and me to watch a theatre entitled Opera Ayu Cendana, supported by my younger sister Eqa (kena tukar nama sbb ramai org dah get confused between Ika my friend and Ika my younger sis) yg kata teater tu best sbb dia pernah attend kat USM dulu, so Ika and i went together with Halim, his younger bro, his sister and her sister's friends.

Eventhough my head was spinning like gasing due to tidur yg tak cukup sbb kena prepare 2 business plan utk 2 malam berturut2, dek kerana kasihankan Halim, pergilah jugak. Lagipun this was my first time watching theatre after dah grad, waktu kat U dulu selalu jugak tgk teater PLM. So might as well take the opportunity nak tgk apa yg bestnya teater ni. So we went.

The theatre was under Fauziah Nawi's group, namely as Steffani (tak taulaa naper nama dia Western sgt), the story was ok i would say, astonished jugak tgk Fauziah Nawi menyanyi sbb tak sangka dia terer nyanyi, and the actors and actresses also were impressive to me.

The only thing yg i tak berkenan was cara teater ni dilakonkan. Bersentuh-sentuhan antara hero and heroin. Isk, tak geli agaknya derang ni. Naik bulu roma tgk derang ni berlakon. I'm not blaming org2 teater ni bluntly, kadang-kadang org yg berilmu di kalangan kita kurang gemar utk participate this type of activities, tak banyak teguran yg diberikan. Therefore most of these type of activities/performances end up like that. Tapi, kalau dah Quran kata : Jangan kamu hampiri zina...tak kiralah apa caranya, maka tak bolehlah buat. Rasanya peringatan dah ada, berumur lebih 1400 tahun lak lagi, kalau tak digunapakai dek tuan punya badan, takkan nak salahkan org yg tak memberi nasihat pulak,kan?

Dlm dewan teater tu, otak berfikir..agak-agak kalau diajak tgk teater lagi..nak tgk lagi tak ek? Kalau fikir-fikir, mcm terasa duit yg kita bayar utk teater tu seperti menyokong pulak perbuatan yg derang buat tu. Tapi fikir dalam lagi, kalau bukan kita yang nak melihat dan menegur, siapa lagi nak tegur? Kalau semua org alim berfikiran mcm tu( please bear in mind that i'm not addressing myself as org alim and org teater tu jahat k coz i know i'm not alim and who knows ibadah mereka lebih baik dr kita), jadi mereka-mereka ini akan terus terpinggir dari skop dakwah kita. Pendakwah seharusnya tidak harus memilih bulu dalam mengerjakan dakwah,kan?

What can i conclude here is...kita bantulah mana yg terdaya. And what i did was, i put comment berbunyi " kalau boleh elakkan sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan, hopefully ada improvement in future" kat borang survey yg diserahkan pada kami sebelum teater bermula hehe. terasa mcm nak letak jugak pasal tutup aurat, tapi tak tertulis sbb memikirkan yg derang sure-sure gelakkan comment camtu. Tapi sepatutnya kita kena cakap jugak sbb perkara tu wajib diberitahu. Isk, berdosa rasanya sbb tak cakap. Nanti kalau ada teater lain, i will spell it out insya-Allah.

Mencari sinar

terperosok diri di satu sudut
mencari sinar yang telah lama hilang
dari dalam hati
sekian lama

basah sudah tabir mata
mengingatkan dosa yg bersepah
mengira betapa tingginya noda
mengejek diri
betapa kotornya lumpur dosa
yg memalit diri

akan diterimakah amalan selama ini
yg dipersembahkan kian hari
entah mana kusyu'nya
entah mana ikhlasnya
jadi
apa saja
yang dibawa ke akhirat sana?

Ya Allah
Jangan Kau palingkan wajahMu
di saat ku menghadap
membentang amalan

Janganlah Kau murka
atas kelalaian diri yang sememangnya daif
moga ada
belas ihsanMu
dalam menunjuk jalan nur
untuk hamba berdosa ini...


Sentiasalah kita memohon keampunan dariNya.

~Kita tidak selamanya menongkat dunia~