Tuesday, February 17, 2004

Presentation

Assalamualaikum wbt,

Skang ni sdg bertelekung di depan pc menunggu solat Maghrib, malam ni kena balik lambat sket sbb dah 2 hari tinggalkan keje utk join workshop JPPF.

Esok nak ke Seremban and stay there for 3 days sbb ada presentation, and next week berkemungkinan besar akan ke Penang sbb ada technical visit. Berserabut kepala biler buat kerja pelbagai cabang ni. System nak kena cater, customer nak kena cater, legal matters pun nak kena cater. Ntah mana satu fokus nak diberikan pun tak tau sebenarnya.

Esok akan ada briefing pasal Culture Transformation Initiative TM organized by Change Management Office kol 9.30 pagi, briefing utk selected young executives utk assist TM leaders. Ok jugak sebenarnya, boleh tgk camner TM leaders buat keje, hopefully dapat leader yg best.

Hari ni best coz my group (Kak Fidah, Keirul, Abg Is and me) presented our analysis on our pattern detection for our system. Kira paling gempak among the others hehe. Yg lain Tn Hj kata dia blur, ngan group kitorang jer dia kata nampaklah bayang2 sket hehe.Best best. Tapi hadiah utk kumpulan terbaik kami kongsi ramai2 sbb hadiah satu jer, which is good sbb nampaklah Tn Hj adil. Hadiah satu jer, so kalau satu kumpulan jer yg dpt, kesian kumpulan2 lain.

Tu jer kot nak cakap. Malam ni nak kena revise presentation sbb malas nak rasa saiko lagi utk buat presentation mcm kat Sabah dulu. 2 malam tak tidur sbb menghafal n takut nak bagi presentation. 2 pagi juga tak lalu nak breakfast kat hotel tu sbb sibuk mengingat fakta. Mengalahkan org nak ambik SPM! Terdaya nak minum fresh orange n satu muffin jer padahal punyerlah byk makanan lain yg best2 kat hotel tu.

First time bagi presentation kat berpuluh2 org internal staff and customers dlm sesi berlainan, maunya tak takut. Dlm English pulak tu for 1 hour! Cuba bayangkan..1 HOUR in English!! Tapi after dah habis presentation kat Sabah, kira mcm dah confident sket nak buat presentation kat Sarawak. Waktu first presentation tu, mmg takut tapi buat2 selamba jer present, tapi yg kelakarnya managers n Midun boleh kata bagus pulak after dah habis present! Alhamdulillah :)

Oklah, nak solat maghrib dulu, wassalam :)

Link best --> http://www.b4death.com/fla/never.swf. Nice song :)

No comments: