Assalamualaikum wbt,
(1) Rindu
:)
Senyum yang bukan sahaja terlahir di wajah tapi jua terlukis dr hati yang paling dalam, tidak tahu hendak ditujukan kepada siapa, yang pasti hati ini sedang senyum.
Sudah lama tidak merasai senyuman ini, alhamdulillah ia kembali.
Terasa masa ini sudah saya pegang, dan saya aturkan sendiri. Mungkin menjadi salah satu faktor mengapa senyuman ini terpotret di lukisan hati.
Saya sudah rindukan Quran, dan bacaan-bacaan ilmiah yang telah lama saya tinggalkan kerana mengejar akademik yang tuntutannya bukan sedikit mahunya. Saya juga rindukan kelas Bahasa Arab saya, dan sudah rindu untuk menjejak kaki ke UIA PJ, untuk bertemu dengan pakcik cafe yang peramah, bertemu dengan auntie2 dan uncle2 yang menyeronokkan, berjumpa dgn gelagat ustaz2 yang selalu buat saya gelak riang, semuanya terlipat manis dalam kenangan.
Sebegitu dalam pun kerinduan itu, saya tidak mampu mengambil langkah untuk menyambung kembali kelas, berikutan tuntutan kerja dan studi yang begitu hebat saya rasakan. Takut bahu tidak tergalas beban, biarlah kerinduan itu saya cukupkan dgn merenung kalimah Al-Quran, kerana di situ juga satu sumber untuk saya mengenali lughatul Jannah ini.
Lapangnya dunia ketika ini, moga-moga ia sentiasa lapang untuk saya di dalam mencari erti hidup sebenar sebelum menunggu perpindahan saya ke alam akhirat sana.
Doakan saya.
(2) Nasi tomato
Semalam Ika selaku Chef dibantu oleh Kak Aza dan Ida telah berjaya memasak nasi tomato di rumah Abg Faizal, best best. Pasni leh buka catering berjaya. Nama syarikat pun dah ada, Syarikat AIs (gabungan nama Kak Aza, Ika, Ida dan err...saper ek? :D) Kak Aza jadi CEO, Ika jadi COO, Ida jadi Chief of Marketing & PR, err..saper ek tu jadi CFO..ngee :D. Saper nak jadi BOD lagi, bulih forward nama, insan-insan seperti di atas sedia untuk mempertimbangkannya, walau bagaimana pun ingin diingatkan bahawa satu sesi ujian akan dijalankan untuk membuktikan anda benar-benar layak. Nak tahu apa ujiannya?
(Drum roll)
KENA MASAK UNTUK SESI MEETING SETERUSNYA HEHEHE :D
Pasni Hany, Aida, Aini, Najibot, Farah Wahidah bleh kot. Tak lupa juga invitation dipanjang kepada Kak Wiyah, kakak-kakak lain dan Kak Saf selaku pengantin baru, bolehlah cuba nasib :D
(3) Nufayl dan Amiir (budak kenit 1 dan 2)
Ketika sedang menjaga Nufayl yang sedang tidur ketika meeting sedang berjalan dan Ika berehat sebentar di dalam bilik solat, saya merenung dalam dalam bayi ini.Comel, terasa betapa besarnya keagungan Tuhan di dalam menciptakan makhluk-makhlukNya.
Berbisik ke telinganya "Nufayl dah besar nanti kena jadi pejuang agama k, auntie doakan". Habis jer berbisik, Nufayl terjaga menangis. Ika keluar dr bilik menengok dan kemudian Hany muncul,sbb baby tak nangis Hany turun balik. Pastu baby nangis balik, kami sumbatkan dia dengan botol susu, senyap sekejap. Ingatkan baby terus tertidur so Ika masuk bilik solat balik, baby pulak sambung meragam. Hoho,ni yng rasa nak panggil jek umminya tapi umminya sdg bermeeting di tingkat bawah. Apa yer nak buat tak nak bagi Nufayl ni meragam? Saya letakkan dia di atas lantai kerana mengagak Nufayl mahu meniarap, tapi budak kenit ni masih menangis juga,Ika pulak sedang terlena sebentar di bilik solat, last last saya capai album di almari bagi Nufayl tgk gambar Abg Faizal dan Abg Teghe yang sungguh comey ketika di KISAS dulu (maaflah yer Abg Faizal kerana mengorbankan sekejap gambar abg, dah itu yang tercapai di tangan ketika meletakkan Nufayl di lantai, Iena korbankan sekejap jer tak lama hehe). Hany naik ke atas dan saya turun ke bawah, Ika pulak menjalankan eksperimen menguji kecanggihan teknologi celullar di dalam kaedah menyenyapkan bayi yang sedang meragam ketika Hany menyertai meeting kami di bawah.Berjaya sungguh Tikot. Pasni rasanya dia boleh bukak nurseri berteknologi tinggi selepas berjaya membuat eksperimen dengan Nufayl (Tikot, mau jadi business partner bulih? Ekekek)
Lepas meeting menjenguk sekejap Amiir anak Abg Faizal di Teras Jernang bersama Ika, Kak Aza dan Ida. Budak kenit no 2 ni dah lama tak jumpa, biler jumpa sibuk main dgn kunci kereta abahnya. Nak jadi driver F1 yer Amiir? Takpe takpe, Auntie doakan jugak yer :) (Cheaa cheaa..guna istilah auntie tu instead of makcik, takpelah kan, nampak moden sikit, istilah makcik tu tak rock ler, ni actually nota peringatan kat Hany sbb dia perkenalkan kami as makcik2 kat Nufayl semalam, kesian kat kitorang tau Hany :P )
Ok, perlu minta diri dulu. Doakan saya sentiasa tenang dan gembira di dalam melalui kehidupan ini k :)
Wassalam.
5 comments:
err.. byknyer bisnez nak bukak siti.. :P tp kan pasal catering tu kan, aku kena pk duly kot. Cam pancet jer rasanyer.. hahahah
pasal budak2.. maybe kena guna teknik proposal halim pasang kamera keliling tadika ek? very futuristiknyer tadika.. ekkek tu nntlah.. pk pjg dulu. maybe aftr dpt anak, so that leh experiment kat diorang dulu ke..kekeke
Insyaallah boleh cube...western lak ka sekali sekala tukar selerakan :P, jgn lupa datang sabtu ni ek ina... :)
erm western food kak saf? boleh ajer.. tapi ni ade komen dr seseorg ari tu pasal nak buat western food:
"I tak nak spaghetti, i tak nak spaghetti.
Bukannya nak kata tak sedap, sedap, tapi tekak i kureng sket ngan makanan2 itali ni kecuali pizza kekeke."
any comments?:P
kak saf, insha-Allah takde aral kami sampailah:)
Hehe, saper tu ek Tikot? wah wah, sudah pandai mem'bazooka' aku ek? Dah ler replace my name dgn istilah i, geli ler plak rasanya, cam ngengada jek bunyinya :P
Anyway mmg tak minat sgt ngan Western Food, tapi ok jek kalau Kak Saf and the rest nak masak.Saya makan jek hehe :D
Post a Comment