Assalamualaikum wbt,
Rindu saya dengan blog ini, saya sudah lama tidak menulis. Masa amat cemburu dengan saya 3 minggu ini :)
Hari ini kerja saya sudah selesai semuanya, maka ada masa untuk mencoret di sini. Di blog saya, yang telah bersawang lamanya hehe.
(1) Cameron Highland
Ada apa dengan Cameron Highland?
Hehe, ada program di sana, saya sudah lama tidak menjejak kaki di sana. Kali terakhir saya ke sana adalah ketika saya bersekolah rendah. Saya dan family biasanya ke Genting Highland sbb kat sana games, and tahun lepas ada family gathering di Cameron 2 3 kali tetapi saya tidak ikut.
Gambar 1: Di depan Shahzan Inn, tempat kami menginap
Gambar 2: One more pose di depan Shahzan Inn
Gambar 3: Pose ketika kami pergi morning walk. Gambar ini diambil sejurus sebelum Kak Kamy and Laili lawan lumba lari hehe
Gambar 4: Gambar Walida,Mudin, Hany dan Zainal dalam acara sukaneka 'Bagi Abe Makan Banyak2 Sampai Gemuk! Ekek
Gambar 5: Gambar boypren terbaru saya, Nufayl (baby Hany) :D
Pengalaman di Cameron? Hehe, seperti Mudin kata di blognya, kami makan strawberry "terbestest" (ini istilah Mudin) di sana, Zainal yang perkenalkan. Zainal kata beli banyak2 strawberry utk makan dlm keta, tapi kami yang first time nak merasa and ketika itu perut sudah penuh dgn makanan lunch menolak. Hehe, sekali makan tak cukup. Tu ler Mudin, lain kali kita dengar cakap Tok Cik Jenal awak ni, kalau dia kata kena beli banyak, kita kena beli banyak. Hehe.
Pengisian program di sana best, dpt jumpa adik2 yang comel perilaku, fun ler actually. A 'historical moment' berlaku di sana, tak perlu nak dihuraikan. Sempat membeli teh berperisa stratwberry and lemon, and bawa balik roses (actually tak nak beli pun at the first place, tapi sbb peer prssure tgk bebudak nih beli bunga banyak giler, so beli ler jugak takut2 menyesal pulak nanti). Auntie yang jual bunga tu kata kalau nak tahan sebulan, letak air pastu letak Panadol setengah biji. Hany and I bought black roses and several color lain hehe.
My roses tahan 2 hari jek, pastu tak kembang-kembang. Tak tau ler pasal panadol tu ker apa. Semalam jumpa Walida (wife Mudin) and dia cakap dia letak Soluble, terus mati bunga and bertukar warna hitam. Rasa-rasanya kandungan kimia Soluble kuat sgt kot berbanding Panadol. Sian Walida. Takpe, nanti suh Abe Mudin gi panjat Cameron lagi belikan awak bunga ros and strawberry 'terbestest' :D
(2) Momento di MMU
Semalam selepas balik dari Putrajaya, Laili, Momay and me singgah solat Maghrib di MMU. Melangkah kembali ke MMU dan menuju ke surau Al Hidayah buat saya sebak. Kenangan saya di sana bersama-sama sahabat beriftar, bersolat jemaah dan bermesyuarat terbayang di ruang mata ketika bersiap utk solat. Kejap tak kejap,sudah hampir 3 tahun rupanya saya tak menjejak kaki ke sana. Rindu dengan bilik HB3 B3003, rindu juga dengan bilik HB4 saya.
Alangkah manisnya hubungan yang sudah terjalin, alangkah mahalnya pengalaman yang sudah tercipta..
Ingatan saya juga kejap kepada seseorang yang sudah pergi...moga beliau tenang di dunia sana.
Kini saya akan sering menjejak langkah ke MMU, dan moga saya istiqamah.
Insya Allah.
Wassalam.
8 comments:
kak iena!!!! keglameran saya dah pun mengalahkan Mawi AF3... jadi tak perlulah nak tambah glamer saye lagi :P
Eh sbb awak lagi glamer dr Mawi AF3 ler, akak kena glamerkan lagi awak Mudin kekeke.
Next year kita main game yg sama lagi ek? ;)
Mana tahu awak jadi juara lak mengalahkan Cord and Abg Jenal ;)
mudin alergik makan betik :P kena buat pertandingan makan strawberry baru bleh kan mudin. orang kg mudin makan strawberry jer. :D
kwang kwang kwang (gelak style muding) :)
siti, comeynye boipren baru. pakai tudung sapa tu? hohoh :D
heh..historical moment? milik kita saja :D
betul betul, mudin makan strawbery jek huhu.
Boipren terbaru mmg comei, tudung tu tak tau ler saper punya..tup tup jek dah ada atas kepala boipren saya hoho
The historical moment? Hehe, mmg milik kita sahaja ;)
Quote:
"IeNa said...
Next year kita main game yg sama lagi ek? ;)
"
Heheh A'ah kan..next year kak iena pun main sama ek? kekek :P huwahahahhaha
Zulaikha, behave yourself!
Awat nakal sgt nih?
Nak kena ek?
tu ler pasal... tahun depan saye cabar kak iena & hubby tewaskan saye & ida makan straeberry :P.. kan kan kak ieka? :D
Astaghfirullah bebudak nih!
Huhu, kak iena and hubby?
Apa Mudin? Hubby??
Kekeke,yerlah, kot kot sampai jodoh next year, bleh ler kot kita lawan. Kalau tak sampai laie, akak bawa husband bunian je ler yer :P
Until that moment comes Mudin, baik awak pi practice bebanyak ngan Walida dulu huhu :D
Eh eh, takkan akak sorang jer kot, Kak Ika and HUBBY tak nak join sekali? Akakaka.
Saiko betul bebudak nih :P
Post a Comment