Assalamualaikum wbt,
Saudara-saudaraku sekalian,
Sekiranya kemalasan mahupun tabiat buruk masih menghambat diri ketika kita berada di bulan Ramadhan ini, mahu dipersalahkan syaitankah lagi?
Tidak bukan?
Pastinya salah nafsu yang tidak dididik dengan baik.
Pastinya kerana bad habits atau kebiasaan buruk yang tidak dikikis habis sehingga terbawa-bawa ke bulan mulia ini.
Bulan Ramadhan ini bulan didikan dan tarbiyah, untuk kita hapuskan segala dosa dan noda yang telah terkumpul sekian lama.
Yakin sudah kita akan berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan?
Belum tentu.
Maka kerana itu kita perlu rebut segala peluang yang ada ini untuk beramal.
Masa tidak menunggu kita, masih bermain-mainkah lagi kita?
Rezeki di depan mata melimpah ruah, tidak tahu bersyukurkah kita dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya?
Sekiranya di bulan mulia ini masih terikut-ikut dengan perangai lama yang sepatutnya diubah, maka tak mustahil nanti kita akan menyesal.
Jangan ditunggu sehingga masa penyesalan itu tiba.
Tak gerunkah kita?
Note: Catatan ini dibuat hasil refleksi terserempak dengan seorang pemuda Islam yang smoking dengan selambanya sambil melintas di depan saya di siang hari di bulan Ramadhan. Mmg terasa tersirap darah dibuatnya.
How dare he, how dare! Di depan public? Tak terasa malukah?
Sigh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment