Wednesday, November 26, 2008

My new baby!! :D

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami seberat 3.5 kg, Siti Nur Insyirah bt Mohd Fahmee pada 14 Oct yang lepas :)

Alhamdulillah, saya bersalin normal. Pengalaman melahirkan anak, tak payah nak cakap ler sakitnya sbb saya tak ambil epidural. Pengalaman menyusukan anak, 2 minggu awal membuatkan saya menangis kerana baby tak byk minum susu sampai jaundice and 2 kali admitted ke hospital kerana bacaan kuning tinggi sgt. Biler baby dah ok menyusu, mengalami nipple crack pula, Allah...mmg menyusukan baby ni perlukan kesabaran yang tinggi sebenarnya. Nasib baik suami saya yg byk memberi dorongan dan semangat untuk saya breastfeed baby, kalau harapkan saya seorang, rasanya dah lama saya beri baby saya susu formula kerana kesian dia tak cukup susu biler kena jaundice tu.


Thanks to Aida sbb jualkan your breastpump to me, really helpful actually :D

Di bawah ni i attach my daughter's pics :D








Gambar Insyirah ketika baru dilahirkan



Best dapat pegang baby sendiri.




Insyirah turun 0.2 kg selepas 2 kali admitted to hospital for jaundice, kurus sket.Ketika ni Insyirah berusia 2 minggu.




Insyirah di atas pangkuan ayah.



Insyirah umur 3 minggu.


Gambar Insyirah sedang tidur. Time ni dia masih berusia 3 minggu.




Insyirah senyum. Time ni dia berusia 4 minggu. Tembam,kan? :D



Insyirah berumur 5 minggu.




Close up wajah tembam Insyirah :D



Ok, jumpa lagi insya Allah, assalamualaikum :)

Wednesday, July 23, 2008

Salam pertemuan

Assalamualaikum wbt to all,

:)

Subhanallah..berkesempatan juga akhirnya untuk saya mencoret sesuatu di sini..setelah hampir 2 months 'menghilangkan diri' ;)

Sesungguhnya saya sgt sibuk dgn kerja...tak sempat nak jenguk blog sendiri, apatah lagi blog org lain. E mail Yahoo pun saya kira sudah penuh kot.

Dtg kerja terus menghadap e mail dan GM, lepas tu buat kerja dan attend meeting...waktu lunch pergi lunch..habis kerja bergegas pulang ke rumah dek suami tidak gemar saya pulang lewat ke rumah. Ini pun berkesempatan nak update disebabkan husband saya outstation ke Terengganu, bolehlah pulang rumah lewat sedikit. Jadual hidup agak padat..makanya saya tiada masa nak mengupdate blog, kalau dah sampai rumah..minta maaflah kalau nak buka laptop..mmg malas giler dan penat. Kdg2 sahaja saya bangun awal pagi untuk update kerja tertangguh..itu pun kalau terpaksa.

Dulu saya akan park kereta di Bandar Tun Razak, sekarang ini memandu terus ke tempat kerja kerana sudah tidak larat berjalan jauh, cepat mengah. Kandungan saya sudah masuk 6 bulan..berjalan jauh sedikit mmg rasa seperti tidak cukup nafas. Dan juga tak sanggup nak berebut dan bersesak di dalam LRT yang padat dgn manusia.

Alhamdulillah jangkanya saya akan bersalin pada 16 Oktober 2008, selepas Raya. Kalau ditakdirkan awal 2 minggu..mungkin bersalin pada hari Raya Aidilfitri tu sendiri. Hish tak naklah..saya nak puas beraya dulu baru bersalin hehehe.

Saya dan suami dah beli rumah di Kajang..dekat dengan rumah mak mertua saya. Mak mertua saya tinggal berdua sahaja dengan adik ipar perempuan saya, makanya kami fikir eloklah beli rumah dekat dengan rumah mak mertua agar senang untuk menjenguk sekiranya ada masalah. Ok juga duduk di Kajang ni...saya keluar rumah pukul 7.40 pagi dan akan sampai di ofis pukul 8.20 pagi...abt 30 to 40 mins. Takdelah keluar rumah awal sgt, sempat lagi breakfast di rumah.

Oklah yer...hanya sekadar memecahkan kesunyian blog ini memandangkan saya ada kesempatan kali ini.

Kita berjumpa di lain kali insya Allah :)

Wassalam.

Tuesday, May 20, 2008

Panggilan Allah hanya 3 kali sahaja...

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu. "Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel di mana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."

Keningku berkerut........"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Saya terpekur.....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik…", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca.........Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.......Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah...........Insya Allah syurga adalah balasannya....."

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam...........**


Ehsan : Bro Abd Razak

Friday, March 14, 2008

Accident

Assalamualaikum wbt,

Last 3 days i get involved in an accident, my car rammed a motorcycle ketika nak belok simpang. Serious tak nampak budak lelaki yang naik motorsikal tu..i stopped my car and gave signal before made a turning when suddenly this motorcycle come from nowhere tetiba lalu..langsung gedebush!!

Remuk kereta my husband..mmg menangis aa time tu tgk keta remuk sebelah depan..dah ler first time terlibat dgn accident..nasib baik accident berlaku kat kawasan umah bandar Tun Razak, so my father terus call his friends to look up for me since i was alone during the incident, my husband is working. Takut kemungkinan datang konco2 budak lelaki ni..nahas ler sbb me sorang2 pompuan. Ada 2 orang budak lelaki ni baik hati sungguh..bawakan budak yang luka ni pi klinik..lepas tu advice me mcm mana nak buat.

Dah ler first time accident..apa pun tak tahu..kereta pun husband punya..org tanya husband guna insurans mana pun tak tahu..sadis sungguh Zurina sorang ni. Tau pakai kete jek..yg lain tak tau hehehe.

Lepas buat laporan and hantar keta ke bengkel...balik umah nangis lagi..say sorry to my husband..rasa bersalah sbb rosakkan his car...esoknya demam 2 hari..terkejut kot.

My father bagi pinjam his Avanza to me so that i can commute from Kajang to Bandar Tun Razak. Selama ni mmg park keta my husband kat BTR, so biler guna Avanza ni pun takde masalah sbb waktu me keje, my father boleh guna dia punya keta..cuma belah malam aktiviti dia limited sket ler sbb anak pompuan dia sorang ni pinjam bawak balik Kajang.

Time drive Avanza malam semalam and pagi ni..baru terasa phobianya...selama ni mmg jenis bawak laju gaklaa keta kan..sejak accident ni sanggup laaa dok lama kat lane tak laju sbb tetiba rasa seriau nak drive laju..takut accident lagi.

Pasni janji tak nak rosakkan harta my husband lagi..tanggungjawab isteri kena jaga harta suami..daku sebaliknya muehehe...tapi tak sengaja...sungguh! Next time mmg kena extra berhati-hati...tak best accident ni..nasib baik me and kandungan takde paper. Alhamdulillah.

Oklah eh..update blog pun citer merapu2..takpelah...sesekali menceritakan pengalaman hidup. Blog orang lain sibuk dgn update and analisa PRU-12, dah ramai sangat menganalisa, tak payahlah yer saya buat analisa tambahan di sini.

Apa pun..takbir dan alhamdulillah atas segala kemenangan yang diberikan oleh Allah ketika di dalam pilihanraya baru-baru ini. Kita ini bukan generasi yang menerima sahaja tanpa menganalisa baik buruk serta natijah sebarang claim atau pernyataan dr yang memerintah. Menjadi peringatan buat mereka yang berada di pucuk pimpinan tidak kiralah di parti mana pun untuk sentiasa memperbaiki prestasi dan menjalankan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Allahuakbar!!

:)

Friday, March 07, 2008

:)

Assalamu'alaikum wbt,

Lama sudah tidak mencoret di sini..ada sedikit kekangan masa berikutan terpaksa coordinate meeting Committee dan mesyuarat pengurusan minggu lepas.

Esok sudah hari mengundi, pastikan undian kita tepat dan boleh mencorakkan hala tuju negara yang bersifat maju, bebas korupsi dan yang penting menjunjung Islam dan perlaksanaannya secara total di negara ini.

Sedikit kepenatan kebelakangan ini...mungkin sbb pregnancy..saya jadi cepat penat. Alhamdulillah saya tak mengalami morning sickness yang teruk...selama 7 minggu pregnancy ni..hanya 3 kali saya mengalami morning sickness...mmg kerja saya sekarang ni hari2 minum fresh orange untuk elak rasa mual.

Kali ketiga saya morning sickness, badan sudah tidak bermaya dan suami hantar ke klinik untuk check up...pertama kali doktor scan perut..masya Allah...sudah nampak karung rahim serta seketul darah seperti dot...rasa macam tak percaya pun ada..terasa betapa besarnya Allah yang mencipta manusia dr setitis air mani yang akan menjadi seketul darah, kemudian menjadi tulang dan akhirnya dibaluti dengan daging.

Apa pun, saya panjatkan segala syukur pada Allah atas kurniaan yang satu ini. Sama seperti kurniaNya pada saya seorang suami yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan ceria walaupun pada hakikatnya kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Kahwin gamble orang kata, tapi mungkin berpandukan istikharah yang dibuat lama sebelum mengambil keputusan menjadi penguat hati agar perkahwinan dilaksanakan untuk mencapai matlamat membina keluarga Islam yang sempurna.

Bulan ni saya banyak menerima jemputan nikah...mabruk kepada adik-adik tersayang, Yati US dan Azrin...moga kalian hidup bahagian dunia akhirat bersama pasangan dan keluarga yang bakal dibina :)

Wassalam

Thursday, February 21, 2008

Rezeki

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah...saya baru sahaja dapat confirmation drpd doc bahawa saya sudah pregnant for 1 month (or almost).

:)

Rezeki yang tidak disangka-sangka ketika di awal2 perkahwinan yang baru sahaja mencecah 17 minggu (4 bulan) sedangkan inai pun masih terlekat di jari.

Alhamdulilah juga berkesempatan bercuti di Bali pada cuti Chinese New Year yang lepas..sponsored by Bang Long..abg ipar saya yang sgt baik hati :)

Seronok juga bercuti kerana awal2 perkahwinan tidak dpt honeymoon kerana sibuk mengejar ISO certification pada bulan Disember yang lepas..dan kemudian suami dan ibu mertua saya pula warded kerana denggi berdarah pada bulan Januari.

So kami hanya berkesempatan bercuti pada 7 sehingga 9 Februari yang lepas. Balik dr honeymoon disahkan mengandung. Alhamdulillah sangat...doktor tak bagi aktif2 sgt buat first 3 months ni..kena makan acid folic.

Ya Allah..kurniakanlah kami anak2 yg soleh dan solehah.

Ameen.

Monday, January 28, 2008

Tilmizah

Assalamualaikum wbt,

Ya, saya bergelar seorang pelajar lagi.

Di mana?

UIA...mengambil Diploma in Islamic Studies bersama suami.

Kelas pada setiap Sabtu pukul 10 hingga 1 tgh hari. (Sepatutnya 9 pagi hingga 12..tapi lecturer sem ni ada kelas pagi, so terpaksa dianjakkan).

Ada exam and project paper yg perlu dipenuhi.

Doakan semuanya dipermudahkan.

:)

Friday, January 04, 2008

Denggi berdarah

Assalamualaikum wbt,

Subhanallah walhamdulillah...banyak perkara yang dilalui ketika di dalam saat sunyinya blog ini.

Suami dan ibu mertua saya baru sahaja keluar ward kerana menghidap denggi berdarah. Menangis juga saya melihat keadaan suami yang sgt lemah..platlet darah sudah mencapai tahap 0..zero platlet..badannya pun mengembang dek kerana dimasukkan air dan platlet silih berganti. 4 malam saya tidur di hospital menemankan suami dan ibu mertua.

Nasib baik abang2 dan kakak2 ipar membantu menjaga ibu mertua di Kajang Plaza Med Centre (KPMC), manakala saya menjaga suami di Hospital Kajang (KPMC refer suami saya ke Hospital Kajang kerana platlet suami sudah mencapai tahap zero dan critical). Menangis saya ketika menemankan suami di Hospital Kajang pada malam pertama kerana rasa bersalah datang bekerja pada hari platletnya turun zero berikutan ada ISO Audit Stage 2. Nasib baik dapat certification selepas berusaha keras menyiapkan evidence dan sebagainya.

Ibu mertua kurang sedikit keadaannya..tapi masih di bawah 30.

Sekarang alhamdulillah kedua-duanya beransur pulih. Lega hati dibuatnya.

Setinggi-tinggi syukur atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah.

Ayah to my MBA classmate, Kak Mazlina Leeds meninggal pagi tadi, inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Jumpa lagi yer.

:)

Wassalam.