Assalamualaikum wbt,
Sedang berjalan menuju ke parking kereta office, suddenly Tn Hj Tajul telefon beritahu dia MC hari ni sbb demam, so mesyuarat pengurusan ditunda ke esok.
My manager marah sangat sampai tak terkata apa..sebab kena datang hari Ahad lepas untuk selesaikan kerja semata-mata untuk meeting pagi ni, and i woke up at 4.30 a.m untuk furnishkan presentation apa yang perlu, aiyaa.. if i know this will hapen, might as well i join program di PD hari tuh.(sabar sabar, ada hikmahnya insya-Allah)
Last Saturday i went to register myself di UIA untuk course MBA, alhamdulillah berjumpa dengan rakan-rakan baru. Ada yang sudah berumur and ada yang muda macam baya-baya kita jer. Ada 2 orang non-muslim join juga this course. Overall it looks like ok, Head of MBA pun ok jek bagi penerangan, insya-Allah semuanya berjalan lancar. Yang paling best ada sorang muslimat Sudan ni pun join juga, tanya dia ada berapa orang anak. Dia kata ada 3. Subhanallah, ada anak2 yang perlu dijaga, being a foreigner to our country is not an easy task to do. Kagum. Kagum. Best gaklaa kawan ngan dia ni, boleh practice Arabic.Hari tu speaking Arab dgn dia (yang simple2 jeklaa), nasib baik dia faham, kalau tak mungkin tunda nak bercakap Arab ngan dia lagi kot, sampai dah bebetul expert hehe.
Sekiranya Allah bukakan jalan, semuanya akan jadi mudah insya-Allah.
Tak dapat satu kelas ngan Farah Aiza, sbb dia ambil subject yang tak dioffer untuk kami sem ni. Sem ni ada Financial and Managerial Accounting, my own subject kat U dulu. Ok ler kot. Jgn dia suh ambil subject Finance sudah. Tak suka ngan Finance, rasa mcm susah jek. Nak kira IRR ler, NPV ler, ada formula ntah paper lagi. Tak suka tak suka.
Bila compare UIA dengan MMU, agak berbeza sedikit environmentnya. Biah Islamic di sana lebih kuat(walaupun terjumpa jugaklaa couple2 makan sama, tapi boleh kira ngan sebelah tangan jek). Tenang jek rasa. Masuk masjid dia pun, kita boleh tengok pelajar muslimin bersolat berjemaah (tak kiralah jemaah yang keberapa dlm satu-satu waktu tu, tapi derang berjemaah jugak). Kat MMU payah sikit ler nak tgk, nak tgk pelajar muslimin penuhkan 2 saf depan tu pun payah.Tu baru surau kecil, belum lagi masjid sebesar UIA tu ;)
Berjumpa Ehsan, pres IU MMU Cyber 2 minggu lepas, alhamdulillah dia kata ada peningkatan. Sesi tarbiyah berjalan lancar, every week buat usrah kelompok. Tapi bahagian muslimat pulak yang tak berapa konsisten. Terbalik pulak dah, during my time dulu, muslimah konsisten, muslimin tak. Apa pun semoga semuanya berjalan lancar di sana. Mereka pun dah ada lapisan pelapis, cuma belum formally appointed. Ok ler tuh.Zaman kitorang dulu, jenuh nak mencari (utk SRC especially).
Ok ler, nak siapkan kerja mana yang perlu. Petang ni ada kelas Arabic, kerja rumah yang Ustaz bagi pun belum siap lagi.
Jumpa lagi k. Wassalam :)
No comments:
Post a Comment