Assalamualaikum wbt,
Di saat hati ingin berbicara, dan jari jemari masih ingin menari, kucatatkan apa yang tersarang di hati.
Hati sedang merasa sebak, mengapa?
Kerana kulihat betapa ramai manusia sedang berusaha memperbaiki diri, mempertingkatkan amal, dan kurenung diri sendiri, apa sahaja yang terefleksi dan diperbuat dek diri?
Di depan sana kutemui para pemudi sedang mengatur susun dan langkah dalam berjuang, memperkasakan diri dengan ilmu dan amal dalam menyahut seruan iman. Dan aku bangga, tetapi di dalam masa yang sama terlukis rasa cemburu dek kepantasan mereka mengejar idaman cita-cita.
Aku masih lagi melangkah, dengan perlahannya, dan amat tidak pasti apakah langkah-langkah ini akan dikira.
Jahatkah aku kerana menyimpan rasa cemburu?
Aku rasa tidak.
Kerana cemburu yang dibenarkan ialah cemburu di dalam berbuat amal.
Dan di kala ini, hati masih sebak, dan air mata seakan murah untuk turun meredakan hati yang sedang resah.
Jadikan kami pemuda pemudi yang sentiasa menjunjung amanat-Mu ya Allah. Dan ampunkan kami atas ketidakupayaan kami di dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Mu.
Ameen.
No comments:
Post a Comment