Monday, November 08, 2004

Pengembaraan ilmu

Assalamualaikum wbt,

(1)

Sudah hari ke 25 Ramadhan menjelang hari ke 26 esok. Sudah hampir 'graduate' kah kita drpd madrasah Ramadhan ini?

La'ala na'am (Moga-moga ya). Kerana apa? Kerana telah disebut dalam satu hadith mafhumnya adalah celaka bagi orang yang tidak mengambil peluang untuk berbuat kebaikan di dalam bulan Ramadhan.

Bukankah rugi namanya? Tidak menimba sebanyak pahala yang mungkin di dalam bulan penuh barakah ini?

Mahu tunggu tahun hadapan? Moga-moga kita masih hidup menghirup nafas untuk menyambut tetamu mulia ini sekali lagi.

(2)

Alhamdulillah, pada malam Khamis yang lepas Ika and I had managed to arrive at Kersani Training Centre, Segamat. Dengan penuh ketidaktentuan hati sama ada hendak pergi atau tidak dan juga ketidakpastian arah perjalanan, Allah tetapkan hati dan permudahkan 'pengembaraan' kami yang pertama ke daerah ini.

'Pengembaraan ilmu'. Sedap,kan bunyinya?

Dan sesedap dan selazat itulah juga dapat kami menikmati kemanisan ukhuwah yang terjalin di sana dengan adik-adik dari UIA, KUIM dan USM, serta kakak-kakak yang baik, yang mencatatkan seribu kenangan walaupun kami hanya sempat berada di sana selama 1 setengah hari. Sudah cukup untuk melahirkan titisan air mata ketika ingin berpisah dengan 2 akhawat yang pulang awal ke Pahang. Manisnya ukhuwah yang terjalin, subhanallah :)

Ika and I were given 'extra-ordinary' accommodation since not enough space for us to stay with the rest yang telah tiba hampir 5 hari awal. Maka kami ditempatkan di Log House. Cantik juga binaannya, agak kagum dengan persekitaran training centre yang satu ini.

Pengisian program?

Hmm..program ini dikhaskan untuk Systemic Thinking Core Group. Akh Fazrul menerangkan konsep penting yang beliau tuliskan di dalam bukunya 'Pemikiran Sistemik'. Buku ini telah kami dapatkan pada bulan November 2003, tetapi pada November 2004 (biler join this program) baru betul-betul kami kuasai isinya. Hehe.

Alhamdulillah, dapat ilmu dan jalinan ukhuwah baru. Tak rugi rasanya untuk membuat 'pengembaraan ilmu' yang lain selepas ini, mungkin akan ada pengalaman yang lebih menarik, insya-Allah. Baru faham mengapa ikhwah wa akhawah di US sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah menjalani perjalanan jauh yang kadang-kadang hampir mengambil masa satu hari untuk sampai. Kerana apa mereka sanggup? Kerana kemanisan ilmu dan ukhuwah yang mereka kejar, yang kebanyakan kita di sini kurang merasai, dek kerana tidak berkesempatan hendak berbuat, atau memang tidak mahu mengambil peluang sedemikian.

Apa pun, setinggi syukur dirafakkan kepada Allah atas rahmat kemudahan yang diberikan kepada kami.

Jika berkesempatan, insya-Allah me or Ika akan kongsi bersama apa yang dapat kami timba sedikit sebanyak di program tersebut.

Alhamdulillah..... :)

Wassalam.



No comments: